KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, June 30, 2013

SERANGGA - PENGKELASAN


SERANGGA (Insects) merupakan satu komuniti yang terdapat disekeliling kita daripada yang bersaiz besar sehingga yang amat halus. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di Universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah tertutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak. Serangga ditakrifkan  sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis terbanyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod serangga masih berterusan dengan membuat kajjian dan penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan dan penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur semulajadi. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengkelasan serangga berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan membuat rujukkan dalam lamanweb.


Apabila kita membincangkan mengenai serangga, apa yang pasti adalah keujudan serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini. Terdapat banyak keadaan dimana saya dapati banyak serangga yang memang keujudannya berkongsi habitat dengan manusia. Lihat sahaja dalam rumah kita, sering kita jumpa semut, lipas, anai-anai, nyamok, lalat, pepijat, ulat gonggok, lipan, kelkatu, kerengga dan sebagainya. Mereka juga sering menumpang makanan kita dan juga makan hartabenda kita seperti anai-anai yang makan perabut kayu. Serangga saya dapati memang ada mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini sama ada menyumbang kepada kebaikan, kesihatan, kemusnahan dan sebagainya. Saya juga difahamkan bahawa kajian mengenai serangga dikenali sebagai Sains Entomologi.


Laporan daripada banyak buku menyetakan, terdapat sebanyak lingkungan 5,000 spesis serangga jenis Pepatung (Dragonfly) dan sebanyak 2,000 seranggan Jenis Mentadak (Praying mantis) diseluruh dunia. Ini belum termasuk sebanyak 20,000 jenis serangga daripada Jenis Belalang (grasshopper) dan paling banyak adalah sebanyak 170,000 jenis serangga jenis Rama-rama dan kupu-kupu (Butterfly dan Moths). Bagi kumpulan Lalat (Flies) pula direkodkan sebanyak 120,000 spesis termasuk lalat rumah, lalat buah dan sebagainya. Juga dilaporkan terdapat 82,000 jenis serangga kumpulan Pianggang, 350,000 spesis serangga kumpulan Kumbang dan 110,000 spesis serangga dari kumpulan lebah (Bees) dan Semut (Ants).


Apa kah dia pencirian mengenai Serangga?. Ciri-ciri utama serangga adalah seperti ia mempunyai Kaki sebanyak 3 pasang ( 6 kaki) dimana ia berada di bahagian tubuh thorax. Serangga mempunyai tubuh yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian KEPALA, THORAX dan juga ABDOMEN. Biasanya rangka tubuh terdapat dibahagian Luar sering kita sebut sebagai 'Rangka Luar'. Bahagian ini merupakan kulit keras yang terbentuk sebagai badan serangga. Kajian sains menyatakan kesemua serangga adalah tergolong dalam Phylum Arthropoda iaitu sama phylum dengan lipan, ulat gonggok, kala jengking, labah-labah dan sebagainya. Serangga lazimnya akan dibahagikan kepada dua subkelas iaitu Apterygota dan Pterygota. Kelas Apterygota ialah serangga yang tidak mempunyai sayap manakala Kelas Pterygota adalah serangga yang mempunyai sayap.

Dalam membuat pengkelasan Serangga, kita boleh bahagikan kepada kaedah pembahagian berikut.


a) SUBKLAS : APTERYGOTA 
Kumpulan ini serangga merupakan  semua jenis serangga yang tidak bersayap.  Kumpulan serangga ini tidak banyak berbanding dengan kumpulan serangga yang bersayap. Dua order yang terdapat didalam kumpulan ini adalah Order - Thysanura seperti Silverfish dan Order - Collembola iaitu seperti Springtail. Kita jarang-jarang mengenali serangga dalam subkelas ini kerana ia adalah sedikit jenisnya (Lihat foto disebelah).


b) SUBKLAS : PTERYGOTA 
Kumpulan ini adalah semua jenis serangga bersayap dan meempunyai banyak order (15) dan juga spesis.  Order pertama adalah 1. Order : Odonata yang terdiri daripada Pepatung / Sibur-sibur (Dragonfly) - Family :Anisoptera, 2. Pepatung jarum (Damselfly) - Family : Zygoptera, Seterusnya adalah 2. Order : Orthoptera yang terdiri daripada Belalang (Grasshopper) - Family : Acrididae, Belalang pelesit (Katydid) - Family : Tettigoniidae, Cengkerik (Criket) - Family : Gryllidae  dan akhirnya Sesorok (Mole cricket) - Family : Gryllotalpidae. Seterusnya adalah dalam 3. Order : Hemiptera yang terdiri daripada serangga seperti Kesing (Stink bug) - Family : Pentatomidae, Pianggang (Squash bug) - Family : Coriedae dan juga Ayak-ayak (Water strider) - Famili : Gerridae  Bagi yang ke 4 pula adalah Order : Homoptera yang terdiri daripada Riang-riang (Cicada), Bena perang (Planthopper), Lelompat daun / Lelompat pokok (Leafhopper) dan juga Afid (Aphid). Serangga ini memang berada dikeliling kita yang mudah dikenali dan dijumpai.


Seterusnya adalah 5. Order : Coleoptera yang terdiri daripada serangga seperti Kelip-kelip (Firefly), Kumbang Kura-Kura (Ladybird), Kumbang rusa (Stag beetle), Kumbang tanduk (Atlas beetle) dan juga Kumbang badak (Rhinoceros beetle). Kebanyakan jenis kumbang ini mempynyai sepasang kepak keras di luar dan sepasang kepak didalam untuk terbang. Seterusnya 6. Order : Lepidoptera yang agak glamour seperti serangga jenis Rama-rama (Butterfly) dan juga Kupu-kupu (Moth). Kumpulan yang ke 7 adalah Order : Diptera yang terdiri dari serangga seperti Nyamuk (Mosquito) - Family : Culicidae, Lalat (Housefly), Lalat bunga (Hoverfly) dan Lalat buah. Ke 8 adalah Order : Isoptera yang terdiri daripada serangga seperti Anai-anai (Termite). Ke 9 pula adalah dinamakan sebagai Order : Hymenoptera iaitu serangga seperti Lebah (Bee) - Family : Apidae, Semut (Ant) - Family : Formicidae, Tebuan (Hornet) - Family : Vespidae, Tebuan kayu (Horntail) - Family : Siricidae, Penyengat (Wasp) - Family : Chrysididae dan juga serangga Angkut-angkut (Potter wasp) - Family : Eumenidae. Dalam subklas Pterygota yang ke 10 adalah dalam Order : Mantodea yang terdiri daripada serangga seperti Mentadak (Praying mantis). Dalam kumpulan ke 11 adalah Order Blattodea iaitu jenis serangga dikawasan rumah iaitu Lipas (Cockroach). Bagi  order ke 12 dinamakan sebagai Order : Phasmatodea iaitu jenis serangga seperti Belalang ranting (Walking stick/moving leaf). Seterusnya yang ke 13 adalah serangga dalam Order : Dermaptera seperti jenis Earwig. Ke 14 adalah serangga dalam Order : Ephemeroptera seperti Mayfly dan akhir sekali ke 15 adalah serangga dari Order : Plecoptera seperti  Stonefly. Diharap penerangan diatas memberikan ilmu tambahan kepada pembaca semua.

