Support My Blog

Sunday, April 14, 2013

BUAH TIN - Part 3

BUAH TIN (Ficus carica) merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”.  Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel malam Isnin ini saya menulis teknologi mengenai tanaman pokok tin dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pembacaan dan rujukkan dari beberapa sumber termasuk buku terbitan CABI International 2011 dan beberapa laman web (http://www.hort.purdue.edu).


Diantara masaalah dan musuh tanaman buah tin adalah Cacing Nematod (Meloidogyne spp) yang menyerang bahagian akar tumbuhan. kawalan masaalah ini menggunakan racun Nematod yang ada dipasaran. Selain itu dilaporkan serangan Ulat Pengorek Batang (Bactocera rufomaculata) yang mengorek batang pokok tin dan boleh menyebabkan pokok mati (Lihat foto sebelah). Ulat Pengorek Buah (Azochis gripusalis) juga dilaporkan di Venezuela dimana larvanya masuk melalui buah sterusnya masuk kebatang dan dahan serta menyebabkan pokok boleh mati. Ulat makan daun dan makan pucuk muda menyerang pada masa tertentu dan dikawal dengan racun serangga. Scale Insect menyerang kulit pokok dan ianya merosakkan tanaman jika tidak dikawal. Penyakit Karat Daun yang disebabkan oleh kulat Ceroteleum fict menyebabkan daun gugur awal dan sebabkan hasil akan berkurangan. Serangan Bintik Daun (Cercospora fict) atau kulat Cylindroclaium scoparium perlu juga dikawal. Bagaimana pun jika pokok tin diserang dengan Mozaic Virus memang perlu dimusnahkan sebab tiada kaedah kawalan. Kumbang Buah Kering (Carpophilis spp) merosakkan buah dengan masuk daripada lubang mata dan membawa kulat lain seperti kulat Aspergillus niger yang menurunkan kualiti buah.  


Pokok buah tin lazimnya berbuah dua kali dalam setahun iaitu pada buan Mei-Jun dan bulan November -Disember. Buah yang hampir masak akan bertukar warna kepada kekuningan, ungu atau kemerahan bergantung kepada varieti dan dipetik menggunakan tangan (boleh pilih buah yang masak sahaja). Sebaiknya menggunakan sarung tangan ketika memetik buah untuk elakkan terkena getah yang keluar dari pokok atau buah yang dipetik. Bagi pokok yang agak tinggi lazimnya menggunakan tangga. Penuaian buah tin menggunakan jentera mekanikal ada dibuat diladang komersil yang luas dibeberapa negara maju. Penggunaan bahan kimia seperti Etephon yang disembur pada pokok dengan helikopter mempercepatkan proses kematangan buah dan gugur 10 hari lebuh awal. Ini akan mengurangkan kemungkinan buah rosak akibat dierang perosak dan serangga. Jentera mekanikal akan menyedut (sweep) buah yang gugur ditanah dan dikumpulkan didalam kontena. 


Buah telahh dipetik lazimnya dibiarkan selama satu hari dibawah pokok untuk menghilangkan kesan getahnya. Buah tersebut kemudian dikumpulkan dan kemudian digredkan mengikut kualiti seperti warna, saiz dan kecacatan. Buah akan dimasukkan dalam kotak sebelum dihantar untuk dijual atau kekilang memproses buah tin yang berhampiran. Setiap kotak diletakkan 10-15 kg buah tin yang telah digredkan. Kajian mendapati hasil sepokok buah tin sebanyak 180-360 biji sepokok bergantung kepada umur di India. Sementara itu dilaporkan sebanyak di Venezuela setiap pokok mempu menghasilkan sekitar 10-15 kg sepokok. Buah tin merupakan buah yang cepat rosak (Perishable) dan perlu disimpan dalam bilik sejuk. Simpanan buah tin dalam suhu antara 4-6 celcius dengan kelembapan 75% mampu bertahan selama 8 hari dan 2 hari selepas dikeluarkan. Kajian juga menunjukkan jika disimpan dalam suhu 10 celcius dengan kelembapan 86% mampu bertahan selama 21 hari dan jika suhu 0-1.6 celcius boleh bertahan selama 30 hari. Begitulah teknologi penanaman buah tin yang memang jarang ditulis oleh saintis kita di Malaysia kerana tidak dikomersilkan dinegara kita. Lagi banyak ilmu bagaimana pun lebih baik daripada tidak tahu langsung. Wasallam!

POKOK TIN... ADA MUSUHNYA...
NEMATOD....AKAR DISERANGNYA...
PENGOREK BATANG.. IA MERBAHAYA...
KENA VIRUS... BUANG JAWABNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(20 JamadilAwal 1434H)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...