Support My Blog

Wednesday, August 31, 2011

MERDEKA RAYA

HARI INI 31 OGOS 2011 ADALAH MERUPAKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54 DAN JUGA JATUH PADA 2 SHAWAL 1432 HIJRAH IAITU SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI HARI KEDUA. SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI MERDEKA KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG DAN RAKYAT MALAYSIA SEMPENA TARIKH INI SEMUGA NEGARA KITA AKAN TERUS MAJU, SELAMAT DAN BERJAYA DIDALAM MENGHADAPI CABARAN PADA MASA AKAN DATANG. SAYA FIKIR MALAYSIA MAMPU TERUS MAJU DALAM PELBAGAI SEKTOR JIKA PERPADUAN DAN KESTABILAN POLITIK TERUS DIPUPUK DAN KUKUH. SEKTOR PERTANIAN NEGERA AKAN TERUS MENJADI SATU DARIPADA SEKTOR YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN OLEH KERAJAAN DAN MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN SEKTOR INI DENGAN MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN MENJAMIN BEKALAN MAKANAN DALAM NEGARA MENCUKUPI.


SEKTOR PERTANIAN NEGARA DISUMBANGKAN OLEH PERLADANGAN KELAPA SAWIT SEBAGAI SEKTOR YANG SANGAT PENTING DISAMPING TANAMAN GETAH, TANAMAN MAKANAN UTAMA (PADI , BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN) , PERIKANAN (LAUT DAN AKUAKULTUR DARAT) SERTA SEKTOR PENTERNAKAN DAN INDUSTRI ASAS TANI.  WALAU PUN PADA ASASNYA MASIH BANYAK IMPOT BAHAN  DAN PRODUK PERTANIAN DARI LUAR NEGARA SEPERTI JAGUNG TERNAKAN, DAGING, SUSU, BUAH-BUAHAN IKLIM SEJUK DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN , USAHA PERLU DITERUSKAN UNTUK MENGURANGKAN JUMLAH 'BILL IMPOT'. PROJEK GTP DAN EPP KERAJAAN DIHARAP DAPAT MEMBANTU DALAM PERKARA INI.


SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI PENULIS JUGA MENGHARAPKAN RAKYAT MALAYSIA AKAN TERUS BERSATU PADU DAN KUNJUNG MENGUNJUNGI DEMI PERPADUAN SEBAGAI TONGGAK KESTABILAN PEMERINTAHAN NEGARA KITA. WALAU PUN DI PERINGKAT NASIONAL SAMBUTAN KEDUA-DUA HARI BESAR TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA 16 SEPTEMBER 2011 TETAPI KEMERIAHAN TERSEBUT DIRASAKAN DISEMBUT DENGAN MERIAH PADA HARI INI 31 OGOS 2011. SELAMAT HARI MERDEKA RAYA 2011.


BY,
M ANEM
AIR KEROH
MELAKA
MALAYSIA
31 OGOS 2011  

Monday, August 29, 2011

RENDANG DAGING

RENDANG DAGING adalah satu jenis makanan yang diperbuat daripada daging, rempahratus, santan dan beberapa ramuan lain untuk hidangan istimewa. Sempena 30 Ramadan ini saya terpanggil untuk menulis teknologi pembuatan rendang daging sebagai satu coretan subuh hari dari Melaka. RENDANG lazimnya diperbuat untuk jamuan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha yang dimakan bersama-sama dengan ketupat nasi, ketupat pulut atau dengan nasi putih biasa. Rendang merupakan makanan yang terdapat di Malaysia, Singapura, Indonesia, Selatan Thailand dan juga Filipina. 


Rendang disediakan menggunakan bahan asas iaitu daging segar (atau daging beku impot) dan ayam segar (Paling sedap dengan ayam kampong) yang dimasak dengan santan dan kerisek kelapa serta rempahratus, garam dan gula. Cara memasak perlu difahami untuk menghasilkan rendang yang sedap, enak, agak tahan lama dan disukai semua ahli keluarga. Rendang dimakan bersama ketupat nasi atau ketupat pulut semasa Hari Raya dengan ahli keluarga dan untuk Majlis-majlis Rumah Terbuka. Hidangan Rendang, Ketupat, Sate, Kuah Kacang, Lodeh dan lain-lain menu merupakan satu kebangaan rakyat Malaysia.


Saya sertakan satu resepi menyediakan Rendang Daging untuk panduan para pembaca yang ingin membuat rendang pada jamuan hari raya. 

Resepi Rendang Daging


Bahan Asas Rendang Daging
1 kilo Daging lembu (Daging segar terbaik)
1 biji kelapa – diambil santannya
Daun limau purut ( di hiris )
Daun kunyit yang dihiris halus- boleh juga kalau masukkan kedua2nya
1 – 2 keping asam gelugur @ 1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa
2 sudu besar kerisik - mesti disediakan dulu


Bahan untuk di kisar
10 biji cili kering di rendam dan dibuang biji
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4-5 batang serai
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar


Cara penyediaan Rendang Daging


1. Tumis bahan kisar hingga berbau harum dan kemudian masukkan daging segar yang telah dibasuh serta masak hingga daging cukup masak dimana ianya agak kecut. Pastikan api dikawal dengan baik untuk tidak terlalu kuat sehingga kemungkinan akan hangus. Sentiasa periksa dan kacau jika perlu.


2. Masukkan santan kelapa dan masak hingga daging lembut. Jika daging belum cukup lembut masukkan sedikit air lagi dan masak lagi sehingga daging lembut. Ketika memasak pastikan api dijaga terutama jika  memasak menggunakan kayu api.


3. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan serbuk perasa kedalam kuali dan jangan terlalu banyak garam. Apabila telah hampir masak kemudian dimasukkan bahan kerisik, daun kunyit atau daun limau purut yg telah dihiris.


4. Apabila telah pasti cukup masak dimana kepekatannya sesuai makanbolehlah diangkat dan dihidangkan. Jangan terlalu basah (cepat basi) atau jangan terlalu kering (rasa tidak sedap dan keras). Pastikan dihidangkan dengan makanan ketupat atau juadah lain. Simpan di dalam peti sejuk untuk dimakan pada masa lain.


Satu lagi cara masak rendang ialah satukan bahan kisar, santan dan daging kedalam kuali. Reneh dan masak hingga daging empuk dan sehingga santan mengeluarkan minyak. Kemudian masukkan air asam jawa@asam gelugur, gula,garam, perasa, kerisik dan daun kunyit atau daun limau purut. sesuaikan rasa… bolehlah diangkat!!!!
SELAMAT MENCUBA!


MAKAN RENDANG...RENDANG DAGING...
BERSAMA KETUPAT...ATAU SERUNDING...
JANGAN MAKAN BANYAK..NANTI PENING...
HIDANGAN INI ... HIDANGAN PENTING...


