Support My Blog

Sunday, January 5, 2014

GARISPANDUAN MYGAP - SEKTOR TERNAKAN

1. PENGENALAN
a) Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) 

Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) mula diperkenalkan pada tahun 2003. Skim ini adalah berlandaskan konsep ternakan yang sihat dan diurus dengan amalan yang baik bagi penghasilan ternakan yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. Kriteria untuk mendapatkan pengiktirafan SALT adalah berasaskan Amalan Pertanian Baik (APB @ GAP) dan Amalan penternakan Baik (GAHP) MS 2027:2006 yang merangkumi program pengurusan kesihatan ternakan, program biosekuriti, program sanitari dan fitosanitari dan program pengurusan sisa ladang dan pencemaran. SALT dilaksanakan sebagai usaha untuk mewujudkan piawaian
amalan sanitari ladang ternakan yang bertaraf antarabangsa. 


b) Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP) 
MyGAP merupakan penjenamaan semula bagi Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) bagi sektor ternakan.


2. FAEDAH PENSIJILAN
Penternak 

  • Ladang tenakan mendapat khidmat nasihat dan kawal selia berterusan daripada DVS.
  • Pengiktirafan yang diterima menjadi petunjuk kepda tahap pengurusan dan system penternakan berkualiti yang diamalkan.
  • Ternakan dan hasilan keluaran ladang diperakui selamatdan berkualiti, bebas daripada penyakit.
  • Ternakan dan hasilan keluaran ladang mereka diiktiraf dan mempunyai peluang daya saing yang lebih tinggi dari segi pemasaran dan peluang pasaran untuk tempatan dan luar negara. 
  • Proses permohonan dan kelulusan dokumen eksport (permit dan Sijil Kesihatan Veterinar) adalah lebih mudah dan cepat.
  • Ladang yang mempunyai kelebihan untuk mengeksport.
Masyarakat
  • Pengamalan sistem penternakan yang baik dapat membantu dalam usaha mengawal pencemaranpersekitaran serta menjamin kesejahteraan dan keselesaan masyarakat setempat.
  • Hasil ladang yang dikeluarkan lebih terjamin kepada pengguna di mana kepentingan dan kesihatan pengguna dilindungi. 
  • Pengamalan sistem yang baik memberi sumbangan yang ketara ke arah pencapaian taraf bebas penyakit serta peningkatan kualiti ternakan dan kesihatan awam.

3. TAKRIFAN

 Ladang - Sebuah kawasan yang telah dikenalpasti  yang mempunyai kemudahan bangunan atau sebahagian daripada kemudahan bangunan yang berfungsi untuk menjalankansatu atau lebih daripada aktiviti di bawah:

Ladang Pembiakan Baka - Sebuah ladang yang menghasilkan telur bernas atau anak baka untuk pengeluaranbaka.

Perusahaan Sarang Burung Walit - Sebuah bangunan menternak burung walit untuk hasilan penuaian sarang burung walit. 


Unggas - adalah ayam, itik, angsa, ayam piru,
burung merpati, burung unta, burung puyuh pada semua peringkat umur dan jantina.

Juruaudit - Pegawai pemeriksa veterinari DVS yang
berkebolehan secara teknikal dan dilantik secara rasmi oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar berkenaan Skim
Pensijilan MyGAP amnya dan khususnya mengenai sistem penternakan.

Ladang Baka - Sebuah ladang yang menghasilkan telur
bernas atau anak baka untuk pengeluaran unggas penelur, unggas pedaging atau anak, penelur, ladang tenusu atau ladang pedaging.


Arahan Tindakan Pembetulan (Corrective Action Request
- CAR)-
Ketidakakuran yang didokumenkan oleh juruaudit an memerlukan tindakan pembetulan yang memuaskan oleh pihak yang diaudit dalam tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.


Keselamatan Makanan - Memastikan tiada residu antibiotic, agen penyakit zoonotic seperti virus dan bakteria, kebersihan pada semua peringkat penyediaaan makanan serta bebas bahan kimia dan logam. Risiko agen penyakit yang mungkin dihadapi perlu diberi perhatian.

