Support My Blog

Tuesday, March 19, 2013

TIKUS SAWAH - 10 CARA KAWALAN (Part 2)

TIKUS SAWAH (Rattus argentiventer) merupakan haiwan perosak yang penting dalam industri tanaman padi yang mana dalam setiap tahun kadar serangannya lebih dari 17 % dari jumlah keluasan tanaman padi. Perkara ini adalah disebabkan oleh cara pesawah mengawal atau bagaimana petani mengendalikan perosak tikus selalu terlambat kerana masa mengawal dilaksanakan setelah terjadi serangan dan kurangnya pemantauan rapi oleh petani. Mungkin juga kadar pemahaman oleh petani mengenai maklumat atau aspek-aspek mengenai populasi tikus yang menjadi asas dalam cara pengendalian tikus sawah masih kurang. Kecenderungan petani atau pesawah ada yang masih kurang mengambil berat dalam menyediakan kaedah kawalan tikus. Saya juga fikir yang terdapat organisasi di peringkat Jabatan dan tempatan (Kelompok atau Ketua-ketua Blok) masih lemah dan juga kadang-kadang mengamalkan cara pelaksanaan kawalan yang tidak konsisten. Akibatnya akan meningkatnya kadar serangan perosak oleh tikus sawah yang mampu membiak dengan cepat dan boleh merosakan tanaman padi dengan teruk. Artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 10 cara untuk mengawal serangan tikus dalam sawah padi untuk bacaan dan rujukkan semua.

Dalam masyarakat pesawah dan petani tempatan, ramai yang percaya tikus merupakan haiwan yang agak cerdik. Meraka kadang-kadang tidak berani memarahi tikus kerana ada beberapa insiden dimana jika mereka marah tikus sawah, tanaman padinya akan diserang dengan lebih teruk lagi. Dikalangan sesetengah komuniti pula, mereka tidak panggil haiwan tersebut dengan tikus sebaliknya digelar 'Cik Ti' dan kalau di Indonesia ada yang panggil 'Den Bagus' iaitu satu lagi kepercayaan mistik. Dalam satu kes benar berdasarkan pengalaman penulis di Sawah Sg Kesang Muar, seorang pesawah telah marah dengan tikus yang menyerang sedikit tanamannya tetapi hendak menjadi cerita, beberapa hari kemudian pokok padinya hampir 80% musnah teruk akibat diserang tikus sedangkan tanaman padi jiran-jirannya tidak diserang. Adakah ini satu kebetulan atau memang berlaku 'serangbalas' oleh tikus sawah, satu kajian saintifik perlu dijalankan untuk mempastikannya. 

Dimana-mana rujukkan saya baca, kebanyakannya membuat pengesyoran kaedah kawalan tikus dengan Konsep Kawalan Perosak Bersepadu (Intergrated Pest Management). Kalau di Indonesia ia dikenali sebagai PHTT (Pengendalian Hama Tikus Terpadu) yang dilaksanakan berdasarkan pemahaman ekologi tikus dan dijalankan secara kemas, intensif dan terus menerus (berkelanjutan) dengan teknologi pengendalian yang sesuai dan tepat waktu. Disamping itu kegiatan cara kawalan diutamakan pada waktu sebelum menanam. Cara ini dapat menurunkan populasi tikus serendah mungkin sebelum terjadi proses pembiakan tikus yang cepat. Apa yang saya sering nyatakan dalam kempen kawalan tikus adalah pentingnya peranan komuniti dimana pelaksanaan cara kawalan perlu dilakukan oleh petani secara bersama-sama (berkelompok) dan kerjasama erat dikalangan semua pesawah. Ini kerana jika ada yang tidak mahu bekerja sama dalam kawalan akan menyebabkan ia menjadi perumah (host) kepada perosak ini.

Berikut adalah 4 lagi dari 10 cara kawalan tikus yang saya paparkan untuk dijadikan panduan oleh semua pesawah:


4. Pengwasapan atau Fumigasi. 
Fumigasi dengan cara betul didapati sangat efektif didalam membunuh tikus sawah dewasa beserta anak-anaknya di dalam sarang. Bagi mempastikan semua tikus mati cara fumigasai, amat perlu menutup lubang tikus dengan lumpur sehingga tidak berlaku kebocoran. Bahan untuk fumigasi tikus adalah juga merbahaya kepada manusia dan perlu dilaksanakan oleh profesional atau mereka yang mahir. Setelah dijalankan fumigasi dan selesai, maka sarang tidak perlu dibongkar lagi. Aktiviti fumigasi boleh dilaksanakan selagi masih dijumpai sarang tikus sawah terutama pada peringkat dimana padi akan masak dan padi pasti akan  dihasilkan. Aktiviti fumigasi perlukan tatacara berhati-hati untuk mempastikan faktur keselamatan pengguna agar tidak cedera atai tersedut gas beracun.

 5. Trap Barrier System (TBS)
Trap Barrier System satu teknologi atau kaedah dengan kita menanam tanaman padi atau lain-lain tanaman sesuai sebagai tanaman perangkap dikawasan strategik dikeliling sawah padi. Cara ini boleh dijalankan dengan tujuan untuk kita dapat mengurangkan kemungkinan tikus makan semua padi dalam sawah kerana adanya  makanan lain yang tikus boleh makan. Cara ini boleh diterapkan terutama di kawasan dimana endemik tikus dengan pola penanaman serempak. Kajian menunjukkan tanaman TBS yang ditanam didalam kawasan berukuran 20 x 20 meter dapat mengawal tanaman padi dari serangan tikus seluas 15 ha. Pastikan tanaman ini juga dijaga seperti tanaman padi sebenar.

6. Linier Trap Barrier System (LTBS).
LTBS berupa bentangan sistem pagar sama ada dari bahan plastik atau bahan terpal setinggi 60 cm dikawasan keliling sawah. Di Indonesia apa yang saya lihat, cara LTBS ditegakkan dengan memasang batang buloh setiap jarak 1 meter yang dilengkapi bekas perangkap (bubu) dimana jarak antara perangkap setiap jarak 20 m dengan pintu masuk tikus berselang-seli arah. LTBS dipasang dikawasan sempadan dimana populasi tikus tinggi atau pada masa berlakunya aktiviti perpindahan tikus. Pemasangan LTBS ini boleh juga dipindahkan setelah tidak ada lagi tangkapan tikus atau sekurang-kurangnya di pasang selama 3 malam berterusan dikawasan sama. Cara ini agak praktikal dengan pengawasan yang baik dan mesra alam.
Artikel ini diharap menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.
Bersambung pada artikel 10 cara kawalan tikus sawah Part 3. Wasallam!

Penulis di Borobodur Temple, Jogjakarta.
KAWALAN TIKUS... BANYAK CARA...
CARA FUMIGASI... AGAK BAHAYA...
TBS -T RAP CROP ..MUDAH SAHAJA...
CARA LTBS PULA... KELILING DI JAGA...

By,
M Anem
Borobodur Temple,
Kacamatan Borobodur,

Jogjakarta, Jawa Tengah,
Indonesia
(15-17 March 2013)
Lawatan keluarga ke Jawa Tengah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...