By,
M Anem
Pt Bengkok, Ledang,
Johor
Malaysia

Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA 2011



SELAMAT HARI RAYA 2011 
(1 SHAWAL 1432)!


Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah kepada semua pembaca blog yang berugama Islam dengan ucapan Maaf, Zahir dan Batin (Jika ada). Sehingga kini seramai 209 orang telah menjadi follower blog Anim Agro Technology san 18 orang menjadi follower Anim Agriculture Technology (English). Sehingga hari ini juga seramai 248,941 pengunjung (suku juta) telah membaca blog ini dan bilangannya terus meningkat saban hari dengan purata harian seramai 750-800 orang pengunjung. Kebanyakan pembaca adalah orang Malaysia diikuti dengan orang dari Indonesia, USA, Singapura dan India.


Sehingga artikel subuh ini, saya menulis sebanyak 576 tajuk artikel dimana kebanyakannya berkisar mengenai teknologi pertanian serta beberapa perkara berkaitan tanaman. Sebanyak 10 tajuk utama yang mendapat kunjungan oleh pembaca adalah seperti berikut :-


1. Benih Kelapa MATAG 
2. Racun Rumpai
3. Tanaman keladi
4. Industri Kelaps Sawit
5. Popular Fruit Clones in Malaysia
6. Pembiakan Tampang Tumbuhan
7. Anggur
8. Struktur Tumbuhan
9. Pam Penyembur
10. Cengkerik


Sempena Hari Raya tahun 2011 penulis akan balik ke Muar, Johor dan ambil cuti agak lama juga. Semuga semua rakan-rakan akan bergembira menyambut Hari Raya AidilFitri bersama sanak saudara di mana jua anda berada. Pandu dengan berhati-hati dijalan raya semuga selamat sampai didestinasi. Semuga kita akan menyambut hari raya dengan penoh kesyahduan dan kegembiraan...


SELAMAT HARI RAYA!


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Subuh 29 Ramadan)

Saturday, August 27, 2011

KETUPAT

KETUPAT adalah nama makanan yang popular di Malaysia dan Indonesia serta Singapura sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidil Adha. Ketupat mempunyai nilai estetik tersendiri kerana ianya merupakan sejenis makanan yang di perbuat daripada daun kelapa muda atau daun palas yang dianyam dan diisikan dengan beras atau pulut sebelum direbus sehingga cukup masak. Ramai rakkyat Malaysia kini menggunakan ketupat moden iaitu beras yang diisikan dalam bekas plastik khas berlubang-lubang dan direbus sama seperti ketupat tradisional dikenali sebagai ketupat segera. Artikel subuh 28 Ramadan ini saya menulis mengenai teknologi ketupat berdasarkan pengetahuan dan pengalaman penulis sendiri yang handal menganyam ketupat dan membuat beberapa rujukan.


Ketupat Tradisional dibahagikan kepada dua jenis iaitu Ketupat Nasi dan Ketupat Pulut. Ketupat Nasi lazimnya diperbuat daripada daun kelapa muda yang dianyam khusus untuk dijadikan kerangka ketupat  atau Kelongsong Ketupat. Daun Kelapa Muda yang di kampong saya di Johor dipanggil sebagai 'JANUR' ini diambil dari pokok kelapa dikawasan rumah. Daun kelapa yang lembut dan berwarna kuning kehijauan di buang bahagian lidi untuk mendapatkan 2 helai daun ketupat. Kaedah menganyam daun ketupat ada beberapa cara dan bentuk. Antara bentuk ketupat yang popular ialah seperti KETUPAT BAWANG, KETUPAT SATE dan KETUPAT SINTOK serta yang handal akan buat KETUPAT JANTUNG. 


Kelongsong ketupat yang dianyam mempunyai dua bahagian iaitu pucuk daun dibahagian atas dan ekor daun dibahagian bawah. Kerja-kerja mengemas atau 'mengetatkan' kerangka ketupat sangat penting untuk mempastikan kerangka ketupat tersebut cukup kuat untuk menampong isi beras yang akan dimasak dan tidak berlaku kebocoran. Kedua-dua ekor kerangka ketupat di selitkan dan dipotong agar kemas. Lazimnya beras akan diisikan 1/3 bahagian dalam kerangka ketupat bergantung kepada jenis beras yang digunakan. Kemahiran mengisi beras sangat kritikal kerana jika pengisian beras terlalu banyak akan menyebabkan ketupat akan menjadi sangat padat dan KERAS. Jika pengisian beras terlalu sedikit atau kurang menyebabkan ketupat akan jadi LEMBIK atau tidak menjadi.


Bagi memudahkan kerja merebus ketupat dan menguruskannya sebanyak 5 kerangka akan diikat sekali dibahagian atas iaitu 2 helai daun pucuk. Ikatan perlu kukuh dan kuat kerana ianya penting agar tidak terlepas ketika kerja-kerja mengkat apabila masak. Ketupat di rebus menggunakan periok atau bekas lain bergantung kepada jumlah ketupat direbus. Lazimnya dikampong mereka menggunakan periok besar yang muat sebanyak 100-150 biji ketupat sekaligus. Oleh kerana masa merebus ketupat agak lama iaitu lebih dari 4-5 jam maka sering menggunakan kayu api. Pastikan sentiasa memeriksa kandungan air dalam periok agar sentiana ditambah apabila kekurangan. Dipercayai lagi lama ketupat direbus akan tahan lebih lama disimpan sehingga seminggu.


Ketupat yang cukup masak akan dilihat berwarna coklat dan isinya cukup padat pada semua lapisan dalam periok iaitu bahagian atas dan bawah. Ketupat tersebut di angkat dan ditoskan sehingga sejuk. Cara makan ketupat adalah berbeza-beza mengikut lokasi dan kegemaran. Ketupat akan di potong atau dibelah menggunakan pisau dan di masukkan kedalam bekas khas. Ketupat dimakan bersama-sama dengan rendang ayam atau rendang daging, lodeh dan semestinya sambal kacang. Ketupat juga dimakan bersama-sama SATE yang merupakan satu kombinasi yang sinonim. Dimana-mana gerai jual sate memang menghidangkan ketupat, kuah sate dan timun serta kadang-kadang bawang. 


