Support My Blog

Monday, September 19, 2011

RACUN TIKUS (PART 2)

RACUN TIKUS adalah sejenis racun yang digunakan untuk memusnahkan Tikus (Rattus spp) sama ada didalam kebun, sawah padi, Ladang Kelapa Sawit dan dalam kawasan rumah. Tikus merupakan sejenis mamalia yang berdarah panas dan makan tumbuh-tumbuhan, hasil tanaman, makanan manusia, kotak, kain baju, beras dan sebagainya dan membawa penyakit merbahaya kepada manusia dan haiwan lain. Keujudan tikus dari zaman dulu bersama-sama manusia merupakan satu lumrah sehingga berlaku wabak penyakit yang membunuh beribu-ribu manusia di zaman dulu akibat serangan virus dibawa oleh tikus. Kencing Tikus semasa musim banjir juga membimbangkan rakyat Malaysia dimana petugas dan mangsa banjir sering diingatkan berhati-hati dengan kejadian ini. Terdapat berbagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan populasi tikus. Kaedah paling popular dikalangan petani dan pemilik lading sawit swasta adalah dengan menggunakan RACUN TIKUS. Artikel Part 2 kali ini saya menulis mengenai beberapa jenis racun tikus yang terdapat di Malaysia untuk panduan dan pengetahuan para pembaca Blog Anim Agro Technology.


Kajian saya dari beberapa buku tujukan teknikal Jabatan Pertanian mendapati terdapat banyak jenis racun tikus dipasaran yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) berdasarkan kepada kandungan bahan perawis aktif (Active Ingredient). Terdapat 9 jenis bahan aktif pada racun tikus iaitu BRODIFCOUM, BROMADIOLONE, CHLOROPHACINONE, COUMATETRALYL, DIFETHIALONE, DIPHACINONE, FLOCOUMAFEN, WARFARIN dan ZINC PHOSPHIDE. Diantara 9 jenis ini yang selalu digunakan secara meluas dan dalam ingatan saya adalah racun jenis Warfarin dan Zinc Phosphide yang banyak digunakan dalam bidang pertanian sejak zaman dulu kala. Mungkin ada diantara racun-racun tikus yang telah diharamkan pengguynaanya oleh LRMP selepas tahun 2006 (Buku rujukan saya gunakan terbitan tahun 2006). Gambar sebelah zink digunakan pada tiang  untuk elak tikus naik kekepok padi.


Racun tikus yang menggunakan bahan perawis aktif BRODIFACOUM pula adalah dari kumpulan ‘coumarin anticoagulant’ atau Kumpulan ‘hydroxycoumarin’ yang bertindak sebagai anticoagulant. Jenama 6 jenis racun ini di pasaran Malaysia adalah seperti EBOR 2015, EBOR 2030, MATIKUS (Jenama yang sangat popular di Malaysia), TALON, TORNADO dan TWISTER. Bagi racun tikus yang menggunakan bahan perawis BROMADIOLONE iaitu anticoagulant generasi kedua yang menghalang pembentukkan protheombin dalam darah tikus adalah dari kumpulan ‘coumarin anticoagulant’ – memang payah nak faham istilah-istilah ini kalau tak belajar kimia!...Terdapat 8 jenis jenama dagangan racun jenis ini di pasaran iaitu BROMAKILLA, EBOR 402, KG 33, LANIRAT BAIT, NU RAT BAIT, Q-RAT, Q-RAT BAIT dan RATIKUS.


Racun tikus yang menggunakan bahan perawis CHLOROPACINONE iaitu dari kumpulan ‘indandione anticoagulant’ bertindak sebagai anticoagulant generasi kedua yang menghalang pembentukkan prothrombin dalam badan tikus yang menyebabkan kematian pada tikus. Terdapat 6 jenama dagangan dipasaran iaitu CHECK, CHECK 29, CHECK BAIT, DRAT BAIT, dan HENTIKUS. Bagi racun tikus yang menggunakan bahan perawis aktif COUMATETRALYL sama cara tindakan dengan raun diatas. Hanya 2 jenama dipasarkan untuk racun ini iaitu RACUMIN PASTE dan RACUMIN RAT BAIT  (Lihat foto racun Racumin). Kedua-dua jenama ini saya sering gunakan semasa kempen aktiviti mengawal tikus di Sawah Air Papan Mersing, Sawah Endau Mering pada tahun 1997-2000 dulu.


Racun tikus yang menggunakan bahan perawis aktif DIFETHILONE pula adalah dari kumpulan ‘coumarin anticoagulant analogue’ yang bertindak sebagai anticoagulant. Hanya sejenis racun tikus ini dipasaran Malaysia iaitu MEGABITE. Bagi racun tikus yang menggunakan bahan perawis aktif DIPHACINONE iaitu dari kumpulan ‘indandione’ bertindak sebagai anticoagulant generasi kedua yang juga penghalang kepada pembentukkan pentromobin dalam badan tikus yang telah makan racun ini. Hanya satu jenis jenama racun ini dipasaran iaitu YASODION.


Racun Tikus yang menggunakan bahan perawis FLOUCOUMAFEN iaitu bahan kimia dari kumpulan ‘coumarin antikoagulant’ bertindak dengan cara anti koagulant generasi kedua yang menghalang metabolism vitamin K1 dalam badan tikus. Racun jenis ini juga sering digunakan dikawasn lading sawit di banyak kawasan. Antara 4 jenama racun jenis ini adalah STORM, STROEM BB, STORM SECURABLE (Foto sebelah) dan juga STRATAGEM. Semua jenis racun tikus yang diluluskan oleh LRMP Malaysia adalah racun tikus yang merbahaya kepada manusia dan haiwan kerana kesan toksik. Pembelian, penyimpanan dan penggunaan racun tikus perlu di ikuti arahan yang tertera pada label. Jauhkan daripada kanak-kanak kerana ditakuti jenis racun tikus yang berbentuk umpan seperti biskut yang sangat menarik untuk memakannya dengan warna yang terang.


Kemusnahan hasil tanaman akibat serangan tikus pada sawah padi boleh menyebabkan pesawah kerugian besar jika tidak dikawal. Terdapat laporan yang menunjukkan serangan teruk menyababkan pesawah kerugian 100% terutama serangan diperingkat kritikal. Kualiti hasil buah-buahan dan sayur-sayuran juga terjejas jika dirosakan oleh tikus. Saya ada pengalaman dimana duit simpanan keluarga saya hamper RM 450 yang disimpan dalam kotak musnah dan tidak boleh digunakan lagi aakibat dimakan tikus pada tahun 1985 dulu daripada sebanyak RM 1,000. Saya fikir keluarga tikus tersebut merupakaan tikus yang paling kaya dalam dunia kerana tidur atas duit, kencing atas duit dan makan duit….inilah kerosakan oleh tikus yang sentiasa ujud didunia ini. Wallahualam…


RACUN TIKUS….ADA BANYAK JENISNYA…..
RACUN MERBAHAYA...MATI AKIBATNYA…
CARA MENGGUNA..BACA PADA LABELNYA…
TERSILAP LANGKAH…MENYESAL AKIBATNYA….


By,
M Anem
Air Keroh, Melaka
Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...