KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, March 27, 2017

KELADI KEMAHANG - MARFOLOGI

KELADI KEMAHANG (Colacasia esculenta) merupakan sejsni tumbuhan daripada kumpulan keladi yang lazimnya tumbuh meliar dikawasan paya berair, tepisan sungai, tanah yang lembap dan subur. Penulis blog ini telah menulis beberapa artikel berkenaan dengan keladi kemahang dalam beberapa siri. Keladi Kemahang dipercayai natif di negara kita dengan kebanyakannya dianggap sebagai kumpulan rumpai yang tumbuh dikawasan berpaya dan tanah terbiar. Bagaimana pun penduduk kampung yang kreatif telah berjaya mengambil bahagian sulur umbi  pada batang keladi kemahang untuk dijadikan sayuran yang enak dan lazat. Mereka yang tidak berilmu juga mungkin kurang faham dimana jika salah ambil sulur keladi kemahang akan menyebabkan kegatalan apabila dimakan. Kerengsaan gatal ini adalah disebabkan keladi kemahang mempunyai dua fasa pertumbuhan iaitu Peringkat Reproduktif (Pembiakan) dan juga Peringkat Vegetatif. Kajian penulis mendapati pada musim hujan lazimnya keladi kemahang akan berada pada fasa reproduktif dimana ia menghasilkan sulur bunga atau sulur jantan. Keladi kemahang juga pada musim hujan akan mengghasilkan buah keladi kemahang yang apabila jatuh ketanah dibawa oleh aliran air untuk membiak dilokasi lain. Pada masa ini keladi kemahang tidak sesuai diambill untuk dijadikan makanan keranag sudah pasti ianya gatal. Oleh itu adalah dinasihatkan agar tidak mengambil sulur keladi kemahang semasa musim hujan. Dalam membuat tinjauan mengenai keladi kemahang di sekitar Daerah Lipis, Raub dan Jerantut ini penulis menemui beberapa petua yang boleh dijadikan tips semasa mengambil sulur umbi keladi kemahang. Bagaimana pun artikel malam jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aspek marfologi keladi kemahang untuk tatapan dan rujukkan anda.


Semasa memetik keladi kemahang boleh diambil dengan gunakan pisau tajam untuk memotong perdunya. Satu pokok keladi kehamang boleh berikan satu sukur umbisi kecuali jika ada banyak rumpun disekitarnya. Mengambl keladi kemahang ada seninya tersendiri atau petua yang telah lama dilakukan. Sebelum memulakan masuk kawasan keladi kemahang ada mentera yang perlu dibaca bagi tujuan mendapatkan sulur keladi kemahang yang tidak gatal, Mentera tersebut adalah "OI CIK MANIS, CIK GATAL KEMANA?, CIK GATAL PERGI, CIK MANIS DATANG" yang dibaca kuat. Mentera ini dipercayai membolehkan agar haiwan liar seperti babi dan ular mungkin akan meninggalkan lokasi yang semak dalam paya apabila mendengar suara manusia. Mereka akan masuk kedalam celah-celah rumpun keladi kemahang dengan pisau tajam dan memotongnya. Selain itu beberapa pantang larang yang dikaitkan dengan keladi kemahang adalah seperti jangan ambil sulur jika ada ular lalu, elakkan menggunakan pisau sama yang terpotong sulur jantan atau sulur bunga, jangan simpan sulr keladi kemahang dalam peti sejuk dan segera masak setelah dipetik untuk elakkan kegatalan. Elakkan juga mencampur sayur keladi kemahang dengan sayuran lain seperti terung, petola, peria dan putik jagung kerana ini akanmenyebabkan kegtalan juga. Seikat sulur umbi keladi kemahang dengan 4-5 batang dijual dengan harga RM2.00 yang siap untuk dimasak. Penulis blog beberapa kali menikmati masakan keladi kemahang yang dimasak dalam beberapa hidangan.


Tumbuhan keladi kemahang jika dilihat sepintas lalu adalah hampir sama dengan keladi Cina, Keladi Mawa dan Keladi Minyak. Ia mempunyai pokok yang mampu tumbuh antara 0.2 meter sehingga 2 meter lebih. Tumbuh dalan kelompok atau kumpulan dalam kawasan yang sesuai dan lembab. Bahagian daunnya mempunyai warna hijau ungu dan permukaan atas daun memounyai susunan urat daun yang sekata (Sila lihat foto disebelah). Setiap perdu pokok keladi kemahang mempunyai antara 3 - 5 batang daun yang mana ia mengikut umur dan kesuburan tanag. Belum ada laporan dimana daun keladi kemahang digunakan sebagai makanan seperti untuk membalut ikan dalam membuat pais ikan. Daun keladi kemahang biasanya akan dibuang semasa mengambil sulur umbi semasa aktiviti 'menyepat'. Menyepat adalah dengan membelah batang utama keladi kemahang dan mengambil bahagian dalam untuk dijadikan makanan.


Keladi Kemahang agak unik kerana ia mempunyai struktur bunga dan buah. Ini berkait dengan kaedah pembiakan semulajadi keladi ini yang mana tumbuh meliar dan memudahaknnya untuk pembiakan. Bunga keladi kemahang keluar daripada bahagian tengah perdu dengan tangkai berwarna hijau dan bunga berwarna kuning oren (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini banyak keluar semasa musim hujan dimana pokok keladi kemahang pada masa ini adalah pada fasa reproduktif atau peringkat pembiakan. Masa ini keladi kemahang tidak sesuai diambil kerana jika dimakan ia menjadi Sangat Gatal. Satu pokok biasanya akan mengeluarkan satu kuntum bunga sahaja dan hanya mereka yang pakar sahaja akan perasanakan keujudan bunga keladi kemahang. Bunga ini dipercayai mempunyai organ pembiakan yang lengkap untuk ia melakukan proses pendebungaan sendiri. Belum ada yang berminat menanam keladi kemahang untuk tujun landskap bagi meligat bunganya.


Kemudian apabila berlaku proses pendebungaan lengkap maka keladi kemahang akan mengelurkan buah. Buah keladi kemahang pun tidak ramai dikalangan penduduk kampung yang perasan akan keujudannya. Buah keladi kemahang ini kecil sahaja sekitar 1-2 cm panjang denga mempunyai banyak set sama seperti buah nangka sekali pandang. Ia mempunyai mata tunas berwarna kekuningan dan bertangkai (Sila lihat foto disebelah). Dari pemerhatian berkemungkinan apabila buah ini matang maka 'bijinya' akan gugur ketanah dan tumbuh atau dihanyutkan air untuk tumbuh dikawasan lain. Ini merupakan satu kaedah yang berlaku kepada keladi kemahang yang tumbuh liar didalam kawasan berpaya (Sila lhat foto paling atas). Keladi kemahang yang mungkin agak kurang dibuat kajian oleh saintis perlu dibuat kajian lanjut. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada pembaca blog nim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


KELADI KEMAHANG... APA CIRI UTAMA...
TUMBUH MENEGAK...DALAM RUMPUNYA...
DAUNNYA HIJAU... KEMUDIAN BERBUNGA...
BACA ARTIKEL... DAPAT JUGA ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Budu, Kuala Lipis,
Pahang, Malaysia.
(17 Jamadilakhir 1438H)

