Support My Blog

Thursday, July 31, 2014

DAUN UBIKAYU - KHASIATNYA

DAUN UBI KAYU (Manihot esculenta) merupakan komponen yang ada pada tanaman ubi kayu selain daripada umbisinya dan bahagian batangnya. Daun Ubi Kayu sering diambil bahagian pucuknya yang lembut untuk dijadikan sayuran yang hebat dan enak dimakan. Dari segir sejarah, pokokk ubi kayu ini pertama kali dikenal di Amerika Selatan kemudian telah dikembangkan pada masa prasejarah di Brazil dan Paraguay. Penanaman cara moden ubi kayu dari spesis yang telah dipilih daripada beberapa varieti yang sesuai. Daripdada beberapa banyak jenis pokok ubi kayu akhirnya jenis Manihot esculenta yang sesuai ditanam dan dimenafaatkan oleh manusia daripada beberapa varieti terpilih. Di Malaysia antara varieti yang lazim ditanam adalah Black Twig, White Twig, Varieti Medan, Varieti Pontian, Ubi Pulut dan beberapa lagi.  Pengeluaran ubi kayu di Malaysia sekitar 25.8 metrik tan setahun dari kawasan seluas 2,970 hektar tahun 2013 dengan produktiviti sebanyak 24 - 28 mt sehektar. Kawasan utama penanaman ubi kayu terletak di Johor, Selangor, Pahang dan juga Perak. Pengeluaran ubi kayu dunia sekitar 184 juta metrik tan setahun dimana lebih 66% dihasilkan di Asia dan sebahagian lagi dari Afrika. Penanaman ubikayu di usahakan kerana ia sangat mudah tumbuh dalam mana-mana jenis tanah asalkan mempunyai sistem saliran baik. Pembiakan dan penanaman mudah dengan menggunakan KERATAN BATANG daripada pokok induk yang sihat dan cukup matang. Dimasa dahulu ubi kayu merupakan makanan utama dan masih diamalkan dibeberapa negara di Asia dan di Afrika. Tanaman ini diusahakan dan dijadikan sumber karbohiderat yang penting dinegara tertentu. Bukan hanya umbsinya yang memiliki rasa khas namun daun ubi kayu pun boleh dijadikan sayuran yang sangat lazat. Artikel petang cuti Nuzul Quran ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat dan kegunaan daun ubi kayu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Memetik pucuk daun ubi memerlukan juga kemahiran dimana hanya daun ubi yang sesuai boleh diambil. Ada yang mengatakan agar tidak petik daun Ubi Gajah kerana ia mengandungi banyak cyanide yang agak merbahaya kepada manusia jika dimakan dengan berlebihan. Rasa pahit pada daun ubi menunjukkan kandungan bahan tersebut pada daun ubi adalah agak tinggi. Penduduk kampong lazimnya hanya memilih daun ubi pulut yang lembut dan enak untuk dimasak (Sila lihat foto sebelah). Lazimnya pada musim hujan ramai tidak menoreh dan pokok ubi akan banyak menghasilkan pucuk baru yang lembut. Lagi kerap kita memetik pucuk ubi kayu akan keluar banyak tunas dan dahan baru untuk dikutip. Bagaimana pun kini tidak susah untuk membeli pucuk daun ubi kerana ia ada dijual dipasar, pasar malam, pasar tani malahan ada juga dijual di pasaraya. Sebagai contoh di Pasar Malam Bukit BAru, Melaka seikat daun ubi cuma dijual RM0.50 sahaja bagi ikatan kecil dan RM1.00 bagi ikatan standard. 

Makan ubi dan pucuk daun ubi ini sesekali memang amat menyeronokkan. Beberapa khasiat pucuk daun ubi jarang dibincangkan secara umum. Bagaimana pun keenakan sayur lemak, urap ubi kayu, pecel dan juga kerabu yang menggunakan pucuk ubi kayu memang tidak dapat di nyatakan (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya pucuk daun ubi yang dipetik sendiri dibelakang rumah adalah terbaik kerana ia masih segar dan kalau beli murah harganya. Khasiat sayuran ini bukan lagi untuk orang kampong sahaja tetapi ia telah juga dihidangkan direstoran-restoran ternama, hotel malahan dalam jamuan keramaian. Ia merupakan sumber zat asasi penting untuk keperluan manusia. Kandungan proteinnya yang tinggi yang boleh disetarakan dengan karbohidrat membolehkan ia sumber makanan berkhasiat untuk diambil. Saya membuat beberapa rujukkan dan akhirnya mendapat info mengenai khasiat daun ubikayu daripada negara jiran. Walau pun tidak dinyatakan amaun kandungan nutrisi secara khusus, laporan tersebut menyatakan kandungan daun ubi terdiri dari Vitamin A, Vitamin B17, Vitamin C, Kalsium, Kalori, Fosforan, Protein, Lemak, dan zat besi. Jumlah kandungannya yang banyaknya membolehkan daun ubi kayu memiliki banyak manfaat buat kesihatan manusia.

