Support My Blog

Sunday, July 8, 2012

HALANGAN PERTANIAN ORGANIK

APAKAH HALANGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN ORGANIK di Malaysia? Ramai dikalangan kita pernah mendengar dan membaca mengenai pertanian organik. Kenapa subjek ini dan pembangunan pertanian organik masih di tahap perlahan di negara kita? Pertama sekali saya fikir kita perlu faham akan maksud perladangan organik. Pertanian organik (Organic Agriculture - OA) adalah pertanian yang mesra alam, menghasilkan produk yang selamat untuk pengguna dan dikaitkan dengan perkara 'ecologilally sound'. Ciri-ciri penting dalam perladangan organik sebenarnya adalah mengelakkan penggunaan sebarang kimia sintetik dalam ladang seperti baja tumbuhan semulajadi (green manure), Kompos dan Bokashi, Tinja Haiwan dan sebagainya. Bahan kompos diambil daripada bahan-bahan buangan ladang sedia ada dan di proses menggunakan kaedah pengkomposan termasuk menggunakan mikrob berfaedah (Beneficial microbes). Amalan Pertanian Bersepadu (Intergrated Farming) dengan kobinasi tanaman, ternakan dan ternakair serta menjalankan amalan agronomi baik seperti giliran tanaman, tanaman bercampur dan menjalankan aktiviti melindungi tanah melalui sungkupan dan sebagainya. Pengguaan input luaran dan bahan asing adalah sangat minima di dalam ladang organik. Artikel pagi Ahad ini saya menulis beberapa halangan-halangan dalam isu pertanian organik di Malaysia dalam Anim Agro Technology untuk pengkayaan minda pemikiran kita.


Menurut Mr Gurmit Singh K.S. iaitu Pengerusi CETDEM yang membentangkan kertas di Seminar Pertanian Organik 2012 baru-baru ini, diantara beberapa halangan yang ujud adalah seperti isu Konsep Perlaksanaan yang perlu tepat, isu Komitment Petani, Isu sokongan dari pihak tertentu (kerajaan dan NGO), Isu masaalah pasaran , Isu rantaian nilai yang kurang jelas dan isu kesatuan serta kerjasama diantara pemain dalam perladangan organik. Dari segi pemahaman, didapati masih ramai kita berfikir OA adalah satu kaedah pertanian mekanisasi moden yang baru; ada pula yang fikir ianya satu cara untuk mendapatkan harga lebih tinggi; ada pula kata hasil yang banyak dan kini masih murang standard yang mengelirukan petani. Sebenarnua OA ini merupakan aktiviti pertanian MESRA ALAm dimana ianya meningekalkan kesuburan tanah, tiada kesan sisabaki, kecekapan penggunaan sumber air, Biodiversiti, Pertanian Bersepadu, Nilai rantaian makanan dan kurang kesan kerosakan alam sekitar. 


Produk organik pula didakwa mempunyai kesan toksik yang rendah atau tiada langsing (low residue level), Kandungan nutrien yang seimbang, kesan rendah bahan cemar, Rasa lebih enak dan tidak di rawat dengan bahan kimia. Bagi ternakan pula ianya tidak disuntik dengan bahan kimia, hidup bebas, tidak dibedah, hidup semulajadi dan tidak di siksa. Kesan sosiologi perladangan organik mementingkan keselamatan dan keselesaan pekerja ladang, kebebasan kepada pekerja menghasilkan suasana harmoni, pengetahuan dan ilmu yang duguakanan bersama dan Hak asasi manusia dilindungi. Di Malaysia terdapat seluas 360 hektar ladang organik meliputi 75 buah ladang yang telah menerima sijil SOM (Sijil Organik Malaysia) pada tahun 2011. Dianggarkan seramai 200 orang pula terlibat dalam pemasaran produk organik diseluruh negara.  Bilangan mereka tidak banyak meningkat semenjak 5 tahun dulu. Kenapa? Harga produkorganik juga tidak menentu iaitu kadang-kadang tinggi atau rendah. Apabila lebih ramai yang terlibat dengan penanaman dan penjualan maka pada masa ini harganya agak rendah.


Ramai pula berkata adakah Label dan Persijilan SOM menjamin kualiti produk itu benar-benar Organik?. Itu persoalan yang sering dinyatakan oleh orang ramai dan pihak NGO. Ada pula pengguna yang bertanya adalah kita boleh percaya dengan label SOM tersebut?. Pemeriksaan dan syarat-syarat SOM adalah ketat dan diperiksa mengikut prosedur sebelum kelulusan. Bagaimana jika pengusaha tidak mengikut amalan SOM selepas dipersijilkan? Bagaimana jika petani atau pengeluar yang tidak mendapat SOM menjual melalui petani yang menerima sijil SOM? Bagaimana jika ada individu atau syarikan yang mencetak sendiri label SOM tanpa merujuk kepada prosedur asal untuk di tampal pada produk yang bukan SOM Certified? Apa kata kalau sistem rantaian pemasaran tersebut di monopoli oleh penanam/pengeluar dan pemasar dari syarikat yang sama? Paling menjadi persoalan adalah dengan adalanya pelbagai Label Impot dari produk organik dari luar negara dengan pelbagai bentuk, rekabantuk, warna dan jaminan kualiti yang berbagai? Sebanarnya banyak perbincangan, perancangan strategik dan pendekatan mengenai perladangan organik perlu dibuat. Jika perladangan organik benar-benar dapat di terima oleh kebanyakkan pengguna, saya pasti ianya akan berkembang tanpa di paksa. Bagaimana pun kita boleh teruskan pergerakan kempen kearah perladangan organik pada masa akan datang!


PERLADANGAN ORGANIK...BANYAK HALANGAN...
RAMAI TIDAK FAHAM....APA YANG DICADANGKAN...
KEMPEN DITERUSKAN ... TANPA GANGGUAN...
BANYAKAN AKTIVITI .... PROGRAM DI TERUSKAN...


By,
M Anem
Ringlet, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(17 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...