Sunday, March 26, 2017

TANAMAN KUNDUR - POTENSI

TANAMAN KUNDUR (Benincasa hispida) adalah sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara tetapi kini telah di tanam di seluruh dunia. Tumbuhan ini sama dengan timun, tembikai dan keluarga cucurbit yang lain adalah dalam keluarga sayuran cuma kundur mengeluarkan buah paling besar diantara keluarga cucurbit. Banyak nama kundur diberikan mengikut lokaliti seperti Wax Gourd, Ash Gourd, Winter Melon, Fuzzy melon, green pumpkin, white gourd, Hairy melon (English), To'gan (Jepun), donggua (China), tak, Faeng, mafaeng (Thai), Courge a la cire ; courge cireuse (Perancis), Kondol, tabiyan (Filipina), Kundo ; kundur, bligo (Indonesia) dan banyak lagi. Tanaman ini kini banyak diusahakan di Asia Selatan dan Asia Barat. Tanaman kundur di Malaysia bukan menjadi tanaman yang popular kerana ia kurang permintaan dipasaran domestik. Kebanyakan petani yang menanam kundur secara komersil ini merupakan orang yang sama sahaja dan amat sukar mencari petani baru yang menanam kundur kecuali sebagai tanaman hobi sahaja. Antara sebab petani tidak suka menanam kundur adalah kerana tidak ada jaminan pasaran dimana buah kundur mahu dijual. Pasaran buah kundur adalah terhad dan mereka yang ada perjanjian 'Ladang Kontrak' mungkin tidak menghadapi masaalah. Penulis mendapati varieti kundur tidak ada dalam sistem pendaftaran Varieti Tanaman (National variety listing) kerana belum ada yang membuat pendaftaran secara rasmi. Artikel kali ini penulis memberikan maklumat teknologi tanaman kundur dan potensinya dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pengalaman penulis ketika bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah selama 16 tahun dan pembacaan buku teknikal sayur-sayuran Asia Tengara : PROSEA Books. Penulis melawat beberapa petani yang menanam kundur dibeberapa lokasi seperti di Rompin, Batu Pahat dan Perak yang mnjadikan tanaman ini sebagai tanaman yang memberikan pulangan yang baik.

Dalam membuat pemerhatian terhadap tanaman kundur, penulis dapati tidak ada rekod rasmi keluasan penanaman kundur di dunia tetapi di Malaysia direkodkan seluas 1,240 hektar (Laporan statistik Jabatan Pertanian 2015). Laporan menyebut bahawa penghasilan kundur sebanyak 45,550 metrik tan pada tahun 2015. Kawasan pengeluaran utama kundur ialah Negeri Johor (386 ha), Pahang (275 ha) dan Perak (188 ha). Negeri lain yang ada juga menanam kundur ialah seperti Sabah, Kelantan dan Selangor dengan keluasan kurang 70 hektar. Kebanyakkan tanaman kundur dibuat secara tanaman kontan atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit dan hanya untuk pengeluaran segar sahaja. Pemantauan saya di Johor mendapati di Kota Tinggi terdapat 2 usahawan yang memang mempunyai kepakaran dalam menanam kundor sejah berpuloh tahun dulu. Waktu menanam kundur juga sama seperti menanam buah tembikai iaitu melihat keadaan cuaca. Ini disebabkan tanaman kundur yang juga dari keluarga Cucurbitaceae mudah diserang penyakit jika persekitaran lembab. Pemilihan jenis tanah dan varieti yang ditanam amat penting diketahui. Tanaman kundur adalah jenis tanaman yang menghasilkan buah yang digunakan sebagai sayuran dengan memotong dadu atau 'slice' yang dimasak sebagai sup air atau si Johor dipanggil sebagai sayur "Bening". Kaum Cina merupakan paling suka dengan kundur dimana buah kundir yang memasak atau mengukus (steam) buah kundur bersama daging, udang, cendawan, biji lotus dan rebung. Terdapat juga buah kundur yang di jadikan 'candy' manis dengan memasaknya dengan gula dipanggil sebagai 'tangkwe'. Produk ini mudah didapati dipasaran domestik dan ia juga amat sering dimasukkan sebagai salah satu ramuan dalam Minuman Air Batu Campur (ABC). Halwa buah kundur yang dimaniskan ini amat mudah diproses sebagai menambah pendapatan daripada industri asas tani. Pucuk dan daun muda kundur juga dimakan sebagai sayuran segar. Biji kundur di keringkan dan di proses untuk dijadikan makanan ringan (snack food) yang di panggil senagai 'Kuaci'. Dari segi perubatan didapati buah kundur dapat menyejukan suhu badan dan baik untuk sistem penghadaman serta mereka yang menghidapi masalah kencing manis.

Kajian dimakmal juga saya dapati buah kundur kurang mengandungi khasiat dimana setiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan ada air (96 g), Protin (0.2 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (3.5 g), sedikit vitamin A, Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.03 mg), Niacin (0.3 mg), Vitamin C (14 mg), Ca (14 mg), Fe (0.4 mg), Magnesium (16 mg) dan tenaga sebanyak 63 kiloJoule. Terdapat kandungan munyak dalam biji kundur yang dipanggil sebagai 'pale yellow oil' yang sangat berguna dalam industri kimia. Biji kundur menpunyai berat 70 gram bagi 1,000 biji. Terdapat beberapa spesis atau varieti kundur yang di tanam di seluroh dunia iaitu Benincasa hispida dan Benincasa cerifera. Daripada bebera sumber bacaan menyatakan buah kundur mampu untuk menyejukkan badan, memudahkan buang air kecil dan buang air besar serta manafaat lain. Bagaimana pin air minuman berasaskan buah kundur pastinya akan menghilangkan dahaga dan mampu mengubati massalah buasir, demam panas, sakit usus dan sebagainya. Makanan ini banyak digunakan di negara China sebagai jenis makanan yang boleh menyejukkan badan dan menurunkan suhu mereka yang demam. Pokok kundur jenis menjalar yang mempunyai daun lebar berwarna hijau dan mampu mencapai ketinggian 15-20 cm. Ada petani yang menyediakan struktur sistem trellis untuk tanaman kundur tetapi kebanyakkannya ditanam terus diatas tanah. Tanah yang sesuai dari jenis tanah gembur berpasir yang menerima cahaya matahari 100% dan mempunyai saliran yang baik. Bunga Kundur berwarna kuning dan menarik serangga pendebunga seperti lebah, rama-rama, lalat dan sebagainya. Buah Kundur berbentuk bulat lonjong berwarna hijau atau keputihan yang berbulu ketika muda dan licin apabila hampir matang. Buah Kundur mampu membesar dengan berat sehingga 10-15 kg sebiji. Buah kundur jya ada lapisan seperti lilin pada kulit dan mempunyai isi berwarna putih yang kenyal san rasa yang tawar tidak seperti tembikai yang manis dan sedap dimakan segar. Biji kundur banyak bersaiz kecil dibahagian tengah buah.