KELAS SERANGGA.... ADUH BANYAKNYA....
SUKAR DIINGAT.... PANJANG NAMANYA...
ADA YANG BERGUNA... PEROSAK JUGA...
PERLU DIKAWAL... AGAR TIDAK BAHAYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11,
Putrajaya,
Malaysia
(19 Rejab 1434H)

Saturday, June 29, 2013

TUMBUHAN - PENGKELASAN (Part 1)


Hidupan didunia terdiri daripada Kumpulan Haiwan (Animal) dan Tumbuhan (Plants) yang ujud sama ada diatas tanah, didalam air atau pun di udara. Saintis sejak zaman dulu telah berjaya membahagikan kategori hidupan ini mengikut kaedah pengkelasan tersendiri untuk tujuan pengasingan taksonomi bagi memudahkan membuat kajian sains. Manusia telah menama dan mengkategorikan tumbuhan sejak dari zaman purba lagi dimana pada peringkat awal, tumbuhan dikelaskan kepada tumbunan yang berguna dan yang memudaratkan. Asasnya dua kategori pengkelasan tumbuhan adalah dari jenis TUMBUHAN BERBUNGA dan jenis TUMBUHAN TIDAK BERBUNGA. Tumbuhan berbunga pula dikelaskan kepada dua iaitu Monokotilidon dan Dikotilidon. Bagi tumbuhan tidak berbunga pula dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Algae, Kulat, Lumut dan Paku Pakis. Sebagai tambahan, saya dapati tumbuhan juga dikelaskan mengikut kegunaannya. Sistem pengkelasan kemudiannya berkembang dengan menggunakan sifat-sifat pertumbuhan dan ciri-ciri fisiologi sebagai asas. Secara kasarnya, pengkelasan tumbuh-tumbuhan hortikultur boleh dibahagikan kepada dua iaitu cara (a) Pengkelasan botanikal dan cara (b) Pengkelasan hortikultur yang akan saya bincangkan didalam beberapa artikel berikutnya.Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengkelasan tumbuhan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda.

Semua tahu bahawa terdapat berjuta-juta jenis tumbuhan di dunia ini dan para saintis merasakan memang perlu satu sistem pengkelasan yang saintifik dan sistematik. Proses mengklasifikasi dan menamakan tumbuhan telah dimulakan sejak 4,000 tahun dahulu. Sebagai amalan biasa, tumbuhan diberi nama tempatan berdasarkan kepada kegunaan, tabiat pertumbuhan, ciri-ciri unik, habitat tumbuhan dan sebagainya. Amalan ini menimbulkan masalah kerana nama yang sama diberi kepada tumbuhan yang berbeza-beza di tempat yang berlainan. Sebagai contoh saya ambil satu tanaman yang berbau busuk di Malaysia iaitu bunga tahi ayam diberikan kepada pokok lantana (Lantana camara) dan Marigold (Tagetes sp.) (Lihat foto sebelah). Oleh itu untuk mengatasi kekeliruan, saintis antarabangsa telah menggubal serta mengamalkan beberapa sistem pengkelasan. Secara kasarnya, pengkelasan tumbuh-tumbuhan hortikultur boleh dibahagikan kepada dua iaitu cara (a) Pengkelasan botanikal dan cara (b) Pengkelasan hortikultur yang akan saya bincangkan didalam beberapa artikel berikutnya.


a. PENGKELASAN BOTANIKAL

Sistem Pengkelasan Botanikal saya dapati menggunakan asas-asas saintifik dimana cara pengkelasan ini juga dikenali sebagai kaedah pengkelasan saintifik. Sistem ini telah pun diperkenalkan oleh ahli biologi Carl Linnaeus (1707 - 1778). Kaedah ini telah digunakan diseluruh dunia sejak beratus tahun dulu dan didapati mudah digunakan serta praktikal. Kaedah ini dicipta dengan mengambilkira yang tumbuh-tumbuhan akan dikenali dan dikumpulkan berasaskan kepada ciri tertentu seperti saiz, bentuk, warna, sifat-sifat bunga, makanan simpanan atau pertalian genetik dan sebagainya. Secara umumnya, pengkelasan botanikal melibatkan dua tugas utama iaitu  (a) Pengekelasan (taxonomy) dimana ia akan mengkategorikan sesuatu tumbuhan dalam kumpulan tertentu dan (b) Penamaan (nomenclature) dimana ia akan memberikan nama saintifik yang betul (mengikut peraturan tertentu) kepada tumbuhan yang telah dikategorikan'.

Pengkelasan (Taxonomy) merupakan cara pengkelasan yang akan mengkategorikan sesuatu tumbuhan itu mengikut kumpulannya. Dalam kerja-kerja pengkelasan, sesuatu tumbuhan dikaji dan dikumpulkan mengikut urutan taxa berhirarki seperti berikut (dengan tumbuhan mangga sebagai contoh) ia dibahagikan kepada Pengkelasan Kingdom - Plantae (tumbuhan) diikuti dengan Division - Spermatophyta (tumbuhan berbiji benih). Class - Angiospermae (biji benih tertutup), Subclass - Dicotyledonae (dua kotiledon), Order - Sapindales, Family - Anacardiaceae, Genus - Mangifera Species - indica. Susunan tersebut daripada kategori pengkelasan paling atas sehingga unit yang paling bawah iaitu spesis. Saya rasa ini amat mudah kerana telah dipelajari semenjak peringkat sekolah lagi. Kategori-kategori dari order ke bawah adalah penting dalam bidang hortikultur. Apa yang dikatakan sebagai 'order' dimana ia akan menentukan sesuatu tumbuhan boleh dibiakkan secara 'asexsual' seperti kaedah cantuman (Budding) dan Tut (Marcotting). Bagi 'famili' pula  ia akan menentukan keserasian untuk melakukan pembiakan asexual antara dua tumbuhan seperti cantuman mata tunas, cantuman baji dan juga cantuman sandingan. Bagi 'genus' ia akan menentukan sama ada kacukan boleh dilakukan di antara dua spesies atau varieti tumbuhan. Paling bawah adalah 'spesies' iaitu kumpulan organisma yang mempunyai pertalian rapat dan boleh berkacukan sesama sendiri menghasilkan keturunan yang boleh membiak. 

Bagaimana kita hendak mengetahui cara Penamaan Tumbuhan atau dipanggil sebagai  'Plant nomenclature?.  Sistem pemberian nama saintifik kepada tumbuhan yang diamalkan kini adalah sistem binomial. Dalam sistem ini, setiap nama tumbuhan (dan haiwan) terdiri daripada dua perkataan (binomial). Perkataan pertama ialah nama genus tumbuhan dan nama kedua adalah nama spesies. Kebanyakan nama tumbuhan adalah dalam bahasa Latin atau bahasa lain yang di Latinkan, Arab dan juga Yunani. Contoh: Bunga raya (nama genus: Hibiscus, dan nama spesies rosa-sinensis. Jadi nama saintifik yang penuh bagi bunga raya ialah Hibiscus rosa-sinensisNama saintifik yang diberi kepada tumbuh-tumbuhan adalah nama yang diterima seluruh dunia. Setiap nama yang diberi (terutamanya nama spesies) biasanya berbentuk fonetik dan memberi gambaran tentang ciri-ciri tumbuhan itu atau juga keadaan habitat atau negara asalnya atau untuk mengenang orang yang awal-awal mengkajinya.

