Support My Blog

Saturday, April 27, 2024

TEKNOLOGI FERTIGASI BANTAL TERKINI

TEKNOLOGI FERTIGASI BANTAL
kini semakin maju dimana sudah banyak produk yang ada dipasaran atau jenis-jenis bagi bag fertigasi bantal yang dibuat sendiri bagi sistem pertanian moden terkini. 
Sejarah mengenai fertigasi bantal ini sebenarnya sudah bermula sekitar tahun 2010 lagi di mana ramai petani di sekitar kawasan tanaman sayuran komersial tanah tinggi Cameroon Highland menggunakan fertigasi bantal sebagai salah satu sistem penanaman sayuran untuk pasaran domestik dan eksport. Teknologi fertigasi sebenarnya kini ia semakin popular di Malaysia dan mula diusahakan oleh pelbagai golongan terutamanya usahawan tani. Pada penulis blog mendapati dimana 'Fertigasi' berasal daripada dua patah perkataan Inggeris iaitu 'Fertilization' dan 'Irrigation'. Dalam sistem ini sebearnya sistem pengairan dan cara pembajaan dilakukan secara serentak menggunakan air baja yang telah dibancuh (Set A dan Set B) atau bahan kimia lain dan dialirkan menggunakan sistem khusus kepada semua tanaman dengan seragam. Proses pembajaan terhadap tanaman fertigasi lebih efektif dan efisien kerana larutan baja akan dititiskan terus ke zon akar tanaman (lazimnya dalam polibeg dengan media khusus seperti cocopeat). Melalui pengaplikasian sistem fertigasi ini dimana ia bukan sahaja dapat meningkatkan lagi akan aspek pengeluaran dan kualiti, malah kaedah dengan guna cara penanaman dapat dipermudahkan, daya tahan tanaman daripada serangan musuh perosak seterusnya akan dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi merupakan satu kaedah penanaman yang terbukti memberi kesan yang lebih baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan trepilih dan mempunyai harga premium untuk pasaran domestik dan eksport. Ia sangat sesuai bagi tanaman sayuran berbuah khusunya jenis tanaman seperti tomato, timun jepun, cekur, cili besar, cili padi, terung, halia, melon, strawberi, anggur dan lain-lain lagi. Terdapat empat (4) jenis sistem fertigasi yang selalu di digunakan usahawantani di Malaysia iaitu
Sistem Fertigasi Tertutup, Sistem Fertigasi Terbuka, Sistem Fertigasi Gantung dan Sistem Fertigasi Bantal. Kesemua sistem fertigasi ini merupakan kaedah Pertanian Vertikal yang sesuai di katakan sebagai kaedah pertanian moden masa ini. Artikel pada tengahari Ahad 7 Ramadan 1445H ini saya menulis maklumat bagaimana kemajuan sistem fertigasi bantal di masa ini di Malaysia untuk ia dijadiknan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Penulis merujuk kepada salah satu produk yang mana ramai penanam sayur komersial menggunakan sebagai produk Fertigasi Bantal HG (HG BAntal). Produk yang dinamakan sebagai 'Cocopeat Grow Beg' yang saiznya berukuran 15 cm x 20 cm x 100 cm ini apa yang dilihat dikeluarkan oleh Syarikat Hock Green Taman Ringlet, Ringlet, Cameroon Highland, Pahang memang sangat popular digunakan kalangan petani di kawasan pertanian yang ia bersuhu sejuk ini. Merujuk kepada iklan dalam Lazada dan Shopee dimana satu unit produk cocoapeat grow beg yang di kenali sebagai 'kit fertigasi bantal' ini berharga RM6.50/unit dengan mempunyai sebanyak purata 4-5 lubang penanaman. Harga runcit ini meliputi satu unit cocopeat bantal walau pun ada jenis medium yang berbentuk seperti empatsegi, bulat, bag shape dan sebagainya. Penelitian penulis blog dengan harga tersebut ia lebih mudah didapatkan kerana kajian di lapangan mendapati dengan ukuran beg fertagasi bantal yang di buat sendiri pun kos membuatnya hampir sama. Akan tetapi produk HG ini lebih mudah disimpan, di gunakan dan agak mudah semasa kerja awalan penanaman secara fertigasi. Semasa di beli bantak HG ini ringan dan kering dimana perlu di masukkan air dimana dalam beberapa minit sahaja maka cocopeat ini akan berkembang memenuhi ruangan polibeg tersebut. Apabila polibeg bantal ini penuh maka ia boleh disusun diatas batas tanaman atau para fertigasi dengan membuka lubang (point) penanaman. Emmiter fertigasi boleh terus di cucuk diatas lubang penanaman sebelu memasukkan anak benih atau pun beniih yang sudah disemai dahulu mengikut jenis tanaman. Daripada keterangan pengeluar dimana beg bantal ini boleh dipakai semula (reuse) sebanyak dua kali pusingan tanaman. Ini juga bergantung kepada jenis tanaman dan jangkamasa pertumbuhan dilaluinya. Dilaporkan hasil kajian syarikat pengeluar dimana teknologi HG Bantal ini mengurangkan kematian anak benih semasa ditanam kerana media yang terlalu basah. Ciri lain dimana HG Bantal ini adalah ia menjimatkan tenagakerja dan wang (jika hendak dibanding dengan membuat bantal sendiri secara manual) dan sebaik sahaja membelinya ia boleh terus digunakan dan lebihannya juga boleh disimpan dalam stor sesuai (kering). Sainya yang nipis dan ringan membolehkan ia mudah dibawa kemana sahaja dan memang mudah dibawa dengan kuantiti yang banyak terus kekebun. HG Bantal ini pada penulis blog merupakan salah satu produk fertigasi bantal yang sesuai digunakan untuk penanaman secara fertigasi di Malaysia.


Penulis blog mendapati dimana i
novasi fertigasi bantal adalah kelihatan seperti sebuah bantal hitam dan disusun di atas batas yang berasaskan plastik silvershine. Kaedah penanaman sayuran menggunakan teknik ini yang menjadikannya sebagai satu teknologi penanaman fertigasi yang baharu. Antara kebaikan kaedah penanaman cara fertigasi bantal adalah penghasilan yang tinggi dan keseragaman buah yang amat baik, hasil tanaman yang berkualiti, bersaiz besar dan pokok tahan lama jika ia dibanding dengan kaedah fertigasi biasa dan kaedah tanaman konvensional. Perkaraini kerana akar pokok mampu untuk mengambil nutrien air baja dalam bantal dan juga jauh masuk ke dalam tanah di bawah bantal tersebut. Purata hasil yang diperoleh dengan menggunakan sistem fertigasi bantal amat tinggi. Keperluan asas sistem fertigasi ini hampir sama dengan sistem fertigasi lain kecuali bahagian pangkal pokok yang menggunakan beg plastik saiz besar dibentuk seperti bantal. Plastik besar ini diisikan dengan media tanaman daripada campuran coco peat dengan tanah dan diikat sehingga membentuk bantal. Ia akan diletakkan di atas batas tanaman yang telah dipasangkan lapisan plastik silvershine. Apa yang penting adalah kedudukan bantal tersebut diletakkan di tengah-tengah batas tanaman dengan jarak yang bersesuaian bergantung kepada kedudukan dan kecerunan batas tanaman. Bantal ini diletakkan betulbetul di bawah jajaran tiang junjung yang seterusnya dipasang dengan jaring atau pukat. Setiap lubang penanaman akan diletakkan dua anak benih yang mana sulur pautnya akan naik melalui pukat dan seterusnya memenuhi ruang para trellis. Setiap lubang penanaman disediakan paip kecil yang membekalkan air baja diletakkan di tengah-tengah bantal. Permukaan atas bantal dibuat lubang-lubang kecil untuk membolehkan air hujan masuk ke dalam tanah dan untuk pengudaraan. Lubang penanaman di bahagian atas bantal membolehkan air baja masuk, pembajaan baja organik untuk meningkatkan kesuburan tanah. Fertigasi bantal ini memerlukan kos awal agak tinggi untuk menyediakan infra sistem fertigasi dengan bilangan tangki yang banyak untuk membuat air baja dan disalurkan kepada semua bantal. Kawalan musuh dan penyakit dilakukan dengan kaedah semburan racun serangga secara berjadual. Tanaman tidak perlu dibungkus dan tidak akan dirosakkan oleh serangga perosak. Sekiranya membalut tanaman dan ia memerlukan kos yang tinggi dan masa lama untuk menyiapkannya. Selain daripada itu, kebersihan kawasan tanaman juga perlu dijaga dengan baik di mana kawalan rumpai dilakukan secara berjadual.


