KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, April 30, 2014

IKAN KETUTU - BERNILAI TINGGI


IKAN KETUTU dan juga jenis IKAN HARUAN atau lebih dikenali sebagai 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup didalam air tawar. Satu lagi jenis ikan haruan Besar atau Giant Snakehead (Chana micropeltes) yang juga dipanggil sebagai Giant Mudfish adalah dari kumpulan yang sama. Ikan Toman (Chana melanostoma) juga dari kumpulan ikan haruan yang mudah kita jumpa didalam tasek, sungai, taliair dan kawasan sawah padi. Saya dan rakan dulu memang suka mengail ikan haruan di Sungai Parit Bengkok depan rumah atau di Kawasan Sawah Ring di Muar, Johor. Kami mengail dimana-mana paya atau lubuk ikan di sekitar kampong semasa muda dahulu bersama rakan-rakan sekampong. Mengail ikan haruan memang sangat menyeronokkan kerana daya tarikan atau sentapan yang kuat pada ikan haruan sungguh hebat!. Jarang-jarang kita semasa memancing ikan haruan yang terlepas semula, ini kerana ikan haruan akan makan habis umpan yang digunakan. Subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" info megenai beberapa testmoni khas iaitu mengenai ikan haruan yang kini mempunyai nilai tinggi dan dipostkan daripada Republic Checzoslavakia semasa lawatan bersama keluarga selama 14 hari.

Setiap kali mendengar nama ikan ketutu atau Ikan Betutu atau Ikan Hantu atau 'Snake Head Fish' pasti ada di kalangan kita telah mencuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut. Mungkin ada antara anak muda kini yang langsung tidak mengetahui kewujudan ikan itu yang nama saintifiknya ialah marbled goby (Sila lihat foto sebelah). Pada saya ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat. Namun begitu di sebalik bentuk fizikalnya yang 'menggerunkan', ketutu merupakan salah satu ikan ternakan yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran. Menyedari perkara ini, Aquaculture Technology Sdn. Bhd. di Melaka mengambil inisiatif menternak ikan ketutu dan sejak beroperasi tiga tahun lalu, syarikat tersebut tersenarai sebagai salah satu syarikat yang mempunyai kolam ternakan ikan ketutu terbesar di negeri ini.

Memiliki sebanyak tujuh buah kolam utama yang terletak di Tiang Dua, Jasin di sini, Aquaculture Technology merupakan anak angkat kepada Jabatan Perikanan negeri telah menternak lebih daripada 1,000 ekor ikan tersebut. Pengusahanya, Encik Ng Swee Lui berkata sejak bergiat dalam ternakan ikan ketutu, perusahaan tersebut terbukti mendapat permintaan tinggi bukan sahaja untuk pasaran dalam negara malah luar negara. Setakat ini ikan ketutu ternakannya sudah berjaya menembusi pasaran Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun dan beberapa negara Eropah. Dia memulakan bidang ternakan ini sejak tiga tahun lalu dan di kawasan ini sahaja mengandungi tujuh buah kolam yang dibina dengan perbelanjaan sendiri berjumlah RM1.2 juta. Syarikat  ini telah memiliki 30 buah kolam ternakan ikan ketutu dan beberapa jenis ikan hiasan di sekitar Alor Gajah. Baru-baru ini pihaknya menerima permintaan dari luar negara yang mengharapkan bekalan sebanyak empat tan ketutu sebulan, namun malangnya pihaknya hanya mampu membekalkan dua tan sebulan.

Dakwa pemilik syarikat, ikan ketutu senang diternak kerana sifat semula jadinya yang 'pendiam' pada waktu siang namun aktif pada waktu malam. Ikan ini mampu untuk membesar sehingga 50 centimeter dan mencapai berat sehingga dua kilogram dalam masa dua tahun. Ikan ketutu boleh mula dijual selepas ia mencapai usia setahun dan harga pasarannya kini untuk setiap kilogram adalah sekitar RM80 hingga RM95. Kalau sudah dihidangkan direstoran, ia biasa dijual pada harga mencecah RM120 sekilogram dan kulitnya yang kehitaman serta berwarna sedikit coklat amat enak bagi masakan stim. Ia menjadi makanan utama bagi mereka yang menggemari makanan laut dan sehingga kini ikan ketutu mempunyai pasaran yang tinggi jika dijual di restoran makanan laut," katanya. Menceritakan pengalamannya sepanjang menternak ikan ketutu Swee Lui berkata, selain memerlukan modal yang tinggi, ikan berkenaan juga tidak terlepas daripada masalah seperti serangan penyakit. Jika ada sesiapa yang berminat, perlu mendalami pengetahuan mengenai ikan ini sebelum memulakan ternakan. Bukan mudah untuk menternak spesies ikan ini dan masalah yang besar ialah apabila ikan diserang penyakit. Dia banyak belajar daripada kesilapan sebelum berada pada tahap.


IKAN KETUTU...UNIK BENTUKNYA...
DALAM KOLAM ...IA DIAM SAHAJA...
BILA MALAM... AKTIF GERAKNYA...
DIJUAL MAHAL... APA RAHSHIANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Olomuc Medical Faculty,
Olomuc University,
779-11, Olomuc,
Republic Checzoslavakia.
(8 JamadilAkhir1435H)
Posted on 1 May 2014

HIDROPONIK - APA DIA?