Ketupat Segera adalah produk terkini yang menjadi pilihan kepada penduduk bandar yang tidak tahu menganyam ketupat dan sukar untuk mendapatkan daun kelapa. Ketupat segera adalah beras yang diisikan dalam plastik tebal tahan panas dan di'seal' dengan kuat dan dibuat lubang-lubang dengan lidi kelapa untuk membenarkan air masuk semasa direbus. Ketupat segera boleh dibuat sendiri atau dibeli sahaja daripada kedai atau supermarket dengan harga RM 5.00 - RM 8.00 bergantung kepada jenama dan saiz hidangan. Jenama popular ketupat segera seperta 'KETUPAT NONA' dan 'KETUPAT ADABI' dan banyak jenama lagi. Ketupat segera boleh dimasukkan terus dalam periok nasi eletrik atau 'rice cooker' untuk dimasak. Pastikan sentiasa memeriksa air semasa merebus ketupat segera.


Ketupat Pulut merupakan sejenis ketupat yang menggunakan beras pulut dan diisi dalam daun palas. Daun Palas boleh dicari dikawasan kebun atau paling mudah beli sahaja di pasar basah dengan harga RM 5.00 satu ikat. Daun Palas berwarna kuning kehijauan ditepi apabila dibuka lebarnya sangat sesuai untuk dianyam menjadi ketupat palas. Cara menganyam ketupat palas yang berbentuk 3 segi lebih mudah. Pulut akan diisikan kedalam kerangka ketupat dan dianyam dalam bentuk 3 segi sebelum direbus atau ada yang menggoreng. Ketupat pulut sedap dimakan dengan sedunding daging, rendang daging atau rendang ayam tetapi tidak memerlukan kuah sate dan lodeh. Ketupat Palas yang digoreng lazimnya akan tahan lebih lama berbanding ketupat yang direbus.


Ketupas Nasi (kiri) dan Ketupat Pulut (Kanan)
Dipasar Malam ada dijual ketupat daun palas yang digoreng setiap kali ada jualan. Lazimnya untuk menyrdapkan lagi ketupat pulut ditambah dengan kelapa parut dan sedikit garam. Daun Palas yang unik dan cantik yang diikat dalam bentuk tiga segi sememangnya menarik kepada sesiapa yang ingin memakannya. Ketupat Pulut sangat terkenal di negeri-negeri pantai timur seperti di Kelantan dan Terengganu. 


Kini ada satu kaedah menyediakan makanan yang serupa dengan kaedah menyediakan nasi himpit. Nasi Himpit Tradisional (Foto sebelah) disediakan menggunakan nasi yang dimasak lembik dan dimasukan dalam plastik atau kain bersih dan ditindih atau dihimpit dengan benda berat untuk mempadatkannya. Nasi tersebut akan mengeluarkan air dan ditindih seberapa lama sehingga betul-betul padat dan boleh dipotong-potong. Terdapat beberapa usahawan pasar malam yang menjual sup menggunakan kaedah ini sebagai produk komersil. Kini terdapat juga di Johor Bahru dan Singapura sejenis nasi himpit yang 'ready made' dalam bungkusan daun pisang.


MAKAN KETUPAT....DI HARI RAYA....
RENDANG DAGING...LODEH JUGA....
ENAK DIMAKAN...SELEPAS PUASA...
MAKANAN TRADISI...JANGAN DILUPA...


By,
M Anem
Tinggal di Putrajaya
Selamat Hari Raya
Malaysia  

Thursday, August 25, 2011

AIR KELAPA MUDA

AIR KELAPA MUDA adalah satu produk dari buah Kelapa (Cocos nucifera) yang popular di Malaysia dan banyak di negara-negara tropika lain. Bagi kita yang tinggal di kawasan tropika, air kelapa muda bukanlah hal yang sangat asing malahan sangat mudah untuk mendapatkannya. Kita mungkin pernah menikmatinya di gerai tepi jalan, pasar malam, pasar minggu, pasar tani dan juga di beberapa restoran Tempatan atau restoran antarabangsa. Kini air kelapa muda merupakan sajian istimewa di hotel-hotel tempatan dan antarabangsa. Amalan minum air kelapa pernah di popularkan oleh bekas Menteri Pertanian Malaysia Tan Sri Sanusi Junid semasa saya muda dahulu. Artikel subuh 26 Ramadan ini saya mempaparkan industri dan teknologi serta khasiat air kelapa muda.

Air Kelapa Muda dahulu sering dikaitkan dengan'lemah lutut' atau 'badan jadi letih lesu' apabila meminumnya. Adakah mitos ini sebenarnya ujud atau mungkin oleh kerana air kelapa muda sangat enak maka orang-orang tua lama tidak kasi orang muda minum?...Kajian oleh Professor Gurmit Singh dari USM Pulau Pinang yang dijalankan terhadap ahli-ahli sukan mendapati air kelapa muda sangat baik untuk ahli-shli sukan sebagai minumann isotonik berbanding dengan air mineral biasa atau air paip biasa. Kajian tersebut telah mengesyorkan agar air kelapa muda yang di kerkayakan (enriched) sangat baik untuk kegunaan ahli-ahli sukan pada masa akan datang. 


Air Kelapa Muda di perolehi dari buah kelapa yang masih muda dimana pembentukan isi kelapa masih lembik lagi. Di Malaysia, Indonesia dan Thailand, air kelapa muda dari jenis Kelapa Pandan menjadi kegemaran kerana rasa manis dan aroma pandan yang terdapat pada kelapa tersebut. Lazimnya dalam kajian saya mendapati air kelapa muda dari jenis kelapa hijau adalah 'lebih sedap' berbanding dengan air kelapa muda dari varieti kelapa kulitnya berwarna kuning atau merah. Air kelapa muda dari kelapa varieti MATAG juga sesuai untuk dijadikan minuman. Saiz dan umur sebenar untuk memetik kelapa bagi tujuan dijadikan air minuman kelapa adalah mengikut kepakaran petani. Lazimnya tandan kelapa ke 3 dan ke 5 dari tandan paling matang sesuai untuk dipetik (bergantung kepada jenis kelapa, kaedah pengurusan dan kemahiran). Bagi kelapa pandan lazimnya pada tandan ke 3. 


Ternyata kajian menunjukkan bahawa air kelapa bukanlah sekadar air yang manis dan menyegarkan sahaja tetapi didalamnya terkandung zat permakanan, vitamin dan beberapa jenis bahan mineral. Bahkan ada yang mengatakan bahwa kandungan ai kelapa macam minuman yang serba lengkap. Air kelapa merupakan satu jenis air untuk  sumber tenaga yang mengandungi glukosa dan juga protein. Kajian saintis juga menunjukkan ia mengandungi sebanyak 12 jeni jenis protein. Diantaranya adalah seperti Alanin, Arginin, Asid Aspartik, Asid Glutamik, Histidin, Fenilalanin, Tirosin dan lain-lain lagi.  Air kelapa juga kaya dengan mineral seperti Natrium (Na), Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Besi (Fe) dan Tembaga (Cu). Tidak ketinggalan ialah Vitamin C dan 7 jenis  Vitamin B iaitu Nikotinik, Asid Pantotenik, Biotin, Riboflavin (B2), Asid Folic, Tiamin (B1) dan Piridoksin (B6). Ini menunjukkan air kelapa bukan sembarangan tau...