Sebenarnya nama yang diberi untuk menghuraikan ciri-ciri tumbuhan ialah berdasarkan kepada ciri daun contohnya folius, phyllon atau phylla yang merupakan tambahan imbuhan awalan atau akhiran kadangkala diberikan. Contohnya ialah Macrophylla (daun besar), Microphylla atau Microfolius (daun kecil atau daun halus). Seterusnya adalah bentuk bunga atau flora iaitu tambahan imbuhan awalan 'grand' menjadi grandiflora. Warna bunga atau warna daun juga ada digunakan seperti contohnya albus atau leuco (putih), argentus (perak), aureusatau chryso (emas), rubra, rubrons atau coccineus (merah) dan croceus, flavus atau inteus (kuning). Bentuk atau ciri tumbesaran tumbuhan; contohnya altus atau alta (tinggi), aboretus (berupa pokok), compactus (padat), nanus atau pumilis (katik atau kerdil), repens atau reptans (menjalar) danscandens (melilit). 

Lazimnya nama-nama spesies juga memberitahu tentang tempat asal tumbuhan, seperti australis (selatan),borealis (utara), canadensis (Kanada), chinensis atau sinensis (China), chilensis atau chileonsis.( Chile), japonica, nipponica atau nipponicus (Jepun), campestris (ladang), insularis (pulau) dan montanus (gunung). Ada kalanya nama orang digunakan seperti Rudbeck (Rudbeckia), Dahl (Dahlia) dan sebagainya. Seterusnya untuk memberikan autoriti kepada orang yang mula-mula menamakan sesuatu tumbuhan, huruf atau ringkasan nama individu berkenaan ditambah di akhir nama saintifik tumbuh-tumbuhan itu. Contohnya, ubi kentang - Solanum tuberosum L. dimana huruf "L." adalah ringkasan nama bagi Carl Linnaeus. Ringkasan nama ini juga merupakan sumber maklumat sejarah yang penting bagi nama tumbuhan tersebut. Bersambung...
Wasallam!

NAMA TUMBUHAN...BANYAK CARA...
SISTEM SEKARANG..LAMA DICIPTA...
TAHU KONSEP... MUDAH BICARA...
CARA BONTANIKAL...TERSEDIA...

By,
M Anem
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia
(7 Rejab 1434H)
















Friday, June 28, 2013

SERANGGA - ORGAN MATA

MATA SERANGGA (Insects eyes) merupakan satu organ penting kepada serangga sebagai alat deria.  Semua serangga yang terdapat disekeliling kita daripada yang bersaiz besar sehingga yang amat halus kebanyakannya mempunyai organ mata yang berbeza fungsinya walau pun ada yang tidak mempunyai mata. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di Universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah difahami terutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak dalam bahasa khas. Serangga ditakrifkan  sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis terbanyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod serangga masih berterusan dengan membuat kajjian dan penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan dan penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur semulajadi. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai organ mata serabgga (insect eyes) berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku, pemerhatian penulis dan membuat rujukkan dalam lamanweb.


Pada kedua sisi kepala serangga lazimnya terdapat mata majmuk berwarna hitam atau dalam bahasa Inggersi dipanggil sebagai 'Compound eyes' - sila lihat foto sebelah. Mata majmuk dilindungi oleh bahagain lutsinar (transparent) dari kutikula iaitu dinamakan 'Cornea'. Sebenarnya ia adalah terbahagi menjadi sejumlah besar potongan berbentuk segi enam (HEXAGONAL) iaitu disebut sebagia 'Facet'. Setiap facet pula merupakan hujung paling luar dari suatu unit yang disebut sebagai OMMMATIDIUM. Adanya struktur ini akan memberikan gambaran mozaik seperti pada udang. Diantara beberapa jenis serangga, kajian menunjukkan bahawa kemungkinan hanya belalang yang mampu membezakan warna (Hijau, kuning, biru, putih dsb). Kajian saintis juga menunjukkan. selain mata majmuk, serangga belalang memiliki mata sederhana atau ocellus (jamak ocelli) di kawasan kepala dibahagian atas serta di tepi sebelah dalam mata majmuk. Mata sederhana ini terdiri atas sekelompok sel-sel penglihatan iaitu retinula dan di bahagian tengahnya terdapat batang optik iaitu 'rhabdom'. Bahagian terluar mata sederhana terdapat lensa lutsinar yang merupakan modifikasi dari kutikula.


Mata serangga atau ommatidium mempunyai beberapa kluster dinamakan sebagai 'Photoreceptor cells' yang disokong dengan sel-sel pigmen. Lapisan luar pada ommatidium mempunyai kornea mata yang lutsinar (Lihat foto sebelah). Setiap ommatidium bersambung melalui 'axon' yang memberikan isyarat gambar kepada otak serangga. Banyak ommatidia yang menghantar isyarat sama menyebabkan pandangan serangga adalah berlapis. Bentuk ommatidia sebenarnya adalah 6 segi (Hexagonal) yang lazimnya 10 kali panjang dari lebar dengan garispusat paling besar pada permukaan mata dan menguncup kebawah dengan tirus (Lihat foto dibawah). Bahagian 'Pseudocone' adalah berfungsi untuk fokus kepada cahaya sehingga 10% kemampuan serapan cahaya. Bahagian dalam ommatidium pula mempunyai kecekapan serapan cahaya sehingga 90% dengan mempunyai 'sel fotoreceptor' yang sensitif. 


Mata serangga hanya salah satu daripada organ deria yang ada selain daripada organ sesungur (Antennae), Getaran, Suhu, Aroma dan juga pergerakan. Jika mata serangga diperbesarkan dengan menggunakan teropong elektron ia dilihat sebagai foto yang amat unik (Lihat foto disebelah). Ramai ahli seni fotografi dan saintis akan mengambil gambar mata serangga untuk dijadikan kajian dalam pertandingan fotografi. Mata seraangga telah dijadikan satu bentuk 'architecture' yang unik dibeberapa buah negara. Keunikkan bentuk, fungsi, marfologi, warna, saiz dan sebagainya amat menakjubkan. Diharap artikel ini dapat memberikan sedikit maklumat berguna dalam bidang pertanian. Wasallam!

MATA SERANGGA...COMPOUND JENISNYA...

PELBAGAI SAIZ... BENTUK DAN WARNA...
OMMARIDIUM AXON...ANTARA ORGANNYA...
PERLU DIKAJI... SEDIAKAN LAPORANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint  2, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 Rejab 1434H) 

Thursday, June 27, 2013

SEMUT - JENIS SEMUT

SEMUT (Ants) merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae iaitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, dikebun, dibangunan tinggi, dikawasan gurun,di kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis di Wikipedia menyatakan yang mana dakwanya terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua ujud didunia semenjak pra-sejarah dahulu iaitu melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut dengan beberapa jenis yang popular seperti Jenis Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah Madu, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Artikel tengahari ini saya menulis mengenai beberapa Jenis Semut dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan pembaca blog ini.