Antara khasiat daun ubi kayu kerana kandungan serat yang tinggi dimana ia sesuai untuk sistem perkumuhan dan penghadaman dalam perut. Keujudan bahan serat ini juga membolehkan pengambilan daun ubi sesuai untuk mereka yang menghadapi masaalah buang air besar. Khasiat daun ubi didakwa mampu mengatasi reumatik. Cara gunanya adalah dengan melumatkan daun ubi kayu dan dicampor denganramuan lain bersama seperti halia dan kapor sirih dan disapikan luaran dilokasi yang sakit. Satu lagi amalan lama tradisional daun ubi kayu didakwa dapati mengubati sakit kepala. Caranya dengan mengambil beberapa helai daun ubi kayu dan tumbuk sampai halus dan letakkkan ke bahagian kepala yang terasa sakit dan lakukan sehingga sembuh. Daun ubi kayu mampu mengatasi masaalah cirit birit dengan kita merebus daun ubi tersebut dalam air dan sejukkan. Minum airnya sebanyak 2 kali sehari sehingga selesai. Dalam satu laporan ada dikatakan daun ubi kayu mempu mencerdaskan otak. Ini dikaitkan dengan kemungkinan mencerdaskan otak manusia apabila terdapat unsur Asid Aminonya, Asid Glutamik, Phenilalanin, Tirosin dan Ttriptophan yang baik. Kajian selanjutnya boleh dibuat mengikut jenis resepi masakan yang ada untuk memperkukuhkan kehebatan khasiat daun ubi pada masa akan datang. Wasallam!.

DAUN UBI KAYU... HIJAU WARNANYA...
PUCUK LEMBUT...DIPETIK SAHAJA...
DIREBUS DULU... BUANG BISANYA...
DIJADIKAN MAKANAN..ENAK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kampong PArit Bengkok, 
Gersik, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Ramadan 1435H)

Wednesday, July 30, 2014

TEH - STATUS DI ASEAN

TEH (Camellia sinensis) merupakan sejenis tanaman untuk dijadikan bahan minuman yang telah lama diusahakan di seluruh dunia termasuk dikawasan Asia Tenggara. Rujukan dari FAO menunjukkan pengeluaran daun teh terutamanya telah digunakan oleh berbillion manusia yang suka minum air rendaman daun teh dangan jumlah pengeluaran dunia sebanyak 4.52 juta metrik tan setahun. Negara China merupakan pengeluar utama teh dunia dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.64 juta mt setahun diikuti dengan India (1.06 juta mt setahun), Kenya (0.38 juta mt setahun), Sri Lanka (0.33 juta mt setahun) dan Turki (0.22 juta mt setahun). Negara lain yang tersenarai dalam pengeluar teh utama dunia seperti Vietnam, Indonesia, Argentina, Iran dan Jepun. Pokok teh dipercayai berasal dari kawasan hutan hujan tropika di Delta Sungai Irrawady sebelum di sebarkan ke kawasan Selatan Barat China dan kawasan Asia Tenggara dan kini luas ditanam di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika. Industri tanaman teh yang di pelopori oleh penjajah kolonial British dan Belanda pada masa dulu lagi. Orang British merupakan pengguna teh yang tegar pada kurun ke 19 dengan membuka ladang-ladang teh di banyak kawasan tanah jajahannya termasuk di Malaysia, Sri Lanka, Indonesia dan banyak lagi. Tumbuhan ini kurang berprestasi jika di tanam di kawasan tanah rendah di tropika berbanding jika di tanam di tanah tinggi dari segi pertumbuhan, kualiti daun dan juga penghasilan pucuk daun teh baru. Teh sesuai di tanam di tanah subur dengan pH 6, lembab, sejuk dan menerima hujan melebihi 1,500 mm setahun dan musim kering lingkungan 50 mm setahun. Suhu antara 13-30 celsius sangat sesuai yang hanya terdapat dikawasan tanah tinggi kawasan tropika. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai status industri tanaman teh dikalangan negara ASEAN yang mana teh merupakan industri yang masih relevan.



