Support My Blog

Thursday, February 9, 2012

PEMBAJAAN PADI

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan satu aktiviti penting didalam mempastikan hasil padi akan meningkat jika dilaksanakan dengan tepat dan betul. Panduan penting kepada pesawah dalam pembajaan padi adalah KADAR BAJA dan MASA MEMBAJA yang betul dan tepat serta pengurusan air dan masaalah kawalan serangan perosak tanaman. Di Malaysia pemberian baja subsidi padi oleh kerajaan membantu meningkatkan kadar penghasilan padi kepada purata negara sebanyak 5.2 mt sehektar. Kadar nutrien untuk kawasan penanaman padi telah diujudkan mengikut keadaan tanah dan kawasan penanaman padi diseluruh negara. Pada asasnya kadar baja padi untuk sistem tabur terus adalah sebanyak 100N: 40 P205 ; 10 K2O sementara untuk sistem mengubah adalah sebanyak 80N ; 40 P2O5 :20 K2O. Terdapat sedikit perbezaan antara kadar pembajaan di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan Kawasan Pantai Timur. Artikel malam Jumaat ini saya menulis meklumat teknologi pembajaan padi berdasarkan maklumat dari sumber rasmi yang saya rujuk.


Pembajaan Padi banyak bergantung kepada beberapa perkara seperti Varieti Padi, cara menanam dan musim penanaman padi sama ada Musim Utama (Banyak Hujan) atau Luar Musim (Kurang Hujan). Teknologi amalan biasa membaja padi adalah dengan menabur baja padi terus kedalam sawah dengan jarak antara taburan antara taburan sekitar 3 meter radius. Cara membaja lazimnya dilakukan sebanyak 3 kali untuk sistem tabur terus atau cara mengubah. Baja yang digunakan pula adalah NPK Campuran pada taburan pertama sementara baja Nitrojan (N) sahaja pada tebaran kedua dan ketiga.  Sila rujuk jadual dibawah untuk melihat kaedah pembajaan padi yang disyorkan untuk kebanyak pesawah dinegara kita.








Penggunaan baja tambahan seperti baja Organik dan Baja Foliar telah mua popular digunakan terutama oleh petani maju seperti di kawasan Sekinchan, Selangor. Petani dikawasan ini menggunakan baja yang banyak dengan cara membaja yang tepat sehingga ramai mereka mampu mencapai sehingga lebih dari 8 metrik tan sehektar. Kebanyakan varieti padi yang ditanam di Malaysia seperti Varieti MR219 dan MR 220 adalah sangat responsif dengan pemberian baja untuk meningkatkan hasil. Kegagalan pesawah menggunakan kadar baja dengan betul dan masa kurang tepat akan menyebabkan pertumbuhan anak (Tillering) kurang dan proses pengisian padi (Panicle initiation and Filling stage) terjejas. Semasa lawatan saya di Myanmar pada tahin 2010 mendapati purata hasil padi dinegara tersebut adalah sangat rendah (sekitar 1.5-2.0 mt/ha) kerana kurang menggunakan baja kimia berbanding dengan produktiviti di Thailand yang mencapai produktiviti hampi 3-4 kali gandi setiap hektar.  Pesawah perlu faham akan kepentingan pembajaan untuk tanaman padi.


MEMBAJA PADI...PENTING SEKALI...
BAJA DITABUR...ADALAH BAJA SUBSIDI...
ADA MODAL..TAMBAH BAJA SENDIRI...
HASIL MENINGKAT...SENANG HATI....


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(16 Rabiul Awal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...