Support My Blog

Tuesday, May 15, 2012

PASAR TALAAT THAI


Pasar Talaat Thai di Bangkok, Thailand merupakan satu konsep pemasaran yang di jalankan di Thailand untuk memberikan luang pasaran praktikal di Thailand. Pasar yang terletak di Rangsit, Thanya Buri, Phanthom Thani, Bangkok ini mempunyai keluasan lebih 100 hektar dan mempunyai lebih dari 20 struktur bagunan berbumbung dan beberapa kawasan terbuka luas yang mewakili pelbagai produk segar pertanian untuk dikumpulkan, diedarkan dan di jual dari seluruh negara. Pasar ini beroperasi 24 jam sehari dan sangat aktif pada waktu petang dan malam. Konsep pemasaran dijalankan dengan pembekal-pembekal produk pertanian  dari seluruh pelusuk Thailand menghantar produk segar atau produk proses mereka terus kepasar ini. Mereka ini kebanyakkannya menggunakan kenderaan pick-up, lori kecil dan lori besar atau treller (agak kurang kelihatan semasa lawatan) bagi menghantar produk kepasar ini.  Bahagian produk buah-buahan bermusim, buah-buahan tidak bermusim, sayur-sayuran, ikan dan produk laut, produk hasil ternakan, produk proses, alatan pertanian dan alatan dapur serta produk-produk lain di kumpulkan dalam Pasar Thalaat Thai. Artikel malam ini saya menulis mengenai sistem pemasaran borong di Talaat Thai sempena lawatan kepasar tersebut sempena program dibawah Agro Challange International 2012 di Thailand.

Kumpulan kami melawat bahagian buah-buahan tidak bermusim dan juga kawasan  bangunan buah-buahan bermusim. Buah-buahan segar yang telah digredkan dari tempat asal Pusat Pengumpulan hasil (Collection Center) lazimnya telah digredkan dahulu sebelum dihantar. Kebanyakan buah tesebut telah d gredkan mengikut kualiti terbaik dan di masukkan kedalam bakul plastik, bakul rotan atau kotak mengikut piawaian gred atau standard yang telah ditentukan. Terdapat juga aktiviti lepas tuai seperti kerja pengredan dan pembungkusan semula di sini tetapi hanya untuk beberapa jenis buah sahaja. 'Lampu merah' diletak yang menunjukkan buah tersebut adalah buah impot seperti epal, pear, strawberry, limau dan banyak lagi sementara buah-buahan produk tempatan menggunakan mentol Kalimantan 'warna putih'. Pengunjung atau pembeli akan mudah untuk memilih buah yang dikehendakki berdasarkan warna pada mentol lampu yang dipasang.

Harga jualan buah-buahan segar disini memang sangat murah (berbanding dengan harga di Pasar Borong di Malaysia) dan juga daripada harga runcit di lokasi lain tetapi lazimnya pembeli akan membeli secara borong dengan kuantiti yang banyak. Pembeli akan membawa lori atau kenderaan 'pick-up' untuk membeli buah-buahan tersebut dengan kuantiti yang banyak setelah menjalankan kajian harga diseluruh kawasan komplekas tersebut. Mereka akan berunding mengenai harga dan kualiti yang ditawarkan. Dalam lawatan saya ke gerai Anggur, memang harganya sangat murah seperti anggur hijau dan merah gelap yang dijual berbanding dengan harga runcit di Malaysia. Buah Anggur ini di susun dalam bakul rotan agar mudah di lihat ketika membuat pembelian. Bagi manggis, buah limau , pomelo, mangga dan laichi disusun dalam kotak atau bekas yang dipamerkan kualitinya.

Paling menarik adalah melawat kawasan pemasaran buah Durian dan Buah Nenas. Buah durian ketika ini bermusim terutama dari kawasan Timur dan Utara Bangkok dan dihantar menggunakan pick-up atau lori. Buah tersebut telah pun digredkan mengikut saiz, rupa bentuk buah, pemeriksaan tahap kecacatan fizikal serta tahap kematangan buah. Buah disusun dalam bentuk 'pyramid' diatas para atau di susun dalam pick-up (Lihat foto diatas). Buah tersebut akan di pamerkan kepada pembeli dengan kuantiti banyak dan dipotong kulit durin sebiji dua buah untuk melihat isinya. Bagi buah nenas terdapat berpuloh-puloh varieti nenas yang dijual dengan dipamerkan buhan nenas yang dikupas kulitnya (Lihat foto). Banyak lebah yang hinggap diatas buah nenas untuk menghisap manisan pada buah nenas. Penjual akan membuat jualan borong dan juga jualan runcit.  Menariknya disini, kebanyakan buah di pasarkan kepada pembeli dan jaminan kualiti dapat dipastikan dengan mudah kerana buah telah digredkan dari peringkat ladang dan pusat pengumpulan hasil. 

Lawatan ke Talaat Thai Market ini memberikan pendedahan kepada kami bagaimana sistem pemasaran yang cekap dapat diujudkan bermula dari kawalan kualiti produk dari peringkat ladang dan rantaian pengedaran (Supply chain management) yang baik membantu meningkatkan pendapatan petani. Harga yang ditawarkan dan kualiti yang dipamerkan menunjukkan bahawa sistem pemasaran yang sempurna membantu petani mendapatkan jaminan sistem pemasaran yang baik di negara Thailand. Buah-buahan tempatan dapat disalurkan kepada pengguna dengan cekap dan teratur. Buah-buahan impot juga dapat diedarkan keseluruh negara dari Talaat Thai Market untuk keperluan seluruh negara. Lawatan kepasar ini membuka raung kepada usahawan daripada Malaysia untuk mendapatkan idea mengenai sistem pemasaran yang berkesan.

TALAAT THAI MARKET....LUAS KAWASANNYA....
BERMACAM PRODUK...CEKAP EDARANNYA...
BANYAK PICK-UP..DATABF JAUH JARAKNYA...
SISTEM PEMASARAN INI...BAIK TELADANNYA...

By,
M Anem
Room 1003, Bangkok Palace Hotel,
New Pachburi Road, Bangkok,
Thailand
(24 JamadilAkhir 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...