Indonesia merupakan sebuah negara ASEAN yang luas menanam teh iaitu seluas 124,294 hektar pada tahun 2012 telah meningkat kepada 1268,160 hektar pada tahun 2013. Ia merupakan satu komoditi pertanian yang dilaporkan terus berkembang dimana 45% penanam adalah oleh sektor pekebun kecil, 31% oleh badan kerajaan dan hanya 24% ditanam oleh pihak swasta.  Industri tanaman teh di negara Indonesia menghasilkan jumlah nilai hasil produk teh iaitu sebanyak USD157.5 juta. Seramai 100,000 orang pekebun kecil dan 1.6 juta orang pekerja ladang teh swasta teribat dengan industri ini. Sebanyak 152,674 metrik teh dihasilkan di Indonesia pada 2013 terutama di kawasan Jawa Barat (75%), Sumatra Utara (9%), Jawa Tengah (6%) dan lainnya sedikit sahaja. Pengeluaran purata teh di Indonesia dilaporkan pada tahap 1,500 kg/ ha/ tahun. Negara Laos PDR menanam teh terutama dikawasan bahagian utara negara tersebut sekitar Phongsay, Sayabouly, Luang Namtha, Oudomxay dan Champasack. Bagaimana pun tidak dinyatakan keluasan penanaman pokok teh dinegara tersebut tetapi dianggarkan sekitar 3,500 hektar dengan ditanam oleh ramai pekebun kecil dan produk daun diproses oleh syarikat swasta. Penanaman ini menggantikan tanaman Opium (kawasan pendlaman) seperti dirancang oleh pihak kerajaan. Produk teh Laos PDR hanya untuk pasaran domestik sahaja dan hanya sedikit untuk ekspot kenegara China.

Malaysia merupakan sebuah negara yang menanam teh terutama untuk kawasan tanah tinggi. Keluasan tanaman teh adalah 2,711 hektar pada tahun 2013 dengan upaya menghasilkan sebanyak 18,337 metrik tan teh yang bernilai RM44.38 juta. Penanaman teh di Malaysia diusahakan oleh sektor perladangan swasta (93.3%) dan Pekebun Kecil (6.6%) dan bakinya oleh agensi kerajaan. Kawasan utama penanaman teh adalah di Daerah Cameroon Highland, Ranau, Tenom, Serian, Raub dan Kuala Langat. Data menunjukkan yang Malaysia mengimpot sebanyak 15,500 mt teh setahun daripada pelbagai jenis produk bernilai RM25.1 juta. Filipina pula tidak menyatakan keluasan tanaman teh untuk kegunaan tempatan adalah diimport daripada USA, Taiwan, Indonesia, China dan Malaysia dalam bentuk 'Tea mate extracts'. Mereka mengimpot sebanyak 792 mt tan produk teh pada 2013 yang bernilai RM 4.62 juta. Jenis teh untuk minuman dan teh herba ubtuk kesihatan antara pdoduk yang mendapat pasaran baik di Filipina.


Thailand merupakan satu negara yang luas menanam pelbagai varieti teh seperti Assam Tea (Camellia sinensis var assmica), Chinese Tea (Camellia sinensis var sinensis) untuk pasaran domestik dan pasaran ekspot. Seluas 21,156 hektar kawasan tanaman teh mampu menghasilkan 77,090 metrik tan daun teh segar dengan produktiviti sebanyak 3.64 mt sehektar. Kawasan utama penanaman teh terletak di wilayah Chiang Rai (Kawasan paling Utara dan agak sejuk - saya lawat pada tahun 2009) dengan kebanyakannya adalah jenis Teh Assam. Selain daripada kegunaan domestik, teh dari Thailand di ekspot ke USA, Belanda, Kemboja,  Vietnam dan Indonesia. Bagaimana pun Thailand mengimpot produk teh daripada Indonesia, China, Jepun, Sri Lanka dan Myanmar.  Kajian menunjukkan penggunaan perkapita teh di Thailand sekitar 10 gram seorang setahun. Permintaan jenis Teh Organik semakin meningkat dimana pengeluar perlu mempastikan teknik pereijalan organik yang baik.