(1) SEMUT API
Semut Api memiliki ciri fizikal seperti warna badan coklat kemerah-merahan dan disemua bahagian abdomen berwarna lebih gelap (Lihat foto diatas). Saya cukup takut akan gigitan semut api kerana ianya amat bisa dan gatal. Semut api ini mampu dan boleh mengigit mangsa jika diganggu dan kita akan dapat rasa gigitan sangat menyakitkan. Semut ini mempunyai saiz dengan julat panjang dari 1/16 inci hingga 1/4 inci. Saya dapati diantara sifat semut api adalah dari tahap kebisaan gigitan ini dimana ia boleh dijadikan senjata dalam mempertahankan kawasannya. Semut ini adalah natid dan banyak berada dikawasan tropika. Sarang semut api lazimnya didapati dalam tanah, dalam kayu reput atau longgokan sampah yang terdapat dikawasan rumah atau kawasan kebun. Semut api ini akan memakan apa sahaja makanan yang ada mengandungi bahan protein tinggi seperti yang terdapat pada semua jenis tanaman atau sisa haiwan ternakan. Koloni semut api umumnya akan menjaga dan miliki tanah jajahan mereka sendiri dan akan mencari makanan di kawasan-kawasan berhampiran yang ditetapkan. Kasta pekerja merupakan kasta yang sering kelihatan merayap dan menjaga sarangnya.




(2) SEMUT MAYAT
Semut Mayat adalah satu gelaran kepada spesis semut yang memiliki bahagian kepala berwarna gelap dan juga pada bahagian dada (Lihat foto diatas). Bagaimana pun bahagian kaki serta bahagian perut adalah berwarna pucat. Saiznya agak kecil iaitu kurang daripada 1/16 inchi. Semut Mayat mempunyai tabiat berlari cepat dengan hala tidak menentu arah apabila terganggu. Ia akan bergerak dalam satu barisan dimana ia juga sering  membawa anaknya kesarang baru jika diganggu. Saiznya yang cukup kecil menyebabkan ia mampu masuk ke dalam rumah kita melalui lubang-lubang terlalu kecil dan halus. Sebaik sahaja semut masuk dalam rumah, ia boleh berada didapur atau dalam bilik mandi terutama dekat dengan sinki (ia suka mencari air untuk kelembapan). Semut Mayat suka memakan bahan yang manis seperti buah-buahan manis dan ada yang kata ia dikenali sebagai "Semut Gula". Habitat bagi semut mayat boleh didapati dimana-mana dalam rumah, kawasan taman keliling rumah mahu pun dalam kawasan kebun serta dusun buah-buahan. Ia juga boleh bersarang dalam celah-celah dinding atau tempat-tempat antara kabinet dan almari. Semut Mayat mendapat nama sebagai "mayat" kerana apabila ia berlari ke sana ke mari sekitar diatas lantai akan kelihatan bercahaya daripada bahagian abdomen dan kaki tetapi saya pun tidak dapat kaitkan perkara tersebut. 



(3)  SEMUT PHAROAH (FIRAUN)
Semut Pharoah atau Semut Firaun adalah sejenis semut yang berwarna kuning pucat pada kemerahan dibanyak bahagian tubuhnya. Bagaimana pun terdapat juga warna kehitaman pada bahagian atas dan bahagian belakang perutnya yang agak jelas (Lihat foto diatas). Semut ini juga adalah semut yang mempunyai gigi tajam untuk mengigit. Saiz badan semut ini sekitar panjangnya dari 1/16  inchi hingga 1/12 inchi. Sifat semulajadi semut ini adalah kegemarannya memakan gula-gula dan juga memakan serangga mati. Ia bijak dan cekap mencari dan mengesan makanan dan saya dapat tahu dalam koloninya ia mempunyai beberapa ekor ratu dalam sarang. Semut ini sesuai tinggal dikawasan  sub-tropika dan tropika. Semut ini lazimnya suka membuat sarang berhampiran pada dinding bangunan. Ia juga boleh bersarang di dalam rumah dan boleh bersarang dalam dinding, almari-almari, kotak-kotak makanan dan mana-mana ruang di celah-celah rumah yang boleh dicapai. Koloni semut ini mempunyai beberapa ekor ratu dan boleh berpecah menjadi kelompok-kelompok yang lebih kecil. Kadar pembiakan semut ini juga cepat .



(4) SEMUT KEPALA BESAR
Semut Berkepala Besar adalah sejenis semut yang memang ketara mempunyai bahagian kepala yang sangat besar berbanding bahagian badan yang lain (Lihat foto diatas). Semut ini lazimnya berwarna coklat muda sehingga coklat tua yang agak kemerahan tetapi kehitaman dibahagian abdomen (belakang). Semut dari kasta pekerja merupakan jenis yang sangat ketara mempunyai bahagian sangat besar yang ketara. Saiz semut ini sekitar dari 1/16 inchi hingga 1/8 inch panjang. Kita mudah dapat kenal akan semut ini apabila dijumpai dikawasan rumah atau dikebun kerana ia mudah dikesan kerana selalu berkeliaran tidak jauh dari sarangnya. Jalan mencari makannya kadang-kadang ditutup dengan tanah iaitu cara berjalan menyerupai anai-anai. Ia juga mencari makan di kawasan bawah daun kayu dan didalam tanah. Koloni Semut Berkepala Besar mrmpunyai saiz agak besar (sekitar 1,000 - 10,000 ekor satu koloni). Ia juga lebih suka makan biji benih tanaman yang disimpan atau disemai dan ia juga makan serangga lain. Semut berkepala besar mendapat namanya disebabkan oleh kepalanya berzaiz besar yang tidak seimbang berbanding dengan anggota bahagian lain.


(5) SEMUT GILA (Crazy ants)
Semut Gila mempunyai kulit berwarna dari merah-coklat hitam kepada warna kemerahan dan bahkan ada yang dilihat seakan warna hitam (Lihat foto diatas). Semut ini mempunyai ukuran sekitar dari 1/12 inchi hingga 1/8 inchi panjang. Semut gila ini say agak mendapat nama kerana apabila bergerak seperti 'gila' kerana tidak menentu arahnya dan kelajuannya. Semut Gila suka makan makanan manis seperti gula-gula dan buah-buahan manis seperti tembikai susu serta makan serangga-serangga lain. Ia juga memakan biji benih tanaman untuk protein. Semut Gila mudah menyesuaikan diri serta boleh hidup di dalam habitat yang sangat kering dan juga keadaan lembap. Apabila semut ini merayap diluar sarang, ia boleh dijumpai dikeliling kawasan rumah. Seperti saya kata, semut ini adalah semut bersaiz kecil tetapi boleh bergerak dengan pantas dalam cara pergerakan yang tidak menentu ketika mencari makanan dan memang macam semut gila.

Begitulah coretan mengenai 5 jenis semut yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Anda boleh membaca beberapa jenis serangga lagi dengan membuat pautan dalam blog saya dibawah. Wasallam! 

ADA 5 JENIS SEMUT... AGAK UNIKNYA...
SEMUT MAYAT... DENGAR TAKUTNYA...
SEMUT API ... AMAT BISA GIGITANNYA...
PALING SUSPEN ....ITU SEMUT GILA...