HIDROPONIK (Hydroponic) adalah satu kaedah penanaman tumbuhan yang tidak menggunakan tanah tetapi hanya menggunakan sir dan baja larutan. Sementara itu hidroponik tulin pula adalah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah yang diganti dengan air sebagai media pertumbuhan. Terdapat beberapa tekologi berkaitan mengenai hidroponik seperti Hidroponik Takung, Hidroponik Tertutup, Hidroponik Kolam dan sebagainya. Penanaman sayuran secara hidroponik merupakan satu teknologi paling lazim dilakukan termasuk dikawasan perbandaran dan rumah pangsa bertingkat-tingkat yang tiada ruang tanah. Teknologi hidroponik juga dikaitkan dengan 'vertical technology' yang kini semakin popular dinegara maju. Selain daripada ia mudah diuruskan, jadual pengeluaran dan kawalan kualiti dapat dipenohi dengan jaminan kualiti. Walau pun kos pembangunan infra untuk projek hidroponik yang berskala komersil dan besar, namun ia masih signifikan untuk dibuat. Saya pernah berpeluang melawat bagaimana projek hidroponik yang berskala komersil dibuat di Beijing, Seoul dan Singapura dan terus membekalan bahan makanan terutama sayur daun kepada penduduk tempatan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa dia hidroponik untuk dijadikan bacaan dan rujukan dan dipostkan daripada Olomuc City, Czez Republic. 

Teknologi Hidroponik tulin ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman sayuran yang biasanya menggunakan tanah. Lazimnya sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti keadaan tanah bertoksik, dikawasan padang pasir dan kawasan rumah pangsa yang sempit. Lazimnya juga sayur-sayuran yang ditanam akan cepat tumbuh dan mampu mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi mengikut jadual. Hasilnya juga bersih daripada kekotoran tanah dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak. Amalan agronomi tanaman berbeza dimana kita tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul tanah. Penggunaan air dan baja selalunya adalah terkawal dan efisien. Ramai mengatakan pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi (Kerana ia kecil dan produktiviti penghasilan boleh dimanipulate kiraannya).

Kaedah Sistem Pengaliran Nutrien (NFT) dalam hidroponik lazimnya memerlukan pam air bagi menggerakan larutan nutrient daripada tangki ke palung tempat dibuat penanaman dan kembali semula ke tangki. Larutan nutrien akan digerakan dari tangki kepada palung tempat penanaman bertujuan untuk membekalkan air dan nutrient kepada pokok disamping menambah bekalan oksijen kepada larutan nutrient. Contoh system ini ialah NFT, DFT dan Raceway. Alatan asas yang diperlukan seperti pam air untuk aknarium ikan, tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). Kita juga perlukan tangki untuk larutan nutrien, tenaga elektrik dan Palong atau pasu plastik kecil (jika perlu)Kaedah ini lebih sesuai digunakan untuk sayuran jenis berbuah kerana memerlukan jangka masa yang panjang dalam sistem hidroponik dari tanam hingga menuai. Pemilihan bahan dan sistek perlu di lakukan sebelum memulakan penanaman.

Bagi Sistem Takung Statik dimana kaedah hidroponik yang tidak memerlukan pam air kerana larutan nutrient kekal statik pada takung tempat penanaman. Bagi sistem takung punca peralatan yang diperlukan adalah seperti takung tanaman, penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik) dan juga pasu plastik kecil (jika perlu). Teknologi ini adalah amat sesuai untuk sayuran daun kerana memerlukan jangka masa yang lebih singkat untuk matang berbanding sayur buah.

Sistem Takung Dinamik (Bubbler Hydroponic) pula pada asasnya sama dengan dengan system takung statik dimana bezanya adalah cuma ada tambahan bubbler. Alatan bubbler ini akan dimasukan kedalam takung bertujuan menggerakan larutan baja bagi menambah bekalan oksijen. Pump akuarium dengan batu bubbler diperlukan bagi sistem ini. Walau pun teknik ini agak kurang dibuat oleh kita, sebenarnya ia sangat sesuai untuk sayuran buah dan sayuran daun dalam takung statik bersaiz besar (Sila lihat foto sebelah). Begitukan pengenalan asas mengenai apa dia hidroponik yang dapat dikongsikan pada kali ini. Teknologi ini semakin moden jika ianya dilakukan pada skala komersil termasuk teknologi NFT untuk menanam salad dan lain-lain sayur daun.

Dikawasan taman istana di Prague, Czec Republic.
HIDROPONIK... TANAM TANAH TIADA...
GUNAKAN AIR...DAN LARUTAN BAJA...
SENANG TANAM....MUDAH DIJAGA...
HASIL BERSIH... KOS TINGGIU MULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 4, Pension Moravia Apartment,
Dvofakova 37, 770-10,
Olomuc, Republic Checzoslavakia.
(28 Jamadilawal 1435H)
30 April 2014

Tuesday, April 29, 2014

MADU LEBH AKASIA TERBAIK?

MADU LEBAH AKASIA kini telah mula dikenali ramai sebagai jenis madu lebah yang terbaik diantara beberapa jenis madu lebah tempatan dan impot. Benarkah dakwaan ini?. Pokok Akasia (Acacia mangium) merupakan sejenis tumbuhan jenis saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mencecah 30 meter. Pokok ini mempunyai banyak cabang dengan daun kecil berwarna hijau. Pokok akasia lazimnya ditanam untuk mendapatkan kayu balak bagi pelbagai kegunaan. Antara lokasi penanaman hutan akasia adalah di Johor (Sempadan Mersing-Kota Tinggi) dan beberapa lokasi lain. Lazimnya masa memuncak keluar bunga pokok akasia dilaporkan terjadi bulan Julai di lokasi Semenanjung Malaysia, Januari di Sabah, Oktober hingga November di Taiwan dan September di Thailand. Pokok akasia akan berbunga setelah daun mekar dan benih dapat dituai iaitu sekitar 24 bulan setelah penanaman.  Bunga dari pokok akasia yang banyak dikeluarkan amat sesuai untuk dikunjungi oleh lebah untuk mengambil Nektar dan Debunga sebagai makanan dan disimpan didalam haif. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai madu lebah akasia untuk bacaan dan rujukkan.

