Support My Blog

Friday, January 31, 2014

CINCAU - APA DIA

CINCAU (Jelly Dessert) merupakan satu jenis agar-agar yang sangat popular di negara kita dan beberapa negara Asia yang lain. Air Cincau adalah nama yang dikaitkan dengan sejenis minuman yang sangat popular kerana ia mengandungi khasiat tersendiri dan didakwa menyejukkan badan kita. Apakah dia dan bagaimana cincau ini disediakan dan dari bahan apa?. Aktiviti membuat cincau ini banyak dilakukan oleh usahawan kesil dan sederhana (IKS) terutama dikalangan masyarakat tionghua sebagai satu perusahaan keluarga. Tidak terdapat laporan rasmi daripada Jabatan Pertanian mengenai jumlah usahawan cincau yang ujud di Malaysia dan berapa banyak kuantiti pengeluaran dan permintaan cincau di negara kita. Bagaimana pun kini telah ramai usahawan bumiputra yang telah menjadikan produk air cincau sebagai satu perusahaan yang berjaya. Antara produk air cincau yang banyak dipasaran kini seperti jenama YEO'S, FITRAH, F&N SEASONS dan beberapa lagi.  Cincau di Malaysia kebanyakannya jenis cincau hitam yang dijual dalam bentuk bungkah atau dibungkus dalam plastik atau dalam paket pelbagai saiz dan isipadu. Penjual cincau di Pasar Tani, Pasar Malam atau Pasar Ramadan lazimnya adalah mereka yang menjual air tahu dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cincau yang selalui kita jumpa dan minum.


Sebenarnya produk cincau adalah jelly dessert yang amat popular di Asia Tenggara sebagai minuman tradisional. Ianya pada dasarnya berasal dari tumbuhan keluarga mint (Mesona chinesis) dengan mengandungi kalium karbonat. Pokok ini banyak tumbuh dikawasan seperti di Asia Tenggara dan juga banyak di negara China dan Taiwan. Cincau selalunya dimasak menjadi air minuman cincau yang dipercayai dapat menyegarkan badan ataupun dicampur dengan tepung tapioca atau agar-agar powder supaya menjadi jelly cincau. Cincau hitam merupakan bahan ramuan jenis agar-agar (Jelly) yang sangat di minati dan biasanya dicampurkan dalam minumaan cincau, Air batu campur, Lai chee kang, Sirap bandung cincau, Air soya cincau dan sebagainya. Jenis Cincau warna hitam merupakan jenis cincau yang popular berbanding dengan jenis cincau hijau. Permintaan cincau lazimnya akan meningkat pada bulan puasa atau bulan Ramadan sebagai hidangan yang menyejukan badan. 


Cincau sebenarnya pada saya tidak mempunyai rasa spesifik tetapi ianya akan menjadi penyedap minuman apabila dicampur dengan gula, santan dan susu dan sebagainya. Rasanya yang kenyal, enak, segar dan sejuk dicampur air batu sangat sesuai untuk di minum bagi membantu menghilangkan dahaga dan memang ia mengenyangkan .ngin apa saja. Cincau hitam di buat dari pati daun mint (Mesona chinensis) dimana ia biasanya boleh ditanam dan kadang-kadang ada dijual oleh mereka yang mempunyai tanaman ini. Rakyat Malaysia agak kurang kenal akan tumbuhan ini tetapi di Indonesia saya dapati memang banyak ditanam dikawasan rumah dan kebun pada tanah subur. Malahan ada juga tumbuhan ini dijual dalam bentuk kering dan di ikat-ikat untuk di jual. Bagaimana pun bahan asas membuat cincau hitam juga sudah banyak dijual paket atau dalam bentuk serbuk siap pakai. Cincau hitam yang sudah jadi juga banyak di jual di pasar tradisional, bahkan di pasar modern juga sudah banyak tersedia. Walau begitu membuat sendiri cincau hitam adalah sebuah jaminan kesehatan dari kita karena seluruh proses dan bahan bisa kita awasi dengan baik hingga cincau hitam yang dihasilkan benar-benar lezat dan sehat seperti yang kita inginkan. Teknologi membuat cincau hitam ini boleh dibuat sendiri dirumah dengan mudah jika kita mempunyai bahan dan pengetahuan yang mencukupi. Sila baca artikel untuk membuat cincau hitam dalam artikel berkaitan (Sila klik disini). Air Cincau merupakan minuman kegemaran ramai.


Sebenarnya apakah dia Khasiat Dari Tumbuhan dan produk Cincau?. Walau pun kebanyakan kita mengatakan ia sedap dan akan menyejukkan badan, tetapi secara ilmiah banyak khasiat lain diperolehi daripada cincau. Lazimnya cincau akan menurunkan panas dalam dan ia juga mencegah gangguan sistem pencernaan (mudah kita buang air besar). Cincau juga mampu untuk mengatasi masaalah perut kembung dan yang paling seronok dikatakan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan kadar kolesterol. Selain itu katanya cincau mengatasi masaalah sakit perut (diare) dan mengurangkan masaalah batuk dan mengelakkan sembelit dan paling menakjubkan ia didakwa sebagai bahan antikanser. Daripada kajian makmal mendapati tumbuhan cincau ini mengandung zat sejenis karbohidrat yang mampu menyerap air sehingga daunnya menjadi padat. Apabila segenggam daun cincau diramas-ramas dengan airmaka akan keluar bahan seperti cincau berupa agar-agar seperti dijual dipasaran. Sila kenali pokok cincau atau Jelly Grass. Wasallam!


NAMA 'CINCAU'...APA MAKSUDNYA...
GRASS JELLY...LEBIH DI TERIMA...
RAMUAN MINUMAN...HITAMNYA...
KENYANG...HILANGKAN DAHAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pantai Klebang, Melaka,
Malaysia,
(14 RabiulAwal 1435H)
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...