Support My Blog

Sunday, October 9, 2011

TELUR

TELUR (Egg) merupakan satu nama yang tidak asing oleh semua lapisan masyarakat diseluroh dunia dari yang golongan kanak-kanak, orang muda dan apa lagi orang dewasa. Telur merupakan  hasil pengeluaran oleh haiwan jenis Burung, Reptelia, Amphibia dan juga Ikan. Kebanyakan jenis telur boleh dimakan kecuali beberapa spesis telur beracun yang tidak boleh di makan. Secara amnya telur biasa mempunyai 3 komponen utama iaitu Bahagian Kulit Telur (Egg shell), Bahagian Putih Telur (Albumen) dan Bahagian Kuning Telur (Egg Yolk atau Vitellus). Telur yang paling banyak dikomersilkan adalah TELUR AYAM diikuti dengan TELUR ITIK dan telur burung lain (Telur Puyuh, Telur Burung Kasawari dan lain-lain). Telur diambil oleh manusia sebagai sumber protin paling murah serta paling mudah di dapati. Penghasilan telur di Malaysia mencapai ratusan juta biji setahun dengan pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Artikel pagi ini saya berkongsi maklumat mengenai TELUR untuk mereka yang suka dengan membaca blog saya.


Telur merupakan sumber protin yang banyak digunakan setiap hari di Malaysia sebagai makanan. Kajian saintis makanan mendapati kandungan setiap 100 gram TELUR AYAM mengandungi 650 kiloJoule Tenaga,  Karbohiderat (1.12 gram), Lemak (10.6 gram),  Protin (12.6 gram), Air (75 gram) dan banyak kandungan zat lain. Antara zat utama ialah Asid Glutamik (1.64 gram), Asid Aspartik (1.26 gram), Vitamin A (140 mikrogram atau 14%), Vitamin B1- Thiamine (0.066 mikro gram atau 6%), Vitamin B2 -Riboflavin (0.5 mikrogram - 42%), Vitamin D (87 IU atau 15%) dan Asid Phentithetic/Vitamin B2 (1.4 mikrogram atau 28% ). Telur ayam juga banyak zat-zat galian seperti Potassium (126 mg), Kalsium (50 mg), Magnesium (10 mg), Zink (1.0 mg) dan Posforus (1.2 mg). Kandungan kolesterol dalam telur ayam lingkungan 424 mg setiap 100 gram berat telur. Ini yang buat pening kepala kalau banyak sangat makan telur setiap hari untuk orang dewasa.


Kandungan bahan lain dalam telur ayam adalah bahan penting seperti Bahan Tryptophan (153 gram), Thereonine (0.604 gram), Isoleusine (0.686 gram), Leucine (1.075 gram), Lysine (0.904 gram), Methionine (0.392 gram), Cysteine (0.292 gram), Phenylalanine (0.668 gram), Tyrosine (0.582 gram), Valine (0.787 gram), Arginine (0.755 gram), Histidine (0.298 gram), Glycine (0.423 gram), Proline (0.501 gram), Serine (0.936 gram) dan Choline (0.255 gram). Telur merupakan bahan permakanan yang sangat berkhasiat diantara beberapa jenis makanan yang diambil oleh manusia. Boleh dikatakan punca kolesterol yang paling banyak diambil oleh manusia adalah dari telur lingkungan 300 mg sehari dari sebiji telur. Kandungan putih telur dan kuning telur banyak mengandungi sumber Vitamin A, D, E dan K serta bahan galian penting yang diperlukan oleh manusia.


Struktur telur yang kebanyakannya berbentuk bulat bujur atau lonjong mempunyai 15 komponen. Komponen paling luar adalah KULIT TELUR, diikuri dengan MEMBRAN LUAR, MEMBRAN DALAM, LAPISAN CHALAZA, PUTIH TELUAR LUAR, PUTIH TELUR TENGAH, MEMBRAN VITELLINE, NUKLEUS PANDER, DISK GERMINAL, KUNING TELUR, PUTIH TELOR, ALBUMEN DALAM, LAPISAN CHALAZA, RUANG UDARA dan LAPISAN KUTIKEL.  Saiz dan ukuran kadar setiap komponen dalam telur adalah berbeza-berbeza setiap biji bergantung kepada pelbagai faktor. Ada telur yang mempunyai saiz kuning telur sangat besar, ada telur yang mempunyai bahagian putih telur sangat besar dan ada telur yang mempunyai ruang udara sangat besar dan sebaliknya. Kejadian ini menyebabkan kaedah untuk menGRED telur dijalankan mengikut BERAT TELUR bukannya berdasarkan SAIZ TELUR. 


Terdapat juga kes baru-baru ini hebah diperkatakan oleh media di seluroh dunia penghasilan TELUR TIRUAN yang diciptia oleh saintis di China dan mula dipasarkan dinegara kita. Bagaimapa pun setelah disiasat oleh pihak tertentu didapati pasaran telur tiruan di Malaysia masih dalam tahap terkawal. Anda boleh layari banyak maklumat mengenai telur tituan dalam laman web dan cara-cara menghasilkannya dalam laman you tube. Apalah saintis ini mencipta telur tiruan sedangkan telur asli di negara kita lebih dari mencukupi dan masih boleh dihasilkan dengan jutaan biji sehari. Teknologi penternakan ayam penelur semakin moden pada masa kini dengan pengenalan baka ayam penelur yang produktif, pemberian makanan rumusan khas yang berkhasiat dan kawalan penyakit serta perubatan canggih membantu industri ini terus berkembang. Bagaimana hidup kita seharian jika telur ayam tiada di rumah agaknya........


NAMA NYA TELUR.....KEPERLUAN PENTING....
KALAU TIDAK ADA....MEMANG GENTING....
TIDAK SELERA MAKAN...BADAN GERING....
TANPA TELUR PUN...HIDUP JADI  'BORING' . . .


Related articles:
1. Ayam Telur -Part 1 (Klik disini)
2. Ternakan Ayam di Malaysia (Klik disini)
3. Jagung (Klik disini)


BY,
M ANem,
Senior agronomist,
Percint 11, Putrajaya,
Malaysia
(11 Zulkaedah 1432H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...