Semasa kita hendak membeli produk madu, ujud persoalan iaitu apakah Jenis Madu Terbaik Untuk Dibeli?. Beberapa persoalan yang kita sering bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan seperti madu yang mana kita nak dibeli?, Madu mana yang terbaik?, Brand apa yang patut dibeli?, Apa perbezaan madu asli dan madu mentah?, Adakah madu asli atau madu mentah lebih baik?, Di mana boleh dapatkan madu berkualiti tinggi?, Adakah madu tempatan atau import yang lebih baik? dan Nektar debunga mana yang lebih baik?. Berdasarkan persoalan di atas, mari kita kenal serba ringkas tentang madu terbaik untuk dimiliki oleh setiap rumah di Malaysia. Pada saya Madu Acacia sebagai pilihan terbaik untuk anda. Madu pada asasnya adalah terhasil dari 2 aspek utama iaitu nektar debunga dan jenis lebah. Nektar debunga terdapat dalam dua bentuk iaitu bermusim dan sepanjang tahun (tidak bermusim). Sedarkah kita 90% madu yang dihasilkan termasuk madu Tualang adalah dari nektar debunga bermusim. Nektar debunga sepanjang tahun adalah seperti nektar dari pokok Acacia yang terdapat banyak di Johor dan Sabah. Nektar debunga sepanjang tahun dapat menghasilkan dan menjamin kualiti dan kuantiti madu yang baik dan terbukti dari segi saintifik.

Telah ada kajian membuktikan bahawa madu akasia adalah jenis Madu TerbaikMenurut kajian oleh Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida di USA telah menyatakan bahawa madu lebah dari pokok Acacia mangium disahkan mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin. Antaranya seperti seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Madu akasia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink. Madu Acacia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin, antaranya B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisi bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu Acacia amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Madu ini kini dijual diseluruh dunia dengan pelbagai jenama dan cara untuk pembungkusan produk (Sila lihat foto sebelah). Walau pun harganya agak lebih tinggi daripada produk madu dari tumbuhan lain, pengguna tetap memilih produk madu daripada pokok akasia terutama yang dihasilkan dari kawasan pergunungan Himalaya. 

Beberapa testimoni mengenai kehebatan madu lebah akasia telah ditulis oleh saintis dan pakar perubatan. Berikut adalah rumusan antara penyakit-penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pemakanan madu lebah daripada pokok Acacia mangium untuk rujukan. Penyakit yang dapat dirawat seperti semput (Athma), masaalah haid tidak teratur, penyakit resdung,  Alahan, Jerawat, Rambut gugur,  Barah, Letih dan cepat Lesu, sakit kepala, Buasir, Lendir kahak, Sakit pinggang, Batuk kering, Lemah jantung, Sakit sendi, Batuk, Sakit mata, Sukar untuk tidur, Darah tinggi, Selalu Pening dan juga masaalah Gastrik. Madu Acacia Mangium juga memiliki pelbagai jenis khasiat-khasiat seperti untuk menambahkan stamina, Menjadi sumber tenaga, Meningkatkan metabolisme tubuh, Mengandungi agen antioksidan yang tinggi, Melancarkan peredaran darah, Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, Melancarkan sistem perkumuhan dan juga sistem pencernaan, Meningkatkan semangat seksual dan tenaga batin, Mengubati luka dan juga Menjadikan kulit lebih licin dan halus. Antara keunikan lain bagi madu Acacia Mangium ini adalah dimana ia juga mempunyai rasa yang sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam berbagai resipi masakan. Selain disukai oleh orang dewasa didapati ia juga sangat digemari oleh kanak-kanak. Terkini adalah kenyataan bahawa madu lebah akasia boleh dijadikan pengganti manisan gula bagi pesakit diabetes. Wallahualam!...
MADU AKASIA...AMAT HEBATNYA... 
MADU TERBAIK...MAHAL HARGANYA...
PERMINTAAN TINGGI...SATU DUNIA...
KENALKAN ANDA... KEASLIANNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
30A-30B, DAVIDS Apartment,
18600, Praha 8, Karlin,
Prague,
Republic Chec.
(14 Jamadilakhir 1435H)
29 April 2014.

Monday, April 28, 2014

TIKUMIN - MENYEDIA UMPAN

TIKUMIN 1000 adalah sejenis nama dagangan bagi racun tikus yang dikeluarkan oleh ACM (Agriculture Chemical of Malaysia).  Racun ini amat popular dikalang pesawah padi di Malaysia sebagai sejenis racun yang berkesan untuk mengawal tikus sawah. Kandunag bahan aktif racun ini adalah Warfarin 1% dijual dalam bentuk umpan (Bait concentrate). Ramai dikalangan petani selain pesawah seperti pemilik ladang kelapa sawit menggunakan racun tikus ini untuk mengurangkan populasi serangan tikus diladang kelapa sawit. Buah kelapa sawit yang hampir masak sering dirosakkan oleh tikus jika tidak dikawal dengan baik. Racun ini lazimnya dibungkus dalam saiz bungkusan 1 kilogram atau 25 kg dimana ia menyasarkan jualan kepada pekebun kecil dan juga estet-estet yang luas. Ia diluluskan pendaftarannya dengan nombor rujukkan LRMP R1/0025 yang ada ditulis pada label. Gambar diatas menunjukkan cara pembungkusan racun Tikumin 1000 iaitu mempunyai warna bungusan Kuning Kunyit dan ada gambar tikus tergolek berwarna hitam ditengah-tengahnya.  Pada saya perkataan 'TIKUMIN' mungkin membawa erti sebagai Tikus (Tiku) dan Meninggal (mati - Min) agar petani mudah ingat dan suka membelinya.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara-cara untuk menyediakan umpan dengan racun Tikumin 1000 dan bagaimana kita menggunakannya.


