Support My Blog

Monday, September 24, 2012

CYTOKININ

CYTOKININ (CK)  adalah sejenis unsur hormon tumbuh-tumbuhan (phytohormones) yang penting untuk pertumbuhan  pokok. Cytokinin merupakan salah satu daripada 4 jenis hormon utama tumbuhan selain daripada Auxin, Gibberallin, ABA dan Ethylene. Fungsi utama hormon cytokinin adalah untuk menjalankan aktiviti pembahagian sel atau di panggil sebagai 'Cytokinesis' terutama berlaku dibahagian Pucuk dan Hujung Akar tumbuhan. Kompoun cytokinin merupakan unsur yang dihasilkan secara semulajadi oleh tumbuh-tumbuhan seperti pokok kelas tinggi, bakteria, lumut dan juga kulat serta boleh disintesis secara tiruan di makmal. Hormon ini menyerupai unsur 'ardenine-type cytokinin' yang terdapat pada bahan seperti zeatin, kinetin dan juga 6-benzilaminopurine. Saya masih ingat hormon ini ketika belajar mengenai subjek biokimia di universiti dahulu dan memang skor gred baik dalam peperiksaan semester kerana memang berminat subjek ini.  Kajian menunjukkan terdapat lebih dari 200 jenis cytokinin yang diperolehi secara semulajadi pada tumbuh-tumbuhan dan yang disintesis di makmal untuk pelbagai kegunaan. Saya akan menmbentangkan sejenis hormon tumbuhan yang penting iaitu Cytokinin dalam 'Anim Agro Technology' untuk tatapan anda semua.


Bahan hormon ini telah di temui pada tahun 1913 oleh seorang saintis dimana bahan ini didapati aktif dalam membantu dalam pembahagian sel terutama pada bahagian Phloem tumbuh-tumbuhan. Cytokinin bergerak dari bahagian akar tumbuhan kebahagian pucuk melalui xylem untuk membantu dalam proses pembahagian sel dipucuk dan menghalang pengeluaran dahan-dahan pokok lain yang lateral. Bentuk struktur kimia cytokinin adalah agak kompleks seperti pada rajah diatas dimana rantaian bersambungan antara N,H dan CH amat jelas dinyatakan.  Cytokinin mudah didapati dibahagian kawasan merismetik (merismetic region) dan pertumbuhan tisu (growing tissues). Ada kajian menunjukkan CK ini dihasilkan di bahagian akar sebelum dihantar kepada bahagian pucuk melalui xylem. 


Walaupun fungsi cytokinin merupakan satu daripada 4 hormon tumbuh-tumbuhan, keujudannya sangat signifikan dengan tindakan secara bersepadu seperti permaianan satu pasukan orkestra. Secara umumnya peranan cytokinin adalah seperti dibawah walau pun cara tindakannya berbeza mengikut kepekatan cytokinin, jenis tumbuhan, faktur alam sekitar dan sebagainya. Berikut adalah peranan cytokinin pada tumbuh-tumbuhan :-

  • Menggalakkan pembahagian sel (Stimulates cell division)
  • Membantu dalam proses marphogenenis atau pembentukan pucuk bagi kultur tisu (Stimulates morphogenesis shoot initiation/bud formation) in tissue culture)
  • Menggalakan pertumbuhan pertumbuhan tunas lateral di bahagian apikal (Stimulates the growth of lateral buds-release of apical dominance) 
  • Mengalakkan perkembangan daun hasil daripada pembesaran saiz sel ( Stimulates leaf expansion resulting from cell enlargement). 
  •  Membantu pembukaan stomata bagi spesis tertentu  (May enhance stomatal opening in some species)
  • Menggalakan pertukaran etioplas kepada kloroplast melalui sintesis klorofil (Promotes the conversion of etioplasts into chloroplasts via stimulation of chlorophyll synthesis). 

Diharap artikel ini memberikan maklumat berguna kepada anda. Bahan hormon cytokinin ada yang dikomersilkan untuk kegunaan perubatan, pertanian dan sebagainya yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan atau diekstrak dimakmal secara sintesis. Sekian.

NAMA CYTOKININ... SEDAP MAKNANYA....
PEMBAHAGIAN SEL ... ANTARA KERJANYA....
KEGUNAAN LAIN... PERLU KAJIANNYA...
DAH TAHU SEDIKIT... LUASKAN ILMUNYA...

By,
M Anem
Room 214, Hotel Season's View,
Kuantan, Pahang,
Malaysia
(4 Zulkaedah 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...