Support My Blog

Monday, April 19, 2010

SEMUT HITAM - KEGUNAANNYA


SEMUT HITAM (Dolichoderus thoracacus) merupakan sejenis semut yang terdapat di kawasan kebun di Malaysia terutama dikawasan koko, dudun buah-buahan dan juga belukar. Pada masa ini serangga ini didapati berfaedah untuk mengawal masaalah serangan Ulat Penporek Buah Koko (UPBK). Kajian mengenai peranan semut hitam sebagai agen pengawalan perosak secara IPM didapati amat membanggakan dimana ia telah terbukti berkesan. Penulis yang dulu terlibat dengan pembangunan penanaman koko dekitar tahun 1980'an mendapati serangan UPK telah menjadikan industri koko di Malaysia merudum. Penggunaan pelbagai kaedah kawalan pada masa itu hanya ditumpukan kepada penebangan pokok dewasa dan ini menjadikan keluasan penanaman koko di Malaysia merudum akibat serangan UPBK. Kini Semut Hitam diketegorikan sebagai serangga berfaedah dan di panggil kawalan secara biologi di mana membantu penanam koko menambahkan hasil buah koko apabila serangan UPBK tidak berlaku. Tanaman koko di Malaysia berkurangan semenjak kes serangan UPBK pada tahun 1980'an dimana industri tanaman koko hampir musnah. Kawalan secara kimia dan penguatkuasaan akta kuarantin didapati tidak dapat menghalang serangan UPBK di mana mula di jumpai di Jasin Lalang Estate, Merlimau, Melaka dan terus merebak keseluroh negara. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peranan dan teknologi menggunakan semut hitam sebagai serangga berfaedah untuk rujukkan anda.

Kini Teknologi Penggunaan Semut Hitam telah dibuktiuikan dapat membantu mengawal serangan Ulat UPBK pada tanaman koko. Bagaimana semut hitam membantu petani dan penanam koko dalam tujuan ini?. Seperti kita lihat semut hitam merupakan sejenis semut yang sangat pantas bergerak dikawasan habitat semulajadi diwaktu siang hari daripada satu dahan pokok kedahan yang lain untuk mencari makanan dan menyerang mangsanya. Semut ini juga saya dapati mampu menyerang dengan mengigit dan menyengat musuh dengan pantas secara individu apa lagi kalau ia berkumpulan. Semut ini yang mudah dijumpai dikawasan kebun koko akan mengawal serangga perosak dewasa untuk bertelur pada buah koko dengan mengigit dan menghalau kehadirannya. Kajian juga mendapati semut ini juga mengeluarkan sejenis bahan kimia yang berasaskan phenol sebagai pertahanan yang menghindarkan musuh (UPBK). Apa yang unik adalah ia boleh dibiakkan dikawasan koko dengan teknologi baru bagi tujuan ini.
Keujudan semut hitam di kawasan kebun koko dapat mengurangkan populasi ulat UPBK dan ianya juga bukan parasit atau pemangsa. Ia mampu mengawal serangga perosak keparas yang tidak merugikan petani. Semasa penulis melawat Stesyen LKM di Temerloh Pahang, saya telah di tunjukkan oleh Encik Nik Aziz (Pengarah Teknologi LKM) bagaimana untuk menyediakan Sarang semut hitam. Teknologi ini walau pun nampak mudah tetapi memerlukan pengetahuan dan kemahiran khas melalui latih amal dan lawatan. Asasnya adalah dengan mengambil daun-daun koko yang telah kering di susun dan diikat seperti membuat sarang kerengga dan diletakkan di dahan-dahan pokok koko. Semut hitam akan datang dan menggunakan sarang tersebut untuk tinggal dan berkoloni (Sila lihat foto paling bawah). Sebaiknya dibuat seberapa banyak sarang pada setiap pokok (jika mampu). Kalau makanan untuk semut ada dan kedudukan sarang sesuai makan tidak menjadi  masaalah untuk semut ini membuat sarang dikawasan kebun koko. Kadang-kadang penggunaan kertas suratkhabar lama juga berkesan. Semut ini memang sedia ada dalam ekosistem kita dan kita cuma bantu dari segi mengujudkan rumah dan makanan.
Kehadiran Koya-koya (serangga warna putih pada kulit koko) akan menarik semut hitam dengan pengeluaran bahan manisan sebagai bahan buangan. Semut hitam akan mengerumuni koya pada buah koko dan memakan manisan sehingga koya tiada lagi. Keadaan pokok koko yang berada di tepi belukar menjadi satu kelebihan kerana belukar adala habitat semulajadi semut hitam. Jika terdapat semut hitam di kebun koko atau duduk pada sarang2 yang kita buatkan makan petani perlu teliti membuar semburan racun (terutamanya raun serangga). Kurangkan semburan racun serangga untuk kawalan perosak koko yang lain (seperti Helopeltis spp) kerana semburan mungkin membunuh semut hitam. Jika buah koko anda di kerumuni semut hitam sebaiknya di biarkan sahaja dan jangan dimunahkan sarangnya atau diracun kerana perbuatan ini akan merosakkan dan rugi kerana ianya adalah satu cara kawalan semulajadi yang baik dan mesra alam. Semuga artikel ini dapat memberikan info terbaik untuk anda!. Wasallam!.

SEMUT... ADA SEMUT HITAM...
GIGIT ...MEMANG DIA HENTAM...
ULAT UPBK KOKO...JADI HABUAN...
MAIR KITA...BUATKAN SARANG...


By
M Anem

Senior Agronomist
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia
(Kemaskini pada 30 Julai 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...