Dalam lamanweb ACM yang saya baca dan penerangan oleh pihak penjual, terdapat teknik bagaimana cara untuk penyediaan 100 unit umpan bagi diberikan kepada tikus dalam mengawalnya. Bagi menyediakan UMPAN TIKUS antara caranya adalah dengan mencampurkan satu bahagian TIKUMIN® 1000 dengan 38 bahagian bahan yang sesuai untuk membuat umpan. Antara bahan untuk membuat umpan umpamanya jagung hancur, ikan hancur, beras hancur dan lain-lainnya. Cara menyediakan umpan yang berikut adalah sebahagian panduan untuk membuat umpat tikus. Bahan Lilin sebanyak 16 bahagian (Sekita berat - 800 g) digaul dengan Ikan hancur atau debu udang iaitu 4 bahagian (200 g), Jagung hancur atau beras hancur iaitu 14 bahagian (700 g), Minyak makan (minyak kacang atau minyak kelapa) iaitu 4 bahagian (200 g) dan paling penting adalah Racun TIKUMIN ® 1000 iaitu sebanyak 1 bahagian (Sebanyak 50 g). Gaul sehingga sebati dan rata sehingga ianya manjadi satu jenis makanan yang amat disukai oleh sang Tikus (Rattus sp.). Letakkan umpan tersebut dimana ia menjadi laluan utama tikus atau dilokasi dimana terdapat lubang sarang tikus di kawasan kebun atau sawah padi. 


Bagi menyediakan umpan untuk haiwan Tupai (Callosiurus sp) perlukan cara yang berlainan sedikit dengan menyediakan umpn untuk tikus. Lazimnya Umpan Tupai dibuat dengan mencampurkan dengan sempurna TIKUMIN® 1000 sebanyak 1 bahagian (50 g) dengan bahan Kacang goreng atau jagung goreng sebanyak 36 bahagian (1.8 kg). Ia juga sebaiknya dicampur dengan minyak makan atau minyak masak (umpananya minyak kacang atau minyak Kelapa) sebanyak 2 bahagian (100 g). Gaul kesemuanya sehingga sebati dan sesuai digunakan sebagai umpan untuk tupai. Mungkin ramai kurag tahu mengenai teknologi ini iaitu menyediakan umpan untuk mengawak musuh tupai. Seterusnya kita boleh masukkan umpan ke dalam tabung buluh atau dalam tin dan kemudian ia di gantung pada pokok buah-buahan iaitu di tempat setinggi 1-2 meter yang terdapat banyak tupai. Tupai yang menghidu atau lalu dikawasan umpan lazimnya akan memakan umpan dan tidak lama kemudian akan mencari air kehausan. Setelah terkena air lazimnya warfarin yang terkandung dalam umpan akan bertindak dan membunuh tupai tersebut. Kesian.... sejenis haiwan yang comel melompat-lompat diberi umpan Tikumin 1000. Wasallam!



MEMBUAT UMPAN...ADA CARA...
KITA BELAJAR... BLOG UTAMA...
UMPAN TIKUS...LAIN BAHANNYA..
UMPAN TIKUS...PELIK BUNYINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Apartment 10, Karlovo Namesti,
Praha, Republic Chec.

(24 JamadilAkhir 1435H)

Sunday, April 27, 2014

SEMALU - APA HEBATNYA

POKOK SEMALU (Mimosa pudica L.) adalah sejenis tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat ramai terutama kanak-kanak kerana keunikan daun kupuannya untuk kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh. Daun yang kuncup ini akan kembali terbuka selepas beberapa minit kemudian. Tumbuhan ini adakah dalam kategori rumpai yang sangat tidak disukai oleh petani dan juga tukang kebun sekolah. Dipercayai ia adalah tumbuhan tempatan yang natif atau berasal dari Brazil tetapi kini menjadi rumpai tropika yang perlu dikawal dan dimusnahkan. Nama lain bagi tumbuhan dari keluarga Leguminnosae ini adalah seperti Malu-malu, Puteri malu, Kembang gajah, Rumput rimau, Memalu, Keman dan juga Duri keman. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Tumbuhan yang renek ini mempunyai batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Batang yang berwarna hijau semasa muda akan menjadi coklat gelap kehijauan apabila menjadi tua. Semalu mempunyai dahan yang halus, bercabang dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya semalu adalah jenis pinat (bi-pinnately) dengan satu atau dua pasang pinnae dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri (Sila lihat foto dibawah). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan semalu untuk menambah pengetahuan anda semua. 


Pokok Semalu dianggap sebagai tumbuhan rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya atau akar yang tertinggak dalam tanah mampu tumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Cara terbaik bagi kita hendak menghapuskan Semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.. Pokok semalu merupakan tumbuhan yang hidup meliar di tepi jalan, kawasan terbiar dan padang. Semalu lebih menggemari kawasan yang agak terdedah kepada sinaran matahari. Pokok terkenal kerana keunikannya tersendiri iaitu daun yang akan menguncup jika disentuh atau terkena sesuatu objek. Semalu berbatang agak liat dan mempunyai duri tajam yang berbentuk seperti cangkuk.