Kundur ditanam menggunakan biji benih dari buah yang cukup matang dan dirawat dengan racun kulat (Thiram atau capstan). Bubuh 2 biji benih satu lubang yang mana baja organik sebanyak 3-4 mt/ha telah digaul semasa penyediaan tanah. Jarak tanaman ialah 1.5-2.0 m x 2.5-3.0 m dan sebaiknya disediakan batas tanaman atau 'ridging technique'. Terdapat kaedah menanam kundur dengan menggunakan sistem para trellis dibeberapa negara. Kaedah ini sangat sesuai bagi menghasilkan kundur yang besaiz sederhana dinama buanya akan bersih dan dapat dikawal berbanding dengan menanam diatas tanah sahaja. Baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gm/pokok diberikan 2 kali dan kemudian baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 250 kg/ha. Kawalan rumpai dijalankan dengan cara manual dan cara kimia. Antara musuh tanaman kundur seperti keluarga cucurbit yang lain ialah serangan Aphid, Ulat Pengorek Daun (Aulacaphora spp), Kutu Daun (Aphis craccivora) yang boleh dikawal dengan racun serangga. Keadaan cuaca dan persekitaran yang panas dan lembab menyebabkan serangan serangga dan penyakit tanaman kundur sering berlaku. Serangga yang merosakkan bahagian daun lebih dominan seperti serangan oleh serangga Kumbang Kundur (Aulacophora foveicolis). Kumbang ini lazimnya menyerang bahagian pucuk daun dengan memakan pucuknya sehingga rosak. Sementara itu serangan oleh serangga popular seperti Lalat Buah (Daucus spp) yang menyerang buah kundur ada berlaku. Pokok kundur memang mudah diserang beebrapa jenis penyakit cucurbit yang ada di Malaysia seperti penyakit Antraknos yang disebabkan oleh sejenis kulat iaitu (Collectotrichum spp),Serangan oleh Penyakit serius iaitu Penyakit Downy Mildew yang berpunca dari sejenis kulat (Pseudomonas cubensis) boleh menyebabkan petani kurang atau tidak mendapat hasil. Serangan penyakit ini cepat berlaku dan mematikan pokok jika tidak cepat dikawal. Seterusnya adalaj jenis Penyakit Layu Karat (Rust Mildew - oleh Erysiphe spp) dan dikawal dengan Amalan Pertanian Baik, Kebersihan ladang, Varieti tahan serangan dan beberapa jenis racun kulat.

Buah kundur akan di tuai mengikut peringkat kematangan dan tujuan pemasaran. Bagi petani yang menanam kundur keliling rumah dan hendak petik muda untuk dibuat sayur boleh petik kundur seminggu selepas proses anthesis. Buah yang matang akan dituan 100-160 hari selepas menanam diladang. Buah yang matang dikenali dengan warna hijau dan keputihan berdebu seperti berlilin dan tangkai buah kundur akan di potong dengan pisau tajam. Buah perlu di bersihkan dari kekotoran seperti tanah, lumpur dan sebagainya kemudian digredkan mengikut saiz dan kualiti sebelum dijual. Buah kundur merupakan buah yang mudah rosak jika tidak dikendalikan 'post harvest handling' dengan baik. Ia akan busuk sebelum dijual apabila dicampakkan dengan kasar dimana buah boleh pecah. Kajian saya mendapati berat setiap biji buah kundur antara 1 - 15 kg bergantung kepada penjagaan tanaman. Anggaran hasil tanaman kkundur secara komersil sebanyak 20 -50 mt/ha. Buah muda tidak tahan lama tetapi buah matang tahan hingga beberapa minggu kerana lapisan lilin membantu menghalang serangan organisma perosak dan dijaga dengan cara baik. Kajian penulis di Mersing, Johor mendapati kos pengeluaran untuk sehektar penanaman kundur sebanyak RM 9,140 sehektar dimana ia mampu menghasilkan sebanyak 45,000 kg buah kundur segar yang dijual dengan harga RM 0.30 sekilogram. Analisa kewangan menunjukkan jumlah pendapatan kasar sebanyak RM 13,500 sehektar. Anggaran untuk pendapatan bersih sebanyak RM 4,350 sehektar. Analisa penulis mendapati Kos setiap bagi kg kundur ialah sebanyak RM 0.20 sekilogram dan keuntungan setiap ringgit dilaburkan sebanyak RM 1.47. Tanaman kundur di Malaysia juga merupakan sistem perladangan yang tidak meluas diusahakan kerana agak sukar untuk mencari pasaran tetap. Kajjian saya mendapati hanya terdapat kurang dari 10 pengusaha kundur komersial yang aktif menanam kundur di Malaysia iaitu di sekitar Johor (Daerah Kota Tinggi dan Mersing serta Kluang) dan Pahang serta beberapa lokasi di Selangor. Penanaman kundur lazimnya dilakukan oleh petani yang biasa menanamnya dan mengikut keperluan pasaran. Wasallam!.
TANAMAN KUNDUR...KURANG ADA....
PAHANG,JOHOR... PERAK PUN JUGA...
POKOK MENJALAR... BUAH BESARNYA...
DAPAT UNTUNG....DIATAS USAHANYA....

By
M Anem,
Senior Agronomist,
Penanaman Kundur Komseril, 
Kg Sepayang, Rompin, 
Pahang, Malaysia.
(21 Jamadilakhir 1438H)

Saturday, March 25, 2017

LIMAU MYRTYLE - HERBA BERGUNA

LIMAU MYRTYLE (Backhousia citriodora) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Myrtaceae dimana ia sesuai ditanam di negara kita. Bahagian tumbuhan yang digunakan adalah daripada keseluruhan pokok tapi lebih khusus kepada bahagian daunnya sama ada dalam bentuk segar atau daun kering. Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama Limau myrtle, limau wangi myrtle, limau wangi dahan besi dan beberapa lagi. Ia adalah tumbuhan berbunga dari genus keluarga Myrtaceae dan Backhousia. Dippercayai berasal dari kawasan hutan hujan subtropika tengah dan tenggara Queensland, Australia kemudian ia tersebar secara semula jadi dari Mackay ke Brisbane. Nama-nama lain yang juga digunakan untuk tumbuhan ini adalah seperti Pokok manis verbena, Mmyrtle manis verbena, Limau wangi verbena dan juga Limau wangi backhousia. Terdapat 10 jenis tumbuhan limau Myrtyle dari keluarga ini iaitu seperti jenis Backhousia citriodora, Backhousia myrtifolia, Backhousia sp, Backhousia anisata, Backhousia citrodora height, Backhousia citriodora Melbourne, Backhousia angustifolia, Backhousia enata, Backhousia citriodora tree dan jenis yang ke 10 adalah Backhousia citriodora. Tanaman ini ada ditanam oleh individu dibeberapa negeri tetapi penanaman secara komersil limau Myrtyle ini dlkuakan di Johor dan di Selangor oleh sebuah syarikat. Foto diatas adalah diambil daripada ladang limau Myrtyle di Sekinchan yang mendapat bimbingan Jabatan Pertanian melalui EPP1 beberapa tahun dulu. Selain daripada khidmat nasihat teknikal, pengusaha ini mendapat bantuan 'matching grant' diberikan untuk sistem peralatan pemprosesan diladang tersebut pada tahun 2015. Antara peralatan yang dibantu adalah seperti Dryer, Grinder, Oven Pengering, Sistem Pembungkusan dan Bangunan memproses. Artikel subuh ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan komoditi Limau Myrtyle yang agak jarang dibincangkan didalam negara kita.