Pautan Artikel berkaitan:
1. Kerengga (Klik disini)
2. Serangga - Kaki Serangga (Klik disini)
3. Serangga - sesungut (Klik disini)
4. Serangga - Kitaran hidup (Klik disini) 
5. Serangga -  Jenis Kepak (Klik disini)

By,
M Anem
Melaka Tropical Fruit Farm
Sungai Udang
Melaka, Malaysia.
(27 Syaaban 1434H)

Wednesday, June 26, 2013

SERANGGA - KITARAN HIDUP

KITARAN HIDUP SERANGGA (Insects Lifecycle) merupakan satu proses jangkahayat hidup daripada peringkat awal sehingga dewasa yang amat unik. Serangga merupakan satu komuniti yang terdapat disekeliling kita daripada yang bersaiz besar sehingga yang amat halus. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah tertutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak. Serangga ditakrifkan  sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis terbanyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod serangga masih berterusan dengan membuat kajjian dan penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan dan penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur semulajadi. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kitaran hidup serangga berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan membuat rujukkan dalam lamanweb.



Kitaran hidup serangga amat unik kerana terdapat banyak variasi kitaran hidup serangga mengikut kelas, spesis dan juga persekitaran. Lazimnya serangga dewasa yang mengawan (atau ada yang tidak mengawan) akan terus menghasilkan Telur (Eggs), keperingkat Nim (Nymph) atau Instar sehinggalah menjadi serangga Dewasa (Adult). Kitaran hidup dan jangkahayat serangga amat berbeza daripada hanya beberapa hari sahaja sehingga kepada jangkahayat bertahun lamanya vergantung kepada serangga. Sebagai contoh rajah diatas menunjukkan kitaran hidup Lipas (Order Blattodea - mempunyai 9 Famili) memerlukan 4 peringkat kitaran hidup. Lipas dewasa akan bertelur dalam sarung yang berwarna putih dimana ia akan menetas menjadi Nim (dua peringkat nim) sebelum menjadi lipas dewasa. Seterusnya lipas dewasa akan mengawan dan bertelur lagi sehingga populasinya berterusan semenjak beribu-ribu tahun dahulu.



Bagi jenis serangga BELALANG (Ada banyak Famili dan Spesis), kitaran hidupnya juga unik kerana ia melibatkan beberapa peringkat kehidupan (Lihat rajah diatas). Belalang dewasa akan bertelur dalam kapsul dipermukaan bawah daun dan melekat (Jumlah dan bentuk bergantung kepada spesis) dan selepas 2 minggu telur akan menetas menjadi Nim (Nymph) atau kita lebih mudah dengan panggilan 'anak belalang'. Peringkat nim ini akan menjalani peringkat apa yang dikatakan 'Bersalin kulit' beberapa kali selama 4 - 7 minggu sehingga ia menjadi Belalang Dewasa. Belalang dewasa ini adalah peringkat yang sangat aktif dengan makan pucuk muda tanaman dan merosakannya. Kebanyakan belalang adalah dikategorikan sebagai serangga perosak kepada sektor pertanian. Jangkahayat belalang bergantung kepada spesis dan persekitaran dan kecukupan makanan. 



Bagi Rama-rama (Butterfly) pula melibatkan 5 peringkat kitaran hidup (Rujuk rajah diatas) dan memang ianya amat kompleks. Rama-rama dewasa akan mengawan dan kemudian bertelur di permukaan bawah daun yang sesuai. Telur ini melekat dan akan menetas untuk menjadi Ulat (Larva) dan lazimnya peringkat ini merupakan peringkat yang sangat aktif memakan bahagian daun. Peringkat ulat ini perlu dikawal kerana jika populasinya terlalu banyak , ia mampu memusnahkan tanaman dengan teruk. Setelah beberapa hari atau minggu (bergantung kepada spesis) ia akan bertukar menjadi KEPOMPONG yang melekat pada bahagian bawah daun. Peringkat kepompong ini adalah tidak aktif dimana ulat tersebut berada dalam kelongsong sehingga ia bertukar kepada rama-rama. Setelah beberapa waktu maka rama-rama dewasa akan keluar daripada kepompong siap dengan organ lengkap sebagai rama-rama dewasa seperti Kepak, Kaki, Sesungut, Mulut, Belalai, organ pembiakan dan sebagainya. Warna rama-rama ini sama dengan induknya. Rama-rama ini akan terus terbang sebaik sahaja keluar dari kepompong. 
Begitulah hebatnya kitaran hidup serangga yang amat unik kerana melibatkan banyak peringkat dan pelbagai cara. Semuga artikel ini memberikan ilmu tambahan kepada pembaca semua. Wasallam!

KITARAN HIDUP...BERPERINGKAT2...
TELUR MENETAS... NYMPH SINGKAT...
DEWASA TERBANG... TIDAK  DEKAT...
ADA YANG LAMA...ADA SINGKAT...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
PPK Lekir, Manjung,
Perak, Malaysia.
(29 Rejab 1434H)

Tuesday, June 25, 2013

SERANGGA - JENIS KAKI SERANGGA

KAKI SERANGGA (Insects Leg) merupakan satu organ penting untuk membantu serangga berjalan, melompat dan juga fungsi lain berkaitan dengan organ kaki. Serangga juga merupakan satu komuniti yang terdapat disekeliling kita iaitu daripada yang bersaiz besar sehingga yang amat halus. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di Universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah tertutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak. Serangga ditakrifkan  sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis terbanyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod serangga masih berterusan dengan membuat kajjian dan penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan dan penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur semulajadi. Artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai struktur, jenis dan fungsi Kaki Serangga berdasarkan kepada pembacaan dari beberapa buku dan membuat rujukkan dalam lamanweb.


Rajah diatas menunjukkan marfologi kaki serangga yang terdiri daripada berbagai spesis (Rajah ini adalah contoh serangga Lipas) iaitu terdiri beberapa bahagian iaitu Bahagian Coxa, Trachanter, Femur, Fibia, Tarsus dan Claws (bagi sesetengah spesis). Apa yang saya faham , Bahagian Coxa adalah bahagian pangkal kaki serangga yang mempunyai kaitan atau pun gabungan struktur iaitu dipanggil 'sternites'. Bahagian kedua adalah dinamakan 'Trochanter' iaitu dengan mudahnya sebagai sendi yang menghubungkan antara 'coxa' dan bahagian 'femur' pada kaki serangga. Seterusnya bahagian ke 3 adalah dinamakan 'Femur' yang lazimnya berukuran agak panjang dan mempunyai organ otot kuat bagi tujuan pergerakan berlari, berjalan, melompat melahan untuk menggalu lubang pada tanah atau media lain. Bahagian yang ke 4 dinamakan sebagai 'Tibia' yang seterusnya berfungsi untuk memperkuatkan panjang kaki dalam menguatkan lagi pergerakan serangga melalui otot-otot sedia ada. Ia juga bertindak sebagai pengalas (pads) ketika kaki serangga bergerak. Bahagian ke 5 adalah dipanggil sebagai 'Tarsus' bahagian hujung yang mungkin mempunyai 1 - 5 bilangannya bergantung kepada spesis. Akhir sekali yang ke 6 adalah bahagian Kuku (Claws) bagi sesetengah spesis. Kuku berada pada bahagian paling hujung tarsus yang berfungsi untuk mencengkam atau memegang mangsa serangga. 

Kajian saintis mendapati diantara kuku pada kaki serangga terdapat satu Lapisan Pengalas (special pad) dikenali sebagai 'arolium' yang berfungsi sebagai bahan menyedut terdiri daripada banyak rerambut halus yang membantu serangga melekat kakinya pada permukaan yang licin dan rata. Bentuk kaki serangga dan warna serta fungsinya banyak variasi diantara jenis dan spesis serangga. Gambarajah di sebelah menunjukkan rupabentuk kaku Lebah Madu (Apis spp) yang merupakan organ penting untuk lebah berjalan diatas daun, bunga dan didalam haif lebah. Susunan kakinya agak simpel dengan 6 bahagian yang disebutkan diatas. Kaki lebah jika diteliti dengan teropong didapati mempunyai bulu-bulu halus pada kakinya. Dihujung kaki akan keligatan kuku yang tajam bagi kegunaan lebah melekat pada permukaan daun yang agak licin. 


