Support My Blog

Friday, August 6, 2010

Statistik Pertanian Malaysia

Malaysia merupakn sebuah negara yang masih aktif dalam sektor Pertanian selain daripada sektor Industri, Pembuatan dan Perkhidmatan. Penduduk Malaysia seramai 26.6 juta (2006) dijangka meningkat kepada 27.2 juta (2007), 29.7 juta (2008), 30.4 juta (2009) dan seramai 31.1 juta pada tahun 2010. Kebanyakkan mereka tinggal dikawasan bandar dan separuh lagi tinggal di kawasan luar bandar.

Dari segi Pertanian tanaman kelapa sawit merupakan satu dominasi dalam pengeluaran bahan manakan dan menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama minyak sawit dunia. Nilai tambah hasil produk kelapa sawit di pelbagaikan dengan pengeluaran pelbagai produk makanan, bahan kimia, kosmetik, bio-diesel dan pelbagai lagi. Pengeluaran getah asli dari Malaysia juga menyumbang kepada sektor pertanian dalam negara walau pun tanaman getah telah di terajui oleh Thailand dan Indonesia pada masa ini. Tanaman lain yang masih ketara dalam sumbangan kepada sektor pertanian ialah produk kayu balak dari hutan di Malaysia.

Tanaman makanan masih diusahakan oleh para petani di Malaysia seperti tanaman padi, sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman minuman (Teh, Kopi dsb), tanaman kontan (Keledek, jagung, keladi, ubi kayu dan lain-lain lagi). Malaysia mensasarkan penggunaan perkapita bagi beras daripada 85 kg/orang/tahun pada tahun 2006 kepada sebanyak 94 kg/org/tahun pada tahun 2008. Penggunaan perkapita buah-buahan pula daripada 62 kg/org/tahun disasarkan meningkat kepada 83 kg/org/tahun pada tahun 2010 sementara penggunaan perkapita sayuran kepada 23 kg/ha /tahun pada 2010 berbanding cuma 26 kg/ha/tahun pada 2006.


Nilai ekspot sektor pertanian Malaysia cuma RM 71.024 billion pada 2006 dijangka meningkat kepada RM 108.710 billion pada 2008 dimana daripada jumlah tersebut sebanyak RM 1.38 billion adalah jumlah ekspot dari subsektor tanaman (2006) dan sebanyak RM 1.599 billion (2008). Malasyia juga mengekspot produk beras sebanyak RM 210 juta (2006) dan RM 203 juta pada tahun 2008. Nilaai ekspot buah-buahan juga meningkat daripada RM 459 juta (2006) kepada RM 487 juta pada 2008. Ekspot sayur-sayuran Malaysia juga meningkat dari RM 511 juta (2006) kepada RM 665 juta pada 2008.

Kita juga mengimpot sebanyak RM 40.264 billion (2006) produk pertanian meningkat kepada RM 58.782 billion pada tahun 2008 dan dijangka sebanyak RM 70.5 billion pada 2010. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 3.644 billion adalah produk subsektor tanaman (2006) atau sebaanyak RM 5.628 billion (2008). Pecahan nilai impot mengikut komoditi pada tahun 2008 ialah Beras (RM 2.707 billion), Buah-buahan (RM 883 juta), Sayur-sayuran (1.880 billion) , Kelapa (RM 15 juta) dan produk Florikultur (RM 15 juta). Ini menjadikan Malaysia merupakan 'Net food importer' setiap tahun.