Pertumbuhan pokok limau Myrtyle boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter (66 kaki). Daunnya sentiasa malar hijau dengan susunan bertentangan dan berbentuk mata tombak, 5-12 cm (2,0-4,7 inci) panjang dan 1.5 - 2.5 cm (0.59 - 0.98 inci) lebar, hijau kilat. Berbunga dengan warna krim putih yang berukuran 5-7 mm diameter dimana ia berkelompok di hujung dahan sepanjang musim. Dari segi nama dan etimologi, pada tahun 1853 nama botani Lemon myrtle ditukarkan kepada Backhousia citriodora sempena nama seorang ahli botani berbangsa Inggeris iaitu James Backhouse. Nama "Myrtle Limau wangi" kemudian diberikan kerana baunya yang amat kuat seperti limau atau buah bacang terhasil apabila daunnya telah dihancurkan. Nama "Myrtle Limau wangi" kemudian dipendekkan sebagai "limau myrtle" bagi tujuan perdagangan terutama oleh industri pemakanan sebagai ramuan masakan. Limau Myrtle kerap juga di kelirukan dengan nama "limau dahan besi” (lemon ironbark) yang mana ia merupakan Eucalyptus staigeriana. Dalam industri didapati kandungan Utama Minyak pati dri Lemon Myrtle (Backhousia citriodora) dari bahagian daun ini mengandungi minyak pati terpenting dengan kadar 4 - 5% daripada terpenoid aldehydes. Bahan kimia ini adalah sekitar 90 - 95% citral, netral dan geranial. Unsur lain yang dikesan dalam tumbuhan ini adalah seperti Mycenae, Linalool, Citronellal, Cyclocitral dan Methyl-heptenone. Minyak Pati (Essential oils) yang turut terdapat dalam dua jenis minyak terpenting B.citriodora iaitu jenis-chemo (chemotype). Antara jenis-chemo citral dilaporkan lebih banyak digunakan dan ditanam di kebanyakan kawasan di Australia sebagai bahan perisa dan minyak patinya. Pemisahan (isolation) dari Citral melalui sulingan pewapan menghasilkan minyak limau myrtle diantara 90-98% dimana kebanyakan dari minyak ini 1-3% adalah terhasil dari daun segar. Ia adalah sumber semula jadi yang paling tinggi citral. Jenis-chemo citronellal sesuatu yang luar biasa dimana ia boleh digunakan sebagai agen untuk penghalau serangga. 


Daun dan bunga limau ini sesuai untuk digunakan dalam campuran teh dan minuman, biskut tenusu, roti, kuih-muih, pasta, sirap, likur, minyak berperisa, pembungkusan ikan (salmon) dan sos celup dan renih. Sukatan khas iaitu dimasukkan sebanyak 15.7 mg /mL ekstrak daun dalam metanol kidakwa baik sebagai agen anti-bakteria dan ia boleh diambil 3 cawan sehari dari 2 - 4 mL dalam larutan alkohol 1%. Dalam pada itu sejumlah 0.18 mg dari 1% minyak limau myrtle disapu pada tubuh dalam satu tempoh pendedahan 8 jam digunakan bertindak sebagai sapuan antimicrobial. Lazimnya syor untuk minuman maka sebanyak 2 helai daun muda digunakan atau daun kering limau myrtle sesuai ditaburkan keatas makanan. Masakan dengan campuran Lemon myrtle dikenal sebagai perisa makanan yang dirujuk sebagai "Ratu herba limau"(Queen of the lemon herbs). Daun ini sering digunakan sebagai teh dalam bentuk kepingan kering atau dalam bentuk serbuk kering untuk jangka hayat lebih lama. Ia turut mempunyai pelbagai kegunaan seperti sebagai hirisan kepingan lemon myrtle didalam biskut butter (shortbread); perisa dalam pasta; keseluruhan daun untuk ikan bakar; direndam dalam macadamia atau minyak sayuran; dan dijadikan teh dan juga termasuk campuran dalam teh. Ia juga boleh digunakan sebagai pengganti rasa limau dalam makanan berasaskan tenusu, seperti kek keju, limau berperisa ais krim dan sebagainya. Daun kering limau ini mempunyai keupayaan memerangkap radikal bebas yang didakwa memang mempunyai sifat anti-microbial, Bagaimanapun minyak pati yang terlalu pekat adalah toksik kepada sel-sel manusia bertindak secara in-vitro. Apabila dicairkan kepada kira-kira 1% maka kadar penyerapan melalui kulit dan kerosakan boleh di minimakan. Minyak Lemon myrtle mempunyai Rideal–Walker coefficient yang tinggi iaitu produk yang berpotensi sebagai anti-mikrobial. 


Ciri-ciri anti-mikrob yang terdapat dalam minyak limau ini mampu menyerap mikrob dalam peluh yang menyebabkan bau busuk badan. Aroma bersih minyak ini menjadikan penggunaannya tidak dapat dielakkan sebagai pembersih udara kerana ia juga mampu membunuh kuman dan organisma mikro yang lain di atmosfera. Perkara ini seterusnya akan menjadikan rumah tempat menjadi lebih selesa untuk didiami. Menaikkan perasaan dan emosi juga antara kehebatan minyak Lemon myrtle dimana ia juga didapati dengan kesan menenangkan, mengangkat dan menyegarkan perasaan kemurungan dan pemikiran takut. Dengan 2 titis Minyak ini yang dicampur dengan minyak kelapa boleh digunakan membantu mengurut tapak kaki melega dimana ia juga mengurangkan rasa tekanan, menggalakkan tidur yang lebih baik dan meningkatkan keyakinan diri. Faedah-faedah turut digunakan dalam penyediaan teh, perisa dalam membuat kek dan roti, savories, sirap, gula-gula, sos, pencuci mulut, mayonnaises, syampu, losen badan dan penyegar mulut. Ia juga digunakan sebagai perisai pelindung dalam industri pemakanan sebagai minyak Lemon myrtle dikenali untuk memusnahkan yis kerosakan makanan, bakteria dan patogen lain. Sebagai satu peringatan sebaiknya elakkan penggunaan minyak pati untuk bahagian dalaman. Perlukan kita sentiasa ingat untuk mencairkan minyak pati dengan minyak pembawa yang sesuai disebabkan ia sebagai minyak pati tulen ia cecair amat pekat yang boleh menyebab kerengsaan kulit atau kesan sampingan lain jika digunakan sebagai pati. Jangan gunakan minyak pati limau ini sebelum keluar di bawah cahaya matahari kerana ia mempunyai kesan photo toxicity tinggi seperti minyak sitrus lain.