Bunga semalu adalah sangat cantik dengan warna pink keunguan atau putih yang terang. Bunga yang berukuran 2-3 cm garispusat ini mempunyai banyak stamen dan didebungakan oleh agen pendebungaan. Apabila telah berlaku proses pendebungaan maka akan menjadi buah Semalu. Buah semalu yang berwarna coklat kehitaman mampu 'meletup' dan mencampakkan bijinya sejauh mungkin apabila cukup matang. Buah semalu juga mempunyai kulit yang berduri atau bercangkuk dan akan melekap pada kain untuk disebarkan kekawasan lain. Semalu adalah tumbuhan rumpai yang 'tidak malu' kerana mempunyai kadar pembiakan yang cepat disatu-satu kawasan. Akarnya yang kuat dan dalam menyukarkan kawalan secara manual kerana akar atau rizom yang tertinggal akan hidup dengan mudah. Jika kita potong dengan mesin rumput jika sia-sia.


Pokok semalu walau pun merupakan rumpai yang dibiarkan, ada laporan bahawa ia boleh digunakan sebahai ubatan untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj wanita iaitu khususnya selepas bersalin atau haid. Batang pokok semalu bersekali dengan akarnya direbus bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Semasa merebus pastikan asam keping mengembang dan biarkan airnya menjadi suam. Air rebusan ini bagus digunakan sebagai mandian bukannya air minuman. Semalu juga dapat merawat masalah cekang kaki atau tangan yang pecah-pecah akibat dimakan air. Beberapa batang pokok semalu bersama akarnya dicampurkan dengan sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat. Sapukan pada bahagian yang ingin dirawat. Pokok semalu juga dapat mengubati bengkak, luka dan bisul. Caranya ialah dengan menumbuk daun semalu bersama kunyit dan kerak nasi. Tampalkan pada bahagian yang ada sakit. Akar semalu boleh merawat sakit buah pinggang, sebagai pelawas kencing, sakit perut, senggugut, malaria, asma, tonik, keputihan dan kusta. Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak, batuk dan demam. Batang dan daun pokok semalu yang ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang berbisa boleh meredakan kesakitan akibat bias daripada gigitan tersebut. Walau apa pun kaedah lain membuat arawatan adalah berjumpa dengan doktor perubatan. Wasallam.


NAMA SEMALU... UNIK DAUNNYA...
BATANG BERDURI...TAJAMNYA...
BUNGA CANTIK...ADA GUNANYA...
BANYAK KHASIAT...BERANI CUBA...

Ditulis oleh,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 113, Hotel Rose Merah,
Jalan Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(29 Jamadilawal 1435H
Posted on 28 April 2104.
From Orague, Czec Republic
Family Spring Europe Tour 2014.

Saturday, April 26, 2014

MADU LEBAH - APA DIA

MADU LEBAH (Honey Bee) merupakan satu manisan yang ramai diantara kita pernah dengar, kenal atau biasa untuk mengambilnya sebagai makanan berkhasiat. Madu Lebah sebenarnya adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh serangga lebah madu diambil daripada banyak nektar pada bunga. Proses penukaran nektar bunga kepada madu lebah yang disimpan dalam kom lebah memerlukan masa agak lama. Madu lebah mengikut saintis merupakan makanan yang disimpan oleh koloni lebah sebagai 'stok simpanan makanan' untuk koloninya. Ia akan dikumpul dengan banyak pada musim bunga sebaliknya akan diambil sebagai bahan makanan semasa musim tidak banyak bunga atau tiada bunga. Kepelbagaian madu lebah terhasil daripada lebah madu (Dari genus Apis) dimana di Malaysia ada tiga (4) kumpulan  iaitu Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Tualang (Apis dorsata), Lebah Impot (Apis mellifera) dan Lebah Kelulut (Trigona spp). Kebanyakan jenis lebah ini adalah spesis lebah yang boleh diternak kecuali Lebah Tualang. Bergantung kepada jenis bunga dan persekitarannya, saya yang pernah aktif dalam industri perlebahan negara telah mendapati kualiti madu bergantung kepada jenis bunga dikunjungi. Madu dari kawasan kelapa berbeza dari segi warna, aroma dan kualiti dengan madu dari kawasan pokok gelam dan kawasan ladang nenas. Begitu juga dengan madu dari kawasan pokok Rumput Israel (Asystasia gigantica) dan juga kawasan kebun buah-buahan. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa dia madu lebah dan beberapa info berguna untuk bacaan dan rujukkan anda.


Terdapat banyak jenis madu dipasaran masa kini dengan pelbagai jenama dan negara pengeluar. Kebanyakan rakyat Malaysia masih kurang kenal akan kualiti madu yang dijual sama ada ia MADU ASLI atau MADU TITUAN. Laporan daripada pakar perlebahan menyatakan lebih 60% madu yang dijual dipasaran adalah PALSU atau MADU TIRUAN. Benarkah kenyataan ini?. Kita tahu industri lebah madu di Malaysia masih ditahap belum maju dan jarang-jarang kita dapat melihat usahawan madu berskala besar dinegara kita. Tahap pengeluaran madu lebah sekitar kurang daripada 2.5 mt setahun sedangkan yang dijual dipasar berganda banyaknya. Dari manakah penjual madu mendapat bekalannya?. Kini pengeluaran madu lebah semakin berkurangan kerana proses pembangunan dan masaalah jerebu yang menganggu penghasilan dan pengeluaran lebah madu.