Program Kepastian Kualiti (Quality Assurance Programme - QAP) -  Program Kepastian Kualiti ladang yang mendokumentasikan elemen MyGAP, iaitu merangkumi program pengurusan: 
i. Kesihatan ternakan
ii. Biosekuriti ladang
iii. Premis
iv. Penggunaan ubat-ubatan
v. Sisa ladang dan pencemaran
vi. Kebajikan haiwan



4. KRITERIA PERMOHONAN
Pelaksanaan skim pensijilan ini adalah berdasarkan Good Animal Husbandry Practice (GAHP) yang merangkumi kriteria berikut:

Program Kesihatan Ternakan
i. Program ini memastikan ternakan sihat dan program kesihatan ternakan dikawal selia.
ii. Penyakit wajib lapor yang disyaki berlaku pada ternakan di ladang wajib dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 
iii. Program kesihatan ternakan termasuk program vaksinasi, program nyahcacing dan program saringan penyakit.

Program Biosekuriti
Pengusaha ladang perlu mewujudkan program biosekuriti untuk mencegah kemasukan agen pembawa penyakit ke
dalam ladang. Contoh; ladang hendaklah mempunyai
pagar dan kawalan terhadap pekerja dan pelawat ladang.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Premis dan Infrastruktur
i. Susun atur ladang yang sesuai dan infrastruktur yang  menyokong implementasi biosekuriti.
ii. Lokasi premis di kawasan yang tidak mudah banjir.
iii. Menyediakan bangunan dan kemudahan yang sesuai dengan operasi yang dijalankan.
iv. Menyediakan peralatan yang sesuai. 


Penggunaan Ubat-ubatan
Penggunaan ubat-ubatan mestilah terkawal, mengikut
arahan pengilang atau preskripsi doktor veterinar. Ini bagi
mengelakkan terdapat residu ubat-ubatan veterinari dalam
rantaian makanan.

Program Pengurusan Sisa Ladang dan Pencemaran
Pengusaha ladang perlu memastikan langkah-langkah
diambil untuk memastikan aktiviti-aktiviti penternakan tidak
mencemar persekitaran (air, tanah, udara).


5. PROSEDUR PERMOHONAN
Borang permohonan MyGAP, AP/DVS/MyGAP No. 1, yang
dikenali sebagai Borang Permohonan Skim Pensijilan
DVS/MyGAP boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat
Perkhidmatan Veterinar Malaysia atau Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Negeri atau muat turun daripada
Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
http://www.dvs.gov.my.
Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan borang
permohonan tersebut dengan menyertakan bersama
Manual Program Amalan Penternakan Baik (GAHP).
Permohonan boleh dihantar kepada Bahagian Diagnostik
dan Kepastian Kualiti. Penerimaan permohonan akan
dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon perlu sertakan Manual Program Good Animal Husbandry Practice (GAHP), sebagai suatu dokumentasi program kepastian kualiti ladang perlu mengandungi maklumat-maklumat berikut:

i. Profil ladang, termasuk maklumat lokasi dan pelan-pelan yang berkaitan.
ii. Infrastruktur dan kemudahan ladang.
iii. Sumber ladang; sumber ternakan dan pemakanan dan minuman ternakan.
iv. Protokol program pengurusan biosekuriti ladang.
v. Protokol program kesihatan ternakan.
vi. Protokol penggunaan ubat-ubatan dan bahan kimia.
vii. Protokol program pengurusan sisa ladang dan  pencemaran. 
viii. Protokol program kawalan makhluk perosak.
ix. Rekod-rekod yang berkaitan.



6. KADAR CAJ PERKHIDMATAN
Sebarang bayaran tidak dikenakan untuk perkhidmatan dan
pensijilan MyGAP. Walau bagaimanapun, kerajaan mempunyai hak untuk mengenakan bayaran yang relevan dan berpatutan ke atas semua jenis perkhidmatan yang dibekalkan, jika perlu.