Vietnam antara negara paling luas menanam teh di ASEAN dengan jumlah keluasan telah meningkat kepada 124,000 hektar pada tahun 2014 dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 185,000 metrik tan. Tanaman teh di Vietnam bermula semenjak 1890 dimana kini ia merupakan negara kelima (5) terbesar didunia sebagai pengekspot produk berasaskan teh. Teh ditanam di 34 wilayah dengan pelbagai jenis teh daripada Teh Hitam, Teh Oolong, Teh Hijau dan sebagainya. Negara ini menghasilkan produk teh yang diekspot keluar negara dengan nilai ekspot sebanyak 133,000 metrik tan yang bernilai sekitar RM 75.8 juta setahun. Vietnam mengekspot teh kepada lebih 100 negara seluruh dunia dengan 15 negara utama termasuk Pakistan, China, Taiwan, Rusia, Indonesia, USA, UAE, Afhganistan, Iran, Poland, Malaysia, Thailand, Kuwaits, Saudi Arabia dan Jerman. Hampir 52.6% teh yang diekspot merupakan jenis Teh Hitam (Black tea) dan 47.6% adalah dari jenis teh hijau (termasuk jenis teh Oolong). Industri penanaman teh di Asia Tenggara semakin kurang mendapat perhatian petani kerana masaalah ketindakentuan pasaran dan kos pengeluaran. Bagaimana pun permintaan terhadap produk teh terus meningkat disebabkan oleh perningkatan penduduk dunia dan kualiti yang dihasilkan.
TANAMAN TEH...DI ASEAN...
VIETNAM... PALING BERJAYA...
EKSPOT TEH..KE 5 DIDUNIA..
MINUM TEH... BAIK KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bharat Tea Farms,
Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(22 Ramadan 1435H)

Tuesday, July 29, 2014

KOPI - INDUSTRI DI ASEAN

KOPI (Coffea spp) merupakan sejenis tanaman minuman dari keluarga Rubiaceae yang telah lama digunakan diseluruh dunia sebagai bahan minuman. Kandungan caffein dalam serbuk kopi memberikan nilai kopi tersendiri kepada peminat minuman berasaskan kopi selain daripada aromanya yang kuat. Terdapat berpuloh varieti kopi diseluruh dunia tetapi tiga jenis yang popular ditanam adalah Coffea arabica, Coffea robusta dan Coffea liberica. Dari kajian yang saya buat mendapati jumlah pengeluaran kopi di negara-negara ASEAN adalah sebanyak 153,268 metrik tan pada tahun 2013 yang merupakan 26% daripada jumlah pengeluaran kopi dunia. Negara yang aktif mengeluarkan kopi adalah Indonesia, Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam.Jumlah ekspot kopi diari negara ASEAN sekitar 36,480 ribu 60 kilogram beg yang merupakan sebanyak 32% daripada jumlah ekspot kopi dunia. Penggunaan kopi pula adalah sebanyak 11,000 ribu-60 kg bag atau hanya sekitar 7.5% daripada jumlah penggunaan dunia. Antara beberapa cabaran industri penanaman kopi di ASEAn adalah kawasan penanaman kopi semaki terhadi, produktiviti yang menurun akibat pokok sudah tua, kos pengeluaran yang meningkat, industria hiliran yang kompleks dan masaalah harga kopi di pasaran. Permintaan terhadap biji kopi dan produk kopi semakin meningkat dipasaran utama seperti di USA, Jepun dan EU. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai status industri tanaman kopi di ASEAN untuk dijadikan bahan rujukan.


Indonesia merupakan negara yang ke 4 pengeluar kopi didunia selepas Brazil, Colombia dan Vietnam. Indonesia mempunyai keluasan menanam kopi dengan 1.23 juta hektar yang melibatkan seramai 1.9 juta pekebun kecil sebagai sumber pendapatan utama. Hampir 96% kopi disini ditanam oleh sektor pekebun kecil. Jenis kopi yang popular ditanam adalah jenis Coffea arabica yang mempunyai nilai komersil kerana kebanyakannya ditanam secara pertanian organik. Selain itu jenis Coffea robusta merupakan 50% daripada jenis kopi yang ditanam di Indonesia terutama dikawasan Sumatra. Pengeluaran kopi robusta pada tahun 2012 adalah sebanyak 528,505 metrik tan sementara jumlah pengeluaran kopi arabica sebanyak 152,658 metrik tan. Kawasan utama penanaman kopo arabica seperti di Aceh, Sumatra Utara, Jawa Timur, Sulavesi Selatan dan Papua. Antara masaalah tanaman kopi yang ujud seperti jumlah produktiviti yang rendah iaitu 645 kg / ha setahun dan penanaman secara monokultur. Serangan serangga dan perosak semakin serius kerana pokok telah berumur atau tua. Ramai pekebun kecil tidak mengamalkan GAP dan kekurangan modal untuk pembelian bahan input.