Teknologi fertigasi termasuk dengan menggunakan fertigasi bantal sebenarnya untuk dianalisa ia didakwa mampu untuk mengu
rangkan kos operasi pengeluaran hasil tanaman. Teknik fertigasi secara umumnya akan dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil tanaman jika semua pakej amalan teknologi dijalan dengan baik. Penting memahami dimana jika sistem fertigasi bantal di laporkan ia boleh menjimatkan masa serta pastinya mampu dalam mengurangkan jumlah penggunaan tenaga buruh (KAlau kaedah konvensional pelrlukan seramai 4 orang pekerja asing untuk satu ekar keluasan tanaman). Teknik fertigasi memang ianya akan dapat meningkatkan kecekapan ladang dimana cara ini memang ia akan dapat mengurangkan penggunaan air dan baja serta pastinya ia boleh mengawal kelembapan tanah. Jika bantal ini berada dia tas tanah (bukan diletak diatas tanah) maka kelebihannya adalah ia akan dapat mengelak daripada kes-kes dijangkiti penyakit bawaan tanah (soil borne disease). Saya ada menulis beberapa artikel mengenai teknologi fertigasi bantal sebelum ini yang boleh dibaca dengan pautan (Sila Klik DIsini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi dalam blog sama.  Pada penulis blog petani yang mengubah daripada sistem tanaman konvensional kepada sistem tanaman fertigasi termasuk fertigasi bantal adalah langkah bijak. Ini keran umumnya sistem fertigasi adalah satu kaedah moden yang lebih praktikal dan mengikut amalan pertanian yang baik dan sesuai digelar sebagai 'Vertical farming Model' yang sesuai pada zaman moden ini. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mentransformasi teknologi pertanian ke arah yang lebih maju dan berdaya saing bagi membantu dalam usaha pengeluaran secara berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi. Dalam usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensif modal, aplikasi teknologi baru dan berasaskan ilmu pengetahuan dimana kemudiannya program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti akan mebjadikan keterjaminan makanan Malaysia akan lebih baik. Semuga artikel ini membei sedikit maklumat berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
FERTIGASI BANTAL ...SUDAH TERKEMUKA...
PRODUK HG BANTAL...MUDAH IA DIGUNA...
PELBAGAI TANAMAN... IA MUDAH DI JAGA...
HASILNYA BANYAK... BERKUALITI PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Ramadan 1445H).

Friday, April 26, 2024

ANCAMAN MAKANAN YANG DI PROSES (Part 2)

MAKANAN YANG DI PROSES
pada zaman ini sudah menjadi salah satu kaedah pengambilan mkanan diseluruh dunia dimana ia ada yang diibaratkan sebagai salah satu 'gaya hidup'. Pada penulis blog mendapati dimana isu bagijenis 'makanan yang diproses' sering di laporkan di media akademik atau media sosial dimana ia melibatkan aspek kesihatan sama ada makanan proses yang banyak berkait dengan kesan negatif berbanding dengan kesan positif. Apa pun bagi pengguna diman amemang tidak salah bahawa kebanyakan makanan yang terdapat di pasaran hari ini adalah makanan yang diproses. Pengetahuan pengguna mengenai ciri asas semasa membeli makanan yang di proses adalah penting sebelum membeli dan memakannya bersama isi keluarga apa lagi kalau makanan tersebut sudah menjadi makanan rutin harian. Sebaiknya pengguna perlu tahu akan panduan ringkas mengenai apa itu dan makanan berkhasiat berbanding makanan yang diproses yang tidak berkhasiat. Sebenarnya 'makanan yang diproses' adalah makanan yang telah dimasak sama ada ia kemudian di masukkan kedalam tin, dikemaskan, dipotong-potong atau ditingkatkan dengan menambahan bahan perasa sebelum di pasarkan secara komersial. Proses-proses ini sebenarnya ia telah mengubah kualiti pemakanan makanan dengan cara yang berbeza dimana iklan akan lebih mempengaruhi kepercayaan pengguna mengenai produk proses tersebut. Ada laporan dimana sesiapa yang membeli makanan sejuk beku yang dimasak sebelumnya dilakporkan isu ini menjadikan situasi menjadi lebih buruk khasiatnya daripada jika pengguna memasak bahan segar sendiri. Makanan beku didakwa memang ia selalunya akan mengandungi bahan kimia pengawet sama ada bahan termasuk gula, garam atau bahan lain bertujuan untuk menambahkan rasa dan ia juga menjadikannya mudah dimasak dan enakdimakan serta mudah menyediakannya dan cepat siap. Sebaliknya dalam kes lain pengguna tidak boleh menyimpan bahana makanan segar untuk jangkamasa lama seperti sayur bayam, ikan, dagung dan sebegainya dimana ia perlu atau sesuai di proses. Dari segi analisa kos dilihat yang makanan yang diproses selalunya lebih mahal harganya jika membeli. Ada juga dakwaan yang menyatakan dimana makanan diproses adalah lebih sihat adalah makanan yang tidak mengandungi apa-apa atau hanya mengandungi beberapa bahan-bahan tambahan. Dalam beberapa dakwaan pada label makannan dinyatakan dimana produk makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin, sayur-sayuran kalengan, ikan dalam tin, susu dan produk kacang-kacangan adalah dilaporkan diantara jenis makanan yang diproses paling sihat. Memang jika ambilkira potensi pasaran dimana ada sebilangan besar masyarakat atau orang tidak mempunyai pilihan untuk membeli produk segar. Pilihan yang mereka ada cuma produk makanan proses seperti mereka yang tinggal di kawasan bandar yang sesak dan jauh dari sumber makanan segar. Maka kumpulan ini akan merasa tidak bersalah jika sentiasa mengambil jenis makanan dalam tin sesuai dengan anggaran dan gaya hidup yang mereka ada. Sebaiknya mengikut kementerian kesihatan dimana pengguna harus mencuba dan menggelakkan ambil jenis makanan dalam tin yang mengandungi garam dan gula atau bahan pengawet lain. Artikel subuh ini dlaam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta mengenai ancaman makanan yang diproses untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Memahami 
akan ancaman dan keburukan makanan proses perlu di ketahui semua pembaca blog ini. Ini keran apada masa ini memang ada banyak jenis dan pilihan makanan yang telah diproses di pasaran. Membaca artikel ini adalah bertujuan bagi memudah dan menjimatkan masa pengguna dalam memilih dan proses penyediaan makanan harian. Ada banya cogankata mengenai makanan seperti ini dan yang paling popular adalah dimana 'makanan proses ini boleh menjadi pembunuh senyap'. Dijelaskan dimana bagi makanan proses merupakan makanan yang telah di proses dengan bahan-bahan tertentu untuk menjadikannya tahan lebih lama. Kaedah pemprosesan lazim yang digunakan adalah seperti menyejuk beku, dehidrasi dan proses aseptik. Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi untuk tujuan keselamatan dan penggunaan yang mudah dan di bungkus menggunakan pembungkusan seperti tin, plastik, kaca dan sebagainya. Dipasaran dan pada produk selalu ada label yang mana ia asasnya akan dijelaskan akan mempunyai tarikh luput dan perlu dimakan sebelum tamat tempoh. Apa pun antara bahan-bahan yang digunakan untuk memproses makanan termasuk bahan Pewarna, Perisa, Pengawet, Pemanis, Penstabil, Peluntur, Pengemulsi dan beberapa lagi agar makanan ini lebih enak, tahan lama dan menarik di lihat. Apa pun perlu diketahui dimana sudah terbukti terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bagus dalam makanan yang diproses. Ini kerana setiap satu bahan tambahan tersebut mempunyai fungsi yang berbeza dalam membuatkan makanan tersebut lebih tahan lama untuk disimpan dan lebih sedap walau pun sebenarnya makanan tersebut bukanlah satu jenis menu sihat seperti yang ramai orang gambarkan. Hasil kajian dimana terkini ada banyak jenis makanan proses atau bahan-bahan masakan di dapur rumah disimpan untuk digunakan kebanyakkannya adalah makanan yang diproses. Contoh palig ketara adalah dimana ramai orang menyimpan produk seperti tin ikan sardin, sosej, burger sejukbeku, mee segera, susu dalam pek, jem dan sebagainya. Paling sering di debatkan adlah isu bagaimana adakah benar makanan yang diproses penyebab kanser?. Ini kerana pada kebanyakan produk makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA) iaitu ia salah satu bentuk lemak paling bahaya yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Apa pun dilaporkan diman ada sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen iaitu bahan yang mengalakkan pembentukan sel kanser. Contohnya jika ada individu yang kerap makan daging yang diproses seperti sosej akan berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67% kesannya. Selain itu dilaporkan dimana jenis makanan yang diproses mempunyai kandungan gula, lemak dan garam yang tinggi, serta kurang nutrien dan serat. Ia menjadi salah satu punca peningkatan masalah obesiti dan juga penyakit kronik di seluruh dunia.