Malaysia mengimpot sebanyak 843,260 metrik tan beras pada tahun 2006 meningkat kepada sebanyak 1,098,011 metrik tan pada tahun 2008 daripada negara luar (Thailand, Myanmar, Vietnam) dan sebagainya. Walaupun Malaysia menanam padi seluas 672,304 hektar pada 2009 hanya seluas 506,330 hektar yang berjaya dituai dengan penghasilan padi sebanyak 2,460,446 metrik tan dan menjadi beras sebanyak 1,585,708 metrik tan. Purata penghasilan padi di Malaysia adalah sebanyak 3.66 metrik tan sehektar pada tahun 2009 berbanding cuma 3.236 kg/ha pada tahun 2006. Kawasan jelapang padi Malaysia seluas 204,246 hektar yang terdapat di Kedah, Perlis, Selangor, Perak, Kelantan perlu dikekalkan begitu dengan kawasan tanaman padi tradisi di Sarawak dan Sabah.

Penanaman buah-buahan di Malaysia seluas 281,223 hektar pada tahun 2006 hanya bertambahn sedikit kepada 275,650 pada 2009 dengan penghasilan sebanyak 1,699 juta tan (2009). Seluas 221,100 hektar tanaman buah-buahan berada di Semenanjung Malaysia, 18,150 hektar di Sabah dan 35,100 hektar di Sarawak sementara 300 hektar di WP Labuan. Nilai pengeluaran hasil buah-buahan meningkat daripada RM 2.762 billion (2006) kepada sebanyak RM 3.782 billion pada tahun 2009.


Malaysia juga menanam seluas 38,070 hektar sayur-sayuran pada tahun 2009 berbanding dengan seluas 39,659 hektar pada tahun 2006. Penghasilan juga menurun dari 572,687 metrik tan kepada 493,470 metrik tan pada 2009. Nilai pengeluaran sayur-sayuran di Malaysia adalah sebanyak RM 1.356 billion pada 2009 yang kebanyakkannya sayuran yang sesuai ditanam. Impot sayur-sayuran merupakan jenis 'temperate vegetables' seperti tomato, kobis, cili, bawang, cauliflower, salad, kentang dan sebagainya.

Terdapat 12,300 hektar kawasan yang ditanam dengan tanaman kontan di Malaysia dengan sebanyak 111,950 metrik tan hasil bernilai sebanyak RM 210,373 juta pada tahun 2009. Antara tanaman kontan yang luas ditanam adalah jagung, keladi, ubi kayu, kacang tanah, keledek dan sebagainya. Sebahagian tanaman kontan adalah ditanam untuk diproses dalam aktiviti Industri Asas Tani seperti memebuat kerepek, ubat gigi, kueh-mueh dan sebagainya.

Malaysia menanam seluas 4,740 hektar tanaman herba dan rempahratus pada 2009 dengan penghasilan sebanyak 37,740 metrik tan dan bernilai RM 110.215 juta. Antara produk herba yang ditanam seperti serai, limau purut, tongkat ali, cekur, cengkih dan sebagainya. Dari segi bunga-bungaan (Florikultur) seluas 1,930 hektar dimajukan pada 2009 dengan pengeluaran sebanyak 165.6 juta keratan bernilai sebanyak RM 142.611 juta. Kebanyakan kawasan pengeluaran bunga di Malaysia di Cameroon Highland dan di Sabah.

Artikel ini membentangkan statistik asas pertanian di Malaysia berdasarkan statistik. Diharap laporan ini sedikit sebanyak membantu kita mengetahui maklumat yang berkaitaan. Sektor pertanian negara kita perlu terus dimajukan agar negara dapat mengurangkan imbangan impot bahan makanan. Imbangan nilai impot dan ekspot perlu dilihat sebagai satu faktur penting dalam negara tidak terlalu bergantung kepada luar negara demi "Food Securiity" di Malaysia.
Sekian sahaj nukilan kali ini.


DAH LAPAR...NAK PERGI MAKAN...
MAKAN NASI....BERAS IMPOT....
BELI DAGING... DARI INDIA....
MAKAN BAWANG...DARI CHINA...
BUAH EPAL...BUAH PEAR...
BELI BELIMBING...DENGAN PAPAYA...
MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN...



By
M Anem
Pct 11
Putrajaya


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...