Support My Blog

Sunday, January 31, 2010

Agro Grad 82 :Re-Union

Geng2 ketawa tengok gambar2 lama ketika jadi pelajar UPM dari 1977-1982....kira2 dah 28 tahun lalu..jumpa balek..Nampak kat situ Nasir, Hairun, Mokhtar, Kaberi, Azemi!


Satu Perjumpaan untuk mereka yang belajar di Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang dah jadi Universiti Putra Malaysia) dari tahun 1977 dan grad 1982 diadakan di Kelab Tasek Putrajaya pada 29 Jan 2010. Lebih dari 70 geng telah bawa ahli keluarga masing2...jadi kira-kira ada 300 orang lebih hadir. Majlis yang dimulakan dengan pendaftaran, ucapan urusetia penaja, makan malam, Fatihan kepada Arwah kawan2 (10 orang telah tiada), memperkenalkan kawan2 lama, nyanyian oleh AO SPtani, Cabutan Bertuah dan lain2...

Ini adalah perjumpaan yang paling bermakna kerana purata umur grad82 adalah 50 tahun (Ada yang lebih tua..!) dan bawa ahli keluarga. Yang Pelik ialah..... muka kenal tapi nama dah tak ingat... tu tak apa... yang dahsyat ialah muka tak kenal dan nama pun tak ingat....
Apa tidaknya !
Dulu Kurus... sekarang Bulat......
Dulu muda....ada yang macam dah tua...
Dulu rambut Apro ...ada yang boo.....taqq...
Dulu rambut hitam ..........la ni Putih banyak...
Dulu tak de duit .... ada yang dah jutawan kot...
Bagaimana pun tahniah kepada urusetia penaja iaitu geng2 sekitar KL dan Putrajaya. Tanpa kerjakeras tuan2 tak menjadi majlis itu. Sayang tak jumpa Idrus , Rani, Adam, Ngaijan, Kamil, omar, john, anyi wan... tak datang kenapa?
Kebanyakan mempunyai profesion dalam bidang pertanian... tapi ada yang dalam bidang perniagaan, Banking, ICT, Pendidikan, Alam Sekitar, Petronas, Kewangan, Pengurusan dan macam2 lagi... Tahniah untuk semua!
Semuga jumpa lagi dimasa akan datang!
SERONOK JUMPA GENG GRAD 1982
PERTANIAN, PENDIDIKAN PERTANIAN, HUTAN, FOOD TECH DLL
YANG ANEH... KENAL MUKA.. TAK INGAT NAMA...
YANG AJAIB.... DAH KENAL CERITA TAK ABIS2.....
By
M Anim
DOA Muar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...