Support My Blog

Monday, May 7, 2012

CILI BARU SDP33

CILI (Capsicum annum) merupakan sejenis tanaman sayur jenis buah dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di tanam di Malaysia. Keluasan tanaman cili adalah sehingga hampir 3,000 hektar setahun dengan jumlah pengeluaran sebanyak 34,500 metrik tan yang bernilai hampir RM 160 juta. Hampir semua bangsa di negara kita suka makan cili dalam masakan harian untuk mendapatkan citarasa pedas (bahan Capsaisin didalamnya) yang menambahkan lagi kelazatan masakan. Terdapat banyak varieti cili besar yang ditanam di Malaysia seperti Cili Kulai, Cili Ipoh, Cili Batu Pahat, Cili Solok, Cili Merah dan sebagainya. Baru-baru ini saya terbaca satu laporan daripada Jabatan Pertanian yang menyatakan Sime Darby telah menghasilkan satu jenis cili baru yang dikenali dengan nombor rujukan SDP 33 yang menambahkan lagi varieti tanaman cili dinegara kita. Artikel petang ini saya mengupas maklumat daripada artikel tersebut iaitu BULETIN BKKT Jabatan Pertanian terbaru keluaran April 2012. 


Sime Darby Seed R&D (SSRDC) merupakan satu syarikat yang ditubuhkan pada April 2008 dibawah Projek Pembangunan Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER) untuk menghasilkan varieti tanaman yang superior bagi sektor tanaman makanan.  SSRDC ini yang terletak di Stesyen MARDI Bukit Tangga dan mempunyai kawasan plot penyelidikkan seluas hampir 4 hektar. Terdapat beberapa pegawai penyelidik yang berpengalaman bagi tujuan membuat pembiakbakaan tanaman terpilih. Saya telah berpeluang melawat tempat ini dan mendapati banyak usaha telah dijalankan untuk menghasilkan varieti superior tanaman seperti cili, jagung, terong dan bermacam jenis lagi. Laporan Buletin BKKT telah mempaparkan bahawa Benih Cili SDP33 telah dibuat pemeriksaan dibawah Skim Pengesahan Benih Tanaman (SPBT) pada bulan April 2012.


Pokok Cili SDP33 mempunyai ketinggian sekitar 70 - 80 cm dengan bentuk pokok yang terbuka dan ini memang sesuai untuk pertumbuhan yang sihat. Paling istimewa mengenai varieti ini katanya adalah kerana mempunyai batang pokok yang TEGAP, Sihat dan Besar. Keadaan ciri khusus ini menyebabkan pokok ini superior dan tidak memerlukan kayu sokongan seperti varieti cili lain. Laporan tersebut menyatakan panjang buah adalah 18 - 24 cm dengan berat basah sekitar 20 -25 gram sebiji. Laporan menunjukkan sebanyak  40 - 45 biji cili SDP33 mencapai berat satu kilogram. Varieti SDP33 boleh dituai  112 - 116 hari selepas di tanam dan hasil potensi sepokok adalah sebanyak lebih dari 1.5 kilogram. Pokok mempunyai tahap ketahanan sederhana rintang dengan serangan penyakit yang biasa menyerang pokok cili seperti Antraknos dan Bintik daun.




Kepada mereka khususnya petani yang berminat boleh menghubungi :


CILI BARU....MEMANG LAMA DI TUNGGU...
BENIH CILI....HARGA 1KG BERIBU-RIBU...
KUALITI PENTING...TINGKATKAN MUTU...
CILI BARU SDP33...BARU AKU TAHU....


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia.
(15 Jamadil Akhir 2012)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...