Support My Blog

Friday, June 17, 2011

SIAPA KONTROL BENIH DUNIA?

Penyelidikan benih baru oleh saintis.
Siapa kontrol perniagaan Benih di Dunia masa kini?


Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa industri benih merupakan satu cabang perniagaan yang besar dengan nilai sebanyak USD 32 billion setahun atau sebanyak RM 98 billion setahun duit kita. Agak-agak berapa banyakkah duit RM 98.0 billion itu ?....saya tuliskan iaitu RM 98,000,000,000 iaitu mempunyai 9 angka kosong. Begitu besar nilai perdagangan benih dunia masa kini dimana sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan benih bijirin seperti Gandum, Padi, Barli, Jagung, Oats, Pastura, Florikultur dan lain-lain lagi. Selain daripada digunakan untuk makanan manusia, bijirin juga merupakan makanan utama untuk ternakan haiwan seperti lembu dan ayam. Artikel ini saya akan mengupas siapakah sebenarnya yang 'kontrol' perniagaan industri beni didunia.


Sebenarnya terdapat 10 syarikat besar didunia yang terlibat dalam industri benih iaitu MOSANTO, DUPONT, SYNGENTA, GROUPE LIMAGRAIN, LAND O'LUKES, KWS AG, BAYER CROP SCIENCE, SAKATA,  DLF TRIFOLIUM  dan TAKII. Kesemua 10 syarikat ini menguasai 67% industri benih dunia iaitu bernilai USD 14.785 billion setahun. Kepakaran yang di punyai oleh syarikat multinasional ini bermula semenjak beratus-ratus tahun dahulu dengan mengambil ramai saintis dan menaja mereka dalam penyelidikan yang dijalankan. Syarikat-syarikat ini beroperasi di seluruh dunia melibatkan pelbagai jenis perniagaan berasaskan kimia, baja, kawalan musuh tanaman, benih tanaman dan semua sektor dalam bidang pertannian dan juga industri kimia.


LOGO PERNIAGAAN MOSANTO
MOSANTO merupakan satu syarikat berpusat di Creve Coeur, Missouri, USA yang menguasai sebanyak 23% pengeluaran dan pengedaran benih di dunia dengan nilai sebanyak USD 4.964 billion setahun. Syarikat ini memang terkenal sebagai pemilik jenama racun rumpai paling popular didunia iaitu "ROUND-UP" yang mengandungi Glyphosate. Mosanto merupakan peneraju dalam 'Genetically Engineered Seed' terutama biji benih bijirin serta 'Bovine Growth Hormone'. Jumlah urusniaga Syarikat Mosanto pada 2010 berjumlah USD 10.502 billion dengan keuntungan sebanyak USD 1.109 billion. Aktiviti utama syarikat mosanto adalah dalam bidang Racun Rumpai, Racun Serangga dan Biji benih.


Syarikat DuPont merupakan syarikat multinasional yang menguasai 15% industri benih dunia dengan jumlah sebanyak USD 3.300 billion. Syarikat yang berpusat di Wilmington, Delware, USA ini diasaskan oleh E.I. du Pont pada tahun 1802 aktif dalam perniagaan produk kimia. Syarikat ini mempunyai pendapatan sebanyak USD 32.733 billion pada tahun 2010 dengan keuntungan sebanyak USD 3.065 billion. Syarikat ini banyak menghasilkan benih jagung hibrid yang di tanam semennjak tahun 1940'an lagi dengan pelbagai varieti yang ditanam diseluruh dunia.


Sygenta merupakan satu nama besar dalam industri pertanian terutama membekal benih dunia sebanyak 9% yang bernilai USD 2.108 billion pada tahun 2010. Syarikat yang berpusat di Basel, Switzerland ini ditubuhkan pada tahun 200 diketuai oleh Mr Martin Taylor menceburi bidang Racun Serangga (Pesticide), Racun Rumpai (Herbicide) dan Pengeluaran Benih Tanaman. Syarikat ini memperolehi urusniaga sebanyak USD 11.64 billion dengan keuntungan syarikat sebanyak USD 1.397 billion pada tahun 2010. Syarikat ini mempunyai seramai 26,000 kakitangan diseluruh dunia. Ramai saintis pembiakbaka yang bekerja dalam syarikat ini untuk menghasilkan benih baru seperti bijirin, bunga-bungaan dan sayur-sayuran.


