Support My Blog

Tuesday, August 3, 2010

UKUR MANIS BUAH





Bagaimana kita nak tahu buah itu manis?
Selalunya kita rasa dengan lidah untuk menyatakan buah itu manis, masam atau kelat. Kalau buah itu sangat masam akibatnya muka akan berkedut atau badan akan mengigil akibat kemasaman. Kalau buah sangat manis juga tindakan yang sama akan dibuat oleh mereka yang makan buah tersebut. Jadi kita perlu ada ilmu bagaimana hendak mempastikan Dajah Kemanisan Buah secara Saintifik. Artikel saya akan menerangkan cara yang betul dalam mengetahui tahap kemanisan buah dengan menggunakan Brixmeter. Pengalaman sebagai pegawai teknikal pertanian dan kursus ketika di universiti dulu digunakan sebagai asas perbincangan artikel ini.

Darjah Brix (simbol °Bx) merupakan satu cara untuk mengukur tahap kemanisan dalam larutan pada buah-buahan dan lain-lain larutan. Satu Darjah Bris adalah dimaknakan sebagai 1 gram sukros (Gula) dalam 100 grams larutan cecair yang menunjukkan kepekatannya dalam unit berat (% w/w) . Unit Darjah °Bx selalu digunakan dalam menentukan kemanisan dalam Madu ebah, Jus Buah, Wain, Larutan Gula dan sebagainya dalam industri berkaitan. Kaedah perkiraan Brix merupakan kaedah paling mudah dan luas digunakan dalam dunia.

Alat untuk mengukur kemanisan anggur (Gambar kiri) sering digunakan untuk mempastikan tahap kematangan buah anggur. Alat ini akan diletakkan berhampiran buah dan sebiji buah anggur akan di masukkan kedalam 'sensor' dan bacaan elektronik akan didapati. Penanam anggur boleh menjalankan aktiviti agronomi untuk mempastikan anggur yang dihasilkan nanti seperti tahap kemanisan yang dikehendakki. Anggur merupakan bahan mentah yang sangat penting untuk membuat wain. Ketepatan kandungan gula dan kemanisan akan menentukan kualiti wain yang akan dihasilkan.

Terdapat banyak model alat mengukur darjah kemanisan di pasaran. antara alatan yang paling mudah didapati ialah alat yang di panggil sebagai Briemeter atau juga boleh diguna Refractometer. Alat ini kecil dan mudah dibawa serta senang digunakan. Dengan mengambil jus buah-buahan terpilih dan titiskan pada permukaan khas dibahagian hujung alat kemudian tutup dan bacaan dilihat dengan mata melalui kanta di sediakan. Meter akan menunjukkan peratus kadar kemanisan pada skel dalam Brixmeter. Jika bacaan pada angka 12 maknanya darjah kemanisan adalah 12%. Jika bacaan pada 18 maknanya buah tersebut adalah sangat manis dimana kandungan gula sebanyak 18%. Bersihkan permukaan dan penutup dimana sampel diletakkan untuk mengurangkan gangguan pada sambel berikutnya.



Keujudan alat ini dapat membantu pegawai pengembangan dan petani mendapatkan bacaan tepat mengenai kemanisan buah. Kalau buah kurang manis perlu dibuat kajian adalah ianya disebabkan oleh sifat semulajadi pokok tersebut (Klon buah masam) atau boleh di perbaiki tahap kemanisan dengan kaedah-kaedah lain. Antara penambahbaikan kemanisan buah tropika ialah dengan menggunakan lebih baja organik yang sesuai dan bahan kimia yang sesuai.

KEMANISAN BUAH...BOLEH DIUKUR...
MUDAH DIBAWA....TAHAN DIGUNA....
DENGAN TEKNOLOGI...KITA BERSYUKUR...
NAK BELI ALAT...BUKAN KEDAI SERBAGUNA....



Related Articles:
1. Anggur (Klik disini)
2. Limau Mandarin (Klik disini)
3. Jambu Batu (Klik disini)
4. Nona Kapri (Klik disini)
5. Malaysian Agriculture Standards (Click here)

By,
M Anem
MAEPS, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(Menguruskan Gerai Hasil Pertanian 2011)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...