Support My Blog

Tuesday, December 29, 2009

Bendi

Kacang Bendi atau Okra (Hisbiscus esculentus) merupakan sejenis sayuran dari Keluarga Malvaceae yang mudah ditanam dengan adanya ilmu pengetahuan mengenai teknologi penanaman bendi. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di Negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 390 hektar di tanam pada tahun 2008 dimana daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di Daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan teknologi Bendi berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis yang berkecimpong dalam bidang pertanian hampir 30 tahun.

Nama lain bendi adalah Okra ; Lady's finger (English), Gambo (Indonesia), Kacang Bendir; Sayur Lendir ; Bendi ; Sayur Bendir (Malaysia), okra ; saluyot ; haluyot (Filipina), krachiap-khieo (Thailand), yau-padi (Myanmar) dan poot-barang (Cambodia). Bendi dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara (okra) tetapi ditanam dimerata dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, di rebus atau digoreng) dan dibuat jeruk. Biji bendi boleh di buat 'Serbuk Kopi" semantara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi fiber.

Pokok bendi ini mampu macam pokok Bunga Raya dan Pokok Kapas merupakan tanaman Jangka pendek yang boleh di Ratoon menjadi tanaman tahunan. Pokoknya mampu hidup sehingga ketinggian memlebehi 2 meter jika dibiarkan. Daunnya berbentuk palmenate yang ada jejari serta mempunyai permukaan yang agak kasar. Batangnya agak lembut ketika muda dan keras sederhana keras. Bunga bendi berwarna kuning dengan ukuran 4 - 8 cm garispusat (Lihat foto sebelah) . Pendebungaan dilaksanakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan sebagainya. Buah bendi yang terbentuk dicelah batang dengan dahan berwarna hijau dan apabia dipetik untuk dimasak mengeluarkan sejenis 'Lendir'. Bagaimana pun lendir ini mudah hilang apabila dimasak dengan masukkan jus limau atau cuka kepada mereka yang tidak sukainya.

Terdapat 2 jenis bendi yang popular di Malaysia iaitu Jenis 5-segi dan Jenis 7-segi. Pengguna di Selatan Semenajung Malaysia mengemari jenis 5-segi berbanding di bahagian Utara Semenanjung yang minat Bendi 7-segi (Kedah, Penang , Perak dan Perlis). Bendi didapati kaya dengan zat makanan seperti Kalsium (77 mg/ 100gram), Protin (1.7 g), Lemak (0.1 g), Kabohiderat (5.9 g), Karotin beta (200 mcgm), Asid Askorbik (19.3 mcgm) dan Tenaga 129 kj (31 kilo kalori) lain-lain lagi. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
Bendi yang dtanam diatas tanah mineral yang subur akan memberikan hasil yang tinggi dengan Amalan Pertanian Baik (APB). Kawasan tanaman perlu dibajak 2 minggu sebelum menanam dan di naikkan batas-batas menggunakan trektor atau manual. Bubuh Kapur sebanyak 2 mt/ha ditabur dan kemudian dibubuh baja organik (Tahi ayam) dengan kadar 3-5 mt/ha sebelum di tutup dengan plastik silvershine dengan anggaran keperluan sebanyak 20 gulong sehektar. Plastik silvershine ini dapat membantu menjaga kelembapan tanah, meningkatkan kehilangan baja, mengawal serangga perosak dan mengawal rumpai.

Penanaman bendi dibuat dengan membubuh 2 biji/lubang dengan jarak tanaman 1 meter secara 3 segi dalam 2 barisan diatas batas. Keperluan benih sebanyak 1 kg/ha atau kepadatan pokok sebanyak 8,000 pokok/ha dan tinggalkan satu pokok setiap point penaman dengan membuat penjarangan. Benih kacang bendi mudah didapati daripada pemilihan pokok yang terpilih dengan membiarkan buahnya matang dan kering diatas pokok. Penanaman bendi perlukan sistem pengairan yang sesuai sama ada Pengairan Titis atau Pengairan Renjis. Pokok bendi cepat membesar dengan adanya sistem pengairan yang sempurna.

Pembajaan pertama sebanyak 160 kg/ha (20 gm/pk) dijalankan selepas 2 minggu penanaman dengan NPK 12:12:17.2+TE dan buat penyiraman ikut keperluan. Kawalan rumpai perlu dibuat secara kimia atau manual. Pembajaan seterusnya menggunakan baja buah sebanyak 400 kg/ha (50 gm/pk) sehinggan 6 bulan. Bendi akan mula berbuah 50-55 hari lepas ditanam dan mampu hidup sehingga 180 hari. Antara perosak yang menyerang bendi ialah ulat lipat daun (Sylepta derogata), Kepinding buah (Dysderus cingalatus), Pengorek Buah (Erias fabia) dan Siput yang dapat dikawal menggunakan racun seperti Carbaryl atau chlorophos atau cypermethrin. Jenis penyakit pula seperti Bintik Daun Cercospora (Cercospora spp) yang boleh dikawal dengan racun Propineb.


Buah bendi yang matang dituai menggunakan pisau tajam dan dikumpulkan dan digredkan sebelum di masukkan dalam bakul buloh atau bakul plastik. Buah bendi yang segar perlu dihantar kepada pemborong atau kedai dengan segera untuk pastikan kesegarannya. Potensi pengeluaran bendi antara 15-20 mt/ha bergantung kepada pengurusan dan amalan teknologi. Kajian analisa ekonomi di Muar mendapati satu hektar bendi mempu menghasilkan 18,000 kg hasil dan jika di jual pada harga RM 0.80 (Purata harga tempatan ) bermakna pendapatan kasar sebanyak RM 14,400/hektar. Kos pengeluaran direkodkan sebanyak RM 7,656/ha bermakna keuntungan bersih diterima sebanyak RM 6,744/ha dengan harga pengeluaran setiap kilogram bendi sebanyak RM 0.43 setiap kilogram dan pulangan setiap satu ringgit dilaburkan sebanyak RM 1.88. Penanaman bendi adalah menguntungkan jika dijalankan dengan baik.


Bendi dimakan sebagai sayuran dan ulam-ulaman. Untuk dimakan sebagai ulam bendi yang masih muda dipetik kemudian di celur dalam air panas beberapa minit sehingga separuh lecur. Ianya dimakan bersama-sama sambal beacan atau sebarang sambal (Di Johor popular dengan "Sambal Krosek" - Cuba le mmmm..). Cara lain memakan bendi ialah dengan menumis dengan cili, bawang, belacan , ikan bilis dan sedikit garam dalam kuali tanpa air yang di panggil sebagai " Tumis Bendi Goreng". Bagi kebanyakan bangsa yang suka makan Kari Kepala Ikan (Contohnya Kari Kepala Ikan Wak Ithnin -Semabok Melaka). Bendi memang satu ramuan wajib dalam masakan kari.


Bendi sesuai ditanam sebagai komoditi komersial dan tanaman keliling rumah dalam pasu atau polibeg sebagai satu Program Bumi Hijau. Pemerhatian saya mendapati jangkahayat tanaman bendi lazimya tidak lebih 6 bulan.

MAKAN BENDI .... KENYANG PASTI ....
TANAM BENDI .... UNTUNG MESTI......
JUAL BENDI ...... TAK SAKIT HATI.......
AGRONOMI BENDI .... IA DI FAHAMI..

Oleh,
M Anem

Senior Agronomist
Muar District Agriculture
Muar, Johor,
Malaysia
(Kemaskini pada 7 Mei 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...