KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, September 23, 2012

VARIETI KELEDEK

KELEDEK (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Convulvulaceae yang kaya dengan zat Karbohiderat dan Vitamin A. Bagi mendapatkan hasil tinggi, ubi keledek memerlukan keadaan panas yang berpanjangan iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan. Ia dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditanam di tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi segar yang dihasilkan tidak empuk isinya. Namun ia tahan terhadap keadaan cuaca kemarau. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan kadar penyerapan air yang baik. Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan berbentuk memanjang. Tanah liat juga kurang sesuai kerana kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima. Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik. Artikel kali ini sambil menonton Berita jam 8.00 malam, saya menulis beberapa jenis varieti keledek di Malaysia yang telah didaftarkan dan perlu diketahui oleh kita semua dalam blog teknologi pertanian iaitu  'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan pembaca.

Keldek Goreng dan Sambal Kicap
Kajian saya daripada beberapa sumber termasuk daripada website Jabatan Pertanian dan pengalaman peribadi menujukkan, terdapat 10 jenis varieti keledek yang telah didaftarkan didalam 'National Listing'. Bagaimana pun didapati dilapangan, saya hanya jumpa dua (2) jenis keledek yang sangat popular ditanam dikalangan petani di Malaysia iaitu Keledek Gendut (MSP 94) dan juga Keledek Cina. Pada beberapa buku rujukkan ada menyatakan ubi keledek boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu UBI JENIS BERAIR dan sejenis lagi ialah UBI JENIS KERING. Jenis Ubi Berair adalah dimana ubi ini akan menjadi lembut apabila di rebus atau digoreng dan lazimnya jenis ini mempunyai kulit yang berwarna merah dan mampu memberikan hasil yang tinggi. Contoh jenis ubi berair adalah seperti Keledek Cina. Jenis Ubi Kering adalah jenis keledek yang tidak mudah lembut apabila direbus atau digoreng. Jenis ini lazimnya mempunyai kulit yang berwarna putih walau pun hasilnya agak kurang seperti varieti Keledek Gendut. Terdapat 10 jenis keledek yang boloeh kita tahu di Malaysia iaitu Keledek 57 Tainung, Keledek Banting, Keledek Biru Jepun, Keledek Biru Johor, Keledek CH Purple, Keledek CH Red, Keledek Guan, Keledek Hao Pao/ Kuala Bikam, Keledek Indonesia dan Keledek Jalomas. Ramai diantara kita yang saya percaya, tidak berapa kenal akan varieti-varieti ini. Oleh itu mari kita lihat foto varieti keledek ini agar dapat kenal akan rupanya.

1. Keledek :  57 Tainung / Taiwan


2. Keledek :  Banting


3. Keledek : Biru Jepun


4. Keledek :  Biru Johor


5. Keledek : CH Purple


6. Keledek :  CH Red


7. Keledek : Guan


8. Keledek : Hao Pao / Kuala Bikam


9. Keledek : Indonesia



10. Keledek : Jalomas 


Setelah mengenali akan varieti keledek di Malaysia, kita mungkin ingin menanamnya. Persoalannya, dimanakah kita boleh mendapatkan bekalan keratan benih keledek tersebut?. Satu cara adalah bertanya dengan pegawai Jabatan Pertanian Daerah terdekat dimana punca bekalan benih, kedua dengan pergi tanya penjual dipasar yang ada menjual keledek dimana bekalan boleh didapati dan ketiga dengan meyebarkan melalui internet yang kita hendak bekalan benih keledek. Pastikan mendapat pengesahan varieti kedek daripada Jabatan Pertanian dulu (Bahagian Kawalan Kualiti) kerana dengan lihat daun dan benih kita mungkin kurang kenal varieti tersebut. Selamat menanam keledek!. 

BELI KELEDEK... TIDAK TAHU VARIETINYA...
KELEDEK GENDUT...PETANI GEMARINYA... 
UBI BERAIR...UBI KERING PILIHANNYA....
DI BUAT KUIH....JADI KEREPEK ENAKNYA....

By,
M Anem
Rom 106, Sri Impian Hotel,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor
Malaysia
(2 ZulKaedah 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...