Telah terbukti juga bahawa air kelapa mempunyai sifat seimbang (isotonic) dan kaya dengan elektrolit. Oleh itu tidak keterlaluan jika air kelapa didakwa sangat baik diminum ketika tubuh kekurangan elektrolit terutama ketika menjalankan aktiviti fizikal atau membuat sukan olahraga yang aktif. Selain sebagai minuman segar yang akan jadi pelepas dahaga, didapati air kelapa mempunyai beragam manfaat. Terdapat beberapa dakwaan lagi mengenai kebaikan dan khasiat air kelapa muda. Berikut ialah diantara dakwaan yang didapati dari ramai pencinta minum air kelapa.

1. Bahan Elektrolit Semulajadi
Air kelapa muda terbukti kaya dengan kandungan elektrolit, Cloride, Kalsium, Potasium, Magnesium, Sodium dan Riboflavin. Ia di minum sebagai minuman isotonik yang  semulajadi yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh. Air kelapa muda juga sangat bermanfaat untuk proses 'rehydration' iaitu memulihkan stamina tubuh kita. Ada dakwaan menyatakan untuk Ibu hamil memerlukan lebih banyak air dibandingkan orang lain. Kekurangan air semasa kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi seperti sakit kepala, kekejangan, edema dan bahkan 'contraction' yang menyebabkan berlaki kejadian keguguran datau bersalin awal. Ibu hamil disyorkan  minum air kelapa muda untuk meningkatkan kesihatan.

2. Bahan Diuretik Semulajadi

Sebagai bahan diuretik semulajadi yang bersih (steril) yang didapati pada air kelapa muda, kajian menunjukkan ianya melancarkan sistem peredaran darah, sistem pengeluaran air dalam badan dan membantu membersihkan saluran air kencing. Ini dapat membantu tubuh kita dalam proses mengeluarkan unsur toksin dari badan dan mencegah jangkitan atau masaalah dalam sistem perkumuhan.


3. Bahan Antipenyakit
Air kelapa muda yang mengandungi Asid Lauric iaitu sejenis asid yang dapat membantu melawan penyakit. Asid Lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki ciri-ciri Anti-kulat, Anti-Bakteria dan Anti-Virus sehingga menjaga kesehatan kita. Ini penting terutama bagi ibu dan bayi dari jangkitan virus seperti Herpes,HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria clamidia dan heliokobater.

4. Bahan Membantu Pencernaan
Air kelapa juga dipercayai dapat memperbaiki fungsi sistem pencernaan atau perkumuhan badan kita. Bagi ibu mengandung uri menghasilkan hormon progesteron yang memperlambatkan kejangan otot lsehingga sistem pencernaan pun lambat da agak bermasaalah. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.

5. Bahan Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol dan bahkan menurut kajian para saintist dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh. Ini adalah baik untuk mereka yang menghadapi masalah darah tinggi dan kencing manis.

Diharap artikel ini dapat membuka minda kita kembali untuk meminum air kelapa muda. Selain daripada mudah di dapati, enak diminum, kos yang murah dan merupakan minuman semulajadi yang berkhasiat..saya tidak nampak mengapa orang kita tidak suka minum air kelapa muda. Adalah lebih baik jika setiap rumah di Malaysia yang mempunyai tanah dikawasan keliling rumah untuk menanam pokok kelapa renek yang dapat menghasilkan buah kelapa untuk di ambil kelapa muda. Selain daipada dapat daun kelapa, lidi penyapu, air kelapa dan lain-lain produk dari kelapa , kita juga akan lihat keindahan landskap disekeliling rumah yang redup dan nyaman. Wallah hua alam..

AIR KELAPA MUDA...SEDAP SEKALI....
MINUM SEKALI...NANTI NAK LAGI...
KALAU YANG FREE...SIAPA NAK BAGI....
TANAM SENDIRI...PUAS HATI.....
Related articles:
1. Coconut (Click here)
2. Kelapa Pandan (Klik disini)
3. Benih Kelapa MATAG (Klik disini)
4. All About Coconut (Klik disini)
5. Kelapa Komeng (Klik disini)


By,
M Anem
Pct 11, putrajaya,
Malaysia
(26 Ramadan 2011)

PIANGGANG

PIANGGANG (Leptocorisa varicornis) adalah sejenis serangga dari keluarga Alydidae iaitu kumpulan Hemiptera yang berbau busuk dan sering merosakan tanaman terutamanya padi. Serangga ini juga mampu merosakan tanam-tanaman lain yang terdapat di dalam kebun di negara kita. Pianggang merupakan serangga yang digelar sebagai RICE GUNDI BUGS dalam sawah padi dengan menghisap cairan susu semasa pembentukkan padi dari biji padi yang mula terbit. Artikel subuh 25 Ramadan ini saya sempat menulis serangga pianggang yang telah dikenali dulu lagi semasa membantu keluarga membuat sawah padi di Sawah Ring, Muar pada tahun 1970'an.


Pianggang mempunyai bentuk badan yang mudah dikenali dimana warnanya sama ada hijau atau coklat mempunyai bentuk badan yang bersegi dibahagian abdomennya. Serangga ini apabila dipicit akan mengeluarkan bau yang amat busuk dan ini merupakan ciri khusus pada serangga ini. Pianggang bertelur pada tangkai atau daun padi yang rata (flat eggs) dalam satu baris berwarna kehitaman.Pada peringkat nymph ianya berwarna kehijauan yang kurus dengan mempunyai sepasang kepak berwarna jernih dan berkaki.


Kaedah kawalan yang boleh dijalankan untuk pianggang ialah dengan memusnahkan perumah gantian serangga ini di luar musim padi. Serangga ini cepat membiak dengan keadaan cuaca panas kering yang berpanjangan dan hujan lebat membantu mengurangkan populasi pianggang dalam sawah. Dari segi kawalan IPM boleh disemburkan dengan larutan 5% ekstrak neem terus dimana ianya dapat mengurangkan kehadiran pianggang dalam sawah. Semburan dengan racun kimia komersil juga mengurangkan populasi serangga ini pada tahap penyemburan yang dianngap kritikal sahaja.


