Support My Blog

Saturday, June 9, 2012

AUGER TANAH

AUGER TANAH adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengorek tanah pada kedalaman tertentu untuk aktiviti mengambil SAMPEL TANAH. Sampel tanah ini di korek keluar bagi tujuan membuat Pengkelasan Tanah, Korilasi Tanah, Menentukan Tekstur Tanah dan mengkaji kandungan nutrien atau kesuburan tanah. Alat Auger ini lazimnya dibuat dari logam keras seperti Besi, GI Pipe, Stainless Steel dan sebagainya. Alat Auger ini merupakan sahabat penting untuk Petugas Surveyor Tanah (Soil Surveyor) ketika membuat kerja-kerja Survei Tanah. Saya kenal akan alat auger ini semasa belajar di tahun 2 di universiti dulu ketika membuat praktikal subjek Soil Survei. Satu unit alat ini di kongsi dengan 10 orang pelajar untuk membuat korekan pada beberapa plot di dalam ladang kawasan universiti. Masa itu kami berebut-rebut hendak mencuba auger tersebut kerana mempunyai tenaga yang banyak dan merasa seronok apabila dapat ambil sampel tanah. Kini sudah tidak larat lagi hendak korek tanah guna auger kerana dan banyak kali guna semasa bertugas. Artikel petang Sabtu ini saya menulis tajuk alatan Auger Tanah bagi sejenis alat dalam sains tanah untuk dikongsi bersama.


Auger yang dibuat dari besi padu lazimnya mempunyai 3 bahagian iaitu Bahagian Atas (Yang berbentuk T), Bahagian Batang (Panjangnya 1 meter) dan Bahagian Pengorek (Dibahagian bawah untuk ambil sampel tanah). Bahagian atas mempunyai bentuk 'T' bagi tujun untuk di tekan kedalam tanah dan kemudian di pusingkan (selalunya ikut pusingan jam) sehingga mencapai kedalaman yang dikehendakki. Bahagian Batang berbentuk selinder dari besi padu dan Mata Auger mempunyai banyak bentuk sama ada bentuk 'Spiral' atau pun 'Bentuk Mata Auger' (Lihat foto sebelah). Apabila mencecah kedalaman dalam tanah yang dikehendakki (0.2 - 0.8 m), maka auger akan diangkat keatas tanpa memusingkannya. Ini untuk menjamin hanya bahagian tanah yang dikehendakki sahaja yang terperangkap pada mata auger akan dibawa keatas. Jika auger dipusing maka sampel tanah akar tercicir. Sampel  tanah ini terus dianalisa di lokasi atau dimasukkan kedalam beg plastik untuk dianalisa di makmal.


Pengalaman saya menjalankan kerja auger tanah amat memenatkan dan memerlukan skil kemahiran khas. Jika dapat lokasi yang mempunyai tanah yang lembut memang tidak menjadi masaalah tetapi jika terkena jenis tanah yang keras, memang siksa. Kadang-kadang ketika menusuk auger dalam tanah akan terkena akar kayu, batu, air dan sebagainya yang perlukan dibuat berulang kali. Menggunakan auger dalam tanah baru seperti dalam hutan adalah lebih mudah tetapi jika digunakan diatas tanah yang telah padat agak meletihkan.  Seorang yang mempunyai ketinggian mempunyai kelebihan untuk kerja mengauger tanah berbanding dengan orang yang rendah.


Alat Auger untuk ambil sampel tanah bagi tujuan analisa tanah lazimnya dijual dalam set satu batang. Kini telah ada yang dijual dalam set lengkap dan mudah dibawa (Lihat foto). Alat ini boleh dicerai-ceraikan kepada bahagian tangkai atas 'T', Bahagian Batang Tengah dan juga bahagian Mata auger yang boleh dipasang dan dibuka. Kesemua set alatan ini boleh dimasukkan kedalam beg khas dan mudah untuk dibawa serta disimpan. Kepada mereka yang hendak beli auger untuk kegunaan sendiri boleh mendapatkan dari kedai alatan makmal pertanian. Selamat mencuba!


NAMANYA AUGER TANAH...BESI ASALNYA...
MENGOREK TANAH... AMBIL SAMPELNYA...
BERAT BESINYA... BERGILIR KOREKNYA...
TANAH DIANALISA.. TAHU TAHAP SUBURNYA...


By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(19 Rejab 1433H)     

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...