Kempen dimana '
Mencegah lebih baik daripada merawat' sering dilakukan sepanjang masa. Mungkin beberapa faktur asas termasuk asas permintaan yang tinggi dan dengan gaya hidup zaman sekarang yang terlampau sibuk dengan kerja berlaku senario dimana tidak hairanlah kenapa semakin banyak makanan yang di proses di pasaran. Banyak kali di dengar kempen agar pengguna di Malaysia digalakkan untuk cuba mengurangkan pengambilan makanan yang di proses ini dan sebaiknya pilihlah makanan yang baru di masak dan lebih sihat untuk menu setiap hari. Sebanarnya makanan merupakan elemen atau keperluan asas yang diperlukan oleh semua manusia. Dalam semua industri dimana jalinan perhubungan antara sektor makanan dan kesihatan adalah sangat penting bagi menjadikan semua orang lebih sihat dan kekal aktif. Penyedia makanan komersial dalam semua kategori perlu untuk mereka menitikberatkan penyediaan pelbagai jenis masakan yang sihat dan enak serta dengan harga berpatutan. Usahawan makana njuga sebaiknya mampu selain menyediakan menu yang pelbagai dimana mereka juga perlu mengetahui secara ringkas latar belakang bahan makanan di gunakan bagi menyesuaikan makanan yang disediakan seperti makanan sihat yang menjadi kesukaan ramai orang. Di Malaysia ramai yang mengatakan adalah 'syurga makanan' daripada jenis makanan tempatan atau makanan berasal dari luar negara. Sebut sahaja makanan burger dimana ramai youtuber sudah membuat content tentang 'Burger Ramly' dan makanan nasi lemak yang enak dan mudah di dapati. Makanan lain yang juga popular di Malaysia termasuk sate, nasi arab, nasi dagang, nasi goreng, nasi beriyani, tomyam dan pastinya Roti Canai akan tetapi persoalannya berapa peratus bahan perisa didalam makanan tersebut atau adalah ia jenis makanan siap proses. Yang pasti produk roti canai sejuk beku atau roti canai proses sudah meluas di pasaran. Dalam aspek lain dimana sebagai penyedia makanan iaitu aspek kebersihan dan keselamatan makanan perlu diutamakan dalam penyediaan makanan. Amalan menyediakan makanan yang sihat, bersih dan berkhasiat merupakan perkara yang perlu dititikberatkan bagi mengelak keracunan makanan.


Dilaporkan dalam hmetro.com dimana isu '
Bahana makanan diproses' menarik untuk di kongsikan. Media tersebut laporkan dimana kini ramai mengambil makanan berproses tanpa memberi perhatian serius terhadap kesan buruk kepada kesihatan mereka di kemudian hari. Terkini menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dimana ada 70% kematian di seluruh dunia pada hari ini disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD). Ia termasuk penyakit kardiovaskular, kanser dan pelbagai penyakit berkaitan pernafasan, diabetes serta disebabkan diet selain gaya hidup yang tidak sihat. Dalam hal ini dilaporkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti mengambil makanan diproses secara berlebihan juga perlu dielakkan kerana ia berisiko tinggi yang menjejaskan kesihatan. Namun disebabkan rasanya yang enak dan faktor menjimatkan kos, kebanyakan masyarakat mengambil makanan jenis itu tanpa memberi perhatian serius terhadap kesan buruk kepada kesihatan mereka di kemudian hari. Pakar Perunding Endokrinologi di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway iaitu Dr Teoh Wei Leng mendakwa dimana saban hari masyarakat inginkan makanan mudah dan cepat untuk disediakan dimana ini sekali gus menyebabkan kerap mengambil makanan yang diproses berlebihan. Apa pun makanan diproses berlebihan biasanya mengandungi bahan-bahan yang tidak akan ditambah apabila kita memasak sendiri seperti pewarna, pengawet, pemanis, penstabil dan pengemulsi. Makanan yang diproses juga memang ia akan berlebihan boleh menjadikan ia lebih murah, mudah dan sedap. Perlu diingat dengan cara pengambilan makanan dan minuman yang diproses berlebihan dengan kerap boleh menyebabkan obesiti. Kes obesiti boleh menyebabkan juga gangguan sindrom metabolik seperti obesiti perut, diabetes, darah tinggi, tahap trigliserida yang tinggi dan tahap kolesterol HDL yang rendah dimana keadaan kesihatan sebegitu boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Hasil dari beberapa kajian sudah disahkan dimana individu yang banyak mengambil makanan diproses berlebihan mempunyai kadar obesiti lebih tinggi. Ini juga menyebabkan kualiti pemakanan yang lebih buruk dalam diet mereka, pengambilan natrium dan gula yang lebih tinggi serta pengambilan serat, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran lebih rendah. Antara contoh jenis makanan dan minuman yang diproses berlebihan adalah seperti aiskrim, sosej, kerepek, roti, bijirin sarapan pagi, minuman berkarbonat dan yogurt. Selalunya keadaan itu boleh meningkatkan risiko untuk menghidap diabetes jenis dua dimana secara umumnya ada empat jenis kumpulan makanan berdasarkan cara ia diproses. Makanan tidak diproses atau diproses secara minimum adalah seperti buah, bijirin, batang, akar, daun, telur, daging, susu, organ dalaman, cendawan, alga dan bijian. Makanan yang sudah diproses pula seperti makanan yang diperam, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam tin, kacang masin, daging, keju yang diproses dan roti baru dibuat yang tidak dibungkus. Contoh makanan dan minuman yang diproses berlebihan seperti aiskrim, sosej, kerepek, roti yang dihasilkan secara besar-besaran, bijirin sarapan pagi, minuman berkarbonat, yogurt atau minuman berperisa buah-buahan, sup segera dan beberapa minuman beralkohol seperti wiski, gin serta rum. Bahan masakan yang diproses pula membabitkan gula, garam, mentega, minyak dan cuka. Makanan yang diproses pada asasnya dibuat dengan hanya menambah gula, minyak, garam atau bahan lain. Pada masa sama dimana makanan diproses berlebihan pula mengandungi banyak bahan tambahan seperti lemak tepu, gula dan garam tambahan, perasa, pengawet, agen pemekat atau penstabil dan sebagainya. Kaedah didalam pemprosesan bagi makanan yang diproses berlebihan juga mungkin membabitkan pemanasan pada suhu tinggi yang mungkin menjejaskan struktur makanan itu sendiri. Dilaporkan dimana pada setiap kumpulan makanan yang diproses mempunyai tujuan tersendiri dan tidak semua makanan yang diproses adalah tidak sihat dimana selagi nilai pemakanan dalam makanan tidak berubah maka masih tidak mengapa untuk dimakan. Bagaimanapun dilaporkan makanan diproses berlebihan secara amnya mengandungi gula, garam dan lemak yang diproses pada kadar lebih tinggi. Ini secara tidak langsung ia boleh meningkatkan tahap insulin dan akan juga membuatkan kita makan dengan lebih banyak menyebabkan ia diambil secara berlebihan. Sempena Hari Kesihatan Sedunia beberapa jabatan dan NGO berkempen dengan membantu orang ramai belajar membuat pilihan makanan yang lebih baik. Mengutamakan kesihatan dengan kaedah seperti melakukan saringan kesihatan secara berkala melalui pemeriksaan awal boleh mententeramkan fikiran selain memastikan kesihatan terjaga. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segman iatu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MAKANAN DI PROSES... PELBAGAI CARA...
ADA DI TAMBAH... PELBAGAI BAHAN PERISA...
MUDAH DI BELIS... DIMANA-MANA SAHAJA...
ELAK AMBIL BERLEBIHAN...SIHAT SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
MAlaysia.
(13 Syawal 1445H).

Thursday, April 25, 2024

ANCAMAN MAKANAN YANG DI PROSES (Part 1)