Sering juga berkisar dikepla kita apa Madu Terbaik Untuk Dibeli?. Ketika kita keruangan pameran produk madu di pasaraya, terdapat banyak jenama dan pilihan untuk kita memilih produk madu. Kita perlu membaca dan membelek setiap produk  madu dan kita sering bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan seperti (1) Madu yang mana kita nak dibeli? (2) Madu mana yang terbaik? (3)Brand apa yang patut dibeli? (4) Apa perbezaan madu asli dan madu mentah? (5) Adakah madu asli atau madu mentah lebih baik? (6) Di mana boleh dapatkan madu berkualiti tinggi? (7) Adakah madu tempatan atau import yang lebih baik? (8) Nektar debunga mana yang lebih baik?. Lama-lama kita hanya akan terpikat untuk membeli madu lebah yang mempunyai bungkusan atau pakcaging yang menarik dan kelihatan cantik dimata kita. Berdasarkan persoalan di atas kita boleh kenal serba ringkas tentang madu terbaik untuk dimiliki oleh setiap rumah di Malaysia.


Madu Lebah terhasil dari 2 aspek utama iaitu nektar debunga dan jenis lebah. Nektar debunga terdapat dalam dua bentuk iaitu bermusim dan sepanjang tahun (tidak bermusim). Sedarkah kita 90% bahawa madu lebah yang dihasilkan termasuk madu Tualang adalah dari nektar debunga bermusim. Permasalahan di sini ialah madu tidak dapat dihasilkan secara konsiten dan kualitinya juga tidak konsisten berikutan hasil debunga-debunga yang berlainan. Oleh sebab yang demikian, banyak madu yang dijual dipasaran tidak mempunyai dan mempamerkan nutrisi lengkap serta mempunyai tarikh luput akibat campuran bahan lain yang boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia. Nektar debunga sepanjang tahun adalah seperti nektar dari pokok Acacia (Acacia mangium) yang terdapat banyak di Johor dan Sabah. Nektar debunga sepanjang tahun dapat menghasilkan dan menjamin kualiti dan kuantiti madu yang baik dan terbukti dari segi saintifik seperti yang terkandung dalam ebook Rahsia Madu Acacia. Jenis lebah juga mempengaruhi kualiti madu terutama sekali pada jumlah kandungan air di dalam madu. Lebah terbaik adalah dari jenis Apis Mellifera yang bermaksud ‘Lebah Pemburu Madu’. Lebah spesis bersaiz 10mm ke 20mm ini terbukti unggul dan produktif dalam menghasilkan madu yang berkualiti dan berupayaan menghasilkan madu yang mempunyai kadar air (moisture) yang rendah iaitu sekitar 17-20%. Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.


Madu Lebah mendapat rasa manis daripada kandungan bahan fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengangula kasar. Bahan ini juga mempunyai sifat kimia yang menarik dan sesuai untuk pembuatan roti dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.  Laporan menunjukkan kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya. Namun kadangkala madu mengandungi bakteria seperti Clostridium botulinum yang dilaporkan merbahaya kepada bayi. Bakteria ini boleh menukarkan bakteria yang menghasilkan racun dalam perut bayi seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian. Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak beribu tahun dulu. Ia sering digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran, kitab suci agama Islam serta sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit.  


Khasiat madu lebah memang banyak diperkatakan semanjak dulukala. Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria. Ini kerana ketika lebah menyimpan madu dalam perut, akan terhasil satu protein digelar defensin-1 yang bertindak membunuh bakteria. Ia mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia seperti iodin. Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin. Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat. Di dalam Al Quran telah tertulis madu lebah memang boleh menyembuh pelbagai penyakit. Kini terdapat beberapa cara mudah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu madu itu tulen atau tidak. Pengguna dinasihatkan membeli madu daripada pembekal madu yang boleh dipercayai sahaja agar tidak tertipu. Wasallam!

MADU ASLI ... PERLU DIBELIA...
LIHAT JENAMA...SEMAK KUALITI...
MENYEMBUH PENYAKIT...PASTI...
AMALKAN SELALU..LAMBAT MATI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Ternakan Lebah,
Buit Katil, Melaka,
Malaysia.
(16 JamadilAkhir ) 

Friday, April 25, 2014

SIPUTOX®

SIPUTOX® merupakan sejenis racun kimia untuk mengawal siput yang dikeluarkan oleh Syarikat Agricultural Chemical of Malaysia Sdn Bhd yang berpengkalan di Seberang Perai, Pulai Pinang dengan lamanweb www.agrichem.com.my/‎. Saya mula mengenali racun ini ketika menjalankan kerja-kerja aktiviti pengembangan dibanyak kawasan projek tanaman sayuran di Johor dan Melaka. Racun ini merupakan antara pilihan terbaik petani untuk mengawal jenis siput (Moluska) dalam kebun terutama diperingkat menyemai tanaman. Daripada rujukkan dengan ACM saya dapati racun ini dijual dengan Nama Dagangan sebagai SIPUTOX®. Saya fikir nama ini dipilih berasaskan kepada nama 'Siput' itu sendiri dan di tambah debgan 'OX' yang bermaksud 'pasti mati - X'. Membaca label menyatakan bahawa jenis Bahan Aktif yang digunakan dalam formulasi adalah Metaldehyde 5% w/w. Bentuk produk dalam bungkusan adalan dalam Formulasi Butir (Granules). Kajian dipasaran mendapati racun ini mempunyai beberapa saiz Pembungkusan iaitu Bungkusan 500 g, 2 kg, 4 kg, 5 kg dan paling banyak adalah Bungkusan 25 kg. Pengguna memang mempunyai pilihan sendiri untuk membeli saiz bungkusan racun ini mengikut keperluan. Bungkusan berwarna putih krim dengan ada gambar siput sedang berjalan dilengkapkan dengan label arahan mengguna yang lengkap (Sila lihat fotoo diatas). Siputox diluluskan dengan No. Pendaftaran sebagai LRMP.R1/0002. SIPUTOX® ialah racun yang digunakan untuk mengawal Lintah Bulan dan Siput Babi. Racun ini akan bertindak dengan berkesan melalui saluran perut bagi mengawal Lintah Bulan dan Siput Babi yeng sentiasa menyerang tanam-tanaman kawasan rumah, sayur-sayuran, dusun dan tanaman ladang seperti jadual di bawah. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai racun SIPUTOX® keluaran ACM untuk jadi bahan bacaan dan rujukan anda.


