Support My Blog

Saturday, April 13, 2013

POKOK ZAITUN - KULTIVAR (Part 2)


BUAH ZAITUN atau Olive (Olea europaea) dihasilkan dari pokok zaitun yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Oleaceae. Pokok dan buah zaiton merupakan jenis tumbuhan paling tua didunia dengan natif dari kawasan di Mediterranean dengan umur pokok sangat lama sehingga dilaporkan mampu hidup sehingga lebih 1,000 tahun. Tumbuhan ini boleh tahan dalam keadaan suhu panas, kemarau dan keadaan tanah yang  agak masin (high salinity) serta mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan dalam masyarakat sejak zaman kuno lagi. Buah ini pun merupakan sejenis buah yang telah ditanam dan digunakan sejak zaman purba Mesir lagi. Kehebatan buah zaitun telah di tulis dalam AlQuran iaitu 'Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)'. dan ayat ini '...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api....' .  Ini uga  menunjukkan yang pokok dan buah zaitun merupakan sejenis tumbuhan yang sangat berguna.  Beberapa artikel dan buku yang saya baca menyatakan yang produk dari pokok ini telah diperdagangkan semenjak 2,000 - 3,000 tahun sebelum masihi lagi. Tumbuhan ini telah tersebar di kawasan Mediterranean, Afrika Utara dan Eropah kerana mudah dibiakkan dengan cara vegetatif dalam keadaan cuaca kering. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti pokok zaitun bagi dibaca untuk dijadikan rujukkan. 

Beberapa kultivar dan varieti pokok zaitun yang terdapat diseluruh dunia dipilih semanjak beribu-ribu tahun dahulu. Daripada 39 negara yang menanam pokok zaitun seluruh dunia, sebanyak 19.6 metrik juta metrik tan buah zaitun dihasilkan pada tahun 2011 (Laporan FAO Statistik 2011). Varieti yang ditanam bergantung kepada kes
esuaian tanah, iklim dan pengurusan selain daripada keperluan pasaran. Berikut adalah 25 kultivar (Rujukkan dan adaptasi dari sumber Wikipedia)yang ada dilaporkan untuk dijadikan maklumat berguna kepada pembaca di Malaysia.



Lucques Olives
16) LUCQUES
Kultivar ini berasal dari Perancis Selatan dikawasan bernama Aude. Ia adalah pokok zaitun yang menghasilkan buah agak besar, berwarna hijau dan agak panjang bentuknya. Kualiti minyaknya sederhana dan agak lembut.

Buah Zaitun jenis 'Maalot'
17) MAALOT
Mendengar namanya saya dah agak ia berasal dari Israel yang dikatakan tahan kepada serangan penyakit. Waalau pun ia berasal dari Chemlali di Afrika Utara, aktiviti biakbaka dijalankan di Israel dan ia mempunyai saiz buah sederhana, bentuk bulat dan rasa sedap. Kebanyakan untuk ekstrak minyak juga.
Varieti Manzanilla di Sepanyol.
 18) MANZANILLA
Varieti zaitun ini berasal dari Sepanyol yang natif dibandar Dos Hermanas dan Seville. Ia mempunyai saiz besar, berwarna ungu kehijauan dan berbentuk bulat oval. Isinya tebal dan kaya dengan zat dimana ia kini ditanam dibanyak negara lain.


'Memeli Olives' - Hampir masak
19) MEMELI
Varieti ini berasal dari begara Turki yang menghasilkan buah berwarna hijau, brine dan juga warna hitam. Ia hanya untuk diproses bagi menghasilkan minyak.

Buah zaitun varieti 'Mission'
20) MISSION
Varieti ini berasal dari California di Amerika dan luas ditanam di seluruh California. Warna buahnya kehitaman dan kebanyakannya adalah untuk dimakan segar (generally used for table consumption)


Varieti 'Nabali' diPalestin.
21) NABALI
Jenis ini berasal dari negara Palestin yang mana nama lokalnya adalah Baladi. Ia banyak ditanam di kawasan seperti di Souri dan Malissi dimana varieti ini merupakan pokok zaitun yang menghasilkan kualiti minyak yang terbaik didunia.



Olives jenis 'Patrinia'
22) PATRINIA OLIVE
Varieti ini berasal dari negara Greek yang banyak ditanam di kawasan Aigialeia. Ia ditanam untuk kegunaan segar dan diproses menjadi minyak zaitun.


Zaitun jenis 'Picholine'
23) PICHOLINE
Varieti ini banyak ditanam di Selatan Perancis dimana buahnya adalah berwarna hijau dan mempunyai saiz sederhana dan bentuk memanjang. Buah jenis ini dimakan segar dan juga diproses dimana mempunyai rasa lembut dan rasa seperti buah kacang (nutty taste).



Varieti zaitun 'Picual' di Sepanyol.
24) PICUAL
Buah zaitun varieti ini berasal dari Sepanyol Selatan didaerah Jaen walau pun kini telah ditanam di seluruh kawasan di Sepanyol. Ia merupakan 50% dari varieti pokok zaiton yang ditanam di Sepanyol dengan sebanyak 20% daripada pengeluaran minyak zaitun didunia. Ia mempunyai sara manis dan bau yang amat kuat dan juga digunakan sebagai 'table olive'.

Buah zaitun jenis 'Souri'
25) SOURI
Varieti ini banyak ditanam dan dipercayai berasal dari negara Lebanin. Ia banrasal dari bandar Sur (Tyre) tersebar sehingga ke kawasan Levant. Varieti ini menghasilkan minyak yang banyak dan mempunyai kuaiti minyak yang kuat aromanya.


Begitulah sebanyak 25 varieti pokok zaitun yang dapat saya kutip maklumat untuk anda semua. Pokok ini memang telah beribu-ribu tahun ditanam semanjak zaman purba Mesir lagi dan pastinya telah banyak aktiviti biakbaka dijalankan. Kita di Malaysia memang kurang kenal akan pokok ini yang telah menyumbangkan industri bernilai lebih dari USD 15.7 billion setahun. Bagaimana pun khasiat dari minyak zaitun ini memang banyak (Sila baca artikel berkaitan - Klik disini) dan juga pengurusan tanaman pokok zaitun (Klik disini). Semuga ia memberikan tambahan ilmu kepada pembaca semua!. Wasallam!.


VARIETI ZAITUN... 25 SEMUANYA...

DINEGARA SEPANYOL..BANYAKNYA...
KUALITI TERBAIK...PALESTIN PUNYA...
BACA ARTIKEL... ADUH BESTNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 222, FELDA Residence Hotspring,
Sungkai, Perak.
Malaysia
(12 April 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...