MAKANAN YANG DI PROSES
  pada zaman ini sudah menjadi salah satu kaedah pengambilan mkanan diseluruh dunia dimana ia ada yang diibaratkan sebagai salah satu 'gaya hidup'. Pada penulis blog mendapati dimana isu bagijenis 'makanan yang diproses' sering di laporkan di media akademik atau media sosial dimana ia melibatkan aspek kesihatan sama ada makanan proses yang banyak berkait dengan kesan negatif berbanding dengan kesan positif. Apa pun bagi pengguna diman amemang tidak salah bahawa kebanyakan makanan yang terdapat di pasaran hari ini adalah makanan yang diproses. Pengetahuan pengguna mengenai ciri asas semasa membeli makanan yang di proses adalah penting sebelum membeli dan memakannya bersama isi keluarga apa lagi kalau makanan tersebut sudah menjadi makanan rutin harian. Sebaiknya pengguna perlu tahu akan 
panduan ringkas mengenai apa itu dan makanan berkhasiat berbanding makanan yang diproses yang tidak berkhasiat. Sebenarnya 'makanan yang diproses' adalah makanan yang telah dimasak sama ada ia kemudian di masukkan kedalam tin, dikemaskan, dipotong-potong atau ditingkatkan dengan menambahan bahan perasa sebelum di pasarkan secara komersial. Proses-proses ini sebenarnya ia telah mengubah kualiti pemakanan makanan dengan cara yang berbeza dimana iklan akan lebih mempengaruhi kepercayaan pengguna mengenai produk proses tersebut. Ada laporan dimana sesiapa yang membeli makanan sejuk beku yang dimasak sebelumnya dilakporkan isu ini menjadikan situasi menjadi lebih buruk khasiatnya daripada jika pengguna memasak bahan segar sendiri. Makanan beku didakwa memang ia selalunya akan mengandungi bahan kimia pengawet sama ada bahan termasuk gula, garam atau bahan lain bertujuan untuk menambahkan rasa dan ia juga menjadikannya mudah dimasak dan enakdimakan serta mudah menyediakannya dan cepat siap. Sebaliknya dalam kes lain pengguna tidak boleh menyimpan bahana makanan segar untuk jangkamasa lama seperti sayur bayam, ikan, dagung dan sebegainya dimana ia perlu atau sesuai di proses. Dari segi analisa kos dilihat yang makanan yang diproses selalunya lebih mahal harganya jika membeli. Ada juga dakwaan yang menyatakan dimana makanan diproses adalah lebih sihat adalah makanan yang tidak mengandungi apa-apa atau hanya mengandungi beberapa bahan-bahan tambahan. Dalam beberapa dakwaan pada label makannan dinyatakan dimana produk makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin, sayur-sayuran kalengan, ikan dalam tin, susu dan produk kacang-kacangan adalah dilaporkan diantara jenis makanan yang diproses paling sihat. Memang jika ambilkira potensi pasaran dimana ada sebilangan besar masyarakat atau orang tidak mempunyai pilihan untuk membeli produk segar. Pilihan yang mereka ada cuma produk makanan proses seperti mereka yang tinggal di kawasan bandar yang sesak dan jauh dari sumber makanan segar. Maka kumpulan ini akan merasa tidak bersalah jika sentiasa mengambil jenis makanan dalam tin sesuai dengan anggaran dan gaya hidup yang mereka ada. Sebaiknya mengikut kementerian kesihatan dimana pengguna harus mencuba dan menggelakkan ambil jenis makanan dalam tin yang mengandungi garam dan gula atau bahan pengawet lain. Artikel subuh ini dlaam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta mengenai ancaman makanan yang diproses untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sebenarnya dalam dunia sekarang dilihat manusia yang bekerja menjadi kenyataan terutama orang dewasa sangat sibuk hari ini dan perlu makan juga dengan cepat dan berkhasiat dimana pilihan tersedia adah mengambil makanan proses. Di rumah pula dimana produk makanan segar yang di beli juga akan di portong-potong dan kemudian disimpan didalam peti ais dimana produk ini atau makanan ini juga di anggap sebagai 'makanan proses' juga apabila di keluarkan dan dimasak. Situasi ini jauh lebih baik daripada membeli produk makanan proses komersial yang dibeli. Apa pun jenis m
akanan yang diproses yang kurang sihat dilaporkan beberapa pengkaji makanan termasuk makanan seperti hot dog, daging siap rempah, sayuran dalam pek yang di bubuh perisa makanan, makanan kerepek, produk asas kentang, ikan sardin dalam tin, cheese beku, makanan beku, bijirin didalam tin, keropok ikan dan banyak lagi yang tidak disebutkan. Sebilangan besar barang di jual di pasaraya atau dikedai runcit adalah lebih banyak diproses daripada yang segar. Mungkin hanya terdapat begitu sedikit bahan asas 'sebenar' dalam produk makanan proses tersebut dan dicampur dengan bahan kimia sebagai pengawet atau menambah perisa dan ia sebenarnya adalah bahan yang sangat asing bagi tubuh manusia. Inilah sebab mengapa makanan yang sangat diproses ada yang dinilai mempunyai hanya sedikit zat pemakanan dimana ia adalah tidak baik untuk diamalkan sama secara berkala apa lagi kalau secara rutin. Kalangan pengguna perlu lebih teliti dan berhati-hati jika mengambil makanan yang di proses agar menjaga kesihatan dan dinasihatkan untuk menggunakannya secara sederhana. Memakan biskut bungkus sebulan sekali dan bukannya setiap hari atau mengambil makanan bijirin untuk jadi jenis sarapan bergula seminggu sekali dan bukannya setiap hari adalah salah satu cara seshai dicuba dalam mengubah pola makan dengan kurangkan makanan di proses. Apa pun selalunya individu yang mengubah pola makanan akan memberi tindak balas yang lebih positif terhadap makanan yang terbaik dan bergizi serta kurangkan bhan kimia yang terdapat dalam makanan yang diproses ini. Sering penulis blog dengar dakwaan dimana jenis makanan yang diproses dikaitkan dengan isu negatif termasuk isu kegemukkan (obesiti), kesan kepada penyakit diabetes tipe II, kesan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan bahkan beberapa jenis serangan kanser atau barah. Makana nini juga dilaporkan sangat memudaratkan kesihatan dimana semua harus terhadkan pengambilannya di dalam diet.


Dipasaran memang amat mudah mencari makanan siap proses asas daging seperti Sosej, Burger, daging perap dan sebagainya. beberapa laporan ada menyatakan dimana m
akanan terproses seperti sosej, daging burger dan lain-lain mempunyai bahaya yang tersembunyi kerana didakwa ia mengandungi garam, lemak tepu dan pengawet yang tinggi. Perkara ini boleh meningkatkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan risiko obesiti serta kesan kejadian penyakit kronik jika tidak di kawal pengambilannya. Pihak kesihatan selalu ingatkan agar memilih makanan segar dan kurangkan makanan terproses dengan pendekatan atau konsep iaitu pengambilan suku suku separuh. Dalam pada itu jangan lupa untuk mengambil 6-8 gelas air kosong sehari. Pada penulis blog percaya yang semua pengguna semasa ke pasaraya dan membelek rak-rak makanan memang mengasyikkan bila melihat ada ratusan jenis makanan yang kelihatan cukup sedap serta ia dibungkus dan dipek dalam cara yang amat menggoda dan mempengaruhi minda semua orang untuk membelinya. Dipercayai kalangan masyarakat masih ramai yang percaya dan menganggap makanan yang diproses seperti burger dan kentang goreng yang dihidang di restoran makanan segera yang enak rasanya. Tetapi tahukah semua jika setiap makanan yang terdapat dalam kabinet dapur anda merupakan makanan yang diproses dan mengancam aspek kesihatan?. Selalunya makanan yang diproses adalah apa saja makanan yang dikotakkan kemudian ia diletak dalam bungkusan plastik, tin atau bekas kaca dan mempunyai label senarai bahan-bahan yang dicampurkan. Kaedah menyimpan makanan ini yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik. Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi atas alasan keselamatan dan mudah untuk menggunakannya. Atas sebab itu ada kajian menyatakan yang hampir 90% wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan makanan oleh rakyat USA adalah untuk membeli makanan yang diproses. Persoalan asas adalah kenapa ia sudah menjadi trend di masa ini dan isu mengapakah perlu memproses makanan. Apa pun dijelaskan dimana sebab yang paling utama ialah untuk memudahkan pengguna agar ia lebih senang untuk makana ini disediakan. Sebagai contoh memakan sosej mencukupi dengan masukkan kedalam microwave atau menggoreng dengan sedikit minyai dalam kuali untuk beberapa minit sahaja sudah sedia untuk dimakan. Ia jauh lebih mudah dan cepat daripada menyediakan makanan dengan cara untuk  memulakannya daripada sifar. Lazimnya ramai orang bujang atau pelajar cuma menuangkan air panas dalam semangkuk mi segera dan boleh dimakan dalam hanya beberapa minit. Apa pun kehebatan ini iaitu memudahkan cara penyediaan bukanlah satu-satunya nikmat yang anda perolehi. Ini kerana ada terdapat banyak bahan lain yang dicampurkan oleh pihak pengeluar. Antaranya ialah Bahan Pewarna bagi memberikan warna kilauan neon pada soda oren, Bahan Penstabil untuk jadikan kuah yang dimakan kurang berair, Bahan Peluntur untuk tujuan menyahjangkitan bakteria dan juga Bahan Pengemulsi iaitu bertujuan air dan minyak tidak boleh bercampur. Selain itu ada juga Bahan Melembutkan yang selalu ia dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim, Bahan Pengawet bagi membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan. Di masukkan juga Bahan Pemanis seperti bahan gula manis atau juga bahan saccharin dan aspartame lebih manis serta Bahan Perisa yang mana ia bertujuan untuk memberikan rasa seperti buah strawberi.
Masalahnya, kebanyakan makanan yang diproses. 


Apa pun ada dilaporkan ada makanan atau minuman proses yang didakwa ia juga mengandungi bahan yang enak diambil terutama jika sejukt. Dalam satu kajian dilakukan dimana dilaporkan ada banyak bahan tambahan didalam produk makanan yang di proses termasuk produk susu berperisa strawberi di pasaran yang dianalisa (jenama ada pelbagai). Dilaporkan dimana produk ini juga mengandungi bahan seperti am
il asetat, amil butirat, amil valerate, anetol, anisil format, benzil asetat, benzil isobutirat, asid butirik, cinnamil isobutirat, cinnamylvalerate, diasetil, dipropil keton, etil butirat, etil heptanoat, etil laktat, etil metilfenilglisidat, etil Nitrat, etil propionate, etil valerbate, heliotropin, a-ionone, isobutyl anthranilate, isobutyl butrate, minyak pati lemon, metil anthranilat, metil benzoate, metil silsilat, minyak pati pudina dan bahan pelarut. Bahan ini yang salah satu fungsinya ia akan menyedapkan makana atau minuman proses. Dalam beberapa laporan didakwa ada terdapat hampir 6,000 bahan kimia yang digunakan dalam pelbagau jenis produk makanan yang diproses diseluruh dunia dimana ia mungkin sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa dan mengikuti piawaian. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Universiti UCLA ke atas kehidupan harian 32 buah keluarga di USA dimana kajian ini melipitu secara rutin mereka memakan malam selama 3 tahun lamanya. Hasil kajian melaporkan dan mendapati walaupun 70% keluarga masih melakukan aktiviti memasak dan makan di rumah namun kebanyakannya masih lagi menggunakan makanan yang diproses dalam kehudupan harian mereka. Ini menunjukkan hanya cuma sekitar 30% sahaja mereka tidak mengambil makanan proses. Kajian lain juga mengaitkan dimana ada beberapa jenis penyakit akibat dari mengambil jenis Makanan Diproses secara rutin. Pertama adalah Penyakit Kanser dimana ada sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen. Kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik Universiti Hawaii iaitu ke atas 200, 000 responden mendapati individu yang kerap makan daging yang diproses (hot dog dan bologna) adalah mereka lebih berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67% akibatnya. Kesan kepada Isu Obesiti yang berpunca dari pengambilan makanan yang diproses biasanya tinggi gula, lemak dan garam diman ia kurang nutrien dan serat. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dimana jenis makanan yang telah diproses adalah punca peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik di seluruh dunia. Ketiga adalah isu Penyakit Jantung dimana kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA) iaitu ia adalah salah satu bentuk lemak paling bahaya. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja dimana hasil kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko terhadap serangan kepada penyakit jantung. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segman iatu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MAKANAN DI PROSES... PELBAGAI CARA...
ADA DI TAMBAH... PELBAGAI BAHAN PERISA...
MUDAH DI BELIS... DIMANA-MANA SAHAJA...
ELAK AMBIL BERLEBIHAN...SIHAT SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
MAlaysia.
(13 Syawal 1445H).