Laos PDR merupakan negara yang ada menanam kopi secara komersil (saya melawat negara tersebut pada 2010 dan 2012 dan ada membeli serbuk kopi sebagai ingatan).
Terdapat sekitar 25,000 hektar tanaman kopi di Laos terdiri daripada jenis Robusta an hanya sedikit sahaja menanam jenis arabica. Kawasan baru penanaman kopi di Laos dijangka meningkatkan pengeluaran kopi daripada 87,330 mt setahun kepada 280,000 mt setahun pada tahun 2025. Antara jenama yang ada dipasaran domestik kopi keluaran negara tersebut adalah 'Laotian Coffee'. Malaysia juga ada menanam kopi seluas 5,667 hektar pada tahun 2013 dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 16,608 metrik yang bernilai RM10.83 juta. Penanaman kopi di Mlaysia diusahakan oleh pekebun kecil (99.6%) dengan kawasan tumpuan seperti di Johor, Selangor, Perak dan Kedah. Penanaman kopi di Malaysia semakin berkurangan setiap tahun kerana ramai petani telah menukarkan kopi mereka kepada tanaman lain terutama kelapa sawit. Antara penyebab berlakunya situasi ini adalh kerana kos pengeluaran meningkat, harga biji kopi yang tidak menentu, kos memungut hasil tinggi dan saingan dengan produk kopi yang dimpot lebih murah.


Filipina juga ada menanam kopi dengan keluasan 1-2 hektar setiap petani secara bercampur dengan tanaman lain. Data menunjukkan mereka mempunai sekitar 79.4 juta pokok yang tidak dipastikan jenis kopi ditanam. Kawasan dilaporkan menanam kopi seperti di Visayas, Calabarzon dan Davao. Thailand menanam seluas 46,490 hektar kopi pada tahun 2013 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 38,300 mt biji kopi. Kawasan utama penanaman kopi robusta di Thailand terletak di Selatan Thailand dengan kapasiti pengeluaran 29,850 mt atau merupakan 78% daripada jumlah pengeluaran negara. Kawasan tumpuan seperti di Nakom, Chumphon, Ranong, Surat Thani, Krabi, Prachuab dan Pung Nga. Kopi jenis arabica pula ditanam dk utara Thailand dengan pengeluaran sebanyak 8,540 mt dimana hampir 90% adalah untuk kegunaan domestik dan bakinya 10% untu ekspot. Kos pengeluaran kopi di Thailand sekitar RM5.10 sekilogram dengan harga diladang sekitar RM 6.90 sekilogram. Hampir 60% daripada kos pengeluaran kopi adalah untuk tenaga memetik biji kopi. Penanaman kopi semakin merosot terutama untuk jenis robusta di selatan Thailand kera ramai petani menukar tanaman mereka kepada getah dan kelapa awit (sama seperti Malaysia).


Vietnam merupakan antara negara yang aktif menanam kopi dengan keluasan sekitar 550,000 hektar yang mana sebanyak 93% dari jenis robusta dan hanta 7% jenis arabica.Kawasan utama penanaman kopi di Bahagian barat Vietnam seperi di Daklak, Daknong, Lam Dong, Gia Lai dan Kotum dan kawasan dipergunungan utara Vietnam. Purata pengeluaran kopi di Vietnam sekitar 1.2 - 1.4 juta metrik tan setahun dimana 90% daripadanya adalah untuk pasaran ekspot. Nilai pasaran kopi mereka sebanyak RM9.9 billion merangumi pelbagai produk daripada biji kopi, ground cofee, roasted cofee, green coffee dan instant coffee. Pasaran eskpot utama dari negara ini seperti USA, Russia, China, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun.Kawasan pergunungan Daklak merupakan kawasan tumpuan penanaman kopi di Vietnam dengan kopi arabica dan robusta yang merupakan satu indusri terhebat di negara ini. Sekian catitan untuk kali ini... Wasallam!.
ASEAN... ADA TANAM KOPI...
INDONESIA...IA MONOPOLI...
BERJUTA HEKTAR.. PASTI...
TANGGA KE 4 DUNIA...KINI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Kopi,
Parit Penghuli, Merlimau,
Melaka, Malaysia.
(28 Ramadan 1435H)

Monday, July 28, 2014

WHITE COFFEE - APA DIA?