Berbeza dengan Kaki Belalang (Lihat foto sebelah) ia mempunyai beberapa bentuk kaki yang berbeza. Merujuk kepada jenis belalang kegemaran saya iaitu Belalang Kunyit (Volangga nigricornis), Sepasang kaki besar dikedudukan paling belakang memang khusus untuk digunakan bagi belalang melompat ke udara. Hasil lompatan yang amat kuat ini menyebabkan belalang akan terapong keudara seterusnya mengeluarkan kepaknya dan terbang. Oleh kerana belalang adalah haiwan yang 'bergerak mendatar' (atau jenis horizontal movement) maka ia perlu melompat dahulu untuk bergerak. Sebenarnya saya amat suka tangkap serangga belalang kunyit ini zaman remaja dulu dan ambil bahagian kaki belakang ini dan digoreng dengan garam (tanpa minyak) untuk dimakan.. rasanya memang enak  sekali. Baru kini saya faham bahawa kaki belalang mengandungi banyak protin dan siapa makan akan menjadi manusia yang amat bijak dan cerdik.


Kaki Cengkerik (Foto sebelah) agak gagah jika dilihat dari segi bentuknya. Ia mempunyai beberapa kaki yang mempunyai kuku (claws) yang banyak, kukuh, kuat dan mampu mengorek tanah dengan cekap. Melihat bahagian Femur dan Fibia sahaja kita memang tidak nafikan ia mempunyai jenis kaki yang kuat (Macam iklan tangan ahli bina badan). Kakiserangga cengketik juga digunakan dalam pertahanan untuk haiwan tersebut. Pertanyaan saya kepada anda kali ini adalah, apakah makanan yang disukai oleh cengkerik?.... Mudah sahaja menjawapnya kerana kini cengkerik telah diternak oleh ramai usahawan kedai ikan untuk dijadikan makanan berprotin tinggi bagi ikan Arowana. Makanannya adalah 'pellet' makanan anak ayam atau pellet makanan ikan yang diberikan mengikut jadual. Artikel ini saya harap dapat memberikan ilmu tambahan kepada anda semua. Wasalam!

KAKI SERANGGA... BERAPA JUMLAHNYA...
CARA BERJALAN... BERGERAK CARANYA...
KAKI MELOMPAT... KUAT STRUKTURNYA...
STRUKTUR KAKI... BACA ARTIKEL SAYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room F-8-2, Glory Beach Resort,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(29 Rejab 1434H) 

Monday, June 24, 2013

SERANGGA - SUNGUT (Antennae)

SUNGUT SERANGGA (Insects Antennae) merupakan satu organ penting bagi kebanyakan serangga yang mempunyai Sesungut atau Sungut. Serangga merupakan satu komuniti yang terdapat disekeliling kehidupan kita daripada yang bersaiz sederhana besar sehingga yang amat halus. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah terutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak dalam bahasa latin. Saya perlu hafal apa dia Volangga nigricornis (Belalang kunyit), Apis cerana (Lebah keran), Oceophylla smaradgina (Kerengga)  dan banyak lagi,  Serangga ditakrifkan  sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis terbanyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod serangga masih berterusan dengan membuat kajjian dan penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan dan penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur semulajadi. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai organ hadapan serangga iaitu 'Sesungut Serangga' berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan membuat rujukkan dalam lamanweb.


Sungut Serangga adalah sepasang organ yang terletak pada bahagian paling hadapan pada kepala serangga (Lihat foto sebelah). Apa yang saya dapat perhatikan, serangga memiliki bermacam-macam jenis bentuk dan jenis sungut dimana sungut itu sama sekali bukan untuk hiasan sahaja tetapi mempunyai pelbagai fungsi. Sungut serangga itu seperti antena iaitu sejenis 'Alat Sensori' yang dapat menerima informasi dari luar. Kalau dikaji dengan teliti, sungut serangga memiliki banyak alat perasa selain untuk mencium bau ia juga boleh membantu untuk mencari makanan, pasangan serta dapat mengamati keadaan pada persekitaran. Terdapat beberapa jenis serangga seperti nyamuk jantan bahkan boleh menggunakan sungut untuk mendengar dan pelbagai lagi. Dibahagian sungut juga mempunyai sensor untuk mengesan bau dengan cekap, mengesan kelembapan, kandungan wap dalam udara dan suhu yang penting dalam membantu didalam penerbangan dan pergerakan serangga.


Marfologi sungut serangga terdiri daripada tempat melekat di kepala (Antennal soccket dan Anternal Sclerite), Pangkal Sungut (Scape), Tengah Sungut (Pedicel) dan Bahagian Hujung sungut (Flagellum). Rujuk kepada rajah sebelah menunjukkan bagaimana marfologi tersebut mengukut susunan dan kedudukan. Bahagian paling hujung yang dipanggil sebagai flagellum mempunyai banyak variasi iaitu terdiri daripada lapisan membran yang memounyai banyak 'flagelomeres' dan pada kebanyakan serangga ia boleh bergerak mengikut pergerakan bebas. Terdapat pelbagai bentuk flagelumeres bergantung kepada jenis serangga. Kumpulan kumbang dan beetle contohnya mempunyai bentuk seperti 'club' dibahagian hujung sungut.



Terdapat banyak bentuk sungut serangga yang telah dikaji oleh para saintis (Entomologist). Rajah diatas menunjukkan 11 jenis bentuk sungut serangga mengikut jenis serangga. Bentuk ARISTATE adalah bentuk dimana ia bulat dan pendek dan bentuk LAMELATE bentuknya seperti huruf 'L'. Seterusnya adalah bentuk SERRATE yang mempunyai banyak tingkat bersegi dan bentuk FLABELLATE yang sukar saya hendak terangkan. Bentuk sungut MONILIFORM pula seperti susunan bentuk bulat memanjang dan bentuk GENICULATE mudah kita jumpa pada banyak spesis belalang. Bentuk PLUMROSE agak unik seperti daun kelapa sawit dan bentuk PECTINATE seperti rajah nombor '8' dan rujuk rajah yang diatas. Bentuk SETACEOUS adalah bentuk yang biasa kita bayangkan mengenai sungut serangga yang memanjang dan tajam dihujungnya. Bentuk sungut STYLATE dan CLAVATE seperti dalam rajah diatas dipunyai oleh serangga yang berbagai jenis.  Sekian nukilan subuh ini mengenai sungut serangga untuk kita jadikan rujukan. Wasallam!

