Support My Blog

Friday, December 24, 2010

LEEK


LEEK (Allium ampeloprasum L) adalah sejenis sayur daun dari keluarga bawang atau LILIACEAE yang ditanam di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland dan Kundasang. Tanaman ini tidak popular 20 tahun dulu dan diimpot tetapi kini telah banyak ditanam di negara kita. Tanaman ini dipercayai berasal ari kawasan Meditrenean dan sekitarnya sebelum disebarkan ke Eropah dan asia terutama Asia Tenggara seperti Indonesia. Kebanyakkan negara di Asia Tenggara masih mengekalkan nama "leek" kerana tanaman ini memang dibawa masuk dari luar negara.


Terdapat seluas 78 hektar tanaman leek pada tahun 2009 diusahakan di Malaysia dimana kebanyakannya untuk pasaran domestik. Malaysia juga mengimpot leek dari luar negara (Indonesia). Kawasan tanah tinggi di Jawa dan sumatra banyak menanam leek. Negera pengeluar utama leek didunia ialah Perancis, Jerman, Belgium dan Belanda dengan keluasan mencapai 25,000 hektar setahun. Leek digunakan bahagian daun iaitu bahan campuran untuk sayuran sup atau campuran makan salad (kadang2).

Pembacaan saya dari buku PROSEA on Vegatable mendapati nilai pemanakan setiap 100 g leek adalah air (90 g), Protin (2 g), Karbohiderat (5 g), Ca (60 mg), P (30 mg), Fe (1 mg), Vitamin C (0.03 mg) dan tenaga sebanyak 128 kJ. Tumbuhan Leek seperti bawang lain merupakan tumbuhan herba setinggi 40-60 cm dan merupakan 'vegetative' iaitu tiada bebawang atau mempunyai bebawang (bulb) sangat kecil. Akar jenis akar rambut dan daun leper berbentuk "V" dan berukuran 10-50 cm panjang x 0.27 cm garispusat. Bunga leek berbentuk 'campanulate' berwarna ungu atau putih, 4-6 mm panjang dan 2 ovule. Biji leek berukuran 2-4 mm garispusat berwarna hitam.


Kawasan sesuai untuk menanam leek bersuhu antara 20-25 celcius dan kalau di kawasan tropika melebihi ketinggian 1,000 meter. Tanah yang subur dan peroi dengan banyak baja organik diperlukan untuk pertumbuhan leek. Leek ditanam dengan bijibenih yang diimpot dari luar negara. Benih disemai dalam tapak semaian berbumbung selama 2-3 bulan sehingga berukuran 15-20 cm tinngi baru diubah kebatas tanaman. Jarak tanaman disyorkan adalah 15-25 cm x 15-25 cm diatas batas. Baja organik dan baja NPK diberikan dengan kadar disyorkan. Pastikan batas mempunyai sistem pengairan dan saliran yang sempurna. Akar mudah rosak dan pokok layu jika tenggelam dalam air.


Antara masaalah tanaman leek adalah serangan Kulat Ungu (Altenaria porri), Layu Fusarium (Fusarium spp) dan Kutu Thrips (Thrips tabaci). Kawalan dijalankan dengan menyembur racun kimia dan penggiliran tanaman. Pastikan memetik hasil selepas PHI dan sentiasa baca lebel. Leek akan matang dan sesuai untuk dituai dalam masa 120 - 150 hari. Penuaian di jalankan dengan mencabut menggunakan tangan dan dibuang bahagian akar serta daun yang cedera. Pengurusan pasca tuai perlu dibuat dengan baik kerana leek tahan disimpan selama 1-3 bulan dalam bikik sejuk 0 celcius. Kajian mndapati hasil tanaman leek di kawasan tropika seperti di Asia Tenggara cuma 5-15 mt sehektar berbanding dengan kawasan Eropah mencapai sebanyak 45 mt sehektar.


Tanaman leek di kawasan tropika merupakan satu cabaran kerana variety yang ada sesuai untuk kawasan eropah. Kajian biakbaka perlu diteruskan bagi mamajukan tanaman ini pada masa akan datang.


NAK TANAM LEEK....TAK TAHU CARA....
SESUAI DITANAM...TANAH TINGGI SAJA...
BENIH DIIMPOT ... DARI LUAR NEGARA...
TAHU TEKNOLOGI... PUN TAK APA....



By ,
M Anem
Asal Johor
Malaysia


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...