Wednesday, April 24, 2024

BAGAIKAN ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG

Menarik peribahasa lama iaitu 'BAGAIKAN ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG' untuk ianya dibincangkan kali ini melalui sudut teknologi pertanian. Peribahasa ini menggunakan anjing sebagai kiasan dengan bayang-bayangnya sebagai satu ungkapan yang masih relevan dalam masyarakat sehingga hari ini. Apa pun peribahasa '
bagaikan anjing dengan bayang-bayang' memberikan maksud 'orang yang tamak selalu rugi' dimana ia memang mungkin berlaku. Bagi usaha memahami lagi akan ungkapan tersebut sila baca ayat contoh 'Akibat sifat tamak seorang abang kepada adiknya sehingga barang mainan yang menjadi rebutan jatuh pecah kerana ketamakan abangnya merebut kasar dari adiknya yang tamak bagaikan anjing dengan bayang- bayang'. Apa yang menrik peribahasa dan ceritanya banyak ditulis dan diceritakan kepada kanak-kanak diseluruh dunia agaknya. Banyak buku-buku di cetak untuk pendidikan rendah dan di buat kartun juga. Kisah bagaimana pada suatu hari, ada seekor anjing terjumpa dengan seketul tulang besar. Apa lagi dimana anjing tersebut memang amat sangat gembira dan berlari-lari pulang ke rumahnya sambil beraksi menggonggong tulang itu. Bagaimana pun di dalam perjalanan tersebut dimana anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat jernih. Anjing itu seterusnya memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya yang jelas dan disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang. Disebabkan sifatiaitu kerana tamakkan tulang lain maka anjing itu menyalak dan cuba menerkam ke anjing yang merupakan bayangnya sendiri di dalam sungai. Akibatnya kemudian anjing itu basah kuyup dan seketul tulang yang di gonggong di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai. Anjing tersebut termenung dimana dia  menyesal kerana sifatnya yang terlalu tamak dan akibatnya dia yang rugi sendiri. Menariknya cerita ini untuk dikongsikan semula di usia emas ini kepada cucucicit pula. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gunakan peribahasa diatas untuk ianya membuat ulasan teknikal sesuai dengan kiasan yang berkaitan.


ANJING (Dogs)
adalah sejenis haiwan mamalia yang sering berkait dengan sektor pertanian terutamanya untuk membantu menjaga ternakan dan menjaga kebun. Anjing didakwa telah mengalami 'domestication' daripada haiwan serigala sejak 15,000 tahun yang lalu dan ada laporan menyatakan ia bahkan mungkin ada semenjak 100,000 tahun yang lalu diketahui akan keberadaannya berdasarkan bukti genetik berupa penemuan fosil dan analisa DNA. Proses domestikasi anjing adalah belum begitu lama berbanding kewujudannya. Anjing telah membiak kepada beratus-ratus jenis dengan terdapat banyak variasi. Perbezaan pada anjing juga sangat besar julatnya daripada warna bulu, bentuk badan, bentuk gigi dan taring, jenis makanannya, ciri-ciri kegarangan, sifat kemanjaan, habitat keberadaan (sejuk dan panas) dan sebagainya. Apa pun jangka hayat biasa anjing berbeza-beza antara baka akan tetapi untuk kebanyakannya berjulat dari 10 tahun hingga 13 tahun. Bagi anjing yang dari jenis baka dengan jangka hayat terpendek ialah seperti Anjing Dogue Bordeoux iaitu hanya sepanjang purata 5.2 tahun sahaja tetapi bagi sesetengah baka seperti Baka Bulterier Kecil (jenis anjing pemburu darah) pula dari Ireland mampu hidup selama 6 - 7tahun. Dalam Islam dinyatakan dimana anjing ini adalah sejenis binatang yang boleh dijinakkan dan ia dilihat mempunyai gigi taring yang tajam. Hukum asal dalam Islam berkenaan anjing ialah Najis Mughallazoh (najis berat) yang wajib disucikan dengan 1 kali air bercampur tanah dan 6 kali air bersih atau mutlak iaitu apabila bersentuhan dengannya samada dalam keadaan kering atau basah. Setengah pendapat menetapkan hanya bersentuhan dalam keadaan basah sahaja. Dalam media dilaporkan diman asejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis berat (Najis mughalazzoh) iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih. Menurut sumber dilamanweb ada juga memang dinyatakan kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Kajian sains moden kini ada jawapannya. Dilaporkan dimana sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata mereka yang mana sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Dilapornan di negara Norway sebanyak 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah. Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu Mammary Tumor Virus (MMTV). Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia yang telah juga menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing. Saya ada menulis artikel bertajuk 'Anjing dan Pertanian' yang boleh dibaca selanjutnya dengan pautan (Sila klik disini). 
Kategori anjing penjaga haiwan ternakan selalunya akan tinggal bersama dengan kumpulan haiwan yang diternak untuk dilindungi olehnya sebagai anggota pengawal disepanjang masa kawanan dibeberapa negara maju yang menternak jadi industri penting.


Belum pernah saya tulis atau baca atau tahu kenapa anjing suka makan tulang sama ada ia benar atau hanya mitos sahaja. Dalam membuat beberapa rujukkan dalam bahasa Inggeris ada dinyatakan beberapa fakta menarik yang saya kongsikan faktanya. 
Anjing adalah jenis haiwan peliharan yang popular di banyak sudut dunia selain kucing dimana ia boleh memakan apapun. Meski begitu dilaporkan ada juga beberapa bahan makanan yang tidak boleh diberikan pada anjing. Banyak perdebatan di antara pemilik anjing sebab ada yang menanggap bahawa tulang tidak boleh diberikan kepada anjing dan ada juga yang memberikannya. Sama ada boleh atau tidaj ia dibincang dari aspek kebaikan alsan pemberian tulang pada anjing. Pertama dikaitkan dengan adanya satu komponen Sumsum Tulang sebab anjing suka tulang diman ia dilaporkan amat enak dan lazat bagi anjing dan ia juga sumber nutrisi sangat baik untuk tubuh anjing. Kandungan lemak yang terdapat pada sumsum tulang dipercayai memang mampu memberikan tambahan tenaga untuk anjing.  Kedua alasannya dimana mungkin Masih Ada Daging Yang Melekat pada tulang kenapa anjing suka sekali makan tulang, yaitu masih ada daging yang melekat. Pada asasnya tulang adalah makanan kedua setelah daging yang disukai oleh anjing. Maka disebabkan rasa suja semasa ketika melihat tulang yang masih terdapat daging yang melekat lagi sudah pasti anjing datang dekat dan sudah tidak sabar ingin makannya. Ketiga adalah sebag ia adalah Instinct dari spesis Haiwan Liar Semulajadi dimana haiwan anjing masih terkait dengan nenek moyang dari anjing iaitu serigala yang hidup liar di alam bebas sebelum dipelighara dan menjadi anjing pet. Keturunan serigala dalam habitat asalnya pun mereka memakan daging dan tulang dimana anjing pun sama. Keempat adalah tulang ini di;aporka mampu Menjaga Kesehatan Pencernaan anjing dimana selain nutrisi yang diperlu ternyata tulang juga mampu membantu menjaga kesihatan pencernaan dimana lazimnya haiwan anjing biasanya akan mengunyah tulang hingga halus. Akibatnya serpihan tulang ini akan membantu membersihkan usus sehingga pencernaan mereka menjadi lebih sihat. Ada laporan dimana jika tulang diberikan secara rutin maka kemudian kotoran anjing juga tidak akan terlalu lembik dan tidak terlalu berbau. Kelim dimana anjing yang makan tulang akan Membersihkan Gigi dimana ia sudah menjadi rahasia umum jika memberikan tulang kepada anjing bisa membantu membersihkan gigi mereka. Sama seperti manusia, gigi anjing sebenarnya harus dibersihkan secara rutin agar selalu dalam keadaan sehat dan terhindar dari penyakit mulut anjing dan plak. Plak berlebih yang ada pada gigi anjing tidaklah baik, selain menyebabkan bau mulut yang tidak sedap juga bisa membuat gigi berlubang dan dan infeksi. Dengan mengunyah tulang, anjing secara tidak langsung akan menyikat gigi mereka sendiri. Sehingga, plak yang menempel bisa lepas dan menjadikan gigi mereka lebih bersih dan sehat. Walau sekarang sudah ada produk khusus untuk kesihatan mulut anjing akan tetapi tetap saja tulang yang paling aman karena bahan alami. Terakhir ke enam adalah dengan berikan tulang kepada anjing akan Membuat Hati Anjing Senang dimana ia akan mengurangkan rasa stress. Perkara ini akhirnya akan membuatkan anjung kebih jinak dan menyihatkannya juga. Dilaporkan dimana aktiviti mengunyah tulang boleh menjadi cara untuk anjing menghilangkan rasa bosan.


