Support My Blog

Wednesday, May 16, 2012

PRODUK 'BT-KASET'

Saya telah melawat Pameran HORTI ASIA 2012 di Bangkok International Technology and Exibition Cebter (BITEC) di Bangkok , Thailand pada 10 Mei 2012 dan ke gerai BT-KASET yang mengeluarkan Larutan Pekat (Concentrated solution) mengandungi BT (Bacillus thuringiensis) . Larutan ini telah dihasilkan di Thailand dengan kepekatan 10 ganda daripada larutan BT biasa iaitu sebanyak 9 CFU/ml. Dakwa syarikat ini menyatakan yang dalam pemeriksaan makmal kualiti larutan menggunakan teknik PCR (Polymerase Chain Reaction) telah dipastikan produk ini mengandungi Unit Genetik ‘Cry 1’ yang mempunyai kesan toksik yang tinggi terhadap beberapa jenis serangga. Teknologi penggunaan produk BT-KASET ini semakin popular dikalangan petani di Thailand yang menanam produk sayuran yang mudah diserang serangga perosak. Artikel malam ini saya menulis maklumat mengenai produk BT-KASET berdasarkan perbincangan dengan wakil syarikat dan risalah yang didapati daripada gerai ini.


Cara aplikasi larutan BT-KASET adalah mudah difahami dan dilaksanakan. Perkara asas adalah dengan mengambil sebanyak 10 cc BT-KASET dicampur dengan 10 liter air bersih atau 1 liter dengan 100 liter air.  Sembur keseluruh bahagian pokok yang telah diserang perosak dimana adalah digalakkan masa penyemburan sebaiknya selepas jam 5.00 petang kerana ianya dikaji merupakan ,masa semburan paling efektif. Disyorkan juga kekerapan menyembur BT-KASET kepada tanaman 2-3 kali berterusan setiap 3-5 hari untuk mendapatkan kesan yang efektif. Pastikan membuat pemeriksaan ladang untuk mempastikan kitaran hidup paling sesuai untuk semburan (peringkat larva yang aktif dan sebelum berlaku outbreak). Larutan ini bukannya racun kimia biasa yang sesuai untuk kawalan lebih mesra alam. 

Kaedah kesan pemusnahan BT-KASET adalah dimana apabila larva memakan bahagian tanaman yang teah disembur dengan BT-KASET, maka toksin akan mula bertindak dalam perut larva (mid-gut) larva perosak. Toksin ini akan memusnahkan sel epithelial sebelum disebarkan keseluruh badan larva. Kesan toksin pertama memberi kesan bahagian mulut larva yang mengekang pergerakan otot-otot untuk makan. Kesan berikutnya adalah dimana larva akan lambat bergerak, muntah-muntah , lumpuh dan akhirnya akan mati. Kesan bintik kehitaman atau coklat akan kelihatan pada daun yang telah diserang dengan larva yang telah mati ini. Penggunaan BT ini mampu menggantikan racun serangga yang perlu dibeli untuk semburan dan petani di Thailand dapat menghasilkan kualiti sayuran yang bermutu tinggi dan kurang kesan sisabaki racun.  Petani jga digalakkan memelihara atau mempastikan serangga pemangsa seperti Lady Bird dalam kawasan kebun untuk makan induk serangga dewasa.


Penggunaan BT merupakan satu kaedah pengawalan yang perlu digalakkan kepada petani komersil di negara kita. Jenama sedia ada di Malaysia banyak digunakan dikawasan pengeluaran sayuran seperti di Cameroon Highland dan Kundasang, Sabah untuk kawasan tanah tinggi. Kawalan ini membantu menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan memberikan pendapatan tinggi kepada petani. Khidmat pengembangan teknikal daripada Jabatan Pertanian dan lain-lain agensi termasuk pihak swasta dan syarikat pengeluar BT perlu bergabung dalam menggunakan BT didalam kawalan musuh dan perosak tanaman.


LARUTAN 'BT-KASET'...PPRODUK TERKINI...
MUSNAHKAN LARVA...DI SANA SINI...
DISEMBUR TERUS...TANPA DIRAGUI...
PERLU DI GALAKAN....DINEGARA INI...


By,
M Anem
Room 1003, Bangkok Palace Hotel,
Makassan Road,
Bangkok, Thailand.
(24 JamadilAhkir 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...