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Subuh jam 5.45 pagi ; 25 Ramadan)

Wednesday, August 24, 2011

NAMA LAIN - TEBU

Tebu (Saccharum officinarum L) merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan gula dari keluarga POACEAE. Terdapat seluas 1,310 hektar tanaman tebu di Malaysia pada tahun 2010 dengan sebanyak 28,410 metrik tan dihasilkan dan dijangka seluas 1,389 hektar pada tahun 2011 dengan anggaran penghasilan sebanyak 30,115 metrik tan. Hampir 75% tebu yang ditanam di Malaysia adalah untuk kegunaan segar yang di proses untuk dijadikan jus air tebu. Kawasan utama tanaman tebu di Malaysia adalah di Negeri Johor (Batu Pahat dan Muar) dan Negeri Sembilan. Penanaman tebu untuk menghasilkan gula di Chuping Perlis telah tidak dijalankan secara komersil seperti dahulu lagi dan di tukar kepada tanaman getah. Tebu ditanam di 110 negara didunia dimana jumlah penghasilan gula sebanyak 1.6 juta metrik tan setahun. Negara paling luas menanam tebu adalah Brazil (pengeluaran gula sebanyak 668 ribu metrik tan setahun) diikuti dengan China dan India.


Tedapat sebanyak 49 spesis tebu yang ujud didunia dimana sebahagian kecil sahaja yang boleh dikomersilkan. Tebu untuk penghasilan gula adalah jenis khusus yang mempunyai saiz  batang lebih kecil dan kandungan gula yang tinggi. Ladang tebu apabila cukup tua akan dibakar bagi membuang daun dan mengurangkan kandungan air dalam batang tebu sebelum dituai menggunakan jentera. Tebu kuning, tebu coklat, tebu hijau, tebu telur dan macam-macam lagi jenis tebu yang ada di Malaysia. Antara jenis tebu yang popular di Malaysia adalah dari spesis Saccharum officinarum L. .


Nama tanaman tebu yang ditanam didunia berbeza-beza ikut nama tempatan seperti berikut :-
Tanaman tebu kuning di tanah gambut di Muar.
TEBU KUNING
Nama botanikal Tebu Kuning: Saccharum officinarum L.
Nama lain (SYNONYM(S) : Saccharum chinense Roxb., Saccharatum hybridum hort., Saccharum officinale Salisb., Saccharatum violaceum Tussac


ARABIC : Qassab es sukkar (Qasab al sukkar), .
BENGALI : Aankha, Ukha, Uuka.
CHINESE : Hong gan zhe, Guo zhe, Gan zhe (medicinal name), 秀貴甘蔗 (Taiwan).
DANISH : Sukkerrør.
DUTCH : Suikerriet.
ENGLISH : Sugar cane, Noble cane, Cultivated sugarcane.
FINNISH : Sokeriruoko.
FRENCH : Canne à sucre.
GERMAN: Zuckerrohr.
GUJARATI : (Possibly misspelt).
HEBREW : Kaneh.
HINDI : Gannaa, Ganna, Iikh, Sakhara, Ukh.
ITALIAN : Canna da zucchero, Canna mele.
JAPANESE : Satou kibi, Satou kibi.
KHMER : 'âmpëu.
KOREAN : Sa t'ang su su.
LAOTIAN : 'o:yz.
MALAY : Tebu, Tebu telur, Tebu (Indonesia).
MALAYALAM : Karimbu, Karimpu.
MARATHI : Usa.
NEPALESE : Ganna, Sahacar, Ukhu.
NORWEGIAN : Sukkerrør.
PORTUGUESE : Cana de açúcar, Cana do açúcar, Canna de assucar.
PUNJABI : Gacnaa.
RUSSIAN : Sakharnyi trostnik kul'turnyi, Sakharnyi trostnik lekarstvennyi, Trostnik sakharnyi.
SANSKRIT : Ikshava.
SPANISH : Caña de azúcar, Caña de Castilla, Caña dulce, Cañamiel, Caña melar, Caña sacarina , Cañaduz, Caña común.
SUNDANESE : Tiwu.
SWEDISH : Sockerrör.
TAGALOG : Tubo.
TAMIL : Kaarumbu (Karumbu).
THAI : Oi, อ้อยแดง Oi daeng, Ton oi, อ้อยปลูกดั้งเดิม.
URDU : Gannaa.
VIETNAMESE : Cây mía, Mía.
________________________________________
TEBU MERAH
Nama botani tebu merah: Saccharum officinarum L. ' Red-Stem'
ENGLISH : Red-stemmed sugarcane.
FRENCH : Canne à sucre à tiges rouges.
TAMIL : செங்களை Cengkalai.
________________________________________
TEBU UNGU


Nama botani : Saccharum officinarum L. var. violaceum Pers.
SYNONYM(S) : Saccharum officinarum L. 'Violaceum'
ENGLISH : Burgundy-leaved sugarcane, Purple-leaved sugarcane, Red-leaved sugarcane.
FRENCH : Canne à sucre violette.
MALAYALAM : Scheru schunda, Valutina.
TAMIL : செங்களை Cengkalai.


TANAM TEBU....SENANG JAGA....
BUBUH FURADAN...ULAT TIADA....
SANGAT BAHAYA...SISABAKI RACUNYA...
TIDAK MUNIM JUS....TAKUT KESANNYA...


By,
M Anem
Muar, Johor,
Malaysia
(Subuh jam 4.10 pagi, 24 Ramadan)

Tuesday, August 23, 2011

GETAH BEKU

Getah Beku merupakan satu produk dari torehan pada pokok getah (Hevea brasilliensis) yang kini merupakan satu hasil selain daripada susu getah (Latex). Getah Beku merupakan susu getah berwarna putih yang asalnya cair setelah proses torehan dan mengalir dari kulit pokok getah terus kedalam bekas atau cawan getah. Susu ini akan dibiarkan selama 24 jam dimana ianya akan membeku. Getah merupakan polimer hidrokarban yang kenyal yang terhasil dari koloid dari hasil torehan. Di kampong saya di Muar , Johor getah beku ini juga dipanggil ‘Beku’ atau ‘Lantun’. Hampir 95% pemilik dan penoreh getah dikampong kini tidak lagi menoreh untuk mengutip getah susu tetapi kini mereka hanya memilih untuk menoreh bagi mendapatkan getah beku. Zaman saya kanak-kanak dulu sekitar tahun 1960’an hingga 1970’an semua penoreh mengutip susu getah lagi. Artikel subuh 23 Ramadan 2011 ini saya menulis mengenai getah beku berdasarkan pengalaman sendiri dan kajian teknikal yang dijalankan.