7. KRITERIA PENILAIAN
Keperluan umum bagi pensijilan MyGAP adalah memenuhi Amalan Penternakan Baik (GAHP). Amalan Pertanian Baik (APB @ GAP) untuk ladang ternakan adalah berpandukan skop Amalan Penternakan Baik (GAHP). Aspek-aspek penilaian yang akan diberi tumpuan dalam  pemeriksaan untuk tujuan pensijilan MyGAP adalah pelaksanaan GAP iaitu GAHP dan mengikut MS 2027:2006 Good Animal Husbandry Practice (GAHP). Skop Amalan Penternakan Baik meliputi aspek aktiviti penternakan seperti berikut:

  • Memilih Tapak
  • Jarak dan kawasan: Jarak ladang dan perumahan yangbersesuaian mengikut jenis ternakan agar tidak mengganggu gugat ketenteraman awam tertakluk kepada peruntukan perundangan semasa (e.g enakmen negeri).
  • Membina Infrastruktur Ladang
  • Mempunyai infrastruktur yang lengkap dan berasingan seperti setor makanan, setor ubatan, setor peralatan.
  • Kawasan pemeliharaan ternakan dibina berasingan dari kawasan bukan pengeluaran. Pagar dibina memisahkan antara keduanya dsb.
  • Menguruskan Sumber dan Input Ladang

Pemohon perlu mengurus sumber dan input seperti berikut:

i. Mengurus Kakitangan
Pekerja dipastikan mempunyai tahap kesihatan yang baik sepanjang masa. Pemeriksaan kesihatan pekerja perlu diaturkan secara berkala.

ii. Kebajikan Pekerja
Tempat tinggal pekerja dibina berasingan daripada kawasan pengeluaran.

iii. Mengurus Sumber Ternakan
Perolehan ternakan hendaklah daripada ladang atau sumber yang mendapat pensijilan Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau yang mengamalkan prosedur pengurusan yang diperakui bersamaan dengan syarat pensijilan.

iv. Mengurus Makanan Ternakan
Bekalan makanan diperolehi daripada sumber yang  mengamalkan Amalan Pembuatan Baik atau amalan yang diperakukan bersamaan dengannya oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Makanan disimpan di tempat yang bersih, kering, dan mempunyai pengudaraan yang baik dengan kaedah yang betul, serta kalis makhluk perosak.

v. Mengurus Air Minuman
Air minuman perlulah daripada sumber yang bersih dan selamat untuk diminum. Jika perlu dirawat, hendaklah menggunakan bahan yang diluluskan oleh kerajaan.

vi. Mengurus Peralatan dan Kenderaan
Peralatan hendaklah diselenggara dengan baik sepanjang masa. Amalan meminjam peralatan dari ladang lain perlu dielakkan.


vii. Mengurus Reban dan Kandang
Pengudaraan reban dipantau dari semasa ke semasa. Suhu dan kelembapan dari semua bahagian reban ditetapkan pada paras yang sesuai dengan umur dan peringkat pengeluaran ternakan dan sekata sepanjang masa.

viii. Mengendali Ternakan dan Hasil Ternakan
Ternakan dan hasil ditangkap dan diangkut dengan cara yang betul supaya ternakan dan hasilan tidak stres, cedera atau rosak.

ix. Pengenalan Ternakan
Ladang mempunyai sistem pengenalan ternakan yang baik.

x. Mengurus Rekod
Rekod ladang yang lengkap dan dikemaskini disimpan dan diselenggara dengan baik.

  • Mengurus Sanitasi Ladang
Kebersihan persekitaran ladang dan premis hendaklah
sentiasa dijaga. Rumput dan tumbuhan di dalam kawasan
ladang perlu diselenggara dengan baik supaya tidak
menjadi tempat menggalak pembiakan makhluk perosak.

  • Mengurus Sisa Ladang
Sisa ladang termasuk ternakan yang mati dilupuskan
dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah
pencemaran dan gangguan kepada persekitaran serta
punca penyakit.

  • Mengurus Pencemaran
Pihak ladang perlu pengurusan ladang dengan baik
dengan isu-isu pencemaran seperti berikut:

i. Pencemaran Lalat
Program kawalan lalat perlu diwujudkan dan dilaksanakan dengan betul.

ii. Pencemaran Bau
Pastikan aktiviti perladangan tidak menyebabkan masalah bau yang mengganggu kesejahteraan persekitaran.

iii. Pencemaran Habuk
Pastikan udara yang disedut keluar daripada reban (reban tertutup) tidak mencemarkan udara dan memudaratkan kawasan persekitaran.

iv. Pencemaran Bunyi
Pastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan tidak
mengganggu kesejahteraan awam di sekitarnya. 