Lemon myrtle didakwa memang jenis tumbuhan herba yang mengandungi tinggi khasiat. Lemon Myrtle yang nama saintifiknya Backhousia citriodora kini termasuk dalam keluarga Myrtaceae merupakan tumbuhan asal hutan hujan Australia. Ia ditanam secara komersial di Queensland dan pantai utara New South Wales, Australia. Ia merupakan sejenis tanaman industri yang penting di Australia. Aroma dan rasa lemon myrtle menyerupai campuran limau, serai dan lemon. Daun lemon myrtle mengandungi sitral yang paling tinggi iaitu 90 hingga 98 peratus berbanding serai sebanyak 75 peratus dan lemon hanya empat peratus yang boleh dijadikan minuman, makanan kesihatan, perisa makanan serta produk penjagaan diri selepas dikeringkan. Berdasarkan kajian, sitral mempunyai fungsi sebagai antioksida yang tinggi serta antibakteria dan mikrob. Minyak yang diekstrak daripada lemon myrtle yang tulen mengandungi co-efficient pada skala 16, lebih tinggi berbanding eucalyptus dan minyak pokok teh. Diantara produk yang boleh dihasilkan melalui Lemon Myrtle adalah minuman, makanan kesihatan, perisa makanan dan produk penjagaan diri. Tanaman ini merupakan sumber terkaya kalsium, kadar vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Ubatan terapi lemon myrtle bertindak sebagai antiseptik, antivirus, penenang untuk sistem saraf, penenang dan penyembuh. Tanaman lemon myrtle telah dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2009 oleh syarikat swasta dalam bentuk keratan pucuk dan ditanam di rumah kuarantin di Hulu Langat dengan kerjasama Jabatan Pertanian. Pada tahun 2010, tanaman ini telah mula ditanam di Sekinchan, Selangor bagi melihat pertumbuhan tanaman lemon myrtle di Malaysia. Lemon myrtle juga telah ditanam di beberapa kawasan lain termasuk di Mardi Kluang dan Kuala Selangor serta dalam perancangan untuk dikembangkan ke Sabah serta Sarawak. Ternyata tanaman ini sesuai ditanam di Malaysia dengan menunjukkan prestasi pertumbuhan yang baik dan memberangsangkan, jauh lebih cepat berbanding di Australia. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti cuaca dan iklim di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun dengan taburan hujan yang sekata. Tanaman lemon myrtle boleh dibiak dengan kaedah keratan batang dan kultur tisu. Kaedah kultur tisu sesuai digunakan untuk membekal bahan tanaman pada skala yang besar terutama klon baharu. Di Australia teknik penuaian bagi daun lemon myrtle bermula pada umur 18 bulan dengan berat purata 2.6 kilogram (kg) sepokok dalam setahun dan pokok akan matang pada tahun keempat dengan berat 4.5kg sepokok dalam setahun. Di Malaysia pula teknik penuaian daun yang pertama boleh dilakukan semasa pokok berumur sembilan bulan. Pengurusan bagi tanaman lemon myrtle sangat mudah dan tiada masalah dari segi serangan perosak atau penyakit yang serius. Walaupun tanaman ini masih baru diperkenalkan, tetapi potensi yang ditunjukkan amat menggalakkan. Pada masa kini terdapat banyak produk telah dikeluarkan berasaskan lemon myrtle seperti teh campuran lemon myrtle, sabun mandi, syampu, aroma terapi, pewangi kenderaan, losyen, minyak wangi, bahan perisa dan lain-lain lagi. Keuntungan bersih bagi lemon myrtle mula diperoleh pada tahun pertama. Lemon myrtle mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan bagi memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam sektor pertanian. Kualiti produk yang dikeluarkan juga menepati piawai yang ditetapkan oleh pasaran antarabangsa. Ini membolehkan tanaman dan produk ini dipasarkan secara besar-besaran memandangkan permintaan yang tinggi terhadap produk kesihatan serta kegunaannya yang pelbagai. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
LEMON MYRTYLE... APAKAH BENDANYA...
MACAM POKOK LIMAU... BUAHNYA TIADA...
DIKELASKAN SEMULA...SEBAGAI HERBA...
ADA DITANAM.. DISELANGOR MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Limau Myrtyle,
Sekinchan, Selangor,
Malaysia.
(19 Jamadilakhir 1438H)

Friday, March 24, 2017

KELADI KEMAHANG - TEKNOLOGI GUNAAN

KELADI KEMAHANG (Colocasia esculenta) merupakan sejenis tumbuhan liar yang sesuai diambil sebagai bahan makanan berkhasiat asalkan kita tahu teknologi gunaan bagaimana memilih bahagian untuk dimakan. Mungkin ramai dikalangan generasi baru yang tidak kenal atau merasai akan keenakkan keladi ini sehingga mencubanya sendiri. Ini kerana terdapat beberapa 'pantang larang' yang mesti diketahui oleh mereka yang ingin mendapatkan bahagian keladi kemahang untuk dimakan. Pengendalian dan tatacara memilih bahagian yang sesuai untuk dimasak amat kritikal kerana keladi kemahang sama seperti beberapa jenis keladi lain adalah berisiko untuk menyebabkan KERADANGAN dan GATAL apabila dimakan. Ini kerana cuma bahagian keladi kemahang yang sesuai diambil untuk dimakan adalah hanya SULUR UMBI sahaja yang sesuai untuk dimakan, Bahagian lain seperti daun, batang daun dan umbisinya memang tidak sesuai untuk dimakan. Penulis beberapa kali turun ke daerah di Kuala Lipis, Jerantut dan Raub untuk meneliti sendiri bagaimana habitat tumbuhan ini yang ada tumbuh meliar didalam kawasan tanah berpaya dan rendah serta selalu dibiarkan begitu sahaja oleh penduduk kampung. Bgaimana pun hanya golongan orang lama sahaja yang tahu bagaimana untuk memetik dan memproses bahagian keladi kemahang yang sesuai untuk dimakan tanpa menjadi 'gatal' pada tekak kita. Apa pun artikel subuh ini saya menulis buat pertama kalinya mengenai teknologi memetik dan memilih keladi kemahang berdasarkan pengalaman dan temubual bersama pakar En Ali Hanafiah untuk dikongsi bersama pembaca. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini dapat menjelaskan beberapa tips dan pantang larang yang perlu diketahui mengenai keladi kemahang dan rahsianya.


Memilih dan mengambil bahagian sulur umbisi ini perlu ada seninya yang tersendiri atau dalam bahasa saintifik perlu ada teknologi bagaimana menuai yang agak unik. Ini kerana jika silap cara maka hasil sulur umbi yang diambil akan nanti menyebabkan masakan sayur keladi kemahang menjadi gatal yang menyiksakan. Diantara beberapa punca kegatalan adalah seperti menuai pada musim hujan. Ini kerana pokok keladi kemahang pada musim hujan adalah peringkat masa 'Reproductive stage'. Maka ia menyebabkan banyak bunga dan buah yang mana ianya adalah gatal dimana isi sulur didalamnya adalah 'Sulur Bunga' atau 'Sulur Jantan'. Ada juga petua orang lama dimana jika pokok keladi 'dilangkah ular' atau ada dilalui ular juga menjadi punca kegatalan. Petua lain dinyatakan dimana sebaiknya sulur umbi tersebut jangan terdedah sebelum dimasak dan memang petuanya ia tidak boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dimasak. Selepas makan keladi kemahang juga dinasihatkan agar jangan minum air batu kerana ianya juga akan menyebabkan kegatalan dan tidak selesa pada tekak. Seterusnya pantang larang yang diberitahu kepada penulis blog adalah batang keladi kemahang tidak boleh dilangkah dan semasa masak dan dinasihatkan agar jangan dicampur dengan sayuran jenis lain seperti Peria, Petola, Pundak Jagung sebagai ramuan tambahan. Pengalaman penulis semasa jamuan makan tengahari di IPKL mendapati keladi lambuk yang dicampur dengan putik jagung menjadikan sayuran keladi yang dihidangkan tersebut menjadi gatal selepas penulis memakannya. Kenyataan dan petua yang diberikan diatas nampaknya amat signifikan menurut pengalaman tersebut. Mereka yang ingin memilih bahan masakan keladi kemahang perlu ada pisau tajam, pakaian sesuai (takut terkena gatal) dan berkasut serta bekas khas (Sila lihat foto diatas). Beliau juga perlu tatacara bagaimana untuk memilih dan mengambil keladi kemahang.