Lazimnya penoreh getah akan bangun awal pagi dan sebelum jam 7.00 sudah memulakan aktiviti menoreh getah menggunakan pisau toreh yang telah di asah untuk mempastikan ketajamannya. Pisau toreh yang tumpul menyebabkan hasil susu getah akan berkurangan. Penoreh akan membawa bekas untuk memungut getah beku dari setiap pokok seperti baldi atau tin. Jika bekas ini kecil akan diikat dengan tali pada pinggang dan getah beku dalam cawan akan di korek dan dimasukkan dalam bekas tadi. Bekas yang diikat dipinggang di panggil ‘TOLOK’ dikalangan penoreh dikampong saya. Apabila tolok hampir penoh getah beku ini akan di pindahkan kedalam bekas atau tin lebih besar. Semua getah beku akan dimasukkan dalam guni plastik atau lain-lain bekas untuk dikumpul dan dijual kepada pembeli yang menunggu disekitar kampong.


Getah Beku terjadi hasil dari tindakbalas koloid dalam susu getah selepas proses torehan. Susu Getah mengandungi banyak air dan apabila susu getah membeku akan menghasilkan getah beku yang kenyal dan air asid yang berbau ammonia dan busuk. Air ini jika terkena tangan atau baju penoreh akan menyebabkan bau yang kuat dan agak kekal lama. Ketika saya menoreh masa dulu (masa cuti semester dari university) saya mesti akan menolong orang tua menoreh. Saya menggunakan kayu atau ranting getah yang ditajamkan untuk mencungkil getah beku dari cawan. Ini dapat mengelakkan bau air getah dari melekat pada tangan. Tidak apalah lambat sedikit mencungkil getah beku dalam cawan dengan kayu dan yang penting tangan tidak berbau…. Ramai penduduk kampong sering gunakan limau nipis yang ada ditanam tepi rumah mereka untuk mencuci tangan yang terkena air getah beku dan memang berkesan sekali menghilangkan bau tersebut.


Masaalah utama dalam teknologi menghasilkan getah beku adalah apabila turun hujan. Jika hujan turun semasa menoreh atau 1-2 jam selepas menoreh maka air hujan akan mengalir melalui kulit dan aliran torehan masuk kedalam cawan yang mengandungi susu getah. Hujan yang lebat akan menyebabkan susu getah bercampur dengan air dan jatuh keatas tanah. Akibatnya tidak akan ada getah beku terbentuk dan penoreh akan ‘TOTAL LOST’. Jika hujan yang turun tidak lebat atau gerimis sahaja atau hujan yang turun sebelah malam atau lewat maka penoreh akan dapat sebahagian dari getah beku yang terhasil. Peratusan getah buku bergantung kepada masa hujan turun, lebat atau tidak dan sama ada penoreh menggunakan asid atau cuka getah pembeku.


Kualiti getah beku bergantung kepada beberapa faktor. Dikalangan penoreh dikampong ramai penoreh yang memasukkan kulit sekerap kedalam cawan dimana ini dapat membantu menyegerakan proses pembekuan susu getah dan menambahkan berat susu getah. Ada penoreh yang tidak masukan kulit sekerap kedalam cawan dan kualiti getah beku ini terbaik. Kandungan air dalam getah beku juga mempengaruhi kualiti dimana jika air banyak maka akan berlaku pengurangan berat getah beku yang dikeringkan. Harga getah buku semasa tahun 1980-1990’an sekitar RM 0.50 – 0.80 sen sekilogram sahaja. Pada tahun 2009-2010 harga getah beku pada paras tertinggi dalam sejarah dimana mencecah lebih RM 8.00 sekilogram!... Semasa bertugas di Muar dulu Ketua Polis Daerah pernah beritau secara lisan kepada saya dimana kes kecurian dan kehilangan getah beku merupakan kes jenayah tertinggi waktu itu dan agak memeningkan untuk menyelesaikan masaalah tersebut. Pencuri getah beku beroperasi pada waktu kritikal mengutip getah beku dan dijual diluar kawasan. Tidak banyak tangkapan dibuat…Tinggi nilai wahai getah beku.


Kini penoreh getah mendapat harga pasaran yang masih kekal diparas tinggi. Kerja menoreh getah bermula jam 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi (3-4 jam sahaja) sudah mampu menjana pendapatan RM 40.00 - RM 80.00 pada masa ini. Petang hari ada banyak 'free time' untuk buat kerja-kerja lain. Penggunaan cairan penggalak susu getah seperti Ethrel membantu meningkatkan susu getah. Program pembajaan sempurna pokok getah perlu dijalankan bagi mempastikan kulit pokok getah tidak 'mati kulit'. Penggunaan asid seperti HISKA dapat membantu mengurangkan kerugian akibat hujan.


GETAH BEKU....BUSUK BAUNYA....
SUSU GETAH...PUTIH WARNANYA...
DIKAMPONG ...'LANTUN' GELARANYA...
MUDAH DI KUTIP...SENANG PASARANNYA...


By,
M Anem
Muar, Johor,
Malaysia
(Subuh 4.45 pagi ; 23 Ramadan)

Monday, August 22, 2011

LEMPOYANG

LEMPOYANG (Zingerber aromaticum  syn Zingiber zerumbet) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga ZINGERBERACEAE yang terdapat didalam semak samun di Malaysia dan merupakan sejenis tumbuhan herba yang berkhasiat. Pokok Lempoyang yang ditanam atau tumbuh dikawasan rumah saya di Johor diatas tanah gambut dipercayai memberikan khasiat untuk membunuh cacing dalam perut, melegakan sistem pernafasan dan masaalah berkaitan dengan letih dan badan lesu. Orang kampong masa dulu mengambil lempoyang iaitu umbisi atau rizom yang telah matang dan direbus kemudian airnya diminum dan menyegarkan tubuh badan yang lesu atau demam. Nama lain bagi lempoyang adalah Shampoo Ginger (English) atau Awapuhi. Kajian penulis menunjukkan tumbuhan ini dipercayai berasal dari India dan tersebar dikawasan tropika khususnya Polinesia termasuk Asia Tenggara. Tanaman ini kurang popular dikalangan masyarakat moden dan amat kurang ditanam secara komersil. Dalam membuat rujukan dengan laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia, saya tidak menjumpai jumlah keluasan penanaman lempoyang di Malaysia. Artikel subuh 22 Ramadan ini saya berbincang dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan Lempoyang yang berguna tetapi tidak diketahui ramai akan khasiatnya.


Tumbuhan Lempoyang adalah jenis herba yang hidup seperti pokok halia atau pokok lengkuas dimana lazimnya ia mempunyai rizom dalam tanah. Sehingga ini belum ada pendaftaran varieti tanaman lemponyang dalam Senarai Varieti Tanaman Kebangsaan (National listing) kerana tidak ramai yang tahu dan faham akan tumbuhan herba ini. Amat wajar pihak berkaitan membuat penyiasatan dan pendaftaran varieti lempoyang untuk dijadikan rujukan. Pada saya paling asas adalah Varieti Lempoyang Tempatan.  Pemerhatian saya mendapati yang istimewa mengenai lempoyang adalah bunganya yang berbentuk kon. Bunga Lempoyang berwarna hijau ketika muda bertukar kepada pink kemerahan apabila matang dan amat cantik (Lihat foto disebelah). Bunga yang berukuran 3-10 cm panjang akan menghasilkan atau mengeluarkan bau wangi dengan terdapat cairan lendir apabila cukup matang. Batang lengkuas keluar dari tanah dengan ketinggial 1-2 meter dimana batangnya lembut mempunyai susunan daun bersilang. Daun lengkuas berpasangan berwarna hijau dengan ukuran 15-20 cm panjang mempunyai 10-12 helai setiap batang. Pembiakan lempoyang lazimnya menggunakan bahagian rizom.


