Support My Blog

Thursday, April 11, 2013

POKOK ZAITUN (Part 2)

BUAH ZAITUN atau Olive (Olea europaea) dihasilkan dari pokok zaitun yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Oleaceae. Pokok dan buah zaitun merupakan antara jenis  tumbuhan paling tua didunia dengan natif dari kawasan di Mediterranean dengan umur pokok sangat lama sehingga dilaporkan mampu hidup sehingga lebih 1,000 tahun. Tumbuhan ini boleh bertahan dalam keadaan suhu panas, kemarau dan keadaan tanah yang  agak masin (high salinity) serta mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan dalam masyarakat sejak zaman kuno lagi. Buah ini pun merupakan sejenis buah yang telah ditanam dan digunakan sejak zaman purba Mesir lagi. Kehebatan buah zaitun telah di tulis dalam AlQuran iaitu 'Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)'. dan ayat ini '...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api....' .  Ini uga  menunjukkan yang pokok dan buah zaitun merupakan sejenis tumbuhan yang sangat berguna.  Beberapa artikel dan buku yang saya baca menyatakan yang produk dari pokok ini telah diperdagangkan semenjak 2,000 - 3,000 tahun sebelum masihi lagi. Tumbuhan ini telah tersebar di kawasan Mediterranean, Afrika Utara dan Eropah kerana mudah dibiakkan dengan cara vegetatif dalam keadaan cuaca kering. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok zaitun bagi dibaca untuk dijadikan rujukkan.


Tanah untuk tanaman pokok zaitun boleh dari pelbagai jenis tanah daripada tanah mineral, tanah agak masin atau pH tanah agak tinggi. Pokok ini toleran pada pH tinggi dan juga tanah mengandungi unsur Boron tinggi. Pokok boleh tahan dalam keadaan tanah panas dan kering tetapi akan mati jika akarnya terendam dalam air selama 1 minggu. Kawasan yang mempunyai iklim panas dan kering dengan kelembapan rendah seperti di Mediterrnean sangat sesuai untuk tanaman zaitun. Negara yang mempunyai kelembapan tinggi seperti di Malaysia tidak sesuai untuk tanaman ini kerana mudah diserang penyakit terutamanya kulat dan juga pertumbuhan tidak seimbang. Beberapa varieti yang di tanam di California USA juga didapati tahan kepada keadaan suhu sejuk (sekitar 5-15 Fahrenheit) tetapi untuk jangkamasa tidak terlalu lama. Penanaman pokok zaitun di Malaysia mungkin perlukan kajian lanjut untuk melihat keseseuain dengan varieti baru yang mungkin sesui dengan kelembapan tinggi, hujan lebat dan juga suhu tropika yang panas sepanjang tahun.


Penanaman pokok zaitun lazimnya akan menggunakan bahan keratan batang yang kemudian akan disemai dalam nurseri (Lihat foto sebelah). Anak benih pokok zaitun memang cepat mengeluarkan akar sama ada ia dari keratan batang, keratan akar atau dari Ovulli.  Anak benih yang disemai dibiarkan beberapa bulan sehingga sesuai untuk ditanam diladang. Kaedah penanaman pokok zaitun secara tradisional adalah dengan mengisi kawasan tanah kosong atau tanah lapang dimana kadar kepadatan lazimnya sekitar 40 pokok seekar. Dalam sistem tanaman moden pada tanah baru pula, pokok ditanam dalam barisan dengan kepadatan sekitar 40 - 60 pokok sehektar. Bentuk susunan tanaman dan sistem percabangan tanaman zaitun seakan menanam pokok limau manis. Jalankan pangkasan atau cantasan pucuk selepas pokok mencecah ketinggian 0.8 - 1.2 meter untuk membenarkan pokok tidak terlalu tinggi bagi menggunakan mekanisasi jentera ladang ketika menuai. Cantasan dengan membuat sistem dahan terbuka (Open branching system) akan mengurangkan risiko serangan kulat dan juga memberikan bentuk pokok seimbang.


Kawalan rumpai dan sistem pengairan dijalankan mengikut kesesuaian kawasan dan keadaan faktur cuaca. Pembajaan diberi mengikut keperluan dan umur pokok.  Buah zaitun muda berwarna hijau dan apabila masak akan menjadi hijau kekuningan, merah gelap atau ungu bergantung kepada varieti. Buah agak keras sedikit (firm) yang lazimnya pada pertengahan musim gugur hingga musim luruh. Apabila warna buah menjadi kehitaman atau ungu maka lazimnya kandungan minyak zaitun mencecah 20-30% dan sesuai dipetik. Kaedah memetik buah zaitun secara tradisional dengan 3 cara menggunakan tenaga kerja yang banyak (Lihat foto sebelah). Buah yang masak akan gugur dan dikutip selain daripada memilih buah masak yang belum gugur dan cara memetik ketiga dengan memukul dahan pokok untuk jatuhkan buah. Hamparan plastik diletakkan dibawah pohon yang hendak dituai agar buah tidak jatuh ketanah. 


Kaedah memetik buah zaitun dengan jentera dinegara maju ladang komersil lebih  cepat dan cekap (Lihat foto sebelah). Jentera yang khas akan melalui barisan tanaman zaitun yang dikawal ketinggiannya dan alat kkas akan mengegarkan pokok lalu buah yang jatuh masuk dalam konveyor yang masuk kedalam kontena. Buah yang dipetik akan dikumpulkan dan perlu digredkan mengikut saiz, indeks kematangan dan juga warna sebelum dijual. Bagi tujuan buah zaitun yang hendak diproses akan dihantar kepusat atau kilang memproses. Buah ini akan di proses dibiarkan beberapa ketika untuk hilangkan rasa pahit akibat kandungan glucocide oleoropein. Buah akan direndam dalam larutan 1-2% lye (Sodium hydroxide) sehingga neuteral. Pemprosesan buah zaitun menggunakan peralatan khas bagi mengisar iaitu terdiri dari dua buah batu giling yang berpusing bertentangan. Buah akan lumat dan akan diekastrak minyak dengan penapis nagi menghasilkan minyak zaitun. Minyak segar ini tahan beberapa minggu tetapi lazimnya ia akan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 40-50 darjah Fahrenheit dan tahan sehingga 2 tahun. Minyak ini akan dijual kepada pengilang lain bagi pelbagai produk akhir. Begitulah teknologi penanaman dan pemprosesan buah dan minyak zaitun yang saya paparkan untuk bacaan anda. Wasallam!.


Kilang mengisar untuk ekstrak minyak zaitun di Iran.

BUAH ZAITUN... HUJAU MUDA...
BILA MASAK... UNGU WARNANYA...
HENDAK PETIK...BANYAK ORANGNYA...
PERLU DIKISAR... MINYAK HASILNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 3716, Arabian Bay Resort,
Bukit Gambang Resort City,
Kuantan, Pahang,
Malaysia
(18 JamadilAwal 1434H)     


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...