Secara tradisinya penulis dapat juga maklumat dimana seseorang yang ingin memetik keladi kemahang perlulah dia berpantun dahulu sebelum memulakan operasinya. Pantunnya disebut atau dibaca agak kuat dihadapan kelompok pokok keladi kemahang. Pantun yang penulis dimaksudkan akan dizahirkan sebelum menetak perdu keladi kemahang berbunyi "OI CIK MANIS, GATAL KEMANA?, CIK GATAL BERJALAN, CIK MANIS DATANG". Penulis agak faham kenapa pantun ini dibaca berkemungkinan untuk memberikan confident kepada dia agar hasilnya nanti tidak mengecewakan, mungkin ia akan menghalau haiwan bahaya seperti ular dan babi untuk menjauhinya jika berada dikawasan berhampiran dan juga kemungkinan untuk mendapatkan 'restu' dari penunggu?. Ia juga berkait dimana yang dimaksudkan dengan cik gatal adalah isi rasa gatal yang mana dihalau dahulu dikawasan memetik keladi kemahang dan apabila cik gatal sudah pergi barulah cik manis hampiri perdu keladi kemahang untuk ia memotong menggunakan pisau tajam (Sila anda lihat foto disebelah). Potong pelepah yang sesuai saiznya dan sihat serta berwarna hijau. Disyorkan agar memakar sarung tangan semasa memotong untuk tujuan elakkan sebarang kemungkinan berlaku.


Bahagian batang keladi kemahang yang dipotong ini dikumpulkan setelah bahagian atas daunnya dibuang dan juga bahagian perdunya (Sila lihat foto disebelah). Perlu dipilih hanya batang yang elok iaitu ianya mempunyai warna hujau keputihan, segar, tidak berpenyakit atau rosak dan saiz yang sesuai diambil. Memetik pada musim hujan memang tidak digalakkan kerana pada waktu ini pokok keladi kemahang adalah dalam peringkat pembiakan (reproductive stage). Ia dikenali sebagai 'SULUR JANTAN' apabila diproses dimana pada fasa reproduktif ini biasanya keladi kemahang hanya mengeluarkan 'SULUR BUNGA' dan bukan 'SULUR UMBI'. Sulur Bunga menjadikan ianya GATAL dan ianya tidak sesuai diambil kerana pokok berada pada Fasa Reproduktif. Sulur bunga tidak boleh dimakan kerana akan menyebabkan miang atau gatal ketika kita memakannya dan dikelaskan sebagai MERBAHAYA. Daiantara ciri dimana keladi kemahang adalah pokok telah berbunga dan akan berbunga yang mana ia biasanya akan berbunga pada musim hujan. Oleh otu ditegaskan sekali lagi dimana untuk penggunaan dalam masakan kurang sesuai pada musim hujan dikhuatiri tersalah pilih sulur dan berlaku pencemaran getah melalui peralatan yang digunakan. Pastikan pisau dan alatan lain diperiksa jika terpotong pokok keladi kemahang yang dalam reproductive stage yang menjadikan sulur umbi tersebut terjejas gatal sama.


Lazimnya hanya satu sulur umbi dapat diambil daripada satu pokok keladi kemahang. Memang tidak boleh dapat banyak sulur umbi daripada sepokok. Sulur Umbi yang boleh dimakan adalah dari pokok keladi kemahang dalam peringkat vegetatif dimana ia TIDAK GATAL. Saiz sulur umbi yang didapati adalah bergantung kepada saiz pokok dimana lagi besar batang keladi maka lagi besarlah saiz sulur umbi diperolehi. Kerja seterusnya dalam mendapatkan sulur umbi Keladi Kemahang adalah membuang bahagian kulit luar atau kerja ini dipanggill sebagai 'MENYEPAT' dikalangan penduduk kampong. Menyepat adalah bagaimana batang keladi yang dipetik tadi dipotong atau dibelah dengan pisau tajam bertujuan untuk mendapatkan sulur umbi didalamnya (Sila anda lihat foto disebelah). Perlu gunakan sarung tangan untuk elakkan terkena cecair yang berkemungkinan memberkan kerengsaan kepada tangan sebagai keselamatan.


Apabila batang keladi kemahang dibelah akan dikeluarkan sulur umbi yang lazimnya macam pucuk daun keladi yang masih lagi bergulung didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Ia juga berada dibahagian tengah batang keladi yang dibelah semasa proses menyepat dan pastikan ia tidak terpotong atau terputus. Sulur ini berwarna hijau muda keputihan dan ianya adalah lembut. Berbeza dengan sulur bunga yang lazimnya lebih berbentuk tajam dan agak keras serta warna yang lebih putih kerana apabila keluar kelak maka sulur bunga ini akan menjadi bunga dan buah keladi. Sulur bunga memang tidak boleh diambil untuk dimakan kerana ianya adalah Gatal. Jika hendak masak sulur umbi keladi kemahang sekurang-kurangnya perlukan 15-20 pokok keladi kemahang untuk mendapat kuantiti sesuai untuk dimasak. Bagaimana pun bagi tujuan komersil maka lebih banyak pokok keladi kemahang perlu dikunjungi bagi jualan komersil.


Selepas sulur umbi keladi kemahang ini dikeluarkan melalui proses menyepat, maka ia dikumpulkan dahulu diletakkan ditempat yang bersih. Elakkan daripada meletakkan diatas tanah kerana ia akan menjadi kotor. Lazimnya setelah menyepat sulur umbi ini disusun diatas daun keladi atau daun pisang atau bekas khas plastik dilokasi. Ia kemudian akan diikat dengan tali sesuai dengan bilangan diantara 5 - 12 batang satu ikat mengikut saiz sulur tersebut dan juga kehendak pasaran (Sila lihat foto diatas). Hasilan keladi kemahang ini perlu dijual dengan segera untuk menikmati kesegarannya dan tidak digalakkan untuk disimpan dalam peti sejuk.


Didalam tinjauan penulis dibeberapa pasar minggi dan pasar tani di Kuala Lipis, Raub dan Jerantut mendapati sulur umbi keladi kemahang ini dijual dengan produk sayuran kampong lain. Tinjauan penulis blog juga mendapati disekitar daerah tersebut sulur keladi kemahang dijual dengan harga RM2.00 satu ikat yang mengandungi sekitar 4-6 buah sulur (Sila anda lihat foto diatas). Bagi satu keluarga 5-7 orang memadai dengan membeli 2-3 ikat sulur keladi kemahang untuk dimakan bersama keluarga. Bagaimana pun didapati keladi kemahang yang kita beli dari pasar mingguan ini masih segar dan murah berbanding dengan jenis sayuran kampung lain dipamerkan pada rak jualan. Apabila dibawa balik maka keladi kemahang boleh dimasak dalam beberapa resepi mengikut kesukaan. Pada penulis masakan keladi kemahang dengan tempoyak yang agak pedas memang enak dimakan tengahari dengan nasi panas (Sila anda lihat foto dibawah). Sebenarnya keladi kemahang boleh ditanam secara komersil untuk pasaran lebih baik dimasa akan datang. Jabatan Pertanian Pahang akan membuat penanaman ini di Kg Budu pada tahun 2017 untuk keladi kemahang dan keladi lambuk. Semuga projek ini berjaya dan menjadi model sesuai dimasa akan datang. Wasallam!!!.

KELADI KEMAHANG.... ADA DIPAHANG...
MAHU MEMETIK... PANTUN DI CANANG...
PILIH YANG BETUL.. GATALNYA HILANG...
MENULIS ARTIKEL... HATI PUN SENANG...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Kg Budu,
Mukim Budu, Kuala Lipis,
Pahang, Malaysia.
(18 Jamadilakhir 1438H)

Thursday, March 23, 2017

TERNAK KETAM NIPAH - JANA PENDAPATAN

KETAM NIPAH (Scylla serrata) atau 'Mud Crab' adalah sejsnis haiwan dari jenis krustacea iatu jenis hidupan yang bercangkerang seperti udang. Menternak ketam nipah kini telah dikenalpasti sebagai satu aktiviti akuakultur yang menjana pendapatan kepada pengusaha dinegara kita. Kini ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut di Malaysia. Menternak ketam nipah dengan menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini memerlukan kawasan yang luas. Proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Saya fikir mungkin ramai diantara kita yang kurang tahu bahawa ketam nipah boleh diternak dengan kaedah saintifik dan praktikal untuk penghasilan komersil. Kita tidak boleh mengharap dan memburu ketam nipah yang ada secara semulajadi kerana ianya akan pupus jika terlalu banyak ketam nipah yang di kutip dikawasan semulajadi. Banya kajian telah dibuat oleh saintis bagaimana teknologi sesuai untuk menternakk ketam nipah. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi ternakan ketam nipah berasaskan laporan akhbar tempatan bertajuk 'Ternak Ketam Nipah - Menjana Pendapatan' yang ditulis semula dan daripada hasil lawatan penulis dibeberapa projek ternakan ketam nipah dibeberapa lokasi untuk rujukkan anda semua.