Penelitian saya mendapati keluasan tanaman Lempoyang di Malaysia saya aggarkan sekitar 20-30 hektar CHE sahaja kerana tidak ada lagi maklumat rasmi mengenainya. Lempoyang ditanam secara kecil-kecilan disekitar rumah serta  didalam kawasan kampong. Mereka yanng suka bercucuk tanam pula ada yang menanam dalam pasu dikawasan taman perumahan. Anak benih dari rizom yang cukup matang (pokok berumur lebih 1 tahun) sesuai digunakan untuk benih. Masukkan anakbenih rizom kedalam tanah sedalam 15-20 cm dan timbus dengan tanah sedalam 1 inci (2-3 cm). Jika lempoyang hendak ditanam dalam kebun jarak penanaman disyorkan 4 kaki x 5 kaki dan ditanam dalam alur barisan. Peringkat awal perlu diberikan baja organik dengan banyak digaul dalam tanah sekitar 2-4 mt sehektar bergantung kepada jenis tanah. Tanaman lempoyang tidak mempunyai masaalah serangan serangga perosak dan penyakit. Ini menyebabkan ia mudah dijaga dan memberikan hasil organik kerana tidak menggunakan sebarang racun kinia. Sebaiknya kawasan penanaman untuk lempoyang mempunyai saliran yang baik.


Air rebusan lempoyang
Lempoyang merupakan sejenis herba dari kumpulan Zingiber (Halia) yang penting untuk kesihatan. Lempoyang yang dicampur dengan daun-daun herba lain untuk direbus sebelum digunakan sebagai air mandian terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Air rebusan ini telah terbukti dapat memberikan kesegaran dalaman kepada ibu-ibu selepas bersalin. Air rebusan rizom lempoyang juga membantu dalam mengatasi masaalah kurang selera makan. Lempoyang yang mana rizom mudanya dituai boleh dimakan sebagai ulam dipercayai ia akan dapat membantu meningkatkan nafsu makan (selera makan) serta akan jadi awet muda. Air rebusan lempoyang (Foto diatas) sering digunakan untuk mengubati sakit perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Kajian umum juga mendapati bunga lempoyang dan rizom lempoyang merupakan bahan terbaik untuk di buat shampoo rambut kerana aromanya dan juga mampu membunuh kutu dalam rambut dan kurangkan gatal akibat kelumumur.


Rakyat Malaysia boleh menanam lempoyang dan minum air rebusan lempoyang untuk meningkatkan tahap kesihatan. Lempoyang yang tumbuh sendiri didalam semak dan tidak pernah diberikan bahan kimia boleh dianggap sebagai Lempoyang Organik. Jika hendak meningkatkan selera makan ambil air rebusan lempoyang dan campurkan dengan sedikit gula atau lain-lain perasa untuk boleh diminum. Walau pun rasanya tidak sedap dan saya pun dah lama tidak minum air rebusan lempoyang kerana sukar dapat bekalan dipasar. bagaimana pun dinasihatkan kita kena tanam sendiril dirumah dalam pasu. Bagi tujuan tersebut anda boleh mendapatkan anak benih lempoyang daripada rakan yang menanam lempoyang atau dikampong apabiila balik nanti. Kajian dan penelitian lempoyang sebagai sejenis herna yang berkhasiat perlu diteruskan. Pihak berwajib boleh menyediakan Pakej Amalan Agronomi tanaman lempoyang dimasa akan datang. Selamat minum air rebusan lempoyang!...
MACAM HALIA….TAPI LEMPOYANG…
MUDAH DITANAM…DI BELAKANG…
BERKHASIAT..UNTUK TERSAYANG….
ADA MAKLUMAT…JANGAN DISIMPAN…


By,
M Anem
Senior Agronomist
Kg Parit Bengkok, Gersik,
Muar, Johor.
Malaysia
(Subuh 23 Ramadan ; jam 3.00 pagi)
Kemaskini pada 8 September 2014

Sunday, August 21, 2011

BELUT

Belut merupakan sejenis haiwan dari keluarga SYNBRANCHIDAE yang mempunyai 4 Genera dan 20 jenis atau spesis. Belut mempunyai ciri iaitu haiwan tidak bersisik dan tidak mempunyai sirip kecuali di bahagian ekor. Kebanyakan belut dari kawasan tropika adalah mempunyai insang yang sempit dan tinggal dikawasan lembab berair dan mampu mengambil udara atau bernafas melalui kulit. Saya mengenali haiwan belut semanjak kecil lagi ketika memancing di anak sungai dekat rumah di Muar, Johor. Kadang-kadang mata kail di makan oleh belut yang memang menjengkelkan tetapi rupa-rupanya belut sangat sedap untuk dijadikan lauk. Belut dikawasan sawah padi atau di Betawi Indonesia di panggil sebagai moa (Monopterus albus) adalah sejenis ikan anggota suku Synbranchidae (belut) dari ordo Synbranchiiformes yang mempunyai nilai ekonomi dan nilai ekologi. Artikel subuh 21 Ramadan ini berkisar mengenai teknologi berkaitan dengan Belut Sawah berdasarkan dari pembacaan dan pengalaman penulis sendiri yang pernah kenal dengan Belut ketika muda dahulu.


Semasa saya bertugas di Mersing dari tahun 1997 - 2001, saya sering pergi ke Kuantan dan melalui satu projek mega ternakan belut oleh Syarikat Soon Seng dari Taiwan di Nenasi, Pahang yang jaarak jauh kolamnya sepanjang jalan sehingga 2 kilometer. Lokasi ternakan belut di Nenasi juga dapat di lihat dari udara dengan jelas ketika menaiki kapalterbang yang sememangnya melalui kawasan ini ketika penerbangan dari KLIA ke Kucing atau KK. Ini menunjukkan ternakan belut merupakan satu industri yang sangat berdaya maju kerana berjuta-juta belut dihasilkan setiap bulan dan di ekspot keluar negara. Kaedah ternakan belut ini di Nenasi, Pahang ini menggunakan teknologi moden dimana kolam-kolam belut mengunakan 'aerator' dan sumber air tawar yang bersih daripada tasik atau paya berhampiran. Belut dihasilkan di percayai di proses dan sebahagiannya di jual segar.