Menarik beberapa kisah dalam mazidulakmal.blogspot dimana antaranya bertajuk 'Anjing dan bayang-bayang2?' dimana menarik untuk dikongsikan. Dilaporkan dimana ada b
anyak pihak cuba mengeksploitasi sikap tamak manusia dimana salah satu kaedah digunakan pelbagai termasuk pelaburan. Kata mereka dimana sesiapa melaburkan RM1 maka pada setiap bulan pelabur dibayar 20 sen. Dalam tempoh 3 bulan, wang RM1 kononnya ‘membiak’ menjadi RM1.60. Bulan pertama hasil 20 sen dibayar, begitu juga pada bulan kedua. Bulan ke tiga pihak menipu akan melarikan diri dan lesap bersama wang baki 60 sen. Begitu modus operandi mereka meraih keuntungan dalam tempoh singkat. Ia banyak kali berlaku di Malaysia dimana paling popular adalah Skim Pak Man Telo dahulu dimana amat ramai orang tertipu bagai peribahasa 'Bagaikan anjing dengan bayang-bayang'. Apa pun kejadian seperti itu berulang. Tetapi tidak ramai anggota masyarakat belajar daripada kesilapan orang lain. Mereka ‘terkena’ dahulu kemudian belajar atas kesilapan sendiri. Pernah dilaporkan dalam media dimana seorang artis tanahair tertipu dan di antara mereka, Amy Search, Hattan, Awie dan Misha Omar selain mangsa lain, golongan profesional dan personaliti TV. Jumlah kerugian Amy dan Hattan dilaporkan berjumlah sebanyak RM1.5. Apa pun dipercayai dimana ada sebilangan mangsa terbabit mendiamkan diri sahaja kerana ereka berasa malu tampil untuk membuat laporan polis.  Jumlah kerugian keseluruhan ditaksir lebih RM432 juta ringgit. Mangsa disogok tawaran pelaburan pembelian saham dalam syarikat rokok antarabangsa dan dijanjikan keuntungan mencecah 50% dalam tempoh singkat, antara 10 dan 30 hari. mangsa akan mulanya menjadi rambang mata tetapi kemudian mereka semua sadar yag akhirnya terpedaya. Apa pun blog ini laporkan dimana penjenayah yang sedang diburu polis Malaysia dan Interpolpada masa itu (Julai, 2009) adalah bernama Rohaniza Aladib (31 tahun) yang mana telah dilaporkan sudah pun dipercayai melarikan diri ke Australia dan dia mungkin sedang bersenang-lenang, tersenyum membelanjakan wang hasil titik peluh penipuannya. Mujurlah kalau masa itu mangsa merupakan golongan berwang dan bukan petani kampung mahupun pekerja kilang. Pada penulis blog tersebut nyatakan dimana Rohaniza merupakan seorang penjenayah bijak untuk memgeksplotasi sikap tamak golongan sasarannya. Seterunya ditulis benar kata pepatah Melayu lama 'orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang'. Sifat Tamak pada orang diibaratkan sebagai terlihat bayang tulang di air, tulang digonggong erat dilepaskan. Akhirnya melopong, kerugian, tulang jatuh ke air dalam. Apa pun masa itu mazidulakmal berkata sekiranya Rohaniza bertindak bodoh dan dia masih berada di negara ini tanpa membuat pembedahan plastik dimana sesiapa jika ternampak pun boleh terus hubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman. Pada tahun 2023 semasa artikel ini ditulis (l2bih 14 tahun lalu) masyarakat Malaysia beum tahu akan apa berlaku dengan kes ini. Semuga artikel kali ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAGAIKAN ANJING.. DENGAN BAYANGNYA...
INGIN MEREBUT... JATUH YANG DIMULUTNYA...
ORANG TAMAK...KELAK AKAN RUGI AKHIRNYA,,,
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhir 1445H).
Kemaskini pada 24 April 2024...
Betsamaan 14 Syawal 1445H

Tuesday, April 23, 2024

TEKNOLOGI MENANAM BUAH KERAS

BUAH KERAS
atau BUAH KEMIRI (Aleurites molucana Wild) adalah dihasilkan dari pokok yang dipercayai berasal daripada Malaysia tetapi kini sudah kurang diushaan secara komersil di negara ini. Di laporkan dari beberapa sumber dinyatakan iaitu dimana kini tanaman buah keras menyebar ke India, Filipina, Indonesia, Australia, Kepulauan Pasifik dan sehingga sejauh ke Brazil. Penulis blog ada menulis artikel ringkas mengenai buah keras pada tahun 2011 (sudah lebih 12 tahun yang lalu) dimana sudah banyak maklumat baharu mengeai tanaman ini yang mana artikel terseut boleh di akses dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Merujuk kepada laporan statistik tanaman rempah ratus d Malaysia apa yang penulis blog semak memang tidak ada dilaporkan jumlah keluasan bagi tanaman buah keras di laporkan secara komersil di Malaysia. Apa yang penulis blog pasti dimana b
uah keras antara bahan yang turut menjadi elemen utama dalam masakan tempatan. Ia juga dijadikan untuk perencah, sambal atau pun gulai. Buah keras ini bukan sahaja membantu dalam memberi kepekatan masakan berkuah, malah memberikan aroma (manis) dan juga menambah kelazatan. Buah keras juga mampu elakkan santan menjadi pecah (minyak) dalam masakan gunakan santan pekat seperti masak lemak. Untuk mendapatkan aroma dan kelazatan dari buah keras sebaiknya ia terlebih dahulu perlu digoreng kering tanpa minyak, ditumbuk dan dikisar halus. Sekiranya ingin buat sambal, buah keras boleh digoreng bersama bawang putih dan bawang merah dan dikisar halus. Selain daripada kegunaan dalam masakan ada laporan dimana buah keras juga sering dijadikan ramuan dalam kosmetik. Sebagai contoh, buah keras yang telah dihancurkan mampu dijadikan sebagai sabun, syampu dan juga serbuk lulur. Biji buah keras pula dikatakan mampu dijadikan sebagai sumber minyak lampu. Diantara khasiat buah keras adalah dimana minyak daripada buah keras boleh merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan wanita selepas bersalin. Minyaknya juga boleh melebatkan rambut dan mampu merawat masalah rambut gugur dan bercabang. Sebagai ramuan untuk kosmetik seperti shampo, sabun, lulur badan dan sebagainya. Daunnya juga didakwa boleh menghilangkan sakit kepala. Artikel pada malam ini dlam blog "Anim Agro Tchnology" saya paparkan mengenai teknologi penanaman pokok buh keras untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Menanam pokok buah keras atau pokok kemiri memerlukan ilmu pengetahuan, tanah, modal dan teknologi serta strategi pemasaran sehingga ia boleh berikan pendapatan. Tanaman pokok buah keras 
adalah tanaman kategori rempah yang biasanya dimanfaatkan sebagai rempah dalam masakan atau diproses sebagai minyak. Tanaman ini tersebar di beberapa negara termasuk yang agak luas di tanam di India, China, Asia Tenggara dan Indonesia, Polynesia, dan New Zealand. Negara jiran iaitu Indonesia dimana aktiviti penanaman buah keras dilakukan oleh pekebun kecil dan dilihat ianya tumbuh dengan baik pada ketinggian 0 sampai 800 meter dari paras laut dan mampu mengeksport juga. Selain ketinggian lokasi penanaman dilaporkan dimana faktur curahan hujan dan suhu dipersekitaran juga turut mempengaruhi kadar pertumbuhan tanaman ini. Jumlah hujan yang ideal untuk pertumbuhan pokok buah keras adalah diantara 1,500 sehingga 2,400 mm/tahun dengan suhu antara 20 - 30 C. Sumber benih yang baik, penjagaan yang sempurna, pokok yang produktif dan kualiti buh keras akan menentukan gred buah yang dihasilkan dan harga yang akan diperolehi. Sebaiknya bahan tanaman atau benih untuk buah keras didapatkan dari pembekal anak benih yang sudah disahkan atau membuatnya sendiri ditaak semaian. Pilih dari biji tanaman pokok buah keras yang sudah matang atau sudah sudah tua kerana biji dari pkok ini adalah selalunya ia lebih subir dan cepat bercambah. Sebelum menyemai biji benih buah kers ada 3 perkara yang perlu dilakukan. Pertama adalah dengan merendam biji benih buah keras tersebt dalam air dingin selama 15 hari dan kemudian ia boleh di pukul biji tersebut sehingga bahagian yang runcing retak. Kemuidan sebaiknya perlu dikikis lapisan mikrofil biji tersebut sampai tempurungnya tipis. Perkara kedua adalah dimana sebaiknya di bakar biji buah keras dengan ianya diletakkan dalam bara api yang di tutup dengan penutup sesuai setebal 10 cm semasa membakar. Setelah semua biji ini terbakar maka bolehlah disiram dengan air sampai apinya padam. Perkara ketiga dimana 6 hari kemudian maka digalakkan agar pembakaran diulang. Rawatan dengan cara merendam biji buah keras dalam larutan KNO3 pada kepekatan 0.2% selama 30 minit untuk permudahkan proses percambahan yang seragam. Kemudian biji ini sudah boleh dibersihkan dan disemai kedalam polibeg yang berisi media semaian dimana kesannya biji ini akan tumbuh seragam. 