Ketam nipah membiak lazimnya akan secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya atau kulitnya akan besar mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kilogram seekor (walau pun jarang penulis blog jumpa). Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu warna hijau, coklat dan merah bergantung kepada spesis dan lokaliti kawasan sekelilingnya (Sila lihat foto disebelah). Ketam nipah tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri akuakultur dimana terutamanya kegiatan separa-kultur (dalam bahasa kita penternakan separa moden). Ketam ini mengandungi sejenis protein yang tinggi serta merupakan penawar bagi serangan penyakit denggi yang sangat mujarab. Semasa artikel ini ditulis memang berlaku serangan nyamok denggi amat serius dimana ketam menjadi buruan pesakit untuk melawan penyakit tersebut. Ketam nipah juga didakwa memang boleh membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi dengan lebih berkesan. Pengambilan sup ketam sebagai perubatan dimana ia perlu dimasak sebagai sup (kuantiti sup 500ml hingga 1 liter) akan meningkatkan bacaan platelet dengan kadar yang sangat cepat. Walau pun doktor di hospital memberikan ubat, pengambilan sup ketam didakwa memang antara kaedah mengubati serangan dengi dan menjadi amalan ramai. Ia juga sesuai untuk merawat serangan nyamok yang menyebabkan Penyakit Chikungunya yang berlaku di Johor dan Melaka beberapa tahun lalu.  Penulis yang pernah mengalami serangan denggi di Putrajaya mengambil ketam sebagai pilihan untuk proses penyembuhan dan alhamdullilah memang signifikan.

Dalam laporan akhbar tersebut yang bertajuk 'Ternakan Ketam Nipah Jana Pendapatan' yang disiarkan pada October 11, 2016 ia dipetik dari aktiviti seorang penternak di Perlis. Din Abdullah berumur 70 tahun adalah menjadi satu-satunya penternak ketam nipah di Perlis yang telah memulakan ternakan ini sejak 2002 (Sila lihat foto beliau disebelah). Beliau kini sudah mempunyai 5 buah kolam tanah seluas 40m x 80m yang diusahakan secara konvensional. Pengalaman beliau yang lama dalam aktiviti menternak ketam nipah ini juga memperolehi sokongan secara semulajadi daripada nelayan-nelayan tempatan. Hingga kini, terdapat antara 800 hingga 1000 ekor benih ketam diternak untuk proses pengemukan. Ketam nipah didakwa melalui kajian makmal mengandungi pelbagai khasiat untuk kebaikan tubuh badan. Diantara cabaran yang dihadapi Din Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pakdin ketika mengusahakan ternakan ketam nipah ini adalah hujan yang berlarutan. Ini kerana apabila berlaku cuaca hujan turun dua-tiga hari berturut-turut maka air kolam akan berubah menjadi tawar  dimana ini menjejaskan habitat semulajadi ketam tersebut. Sementara itu keadaan cuaca panas dan terik juga menjadi masalah kerana pembesaran ketam boleh terjejas malah ada yang mati. Beliau kini menjadi satu-satunya penternak ketam di Perlis ini dan dia juga amat berharap agar lebih banyak penyertaan daripada orang ramai untuk melibatkan diri dalam penternakan ketam nipah ini terutamanya daripada generasi muda kerana ianya menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Pakdin merupakan salah seorang penternak yang mendapat bantuan daripada kerajaan melalui Jabatan Perikanan. Bantuan yang diberi termasuklah pemberian anak benih ketam dan juga bantuan fasiliti seperti pagar kolam dan juga saliran air. Sebenarnya menternak ketam nipah sangat berpotensi untuk dimajukan di peringkat komersil kerana permintaannya yang tinggi serta peluang pasaran yang baik. Ketam nipah kini dipercayai mampu merawat penyakit seperti demam denggi, leukimia dan barah kerana hidupan ini mengandungi khasiat vitamin A,C,B dan B12 serta mineral zink dan tembaga untuk kebaikan tubuh badan. Daripada kajian penulis dibeberapa lokasi mendapati Cashflow ternakan ketam nipah dikira sangat menguntungkan. Kajian mendapati anggaran modal aset adalah sekitar RM12,000.00 dan Modal Operasi sekitar RM1,140.00 satu pusingan untuk selama tempoh ternakan iaitu 70 hari. Berdasarkan kepada keluasan kolam ternakan berukuran 5 kaki x 10 kaki maka analisa kewangan dikira sebagai memberikan peratus keuntungan sehingga 65%. Penulis dapati jumlah pusingan ternakan 6 kali setahun dimana setiap 1 pusingan menghasilkan ketam nipah sebanyak 67 Kg. Jika harga ladang sekitar RM28.00 setiap kilogram makan ia menjana pendapatan 1 Pusingan iaitu 67 Kg x RM28 menjadi pendapatan kasar RM1,876.00. Oleh itu jika dijalankan 6 kali pusingan maka menjadikan pendapatan kasar sekitar RM1,876 x 6 kali atau RM11,256.00. Jika kos operasi bagi satu pusingan hanya RM569.00 maka anggaran kos operasi bagi 6 pusingan adalah RM569.00 x 6 kali menjadikan nilai RM3,414.00. Analisa kewangan menjadi dimana untung Kasar bagi 1 pusingan adalah sebanyak RM1,307.00 atau bagi untung Kasar 6 pusingan sebanyak RM7,835.00 (Pengiraan ini tidak termasuk pembelian 1 set akuarium bernilai RM6,000). 