Belut Sawah adalah sejenis 'Ikan' yang banyak dimakan sama ada untuk  digoreng atau dimasak dengan sos seperti masakan asam pedas dan juga masakkan lain ikut kegemaran. Tidak ramai yang suka atau tahu makan belut kerana rasa 'Geli' kerana bentuk badan belut seperti ular. Secara ekologi dan persekitaran didapati  belut dapat dijadikan indikator pencemaran dikawasan sawah atau paya berair  kerana haiwan ini mudah menyesesuaikan diri dengan persekitaran. Lenyapnya belut menandakan telah berlaku kerosakan yang sangat parah telah terjadi dengan persekitaran atau telah tercemar. Penggunaan racun rumpai dan racun serangga dalam sawah padi kini telah memusnah populasi belut sawah. Kalau dulu kita mudah mendapatkan belut dalam sawah tetapi kini agar sukar. Belut Sawah membuat lubang dalam lumpur dan sekitar batas dan menjadikan kawasan sesuai untuk hidup.


Belut adalah haiwan jenis predator ganas di kawasan paya dan sawah. Lazimnya bahan makanannya secara semulajadi adalah seperti ikan kecil, cacing, krustasea dan sebagainya. Belut adalah aktif di malam hari untuk mencari mangsa. Haiwan ini juga dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kawasan tempat tinggalnya  tetap basah. Belut juga mampu menyerap oksigen melalui kulitnya yang licin dan berwarna coklat sehingga kehitaman. Warna belut bergantung kepada keadaan dipersekitarannya dan boleh membesar sehingga 1 meter. Pada kebiasaaannya belut bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang lalui dihadapannya. Belut mempunyai deria pergerakan yang sensitif untuk mengesan mangsa walau mempunyai mata tetapi kurang berfungsi.


Belut banyak didapati dikawasan tropika dan mungkin berasal dari Tropika. Belut Sawah diketahui dapat bertahan untuk hidup walau pun musim sejuk atau dingin dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatnya menjadi haiwan yang dianggap berbahaya bagi lingkungan yang bukan habitatnya. Ukuran maksimum adalah 1m panjang walau pun yang banyak dituai untuk pasaran komersil sekitar panjang 40cm. Belut memang unik kerana tidak memiliki sirip kecuali sirip ekor yang memanjang. Bentuk tubuhnya menyerupai tabung dengan tubuh licin dan tanpa sisik. Warna bermacam variasi namun biasanya kecoklatan hingga kelabu.


Belut Sawah betina lazim bersarang di dalam lubang dimana ia akan bertelur dan meletakkan telur-telurnya pada gelembong atau buih-buih di air yang cetek atau dangkal. Jika telur belut menetas maka keluarlah anak belut muda yang semuanya betina. Dalam proses pembesarannya akan ada beberapa ekor akan yang menjadi belut jantan. Kajian para saintis menunjukkan bahawa belut sawah berasal dari Asia Tenggara dan Asia Timur. Belut pada masa sekarang dilaporkan telah menghuni kawasan paya di Hawaii, Florida dan Georgia di Amerika Syarikat dan dianggap sebagai haiwan invasif.


Penjual belut salai di Indonesia
Belut sawah yang banyak dijumpai didalam lubang pematang sawah ternyata mampu dikomersialkan atau diternak dan berdaya maju sama ada dijalankan secara besar-besaran atau kecil-kecilan. terdapat beberapa usahawan atau petani telah menjadikan belut sebagai usaha ternakan dalam sistem kanvas atau kolam tanah. Kajian di Melaka dan Selangor mendapati teknologi ternakan belut agak mudah dimana dengan berbekalkan satu belut jantan dan betina yang  didapatkan dari sawah ia boleh dikahwinkan secara semulajadi dalam kolam. Cara pemakanan dengan memberikan tiga kali sehari makanan belut dengan katak sawah. Dari perkahwinan secara semulajadi itu, selepas dua minggu lazimnya belut mulai bertelur dan menetas menjadi beribu-ribu ekor anak belut dan akan terus beranak pinak.


Setiap minggu air kolam mesti di ganti dengan air baru agar tetap bersih. Selepas tiga bulan didalam kolam biasanya belut sudah mulai dapat di jual apabila saiznya 30-40 cm panjang. Beberapa projek ternakan belut di Selangor seperti di Sekincan, Selangor menjadikan belut sebagai ternakan komersial. Anak belut dibeli dengan harga 40 sen seekor dan di ternak selama 4-5 bulan sebelum dituai dengan harga pasaran RM 15.00 satu kilogram. Makanan untuk ternakan belut dikawasan Sekinchan, Selangor menggunakan bahan jerami padi, Batang Pisang, Rumput Kering dan tumbuhan lain (agak lambat membesar jika dibanding dengan pemberian anak ikan, katak atau pellets). Satu kolam belut mempu menghasilkan sebanyak RM 10,000 pendapatan kasar satu musim pengeluaran.


Saya agak mungkin tidak ramai yang tahu nak masak belut. Kalau pergi ke Pasar Borong Selangor memang ada jual belut. Cuba beli satu kilo dan minta mat Bangla atau Mat Myanmar siang belut tersebut (Nak buat sendiri kat rumah geli dan ianya agak licin). Tiba dirumah cuba resepi ini:- 


Resipi Belut Goreng Kunyit


Bahan:
Belut (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dimayang bulat)
8 tangkai kacang panjang (dipotong panjang)
2 tangkai lada merah hidup (dipotong menyerong)
1 cawan minyak masak
2 sudu serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa


Cara membuatnya:
Belut yang sudah dipotong dilumur dengan serbuk kunyit dan digoreng garing. Selepas garing, angkat dan asing dalam pinggan lain. Buang separuh minyak di dalam kuali. Tumiskan pula bawang merah, cili hidup dan kacang panjang. Tambah garam dan serbuk perasa sesedap rasa. Pastikan bahan tumisan tidak terlalu lembik. Akhir sekali, masukkan belut yang digoreng tadi dan kacau semuanya hingga rata serta boleh dihias dengan daun sup atau bawang goreng. Kalau dijual direstoran harga masakan berasaskan belut: Ditentukan mengikut jenis masakan dan kuantiti antara RM7—RM8 satu set. Selamat mencuba! Enaknya Belut....


TERNAKAN BELUT.....MUDAH SEKALI...
RAMAI TAK SUKA....KERANA GELI....
KHASIAT BELUT...SANGAT BERGIZI...
ARTIKEL BELUT...DITULIS SUBUH PAGI....


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Subuh 4.10 pagi ; 21 Ramadan)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...