Aktiviti an proses penanaman anakbenih buah kers ini dimulakan dengan cara menyediakan tanah di kawasan kebun. Tanah perlu dibersihkan dengan cara perlu dibajak dahulu atau mencangkulnya (jika kawasan kecil dan bercerun) dan elakkan daripada sebarang semak samun dan rumpai. Jarak penanaman pokok buah keras disesuaikan mengikut keadaan tanah dimana jika menanam untuk pengeluaran biji disyorkan ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter. Dalam pada itu jika menanam pokok buah keras untuk tujuan menghasilkan kayu maka disyorkan menanam dengan jarak rapat iaitu 4 meter x 4 meter. Sediakan lubang penanaman sesuai dengan tanah dan sebaiknya berukuran 60 x 60 x 60 cm. Pastikan untuk memisahkan diantara tanah bahagian atas dan bawah untuk tujuan enanaman kelak. Digalakkan agar tanah yang digali dari bahagian bawah ini untuk iau dicampur dengan baja organik dengan kadar perbandingan 1:1. Biarkan lubang penanaman selama seminggu sebelum menanam. Semasa musim kemarau dan tiada sumber air maka lubang boleh ditimbus terus dalam lbang. Namun jika aktiviti penanaman dilakukan semasa musim hujan, maka campuran tanah dengan baja organik boleh dibiarkan terlebih dahulu berada dekat dengan lubang penanaman. Cara menanam anakbenih buah keras adalah dengan meletakkan benih pada lubang tanam yang siap tanam dan kemudian perlu di tutup lubang tanaman dengan tanah topsoil dan dipadatkan agar benih tidak mudah tumbang kelak. Pastikan disekeliling pokok buah keras yang baru ditanam sentiasa bersih daripada rumpai bermula dari 1 - 3 bulan penanaman. Aktiviti mengawal rumpai ini kemudian hanya perlu dijalankan 3 bulan seali sahaja (Sila lihat foto disebelah). Kawalan rumpai disyorkan dengan cara gunakan cangkul atau tajak secara manual bagaimana pun kalau kawasan kebun luas boleh menggunakan racun rumpai yang seburan dilakukan secara terkawal. Semasa membuang rumpai lakukan juga aktiviti penggemburan tanah dipangkal pokok agar lebih tegap. Aktiviti penyiraman mesti dilakukan selepas menanam kerana anak pokok muda ini sangat sensitif dengan keadaan tanah yang kering. Penyiraman mesti dilakukan secara rutin terutama pada musim panas diperingat awal penanaman.


Amalan agronomi dalam penanaman pokok buah keras adalah Aspek Pembajaan. Membaja dengan baja organik dan baja jenis NPK 15:15:15 diperingkat pertumbuhan vegetatif sangat perlu dilakukan secara berjadual dan kadar sesuai. Sebanyak 2kg sepokok baja organik sesuai diberikan semasa pokok masih muda. Kemudian bila pokok buah keras ini sudah berada diperingkat mula berbunga dan berbuah diberikan baja NPK 12:12:17:2 dan baja organik (10 -30 kg sepokok) untuk penghasilan buah yang maksima. Adalah disyorkan jika amalan pembajaaan baja organik dengan membenamkannya sedalam 10 cm di bawah permukaan tanah. Sementara itu disyorkan baja NPK diberikan sebanyak 2 kali dalam setahun iaitu pada awal dan akhir musim hujan. Cara pemberian baja NPK ini pula sebaiknya dengan membuat lubang untuk ia di tanam di sekeliling batang pokok dan ditutup terutama jika tanah bercerun. Amalan Mencantas (Pruning) sebaiknya dilakukan di awal musim hujan dimana cara cantasan dilakukan adalah dengan memangkas dahan yang rosak atau lemah, dahan mati, atau pun susunannya terlalu dahan terlalu rapat (dibuat penjarangan dahan). Kawalan serangga perosak dan penyakit perlu dijalankan sjak awal penanaman dengan sentiasa membuat pemeriksaan diagnostik. Semburan racun organik sesuai dibuat terhadap pokok buah keras kerana jika menggunakan racu kimia dikhuatiti ia akan menjejaskan kualiti buah yag dihasilkan. Kawalan dengan racun kimia hanya dilakukan jika kadar serangan serangga perosak dan penyakit serius. Penjagaan baik membolehkan pokok buhah keras yang ditanam dari bijibenih akan berbuah setelah pokok ditanam dan berumur 3 sampai tahun. Penuaian buah keras boleh dilakukan 2-3 kali setahun dengan memungut buah keras yang sudhah gugur diatas tanag. Biji ini dikutip dan dikumpulkan sebelum dipecahkan untuk ambil bujnya yang keras (ia boleh disimpan sehingga 3 tahun). Cara mudah bagi memecahkannya secara manual adalah dengan meeletakan biji buah keras dengan kulit keras kedalam kain dan di hentakkan kepada batu sehingga pecah dan isinya boleh dikumpulkan. Secara umumnya harga pasaran buah keras mengikut kualiti dan musim. Buah keras dgunakan sebgai bahan penyedap masakan seperti sup, kari, masak merah ayam, rendang, semua jenis tumisan sayuran dan sebagainya. 


Penulis blog dapati dimana walaupun biji ini boleh dimakan namun begitu buah keras atau nama botaninya Aleurites moluccana merupakan pokok rasmi di Hawaii dimana ia perlu dimasak sebelum dimakan kerana jika dimakan mentah dilaporkan ia memang mempunyai bahan toksik (Saponin dan Phorbol) yang tinggi yang merbahaya kepada kesihatan. Pun begitu dilaporkan diantara kegunaan buah keras adalah ia mampu menghilangkan tanda-tanda regangan di perut. Apa pun selain buahnya yang digunakan sebagai rempah dalam masakan didakwa terdapat beberapa bahagian pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan sebagai ubat dalam rawatan tradisional. Daun pokok buah keras dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan gonorea. Daun muda yang telah dipanaskan atas api dikatakan mampu dijadikan sebagai tampalan bagi melegakan organ tulang yang patah, lebam-lebam, luka dan kesakitan. Minyak biji buah keras dikatakan bersifat rengsa dan julap dan kadang-kala digunakan seperti minyak jarak. Minyak ini juga digunakan sebagai perangsang rambut terutamanya dalam sistem perawatan rambut. Minyak dari biji buah keras juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat kesan kulit terbakar, tanda-tanda regang di perut bagi wanita selepas melahirkan anak dan benjol di perut. Di Sumatera pula dilaporkan dimana biji buah keras yang telah dibakar dikatakan boleh disapu di pusat bagi melegakan masalah kejang perut. Memang hebat khasiat buah keras dimana ia mampu menghilangkan nafas berbau. Apa pun lazimnya masalah berkaitan pencernaan juga ianya dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok buah keras. Di Hawaii dilaporkan iaitu buah dan biji yang telah dipanggang dikatakan mampu untuk dijadikan sebagai ubat merawat sembelit atau pencuci perut. Dalam kes lain dimana air rendaman getah buah, bunga dan kulit pokok dikatakan mampu dijadikan ubat untuk merawat sakit tekak, tonsillitis, sakit gigi dan juga nafas berbau. Bagi mengelakkan jangkitan terhadap ulser dan bengkak luaran boleh amalkan ambil getah buah keras juga boleh digunakan untuk disapu pada bahagian tersebut. Bahagian kulit pokok dan buah yang masih berwarna hijau dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah pernafasan terutamanya asma dan batuk. Tidak pelik jika ada dakwaan buah keras digunakan untuk rawatan tumor seperti dilaporkan di Jepun dimana kulit kayu ini dikatakan mampu digunakan. Di Jawa pula ada digunakan kulit kayu pokok buah keras ini untuk merawat masalah diarrhea berdarah dan juga disenteri. Air rendaman kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat ketidak suburan wanita. Walaupun kisah diatas terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok buah keras ini, namun begitu penggunaannya perlulah diawasi dan sentiasa mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.Wasallam....!
BUAH KERAS... KEMIRI SAMA SAHAJA...
MUDAH DITANAM... SEMAIKAN BIJINYA...
DI SIRAM, DIBAJA... 3 TAHUN BUAH ADA...
PELBAGAI KHASIAT... AMAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 441, 4th Floor,
Sand & Sandas Resort and SPA,
Desaru Beach, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(10 Safar 14445H).