SUNGUT SERANGGA... BANYAK FUNGSI...
ADA YANG PANJANG...PENDEK SEKALI....
BERBANGAI BENTUK... UNIK BERDIRI...
BOLEH BERGERAK... ALAT SENSORI...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan
Malaysia
(30 Rejab 1434H)

Sunday, June 23, 2013

IKAN SEPAT - POTENSINYA

IKAN SEPAT (Trichogaster spp) merupakan sejenis ikan air tawar yang popular di kawasan Asia Tengara dan beberapa negara lain sebagai ikan yang dimakan dan juga untuk akuarium. Ikan Sepat merupakan dari kumpulan Ikan Gourami yang dianggap antara spesis yang kadang-kadang ada dipelihara dalam akuarium  terutama beberapa jenis seperti ikan sepat seperti sepat mutiara. Terdapat beberapa jenis ikan sepat yang saya kenal seperti jenis ikan Sepat Siam (Trigchogaster pectoralis) ,ikan  Sepat Rawa (Trichogaster tricopterus) dan ikan Sepat Mutiara (Trichogaster leeri). Spesis sepat mutiara dikatakan sebagai spesis yang sukar dipelihara untuk dimakan tetapi ada dikalangan kita ada yang berpendapat bahawa spesis itu yang tidak ada nilai komersil. Pada zaman dulu, ikan sepat ini memang banyak didapati dikawasan sawah padi tetapi sekarang ia sudah pun berkurangan atau hampir pupus kerana penggunaan banyak bahan kimia dalam sawah padi. Peranan ikan sepat dalam habitat semulajadi penting untuk kita dapat menentukan kualiti air dan nilai alam sekitar. Bagaimana pun pada masa ini terdapat beberapa pemilik akuarium yang berminat untuk memelihara ikan sepat kerana keunikannya selain semakin sukar untuk ditemui di parit, taliair sawah atau kolam yang sebelum ini menjadi habitat utama ikan sepat. Dalam saya membuat beberapa rujukkan mengenai ikan sepat diperingkat antarabangsa, dilaporkan bahawa terdapat empat jenis ikan sepat yang kenalpasti iaitu Jenis Honey Gourami (Colisa chuna), Dwarf Gourami (Colisa lalia), Pearl Gourami (Trichogaster leeri) dan Blue Gourami (Trichogaster trichopterus)Setiap spesis menampilkan sifat fizikal berlainan dan memiliki daya tarikan tersendiri kerana kini sudah ramai peminat ikan mula untuk mengumpul spesis ini yang boleh pun dianggap semakin pupus. Mungkin ramai yang tidak mengetahui memelihara ikan ini boleh dianggap mudah berbanding spesies lain. Ini kerana ia dianggap ikan lasak dan tidak memerlukan penjagaan terlalu rapi serta mudah hidup. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi dan juga khasiat ikan sepat serta teknologi mengenainya untuk rujukkan anda semua.


Kita mulakan perbincangan dengan membuat anggaran nilai harga ikan sepat untuk akuarium. Survei yang saya buat di Melaka dan Muar telah mendapati, terdapat beberapa kedai akuarium menjual ikan sepat hiasan sekitar RM 2.50 - RM5.00 seekor bergantung kepada saiz dan keunikannya. Ditanya mengenai kadar jualan dan permintaan, seorang pemilik kedai tersebut Encik Tan menyatakan, kini telah ramai peminat ikan sepat dipelihara dalam akuarium (Lihat foto akuarium sepat disebelah). Mereka membeli ikan sepat kerana ia semakin bernilai akibat kepupusannya. Pemilik Kedai tersebut menjual semua 3 jenis ikan sepat dimana katanya kesemua jenis ikan sepat ini memiliki tabiat seperti cara pemakanan, pembiakan, kesesuaian untuk pencahayaan, cara penyediaan akuarium serta tabiat renangan yang hampir sama. Katanya memang agak mudah untuk memelihara ikan sepat berbanding dengan ikan hiasan yang lain dimana ia hanya cuma memerlukan penjagaan minimum. Saya dimaklumkan yang spesis ikan ini memang suka bahan makanan ikan komersil sama ada dalam bentuk butiran atau kepingan tipis. Ikan ini disifatkan tidak terlalu memilih dalam pemilihan makanan. Ikan sepat juga mudah membiak secara bertelur dimana ia cukup selesa dengan akuarium yang gelap sedikit dengan kadar pencahayaan matahari yang agak kurang. Ikan ini bukan jenis pemangsa (Non-predator) dimana ia mesra dan sesuai dicampur dengan ikan-ikan lain. Landskap akuarium yang sesuai ialah dengan cara memasukkan tumbuhan air secara padat disusun rapi.


Ikan Sepat Kering adalah diantara satu produk dari ikan sepat yang amat popular dan diminati ramai (Lihat foto sebelah). Selain ia untuk dimakan segar (digoreng atau dibuat gulai), ikan sepat juga ada yang di buat jeruk pekasam (Ada dijual banyak di pasar Rabu, Alor Setar). Ikan sepat kering adalah bahan makanan yang disukai oleh masyarakat Malaysia dan Indonesia. Ikan sepat jenis Sepat Siam yang telah pun dikeringkan merupakan ikan sepat paling popular dan enak dimakan kerana ia mempunyai isi yang lebih tebal berbanding sepat rawa. Dalam membuat kajian dan rujukkan, saya dapati setiap 100 gram Ikan Sepat Kering didakwa mengandungi tenaga sebanyak 290 kilokalori, protein 38 gram, karbohidrat 10 gram, lemak 14 gram, kalsium 40 miligram, Posforus 100 miligram dan zat besi 1 miligram. Selain itu terdapat juga beberapa jenis vitamin walau pun sedikit. 


Dalam saya menganalisis mengenai kandungan zat permakanan ikan, ikan air tawar juga mengandungi 'protein ikan' dimana ia sangat dipengaruhi oleh kadar air dan lemaknya. Lazimnya kadar kandungan protein kolagen pada ikan jauh lebih rendah daripada daging haiwan ruminan iaitu sekitar antara 3-5 peratus dari jumlah keseluruhan protein. Ini juga yang merupakan salah satu faktor yang menyebabkan isi daging ikan akan menjadi lebih lembut atau lebih empuk yang menyebabkan daging ikan lebih mudah dicerna. Nilai cerna protein ikan sangat tinggi (lebih dari 90 persen) dimana ia juga sangat mudah dicerna oleh perut bayi. Ikan dapat digunakan sebagai sumber protein yang baik bagi bayi. Lemak ikan air tawar juga sangat sedikit kandungan kolesterol. Hal ini sangat baik untuk menjaga kesihatan. Ikan air tawar seperti ikan sepat juga mengandungi sejumlah vitamin dan mineral yang seimbang. Vitamin yang banyak terdapat pada ikan adalah jenis larut lemak (vitamin A dan D). Sementara itu kandungan bahan mineral yang lebih dominan adalah seperti unsur Kalsium, Posforan, Iodin, Besi dan Selenium. Zat-zat tersebut memang bermanafaat untuk mencegah berbagai penyakit degeneratif dan akibat kekurangan zat makanan mikro. Diharap artikel ini memberikan ilmu kepada anda semua. Wasallam!

IKAN SEPAT... IKAN TEMPATAN...
KAWASAN SAWAH... ADA IKAN...
DALAM AKUARIUM... CANTIKKAN...
SEPAT KERING... ENAK DIMAKAN...