  • Pengurusan Air Buangan Sisa Ladang
Ladang hendaklah mempunyai sistem olahan air buangan
sisa ladang yang berkesan. Air buangan sisa ladang yang
mengandungi pepejal tidak dilepas terus ke dalam sistem
perparitan.

  • Penggunaan Vaksin, Ubat dan Bahan Kimia
Pihak ladang perlu mengamalkan penggunaan vaksin, ubat
dan bahan kimia seperti berikut:

i. Menggunakan Vaksin
Program vaksinasi secara bertulis perlu disediakan dan dilaksanakan dengan betul. Jenis vaksin yang digunakan hendaklah bersesuaiandengan keperluan (spesis, jenis dan umur) ternakan.

ii. Menggunakan Ubat dan Bahan Kimia
Penggunaan, pengendalian dan penyimpanan ubat, bahan kimia dan racun perlu mengikut kaedahyang betul. Hanya ubat, bahan kimia dan racunyang diluluskan oleh kerajaan sahaja bolehdigunakan.


  • Mengurus Biosekuriti dan Kesihatan Ladang
i. Kesihatan dan Kawalan Penyakit
Status penyakit di ladang perlu dipantau secara berjadual. Rekod pemantauan disimpan lengkap, teratur dan dikemaskini. Dokumen bertulis berkenaan program kesihatan perlu disediakan dan dilaksanakan dengan betul.

ii. Biosekutiri Ladang
Prasarana biosekuriti yang lengkap disediakan. Prasarana dibina sempurna, diselenggara baik dan dipastikan berfungsi dengan berkesan.

iii. Program Nyahkuman
Reban dan peralatan perlu dinyahkuman dengan sempurna selepas setiap kali menggunakan bahan kimia dengan kaedah yang betul.



8. PROSES PENSIJILAN
Proses untuk pensijilan dan perakuan melibatkan beberapa
proses kerja, bermula dengan permohonan oleh ladang,
proses penilaian permohonan, pemeriksaan ladang dan
verifikasi amalan, penilaian oleh jawatankuasa teknikal dan
perakuan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Skim
Pensijilan DVS dan seterusnya penganugerahan pensijilan.
Bagi menyertai Skim Pensijilan MyGAP, pengusaha
dikehendaki menyediakan dokumen bertulis amalan
penternakan yang dilaksanakan.

Jawatankuasa Teknikal Skim Pensijilan DVS  - Peranan Jawatankuasa ini adalah menilai dan mengsyorkan kepada Jawatankuasa Penganugerahan

Skim Pensijilan DVS. Jawatankuasa Penganugerahan Skim Pensijilan DVS Peranan jawatankuasa ini memberikan pertimbangan ataukeputusan setelah menerima dan menilai laporan daripada Jawatankuasa Teknikal Skim Pensijilan DVS.

9. AUDIT
9.1 Audit Dokumen (Adequacy Audit)
Audit Dokumen dilaksanakan ke atas borang permohonan
yang diterima bagi memastikan isi kandungan dan
dokumen sokongan bagi setiap butiran di dalam borang
permohonan mematuhi syarat / keperluan minima MyGAP
dengan menggunakan senarai semak audit dokumen.

9.2  Audit Pematuhan (Compliance Audit)
Audit pematuhan merangkumi audit dokumen; QAP audit lapangan dan audit susulan. Tarikh audit akan dipersetujui bersama di antara juruaudit dan pemohon. Kegagalan pemohon mempersetujui tarikh audit pematuhan dalam tempoh sebulan akan menyebabkan permohonan terbatal dengan sendirinya.

Apabila audit pematuhan dijalankan dan tiada ketidakakuran (CAR) dikeluarkan oleh juruaudit, maka ketua audit akan menyediakan dan membentangkan laporan kepada Jawatankuasa Teknikal Penganugerahan Skim Pensijilan Jabatanuntuk pertimbangan.

Sekiranya terdapat ketidakpatuhan semasa audit dijalankan, CAR akan dikeluarkan. Tindakan pembetulan perlu dilakukan dalam tempoh yang dipersetujui oleh pihak ladang dengan pemeriksa. Jika perlu, audit susulan akan dijalankan bagi mengesahkan semua ketidakpatuhan telah diambil tindakan pembetulan oleh pemohon.