Monday, April 22, 2024

TEKNOLOGI BAWANG MERAH INDONESIA (PT 4)

TANAMAN BAWANG MERAH
(Allium cepa L.) di Indonesia adalah merupakan salah satu komoditi penting dalam kategori Tanaman Pangan (tanaman makanan) yang kini semakin diberi penekanan kerana harga komoditi tersebut sudah naik mendadak masa ini. Walau pun negara tersebut ada terus menanam dan menghasilkan bawang merah sendiri akan tetapi mereka masih lagi mengimport 20% bawang merah daripada Vietnam, Thailand dan beberapa negara lain tetapi juga mengeksport 20% bawang mereka keluar. Dilaporkan dimana Kabupaten Brebes di Jawa Tengah adalah merupakan kawasan terluas menanam bawang merah di Indonesia sejak dahulu dan di jadikan komoditi penting di lapangan. Bawang Merah dilaporkan menjadi tanaman utama di kalangan pesawah yang dijalankan sebagai tanaman bergilir dengan tanaman padi semenjak dahulu lagi. Merujuk Badan Pusat Statistik (BPS sama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia) dimana di Indonesia mereka mampu menghasilkan bawang merah sebanyak 1.97 juta metrik tan pada tahun 2022. Apa pun jumlah tersebut menurun sebanyak 1.51% dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang mencapai pengeluaran sebanyak 2.00 juta metrik tan. Di laporkan dimana Pulau Jawa sendiri sejak duliu dimana ia memberikan sumbangan sebesar 75% dari jumlah pengeluaran bawang merah. Sementara kawasan yang luas penanaman utama bawang merah (penghasil utama bawang merah) adalah di Jawa Barat (Indramayu, Kuningan, Garut, Cirebon dan Majalengka), Jawa Tengah (Brebes, Tegal, Boyolali, Pemalang, Magelang, Rembang, Kebumen dan Pati), sementara di Jawa Timur (Malang, Probolinggo, Nganjuk, Banyuwangi, Mojokerto, Magetan, Tuban, Pamekasan dan Sampang). Sementara di luar Jawa terdapat di Sumatera Utara (Tapanuli, Samosir, dan Dairi), Sumatera Barat, Sumatera Selatan (Ogan Komering Ulu, Lahat, dan Palembang), Bali, NTB (Lombok Timur, Bima, Lombok Tengah, Sumbawa, Lombok Barat, dan Dompu), Sulawesi Selatan (Enrekang). Bawang merah adahan komoditi unggul yang menjadi salah satu komoditi nasional yang selalu turun naik teutama dari segi harga dan pengeluarannya. Ini kerana ada kalangan petani yang gagal menghasilkan bawang merah di sebabkan banyak faktur seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit di kebun. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai amalan teknologi penanaman bawang merah di Indonesia untuk ianya dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Kepentingan air bagi tanaman bawang merah amat penting terutama diperingkat awal penanaman. Sebenarnya walau pun dilaporkan yang tanaman bawang 
tidak menghendaki banyak hujan akan tetapi tanaman bawang merah memerlukan air yang cukup selama pertumbuhannya melalui cara penyiraman. Pertanaman diatas tanah bekas sawah dalam keadaan terik di musim kemarau memang ia memerlukan penyiraman yang cukup iaitu dengan mengairkan satu kali dalam sehari pada pagi atau waktu petang sehingga menjelang menuai kecuali kalau ada hujan. Penyiraman yang dilakukan pada musim hujan apa pun sebaiknya hanya ditujukan untuk membilas daun tanaman yang bertujuan untuk membuang percikan tanah batas yang melekat pada daun bawang merah. Kajian mendapati dimana kepeluan air kepada tanaman bawang meah amat KRITIKAL pada peringkat PEMBENTUKKAN UMBI (bulb formation) kerana ketiadaan air akan menurunkan produktiviti dan hasilnya. Penanam bawang di Indonesia lazimnya bagi mengatasi masaalah ini akan mengawal paras ketinggian aur diantara batas tanaman bawang merah dan menambahkan kekerapan menyiram pada kawasan tanah mineral semasa kemarau. Kajian menunjukkan bahwa pemberian air dalam batas tanaman dengan ketinggian 7.5 - 15 mm atau menyiram dengan frekuensi satu kali sehari sekali rata-rata memberikan bobot umbi bawang merah tertinggi. Pemeliharaan tanaman bawang merah kritikal yang lainnya adalah bagaimana mengawal rumpai (gulma). Pertumbuhan rumput jika berlaku  pada celah-celah tanaman bawang merah yang masih muda sampai umur 2 minggu selalunya boleh berlaku dengan kadar sangat cepat. Sebaiknya aktiviti kawalan rumpai dilakukan dengan cekap sejak awal menanam benih dan di sesuaikan dengan cara manual atau mencabut kerana jika rumpai membesar dan akarnya panjang akan menganggu tanaman bawang merah.


Tanaman bawang merah mudah diserang oleh serangga perosak dan juga penyakit. Dilaporkan diantara perosak dan penyakit tanaman bawang merah yang selalu memgancam adalah Ulat Ratus (
Spodoptera exigua), Kutu Thrips, Bintik Daun Ungu (Alternaria sp), Bintik Daun (Colletotrichum), Penyakit Busuk Umbi (Fusarium sp) dan Penyakit Busuk Akar Putih (Sclerotum sp), Penyakit Busuk Daun (Stemphylium sp) dan juga penyakit disebabkan Virus. Pengawal perosak dan penyakit merupakan kegiatan rutin dimana perlu ada tindakan preventif yang dilakukan petani yang menanam bawang merah. Aktiviti ini dilakukan pada minggu kedua setelah menanam dan kali terakhir pada minggu ke lapan dengan dengan interval 2-3 hari sekali. Kawalan perosak dan penyakit yang tidak tepat (dimana petani akan mencampurkan 2- 3 jenis racun atau dengan doss yang tidak tepat perlu dielakkan. Sebaiknya menggunakan nozle semburan yang sesuai dengan tanaman bawang kerana jika gunakan nozel tidak standard akan menjejaskan prestasi pertumbuhan bawang merah. Ini termasuk pemborosan bahan kimia, kerja menjadi boros, isu sisa dan kesihatan penyembur dan juga kesan residu atau sisabaki serta menyebabkan pencemaran persekitaran. Apa pun salah satu cara yang dianjurkan untuk mengurangkan jumlah pemakaian racun adalah dengan tidak mencampurkan beberapa jenis racun kimia dan sentiasa memakai kafar di tulis pada label serta pastikan guna nozel standard. Kajian di Brebes, Jawa Tengah menyatakan penggunaan penyembur dengan menggunakan jenis 'flat nozzle' atau di gelar sebagai 'sprayer kipas' adalah menjadi pilihan kerana menjimatkan isipadu racun yang digunakan sehingga sampai 60%. Terkini disyorkan agar petani menggunakan bahan 'Bio Insecticide' bertujuan untuk mengendalikan perosak seperti Ulat Ratus Bawang Merah (Spodoptera exigua Hubn.). Penggunaan racun serangga dengan bahan aktif SeNPV (Spodoptera exigua Nuclear Polyhedrosis Virus) dilaporkan mesra alam sekitar terutama untukkehidupan dipersekitaran kebun bawang sebab perawis ini adalah sangat selektif dimana hanya menjadi patogen untuk ulat bawang.


Paling menjadi ketidaktentuan kalangan penanam bawang merah adalah apabil tiba musiam menuai bawang tersebut. ini kerana penuaian bawa
ng merah dapat setelah umurnya cukup tua dimana ia biasanya pada umur 60 - 70 hari selepas ditanam. Tanaman bawang merah akan dituai setelah terlihat tanda-tanda dimana terdapat 60% leher batang lembut atau dilhat tanaman rebah dan daun menjadi kuning. Pebuaiab sebaiknya dilakukan pada semasa keadaan tanah kering dan cuaca yang cerah untuk mencegah serangan penyakit busuk umbi di setor simpanan. Menuai bawang merah dilakukan secara manual dengan mencabut rumpunnya bersama daunnya dan kemudian diikat (Sila lihat foto disebelah). Bawang merah yang telah dituai ini kemudian diikat pada batangnya untuk memmudahkan cara mengangkut ke setor atau lokasi pengumpulan hasil. Kemudian aktiviti selanjutnya adalah umbi bawang merah ini perlu dijemur sampai cukup kering (1-2 minggu) dengan meletakkan ia dibawah sinaran matahari dan kemudian amalan biasa adalah ia diikuti dengan pengggred iaitu dipisahkan bawang ini mengikut kualiti (saiz, warna, kesegaran dan sebegainya). Proses pengeringan juga dapat dilakukan dengan alat pengering khusus sampai mencapai kadar air dalam umbi bawang merah ini kurang lebih 80%. Apabila tidak dapat terus dijual sebaiknya umbi bawang merah disimpan dengan cara menggantungkan ikatan-ikatan bawang merah di atas rak-rak kayu didalam pusat pengeringan pada suhu 25-30 ºCelcius dengan kadar kelembaban yang cukup rendah (± 60-80%). Bagi tujuan menggunakan hasil bawang untuk dijadikan benih sebaiknya di gantung selama 2 bulan dan barulah boleh di tanam dimana ada masa sekitar 1 bulan lagi sebelum peratus percambahan akan menurun (Sila lihat foto paling bawah sekali). Harga bawang merah di Indonesia banyak di tentukan kepada varieti, kualiti, kuantiti dan musim penanaman. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai agar ia dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

TANAMAN BAWANG MERAH...DI INDONESIA...
TEKNOLOGI DISEDIAKAN... IA AMAT BERGUNA...
MEMILIH LOKASI... ADA VARIETI POPULARNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...