By,
M Anem
Senior Agronomist
F-8-2, Glory Beach Resort,
Port Dickson,
Negeri Sembilan
Malaysia
(3 Syaaban 1434H) 

Saturday, June 22, 2013

ALATAN BERKEBUN (Part 3)

ALATAN BERKEBUN (Gardening tools) merupakan satu keperluan didalam kita menjalankan aktivitii berkebun sama ada berskala komersil, separuh masa atau pertanian hobi. Ramai diantara kita yang membeli peralatan berkebun untuk kegunaan sendiri sama ada ia merupakan alatan mahal, sederhana atau pun yang murah dengan pelbagai jenama dan tujuan penggunaannya. Terdapat alatan berkebun yang amat perlu dan sering digunakan manakala terdapat beberapa alatan yang yang jarang-jarang digunakan tetapi kritikal pada waktu-waktu tertentu peringkat pertumbuhan pokok. Dalam membuat pemerhatian berkaitan peralatan berkebun, saya dapati terdapat sekitar 10 alatan yang lazimnya dikategorikan sebagai perlu. Antara peralatan tersebut adalah Cangkul, Tajak, Kereta Sorong, Secateurs, Sudip Tangan, Gunting, Penggembur Tangan, Pisau Cantuman Tunas, Alat Penyiram, Alat Pencungkil Rumpai, Tong Penyembur, Penggembur Tiga Mata, Sarung Tangan, Gergaji Cantasan , Kapak, Topi dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa peralatan pertanian yang saya fikirkan perlu untuk kita mengenalinya dan faham akan kegunaannya berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pembacaan.

11. TONG PENYEMBUR (Knapsack Sprayer)
Tong Penyembur merupakan sejenis alatan pertanian yang sangat penting dalam aktiviti pertanian (Lihat foto sebelah). Alat ini merupakan satu alat yang dimestikan dibeli olh semua petani kerana fungsinya untuk mengawal rumpai, serangga dan penyakit melalui semburan bahan kimia. Komponen alatan ini terdiri daripada sistem pam, tong menyimpan cecair, pemegang, alat semburan bernozel, penutup dan tali pengendong (Knapsack). Bahan yang digunakan untuk membuat alat tong penyembur terdiri daripada bahan logam seperti tembaga, zink dan bahan plastik yang ringan. Anda boleh membaca mengenai tong penyembur racun dalam artikel sebelum ini (Sila - Klik disini). Harga satu unit alat ini bergantung kepada kualiti, bahan digunakan, kapasiti dan jenama serta negara pengeluar. Alat tong penyembur keluaran tempatan dijual dengan harga sekitar RM 80.00 - RM 120.00 satu unit bergantung kepada jenama. 


12. PENGGEMBUR TIGA MATA
Alat pennngmbur tiga mata adalah sejenis alat yang mempunyai 3 mata tajam dari bahan metal untuk kegunaan memecahkan permukaan tanah yang agak keras.  Komponen alat ini terdiri daripada bahagian pemegang yang lazimnya diperbuat daripada kayu panjang dan bahagian mata daripada logam yang kuat. Terdapat alat ini yang mempunyai 3 jejari, 4 jejari sehingga 5 jejari. Alat ini berbeza dengan cangkul kerana ia sesuai untuk menggali dilokasi dimana tanah agak keras, tanah yang melekat (seperti tanah liat) dan sebagainya (Lihat foto sebelah). Walau pun kini tidak ramai petani moden menggunakan alatan ini, namun keperluannya masih ada dan harganya juga tidak berapa mahal.


13. SARUNG TANGAN (Hand Glove)
Sarung Tangan (Hand Glove) merupakan sejenis sarung yang diperbuat daripada material kain, getah dan sebagainya dan dipakai pada tangan. Terdapat banyak jenis, rekabentuk dan kualiti sarung tangan dipasaran untuk dibeli bagi tujuan berkebun. Saya sering beli sarung tangan yang diperbuat daripada tektil seperti kapas yang selesa dipakai, murah, tahan dan mudah didapati dikedai runcit (Lihat foto sebelah). Sarung tangan ini dipakai pada tangan dengan lima jari bagi memudahkan kita memegang alatan pertanian dengan kuat. Ia melindungi tangan daripada kecederaan, kekotoran, gigitan serangga, keracunan dan sebagainya. Sepasang sarung tangan kain dijual dengan harga RM 0.80 - RM 1.20 bergantung kepada kualiti. Beberapa jenis sarung tangan untuk kebun mungkih diperbuat daripada getah (untuk membancuh racun), daripada kulit dan sebagainya.


14. GERGAJI CANTASAN (Pruning saw)
Gergaji cantasan merupakan sejenis alatan pertanian yang perlu digunakan didalam membuat cantasan pokok terutamanya dahan atau ranting yang bersaiz besar, rendah atau tinggi. Gergaji cantasan lazimnya mempunyai komponen pemegang yang yang membengkok diperbuat daripada plastik atau kayu. Komponen meta gergaji diperbuat daripada bahan logam yang memounyai mata bersilang. Mata gergaji cantasan ada dua jenis iaitu makan dua belah (tolak dan tarik) atau makan sebelah (Tarik atau tolak sahaja makan). Saya membeli satu gergaji cantasan buatan Jepun berharga RM 120.00 (Seperti foto diatas) yang amat tajam dan sering digunakan untuk memotong dahan dikebun mangga dari varieti Chok Anan (MA224) di Kg Tehel, Jasin dan kini masih berfungsi baik selepas 12 tahun dibeli. 


15. KAPAK (Axe)
Kapak merupakan sejenis alat pertanian kecil yang sering digunakan oleh pekebun terutama untuk aktiviti menebang pokok, membelah kayu dan memotong batang kayu atau dahan. Kapak mempunyai komponen daripada pemegang yang lazimnya di perbuat daripada kayu atau logam dan Bahaguan Mata Kapak yang diperbuat daripada besi tahan lasak (Lihat foto sebelah). Saiz dan rupabentuk kapak bergantung kepada penggunaannya dimana kapak untuk menebang adalah berbeza mata kapak dan panjangnya dengan jenis kapak untuk membelah kayu. Harga kapak bergantung kepada kualiti, saiz, negara pembuat dan juga kemahiran pembeli kapak. Kapak pada zaman dahulu merupakan alatan penting untuk menebang pokok bagi membuka ladang dan kebun walau pun kini ianya semakin kurang popular.


16. TOPI (Hats)
Topi untuk berkebun bukan dalam kategori alatan pertanian tetapi ia lebih kepada 'pakaian'. Topi merupakan aksesori yang dipakai dikepala oleh petani bagi pelbagai tujuan seperti mengelakan sinaran matahari yang panas, perlindungan daripada benda terjatuh kekepala ketika bertani, elakan kekotoran sisa pertanian dari jatuh kekepala dan juga sebagai satu bentuk 'fesyen' dikalangan petani. Topi pertanian yang popular dijual di Malaysua lazimya diperbuat daripada bahan daun mengkuang dan lain jenih yang selesa dipakai dan murah serta tahan lama (Lihat foto sebelah). Bagi pekerja ladang sawit, ladang sayuran yan terdedah kepada cahaya matahari, lazimnya topi pandan yang besar (hingga 0.6m garispusat) dipakai kerana ia melindungi sebahagian besar pemakainnya.  

ALATAN PERTANIAN...BANYAK JENISNYA...
PENGEMBUR TANAH... MURAH HARGANYA...
PISAU CANTUMAN... MENCANTUM GUNANYA...
ALAT MENYIRAM... BERBAGAI BENTUKNYA...

By,
M Anem 
Senior Agronomist,
Bilik Tanjung 1, Glory Beach Resort,
Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(3 Syaaban 1434H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...