Support My Blog

Sunday, February 6, 2011

JERING KAWAL TIKUS


Jering (Archidendron jiringa) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Leguminaceae yang boleh di gunakan sebagai bahan mengawal tikus dalam sawah bagi tanaman Padi (Oryza sativa) . Jering mudah di tanam dimana buahnya dimakan sebagai ulam yang sangat enak bila di makan denngan nasi (Baca artikel saya berjuduk JERING untuk cerita mengenai tanaman ini). Saya telah membaca satu artikel mengenai teknologi menggunakann jering untuk mengurangkan populasi tikus dalam kawasan sawah padi dari majalah trubus untuk tatapan anda semua. Diharap petua ini akan memberikan ilmu pengetahuan tambahan kepada para pembaca sekelian.


Malaysia mempunyai kawasan sawah padi seluas 673,740 hektar dengan penghasilan padi sebanyak 534.3 juta tan metrik pada tahun 2010. Seluas 504,348 hektar sahaja yang dituai pada tahun tersebut dimana purata pengeluaran padi Malaysia adalah sebanyak 3,782 kg sehektar (PURATA YANG AGAK RENDAH BERBANDING DENGAN NEGARA2 ASEAN ). Antara faktur yang mengurangkan hasil padi negara berkemungkinan adalah akibat oleh serangan tikus sawah. Jika tidak dikawal dengan sempurna, serangan tikus mampu merosakkan sehingga 100% hasil tanaman padi. Tikus sawah membuat sarang diatas ban sawah dan cepat membiak dan merosakkan tanaman padi dengan memotong rumpun atau batang padi. Kawalan yang lazim dijalankan adalah dengan memberikan umpan kimia iaitu racun tikus dikawasan sarang seperti Racun MATIKUS. Tikus akan mati setelah makan racun tikus (Gambar atas) .Pengenalan Burung Pungguk Jelapang Padi (BPJP) dikawasan sawah padi banyak mengurangkan populasi tikus dengan burung tersebut memakannya setiap hari (Baja artikel saya mengenai Burung Pungguk ini). Sarang burung ini diletakkan ditengah-tengah sawah untuk kediaman burung tersebut.


Kini terdapat satu lagi kaedah atau petua mudah untuk megurangkan pipulasi tikus di kawasan sawah padi iaitu dengan menggunakan JERING. Sumber maklumat ini saya percaya boleh membantu pesawah menghalau tikus dari sawah dengan meletakkan beberapa biji jering di kawasan sawah padi dan letakkan di hadapan lubang sarang tikus. Sebaiknya kopek jering tersebut dan potong-potong agar kesan bau Asid Jiringa dalam jering kuat baunya tersebar disekitar sawah. Selain itu kajian di sebuah pusat penyelidikkan di Indonesia mengesyorkan agar membuat larutan extrak jering dengan menggunakan 1 kg jering matang yang dipotong2 kemudian direndam dalam 2 liter air bersih selama 2 hari. Kemudian semburkan larutan tersebut di atas kawasan strategik disawah padi (Kawasan dimana tikus sering tinggal) selama 2 - 4 minggu dan lihat kesannya. Bau kuat dari larutan ektrak jering akan menghalau tikus dari sawah kita.
Pesawah yang suka makan jering juga mengeluarkan kencing yang berbau kuat.....adakah nanti ada kajian mengenai kesan kencing setelah makan jering dalam teknologi kawalan tikus.....Ini lebih untung kalau berjaya kerana pesawah akan jadi sihat makan ulam jering dan apabila kencing di sawah, tikus akan lari kerana bau tersebut.... Wallahualam.



DALAM SAWAH..... ADA TIKUS....
DIGUNA RACUN.....JENAMA MATIKUS....
BURUNG PUNGGUK....MEMANG RAKUS....
GUNAKAN JERING... LAGI BAGUS....


By,
M Anem
Gersik , Ledang,
Johor
Malaysia
(Kampong banjir teruk)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...