Support My Blog

Tuesday, September 24, 2013

KOBIS - KOBIS MERAH


KOBIS MERAH (Brasicca oleracea var. capitata f. rubra) merupakan sejenis kobis bunga yang sering kita jumpa dijual dipasar dan dipasaraya. Saya berpeluang melihat tanaman kobis merah ini semasa melawat beberapa kebun sayur di Cameroon Highland dan Indonesia serta China beberapa kali. Ia juga dipanggil sebagai Kobis Ungu (Purple Cabbage), Red Kraut dan juga Blue Kraut. Warna ungu, merah ini sebenarnya adalah disebabkan oleh kandungan sejenis bahan Anthocyanin yang terdandung pada kobis tersebut tang baik untuk kesihatan manusia. Kobis merah kebanyakannya adalah dimakan dalam bentuk sebar dibuat salad atau Coleslaw yang enak. Warna pada bunga kobis ini banyak bergantung kepada keasidan tanah dimana jika tanah mempunyai pH rendah (tanah berasid) ia akan menghasilkan warna kemerahan sementara pada tanah neutral warna bunga kobis akan menjadi keunguan.  Teknik menanam dan menguruskan tanaman kobis merah adalah sama saha dengan tanaman kobis bunga (Baca artikel berkaitan - Klik disini). Artikel subuh yang dingin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" saya menulis sedikit info mengenai kobis merah yang jarang kita bincangkan dan ada dijual dipasaran. 


AYAM MASAK KOBIS MERAH.
Kobis merah sering digunakan untuk membuat salad namun kobis ini boleh dimakan mentah atau dimasak. Ia boleh dicampurkan dengan ayam, sosej, dan buah-buahan bagi menambah kelazatan menikmati kobis ini. Kobis merah (Brassica oleracea var. capitata f. rubra) adalah keluarga kobis yang berbentuk bulat, padat dan berwarna merah atau ungu. Berasa sedikit kelat tetapi rangup. Rasanya lebih lazat sekiranya warnanya bertambah gelap. Jika dibelah anda boleh mendapati ada warna putih berselang seli dengan warna merahnya. Itu yang membuat sayur istimewa ini kelihatan mempesonakan. Warna merah dan ungu terbentuk daripada pigmen yang di kenali sebagaianthocyonin iaitu anti-oksida dalam kelas flavonoid yang sangat baik untuk memerangi radikal bebas dalam badan. Ia dapat mengurang dan mengelakkan risiko mendapat kanser.

Kobis merah juga tidak mengandungi lemak dan bebas dari kandungan kolesterol, kaya dengan kandungan zat besi, vitamin C, riboflavin, potasium dan serat diet. Secawan kobis yang dikisar mengandungi 25 kalori. Dengan kandungan khasiatnya, kobis merah dapat melindungi kita daripada mendapat penyakit. Kobis merah mengandungi banyak vitamin, mineral dan klorofil yang larut dalam air. Oleh itu ikuti panduan bagaimana anda dapat mengurangkan kehilangan vitamin apabila anda memasak kobis merah. Sebenarnya adalah lebih bagus jika anda menikmati kobis merah ini secara mentah tanpa dimasak. Jika anda mengambilnya secara mentah pastikan kobis ini dihiris nipis atau dicincang kecil. Dengan berbuat demikian kobis akan mengeluarkan sejenis enzim myrosinase yang kemudian akan menghasilkan glucosinolates yang bertindak sebagai anti kanser.

Teknik mengukus terbukti dapat melindungi nutrien kobis daripada hilang. Memasak pula boleh membantutkan penghasilan glucosinolates, jadi jika ingin memasak kobis merah hiris sederhana tebal dan biarkan 5-10 minit sebelum dimasak. Jangan terlalu lama dimasak kerana itu akan mengurang dan menghilangkanglucosinates serta nutrien lain dalam kobis merah. Untuk memasak, panaskan periuk dengan air setinggi 2 sentimeter. Air jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan nutrien dan warnanya akan hilang dalam air. Campurkan dengan sedikit cuka atau jus limau (citrus) agar warnanya dapat dikekalkan. Wasallam!


Penanaman kobis merah di luar negara.
KOBIS MERAH... UNGU WARNANYA...
ANTHOCYANIN... BAIK GUNANYA...
HARGA TINGGI... BAYAR SAHAJA...
BUAR COLESLAW...ENAK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Parkland,
Brinchang, Cameroon Hoghland,
Pahang, Malaysia.
(26 Ogos 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...