Syarikat Groupe Limagrain berpusat di Chappes, Pue-De-Domes, Perancis menguasai 6% industri benih dunia yang  bernilai USD 1.226 billion pada tahun 2010. Antara aktiviti utama ialah menghasilkan benih 'Genetic engineed seeds' yang terdiri dari benih bijirin, rumput dan sayur-sayuran serta bunga-bungaan. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1942 ini mempunyai seramai 6,000 kakitangan diseluruh dunia dengan pendapatan sebanyak Euro 1.119 pada tahun 2010. Syarikat Land O'Lakes berpusat di Arden Hills, Minnesota, USA menguasai 4% industri benih dunia dengan nilai perniagaan sebanyak UAD 917 juta pada tahun 2010. Syarikat ke 6 yang menguasai industri benih adalah KWS AG yang berpengkalan di Jerman dengan penguasaan sebanyak 3% industri benih bernilai USD 702 juta. Seterusnya ke 7 adalah Syarikat Bayer Crop Science berpengkalan di Jerman yang menguasai 2% industri benih dengan nilai tahunan USD 524 juta.


Dari Asia mendudukki tangga ke 8 dalam industri benih dunia adalah Syarikat SAKATA dari Jepun yang menguasai lebih 2% bernilai USD 396 juta pada tahun 2010. Syarikat ini berpusat di Yokohama, Kanagawa, Japan yang ditubuhkan pada tahun 1942.  Syarikat ini banyak menghasilkan benih-benih berasaskan 'Genetically engineered Seeds' seperti benih tanaman makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, anak benih, benih bijirin, rumput pastura serta peralatan pertanian. Syarikat ini sangat aktif dalam menjalankan penyelidikan dan menerbitkan jurnal berkaitan industri pertanian. Terdapat cuma 595 kakitangan syarikat ini secara terus.


Kedudukan ke 9 yang menguasai industri benih dunia adalah Syarikat DLF-Trifolium yang berpengkalan di Denmark dengan menguasai lebih 2% industri benih bernilai kira-kira USD 391 juta. Kepakaran utama syarikat ini adalah dalam menghasilkan benih pastura (Pasture grass) disamping dalam bidang ternakan. Pada kedudukan ke 10 juga satu syarikat dari Jepun iaitu TAKII Japan yang menguasai lebih 2% pasaran benih dengan nilai USD 347 juta pada tahun 2010. Syarikat TAKII ini beribupejabat di Shimogkyo-tu, Kyoto, Japan diasaskan pada 1835 dan diestablish pada 1920 dengan seramai 747 orang kakitangan. Antara produk benih yang popular adalah Benih Hibrid Tomato, Hibrid Kobis dan Hibrid Trunip.


Syarikat multinasional ini menguasai industri benih dunia yang bernilai sebanyak USD 32 billion setahun dengan begitu komitted untuk mempastikan bekalan makanan untuk 6.996 billion penduduk dunia masa kini. Saya melihat laman web www://bayer.com dam melihat pertambahan penduduk dunia setiap saat bukannya seorang sesaat...selalunya lebih dari satu orang bayi lahir setiap saat sehingga sampai 7 orang sesaat! Adakah mereka akan mendapat makanan mencukupi kelak...sama-sama kita fikirkan. Wallahualam.


INDUSTRI BENIH...BERBILION NILAINYA...
SYARIKAT BESAR...MONOPOLI KERJANYA...
TERUS BERKEMBANG...BANYAK UNTUNGNYA..
DI MALAYSIA... APA SUMBANGANNYA?...


Related article :
1. About hybrid seeds (Click here)
2. Bahan Tanaman di Malaysia (Klik disini)
3. Benih Sayuran (Klik disini)
4. Biak baka Tumbuhan (Klik disini)
5. Harga Benih Sayuran di Malaysia (Klik disini)
6. Known You Seed (Click here)


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,

Malaysia
(Sabtu 9.45 pagi)                                   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...