SIPUT BABI (Achatina fulica) merupakan sejenis haiwan dari kumpulan siput didalam keluarga Achatininae yang mudah kita jumpa dikawasan kebun dan keliling rumah yang ada tumbuh-tumbuhan. Siput ini merupakan siput diatas tanah atau atas daratan walau pun banyak kumpulan siput lain yang hidup didalam air serta mempunyai organ seperti hidupan lain didalam air (Sila baca artikel saya mengenai siput - Sila klik disini). Terdapat 4 spesis siput babi yang direkodkan dalam wikepedia iaitu A. fulica hamillei, A. fulica rodafzi, A. fulica sinistrosa dan A. fulica umbilicata. Siput babi bergerak perlahan menggunakan perutnya yang mengandungi otot-otot khusus dan mengeluarkan lendir untuk mengembang dan mengecut sehingga mampu bergerak, melekat pada dahan atau bahagian bawah daun. Terdapat sepasang sesungut atau kelihatannya macam mata pada hujung sesungut yang boleh memanjang dan memendekkannya dibahagian kepala (Lihat foto sebelah). Keseluruhan bahan lembut badan, kepala perut dan ekor boleh masuk kedalam cengkerang apabila siput babi terancam atau untuk pertahanan diri. Siput ini akan berada didalam cengkerang beberapa lama sehingga ia rasa selamat dan akan keluar. Siput babi adalah sejenis haiwan herbivore yang makan banyak jenis bahagian tumbuhan seperti daun, buah dan sayur-sayuran terutama dibahagian lembut seperti pucuk dan daun muda. Siput ini juga dilaporkan makan tanah, pasir, batu-batuan dan juga tulang atau konkrit untuk pembentukan cengkerang yang keras. Bagaimana pun siput jarang-jarang dijumpai memakan cengkerang siput lain. Keupayaan cara permakanan siput menyebabkan haiwan ini mampu membiak dengan banyak jika mempunyai sumber makanan yang banyak. Sifatnya yang memang kuat makan menyebabkan siput babi di kategorikan sebagai HAIWAN PEROSAK dalan sektor pertanian. Kawasan tanaman seperti sayur-sayuran dan pucuk buah-buahan yang rendak atau anak benih yang baru ditanam memang disukai oleh siput. Serangan selalunya berlaku pada malam hari dimana cuaca sejuk dan tiada sinaran matahari.

Racun SIPUTOX® merupakan satu pilihan kepada petani untuk mengawal jenis-jenis siput dalam kawasan kebun. Penulis mendapati cara aplikasi racun dalam mengawal Perosak tersebut mengikut dos berbeza-beza bagi sehektar untuk Sayur-sayuran, Tanaman Ladang dan juga Tapak Semaian. Syor bagi kawalan untuk jenis perosak Lintah  Bulan (Mariaella dussumieri) adalah dengan kadar sebanyak 4 gram sepokok atau jika dikira menyeluruh adalah sebanyak 25 kg sehektar. Cara mengguna dengan menabur pada lewat petang racun Siputox terutamanya di atas tanah basah, iaitu selepas menyiram, lepas hujan atau pengairan. Jenis siput ini suka keadaan tanah yang lembab untuk ia bergerak mencari makan. Sementara itu bagi mengawal Siput Babi (Achatina fulica) kawalan dengan menabur 10 gram sepokok dimana ia perlu ditabur di sekeliling pokok dan kawasan tanaman untuk mencegah perosak daripada masuk ke dalam kawasan tanaman. Lazimnya siput ini sangat aktif pada waktu malam dan akan makan bahagian daun dan pucuk tanaman yang lembut. Apabila siput makan SIPUTOX® ini ia akan mati beberapa lama kemudian dan tidak lagi merosakan tanaman kita (Sila lihat foto disebelah). Racun Siputox juga praktikal digunakan bagi mengawal beberapa jenis moluska lain dalam kebun.

Perosak yang kini menjadi masaalah kepada ramai pesawah adalah serangan oleh Siput Gondang Emas (Pomacea canaliculata) yang mampu merosakan tanaman padi dengan serius (Sila lihat foto sebelah). Siput ini perlu dikawal melalui pelbagai kaedah sesuai bagi membasmi agar ia tidak terus merebak dan merosakan tanaman padi. Racun SIPUTOX® mampu mengawal siput jenis ini dengan kadar penggunaan sebanyal 6kg sehektar. Aplikasi ini sesuai dibuat dengan kadar 6 kg sehektar apabila terdapat populasi siput gondang emas tinggi disawah iaitu sebanyak 8 ekor atau lebih pada keluasan 1 meterpersegi (1m2). Bagaimana pun kadar penggunaan racun ini hanya pada kadar 4.5 kg sehektar jika populasi siput gondang emas kurang dari 8 ekor bilangan populasinya pada 1 meterpersegi. Racun ini menjadi pilihan ramai petani yang mempunyai midal mencukupi untuk membelinya dimana-mana kedai pertanian diseluruh negara. Mengenai harga.. tanya kepada peruncit ditempat anda. Wasallam!.

