KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, July 2, 2010

Mangga MA224 (Chok anan)


MANGGA CHOKANAN (Magnifera indica) adalah satu varieti mangga yang paling popular ditanam di Malaysia. Mangga varieti ini adalah berasal daripada negara Thailand yang dibawa masuk sekitar hujung 1980an dan awal 1990'an. Tanaman ini sesuai ditanam di kawasan yeng mempunyai cuaca panas sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk proses menggalakkan pengeluaran bunga dan seterusnya berbuah. Mangga ini didaftarkan dengan nombor rujukkan Varieti MA 224 (Mangga Chokanan) atau kini diberi nama varieti 'Melaka Delight' merupakan sejenis mangga yang sesuai dimajukan dikawasan bekas tanah sawah atau tanam mineral malahan juga dikawasan tanah gambut. Saya mula memperkenalkan tanaman mangga ini pada tahun 1989 semasa bertugas di MIADP dalam projek pemulihan tanah sawah daripada asalnya tanaman padi atau tanah terbiar kepada tanaman kekal. Saya adalah orang yang pertama sekali membawa masuk benih mangga cokanan dan menanamnya di Melaka dengan tapak penanaman pertama adalah di Kg Kelubi, Jasin dengan jayanya dan dijadikan tapak Ladang Contoh. Penanaman mangga ini diteruskan dengan sangat aktif oleh Jabatan Pertanian Melaka sehingga kini dan Melaka muncul sebagai pengeluar utama mangga chok anan selain daripada Negeri Perak (Kawasan Tanah Bris) dan Sarawak (kawasan Tanah Gambut). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman mangga cokanan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.

Saya banyak kali membuat lawatan pemantauan dan lawatan teknikal ke kebun mangga Chok Anan di seluruh Negeri Melaka seperti Projek Mangga Kg Gelam, Kg Terentang, Bukit Rambai dan Alor Gajah. Saya berbual dengan petani disana dimana menurut Ketua Projek Mangga Kg Gelam, En Md Noor nyatakan kawasan projek tanaman mangga dijalankan dalam 3 fasa mulai tahun 2001, 2002 dan 2003 seluas 70 hektar. Katanya terdapat seramai 50 % petani yang aktif dan produktif sementara 30% adalah petani pasif dan 20% kawasan terbiar semula . Kerja membuat cantasan merupakan aktiviti utama dalam penanaman mangga dimana setelah lebih 8 tahun pokok yang sentiasa dicantas masih setinggi 5-6 kaki dengan ukurlilit batang sebesar 60-80 cm. Cantasan terbuka tengah dijalankan dengan membuang dahan-dahan menegak serta dahan yang diserang penyakit.


Jabatan Pertanian ada memberikan khidmat kepakaran mengenai kaedah cantasan yang betul dan sentiasa di perbaiki kaedahnya. Baja organik (Tahi Kambing) ada digunakan selain daripada baja buah NPK 12:12:17:2. buah. Buah mangga juga perlu disampul dengan kertas surat khabar lama atau plastik untuk menjaga kualiti. Buah-buah yang tidak disampul mudah diserang lalat buah dan ulat pengorek buah selain daripada kulit berkarat yang mencacatkan buah mangga Chok anan. Ubat penggalak bunga digunakan bagi meningkatkan pembungaan dengan disiram/tabur dipngkal pokok apabila daun telah sedia matang. Petani di sini menggunakan Perut Ikan dan Kepala Udang yng digantung di batang pokok . Tujuannya ialah untuk menarik lalat yang datang dan akhirnya lalat tersebut membantu dalam proses pendebungaan bunga mangga. Petua ini didapati sangat berjaya meningkatkan 'fruit set' buah mangga chokanan.
Buah yang masak dikutip pada indeks 4, 5 dsn 6 bergantung kepada kehendak pasaran dan kehendak pengguna. Buah mangga ada yang perlu diperam untuk pasaran jauh. Menurut Md Noor, purata hasil mangga chok anan di Kg Gelam lingkungan 8-10 metrik tan sehektar (Kebun yang dijaga rapi). Buah yang dipetik digredkan mengikut saiz, bentuk dan kecacatan iaitu Gred A (Dijual dengan harga RM 2.30 sekilogram ) dan Gred B (Dijual dengan harga RM 1.90 sekilogram). Buah putik yang ada di petik (jika terlalu banyak dalam satu tangkai) sebesar telur ayam dan dijual untuk dibuat jeruk mangga dengan harga RM 1.00 sekilogram. Buah yang digredkan diasingkan mengikut saiz dan kualiti sebelum dimasukkan kedalam kotak pembungkusan (Lihat foto diatas) dan diedarkan segera untuk pasaran.


Penanaman mangga chok anan atau Mas Delight merupakan satu aktiviti yang sesuai untuk kawasan tanah sawah terbiar. Selain daripada mengeluarkan buah mangga segr saya mengesyorkan petani di kg Gelam ini unuk membuat pemilihan pokok yang berhasil tinggi dan buat cantuman dewasa kepada pokok yang berhasil sederhana dan rendah. selain itu saya mengesyorkan agar petani mampu mengeluarkan benih chok anan sendiri dan jual kepada petani lain. Syor untuk memajukan tanaman lain diantara barisan tanaman seperti cili padi, paku pakis, ulam-ulaman boleh dibuat untuk mningkatkan pendapatan petani. Terdapat 12 orang petani di projek ini yang mempunyai 'Foward Agrement' dengan Program Ladang Kontrak FAMA untuk jaminan pasaran. Pengeluaran mangga di projek ini didapati amat bergantung kepada penguruasan tumbuhan, faktur cuaca dan juga peringkat 'fruit set'. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada anda. Wasallam!



MANGGA BAIK ...MANGGA CHOK ANAN....
PERLU DICANTAS...DITINGGAL JANGAN....
MA224 MAS DELIGHT... NAMA SAMARAN....
BEKAS AO MIADP ....PELOPOR TANAMAN....
By
M Anem

Senior Agronomist
Kg Gelam. Melaka Tengah,
Melaka,

Malaysia
(Kemaskini pada 19 Julai 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...