Apabila memeriksa lanjut, penulis menilai bagaimana kos operasi ternakan ketam nipah ini dikira. Kos pembelian benih ketam nipah adalah sekitar RM84.00 iaitu dengan membeli sebanyak 120 ekor (10 ekor/Kg @ RM7/Kg) atau pun 12Kg x RM7.00. Sementara itu jumlah kos untuk makanan adalah sekitar 134 Kg X RM2.50/Kg berjumlah RM335.00 bagi satu pusingan selama 70 hari. Kos untuk bekalan elektrik sekitar RM20.00 dan Kos untuk pembelian bahan kimia adalah sebanyak RM80.00. Selain itu terdapat kos untuk kerja-kerja penyelenggaraan Set Sistem sekitar RM50.00 dimana ini menjadikan jumlah keseluruhan kos operasi menternak ketam nipah bagi satu pusingan sebanyak RM569.00. Didalam penulis membuat analisa kewangan diatas telah mengambil beberapa faktor pengiraan seperti jumlah peratus Hidup Ketam Nipah mestilah sekitar 90% dengan menggunakan saiz benih atau anak ketam 80 gram. Kiraan ini juga mengambil kira saiz tuaian untuk pasaran sekitar 500 gram seekor dengan kadar Food Covention Rattio (FCR) sekitar 2. Ia juga mengira tempoh ternakan sebelum jualan sekitar 60 hari dengan kadar kos Operasi/Kg atau B/C Ratio sekitar RM8.50 (Bermakna setiap RM1.00 dibelanjakan akan memberikan pulangan RR8.50) dan ini menjadikan nilai margin keuntungan ternakan ketam nipan sekitar 69%. Pada masa ini permintaan dari pasaran domestik terutama dari restoran mewah dan hotel-hotel meningkat setiap tahun. Manakala bekalan dari kutipan liar dan ternakan secara tradisional semakin merosot setiap tahun. Jualan secara borong menunjuk peningkatan dan harga semakin tinggi di antara RM15.00 - RM28.00 bagi satu kilogram. Pasaran luar negara semakin berkembang dengan permintaan amat tinggi terutama dari Shanghai (China), Singapura, Hong Kong dan Dubai dimana harga ketam nipah memang boleh mencapai RM35.00 sekilogram. Wasallam!!..
KETAM NIPAH.... MUDAH TERNAKNYA...
CARI ILMU... KAWASAN KESESUAIANNYA...
HARGA TINGGI... TINGGI HARGANYA...
BACA ARTINEL... TERINGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Padang Permai 4,
Jalan Sg Lembing,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 JamadilAkhir 1438H)

Wednesday, March 22, 2017

KEREPEK KULIT PISANG - APA DIA?

KEREPEK KULIT PISANG merupakan satu produk yang dihasilkan daripada kulit buah pisang (Musa spp). Penulis amat jarang mendengar bahawa kulit pisang sebenarnya boleh dijadikan kerepek dan juga keropok sehingga ada peluang melawat negara jiran baru-baru ini. Sebelum ini saya ada juga mendengar bagaimana bahan kulit pisang yang selalunya dibuang sahaja selepas isinya dimakan sesuai untuk dijadikan makanan ringan (Dinegara jiran makanan ini dipanggil sebagai 'cemilan'). Rupanya resepi atau pun cara membuat kerepek kulit pisang mudah sahaja untuk pembaca menyediakannya. Apakah sebenarnya yang anda tahu tentang buah pisang?. Penulis blog ini yakin anda semua tidak hanya tahu akan buah pisang tetapi saya yakin anda semua pernah memakannya. Namun terlepas makan pisang apakah kita semua tahu kalau kulit pisang boleh dijadikan kerepek (Banana Skin Chips). Sebenarnya teknologi subuh ini saya paparkan bagaimana kulit pisang sesuai untuk dijadikan kerepek yang sangat enak dan rangup. Bukan sahaja ia berkhasiat tetapi kandungan vitamin kulit pisang pun tidak kalah dari isi pada buahnya. Sebenarnya kulit pisang mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi serta ia juga terdapat vitamin C, B, kalsium, protein dan bahan karbohidrat didalamnya. Kajian makmal menunjukkan bahwa kulit pisang mempunyai khasiat atau potensi untuk tujuan kesihatan seperti kurangkan tekanan dan menjaga kesihatan retina mata. Pisang adalah kaya akan vitamin B6 dimana bahagian kulit pisang juga mengandungi banyak bahan dikenali sebagai Serotonin yang didakwa sangat vital untuk menyeimbangkan 'mood' manusia. Setelah kita mengetahui berbagai manfaat kulit pisang maka penulis blog "Anim Agro Technology" akan mencuba menulis mengenai teknologi memanfaatkan kulit pisang tersebut menjadi kerepek. Bagi anda yang masih bingung bagaimana cara memproses kulit pisang menjadi kerepek kulit pisang berikut dipaparkan beberapa tips atau cara membuat keripik kulit pisang yang enak, rangup dan sesuai dihidangkan untuk keluarga.

Membuat Kerepek Kulit Pisang memerlukan bahan asas yang mudah diperolehi dan senang dicari. Dalam menyediakan bahan-bahan untuk membuat kerepek kulit pisang perkara asas diperlukan adalah Kulit Pisang Makan Segar (Sila lihat foto disebelah). Antara jenis pisang yang sesuai digunakan adalah seperti Pisang Cavendish, Pisang Embun, Pisang Nangka, Pisang Tanduk dan semua jenis pisang yang kulitya tebal dan besar. Jenis pisang seperti pisang emas, pisang rastali lazimnya kurang sesuai kerana ia mempunyai kulit yang agak nipis dan lembut. Bahan lain yang diperlukan adalan seperti Air kapur, Sirih, Garam, Gula dan juga Tepong Gandum. Kaedah membuat kerepek kulit pisang ini mudah sahaja dilakukan dimana mulanya pilih kulit pisang yang sesuai dan cuci bersih kulit pisang yang sudah disiapkan tadi. Kemudian ia di rendam ke dalam larutan air kapur sirih selama 20 minit bertujuan untuk menghilangkan tanda kehitaman dan getahnya. Sediakan larutan air garam dengan melarutkan satu sudu teh garam pada 1 liter air. Seterusnya adalah merendam kulit pisang ke dalam larutan air garam tersebut kira-kira selama 20 minit. Seterusnya langkah yang perlu dibuat adalah membuat larutan air gula dengan melarutkan 3 sudu makan gula pasir pada 1 liter air.  Seterusnya adlah merendah sekali lagi kulit pisang ke dalam larutan air gula tersebut kira-kira selama 20 minit. Kemudian ia diangkat dan ditoskan dan sebaiknya terus dijemur untuk mengeringkannya secara semulajadi dibawah sinaran matahari atau mengeringkan dengan oven pemanas letrik.


Apabila kepingan kulit pisang tersebut telah kering maka dikumpulkan dan sedia untuk digoreng dalam kuali yang ada minyak panas. Pastikan kulit pisang tersebut yang telah di jemur dibawah sinar matahari sehingga benar-benar kering. Masukkan kepingan tersebut dalam kuali panas dan apabila sudah cukup masak selalunya ia akan menjadi warna matang atau berwarna kuning kecoklatan. Ada juga dimana dikalangan pengusaha yang inginkan untuk penggorengan dengan tepung sebagai lapisan luar bagi tujuan untuk lain kepelbagaian. Caranya dengan ulangi langkah diatas tetapi kulit pisang tersebut dimasukkan dalam adunan tepung. Ia kemudian boleh digoreng sehingga masak dan ditoskan minyaknya. Kerepek kulit pisang yang siap digoreng boleh terus dihidangkan kepada keluarga atau dimasukkan kedalam bungkusan sesuai untuk dipasarkan. Lazimnya kaedah pembungkusan kerepek pisang perlu didalam plastik khas yang tebal dan kedap udara untuk mengekalkan keranguannya. Bubuh label yang sesuai dan menarik sama seperti produk kerepek yang lain. Kerepek kulit pisang adalah produk yang berkhasiat, murah dan enak dimakan yang akan digemari oleh semua golongan masyarakat daripada kanak-nakan sehingga orang dewasa. Saya percaya rencana dalam 'anim agro technology' kali ini akan memberi inspirasi kepada pembaca untuk membuatnya sendiri atau membeli kerepek kulit pisang. Wasallam!!.
KULIT PISANG.... IA DIBUANG SAHAJA...
BOLEH DIPROSES..KEREPEK JADINYA...
BELAJAR MUDAH... ENAK RASANYA...
ADA PENGETAHUAN...TULIS RENCANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 209, Hotel Marvella,
Jalan Singnasih, Bandung,
Indonesia.
(16 Jamadilakhir 1438H)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...