Kegagalan pemohon mengambil tindakan pembetulan ke atas ketidakpatuhan dalam tempohenam (6) bulan dari tarikh CAR dikeluarkan akan menyebabkan permohonan dibatalkan. Apabila dianugerahkan logo MyGAP, pemohon akan diberi surat pemberitahuan kelulusan, nombor
Establishment MyGAP dan syarat-syarat yang mesti
dipatuhi.

Audit Pemantauan (Surveillance Audit)
Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan menjalankan audit
pemantauan secara berkala untuk memastikan premis yang
telah dianugerahkan Sijil MyGAP mengekalkan kriteria
pensijilan dan pelaksanaan elemen GMP. Kekerapan
pengauditan juga bergantung pada keperluan semasa.

Audit Pemeriksaan Semula (Review Audit) 
Audit pemeriksaan semula dijalankan setahun sekali bagi
memperbaharui sijil MyGAP yang sah laku hanya setahun.
Audit pemeriksaan semula juga dilakukan jika terdapat
perubahan-perubahan seperti berikut:
i. Penambahan aktiviti ladang selepas dianugerahkan sijil MyGAP.
ii. Perubahan teknologi penternakan.
iii. Perubahan pihak pengurusan.
iv. Perubahan alamat ladang.
Sekiranya terdapat ketidakpatuhan semasa audit dijalankan, CAR akan dikeluarkan. Tindakan pembetulan perlu dilakukan. Jika perlu, audit susulan akan dijalankan bagi mengesahkan semua ketidakpatuhan telah diambil tindakan pembetulan oleh pemohon. Kegagalan pemohon mengambil tindakan pembetulan ke atas ketidakpatuhan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh CAR dikeluarkan akan menyebabkan pembaharuan sijil dibatalkan. 



10. TEMPOH SAH LAKU
Tempoh sah laku sijil MyGAP adalah sehingga 31hb. Disember tahun semasa.


11. PEMBAHARUAN
Pembaharui sijil dijalankan pada setiap tahun. Pembaharui
sijil juga dilakukan jika terdapat perubahan-perubahan
seperti penambahan aktiviti ladang selepas dianugerahkan
sijil MyGAP, perubahan teknologi penternakan, perubahan
pihak pengurusan dan perubahan alamat ladang. Audit pemeriksaan semula dijalankan bagi memperbaharui sijil. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan semasa audit dijalankan, CAR akan dikeluarkan. Tindakan pembetulan perlu dilakukan. Jika perlu, audit susulan akan dijalankan bagi mengesahkan semua ketidakpatuhan telah diambil tindakan pembetulan oleh pemohon. Apabila CAR diambil tindakan pembetulan, juruaudit akan menyediakan laporan dan mendapat pembaharui sijil pada tahun berikutnya. Sekiranya tiada CAR, juruaudit akan menyediakan laporan dan mendapat pembaharui sijil pada tahun berikutnya.


12. PEMBATALAN SIJIL
Penganugerahan logo boleh dibatalkan dalam keadaan 
seperti berikut :

Tiada tindakan susulan terhadap ketidakpatuhan (major) yang dikenalpasti semasa pemeriksaan pemantauan (surveillance audit) dan pemeriksaan semula (review audit). 
Perubahan lokasi premis operasi selain daripada yang didaftarkan ketika penganugerahan. Perubahan dalam pengurusan syarikat yang dibuat tanpa pengetahuan pihak DVS. Perubahan dalam sistem operasi berbanding dengan sistem yang telah diluluskan ketika penganugerahan. Penarikan diri daripada program secara sukarela.

 
13. PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi pihak kami di alamat yang tertera di bawah:-

Urus Setia
Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Tingkat 2, Blok Podium 1A,
Lot 4G1, Wisma Tani, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03 - 8870 2022
No. Faksimili : 03 - 8888 5755
www.dvs.gov.my

Sekian untuk paparan megenai garispanduan permohonan Sijik My GAP untuk makluman semua. Wasallam!.


SIJIL SALT...DOPOHON SEGERA...
BORANG DIISI..UNTUK DIPERIKSA..
PEGAWAI JPV...LAWAT SENTIASA...
SUDAH LULUS... BOLEH BERNIAGA...

Sumber rujukkan: Lamanweb Kementerian Pertanian Malaysia

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Prsekutuan,
Malaysia
(1 RabiulAwal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...