NAMA SIPUTOX®...ACM KELUARNYA...
MENGAWAL SIPUT... ADA CARANYA...
AMAT BERKESAN...BETUL GUNANYA...
MUDAH DIBELI.. IKUT ATURANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Sayur Komersial Bt 19,
Sengkang, Bukit Gambir,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(25 JamadilAkhir 1435H)

Thursday, April 24, 2014

PADAN® - RACUN SERANGGA

PADAN® adalah sejenis racun serangga yang sering digunakan oleh petani didalam mengawal serangga perosak keluaran Agricultural Chemical of Malaysia (ACM) Sdn Bhd. Rujukan penulus dengan ACM mendapati racun serangga ini dijpasarkan dengan jenama dagangan sebagai PADAN®. Saya kurang pasti bagaimana syarikat memberikan nama ini dalam kamus Dewan Bahasa perkataan 'padan' bermaksud sesuai dengan situasi atau keadaan. Racun ini didapati mengandungi bahan perawis (active ingredient) dinamakan sebagai Cartap hydrochloride 50% w/w (atau sebenarnya adalah Cartap Hydrochloride 50% Soluble Powder - Sila rujuk rajah dibawah). Ia mempunyai formulasi dalam bentuk Serbuk Bancuh (Wettable powder). Dipasaran lazimnya cara pembungkusan dipasaran adalah 500g satu unit kampit. Semakan mendapati racun ini didaftarkan dengan pihak berkuasa dengan nombor Pendaftaran : LRMP.R1/0338. Sebenarnya racun PADAN® ialah racun serangga daripada kumpulan dithiocarbamate yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut. Racun ini sering digunakan dalam kawasan sawah padi untuk mengawal beberapa serangga seperti benah, ulat ratus dan ulat gulong didalam sawah padi. Artikel malam ini saya meulis dalam 'Anim Agro Technology" mengenai sejenis racun kimia yang sering digunakan dikawasan sawah padi iaitu Racun  PADAN® untuk rujukan anda.

Racun  PADAN® merupakan sejenis racun kimia yang mengawal serangan Serangga Perosak terutama digunakan dalam kawasan sawah padi. Keperluan atau Kadar Racun Isi Padu Semburan Sehektar sebanyak 10 Liter Air Sehektar. Laporan Jabatan Pertanian, MADA , KADA dan Projek BLS menunjukkan tanaman padi sering diseranga seperti serangan oleh Padi Bena Perang (Nilaparvata lugens), Bena Hijau (Nephotettix virescens) dan juga Bena Belakang Putih (Sogatella furcifera). Serangga lain menyerang padi adalah Ulat Ratus (Spodoptera litura) dan Ulat Gulung Daun (Cnaphalocrocis medinalis) dimana cara kawalan adalah dengan membubuh sebanyak 36g bagi 10 liter air atau pun kadar 1kg sehektar. Kadar Isipadu semburan sehektar adalah sebanyak  280 liter. Bagaimana pun kadar kawalan bagi serangga perosak Nyamuk Bonjol (Orseolia oryzae) dan juga Ulat Pengorek Batang (Scirpophaga incertulas) kadar racun digunakan adalah sebanyak 46g bagi 10 liter air atau sebanyak 1.28kg sehektar. Kadar Isipadu Semburan sebanyak 280 liter sehektar.



Racun  PADAN® ini memang dikeluarkan  oleh Agricultural Chemicals (M) Sdn. Bhd. beralamat di 962, Lorong Perusahaan 8, Taman Perindustrian Perai, 13600 Perai, Pulau Pinang, Malaysia. Ia boleh dihubungi pada talian talipon 604-390 7988 . Antara pencirian mengenai racun ini dikatakan iaitu berbentuk tepong kehijauan, Berbau (Characteristic odour), Larut dalam air (Soluble in water), Melting Point (Technical) adalah  179 - 181°C dan menyebabkan korosif pada logam seperti besi, tembaga dan zink (Corrosive Properties : Corrodes iron, copper and zinc). Racun ini adalah merbahaya jika tersedut (Harmful by inhalation) dan Toksik jika termakan (Toxic if swallowed). Ia juga boleh menyebabkan gangguan pada mata (Irritating to eyes and skin) dan boleh menyebabkan kesan lama kepada hidupan air (May cause long term adverse effects in the aquatic environment). Menyentuh aspek KESTABILAN dan juga TINDAKBALAS dilaporkan racun ini tidak boleh didedahkan kepada panas matahari, suhu tinggi dan kelembapan tinggi. Ia juga kurang sesuai dalam keadaan bahan alkali atau agen oksidasi. Akibat dekomposisi maka racun ini akan mengeluarkan bahan  seperti Nitrogen oxides, sulphur oxides dan carbon oxides. Bagaimana pun ia adalah stabil pada keadaan simpanan biasa. Pengguna racun ini perlu mematuhi arahan menyembur, menyimpan dan aktiviti lain meracun serangga mengikut SOP. Kadar penggunaan dan penyimpanan mesti mengikuti arahan yang ditulis pada label. Racun PADAN ini mudah didapati daripada kedai pertanian dengan harga yang berpatutan.

 RACUN PADAN... KAWAL SERANGGA...
TANAMNAN PADI...SASARAN UTAMA...
BUNGKUS KUNING...DEBU BENTUKNYA...
KAWAL SERANGGA.. NAIK HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik CASCO, SIRIM Berhad,
Shah Alam,
Selangor.
(23 JamadilAkhir 1435H)



THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...