APA ITU KOPI PUTIH (White coffee)?. Saya mula bertanya dalam fikiran kenapa ujud terminologi kopi putih sedangkan dari kecil lagi kita sudah tahu bahawa kopi (serbuk kopi) dan Kopi-O itu mesti berwarna HITAM (Black). Mulanya timbul difikiran bahawa telah ada saintis atau 'plantbreeder' yang telah berjaya menghasilkan varieti kopi baru yang ditanam dengan biji kopi dan serbuk kopinya berwarna putih. Dalam lebih setengah abad ini, saya dapati kini masyarakat yang dahulu hanya mengenal minuman kopi memiliki warna hitam sekarang banyak orang mulai mengenal kopi putih. Kenapa jadi begitu?. Adakah kerana promosi yang 'gila-gila' dimedia massa terutamanya TV dan Internet menyebabkan permintaan untuk kopi putih ini menjadi tinggi masa kini?. Saya pun pernah diajak oleh kawan-kawan pergi kepremis yang menjual pelbagai produk kopi seperti StarBuck, Kopitiam dan macam-macam lagi selepas beberapa lama mendengar mengenai kopi putih. Harganya pun bukan main calang-calang orang yang mampu untuk minum dipremis tersebut kalau hanya 'cukup makan sahaja'. Kalau anda jendak tahu pelbagai jenis minuman kopi yang ada 'class' bolehlah memgunjungi beberapa pasaraya aau kompleks membeli belah yang ada presmis menjual pproduk kopi sendiri. Artikel petang 27 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Kopi Putih atau White Coffee sekadar perbincangan menambah ilmu dalam kepala kita.

Semua orang fikir baawa kopi selalu berwarna HITAM. Bagaimana pun kadang-kadang warnanya menjadi coklat kerana penambahan susu atau krimer. Kini telah menjadi tidak hairan kalau telah ujud pelbagai jenis jenama kopi terkenal termasuklah 'white coffee'. Sebenarnya, pengertian 'white coffee' boleh diertikan dengan pelbagai cara bergantung dimana dan bagaimana kaedah penggunaannya (Sila lihat foto sebelah). Kajian ringkas menunjukkan dinegara-negara Eropad atau USA selalunya istilah 'white coffee' meruppakan pada kopi hitam yang diberi susu (susu lazimnya berwarna putih), krim (Putih juga) atau produk dihasilkan dari susu jagung atau hasilan dari kacang soya. Kita di Malaysia mungkin faham setelah membaca kenyataan diatas tadi yang dengan mudah saya katakan campuran Air Panas, Serbuk Kopi dan Banyak Susu berwarna Putih. Kalau jumlah susu (cair atau krimer) diletakkan dalam air tersebut banyak maka kopi tersebut pastinya akan menjadi putih (tetapi kalau dikacau ia tidak putih sebenar). Kopi ini juga dikenal dengan sebutan lain seperti 'coffee light', 'light coffee', 'coffee with milk' dan juga 'regular coffee'. Pada saya kalau disebut 'Kopi campur Susu' memang semuanya akan terus faham dengan sekali sebutan.

Dalam pembacaan lain saya dapati di USA, white coffee ini adalah biji kopi yang dipanaskan hingga paras kekuningan atau dipanggil 'low roast'. Cara proses pemanasannya hanya sebentar dimana kandungan gula semulajadi dalam biji kopi tidak rosak (no caramelization) atau sehingga tidak ada rasa pahit tertinggal. Kopi ini digunakan untuk membuat espresso adalah bukan dari kopi biasa. Kadar rasa lemaknya cukup tinggi dengan cita rasa seperti kacang. Memang sungguh enak minum kopi expresso semasa berkursus di Hotel Hilton, Kuala Lumpur dan beberapa hotel lima bintang yang lain. Baunya yang enak menyebabkan setiap kali waktu break pasti pekena secawan kopi expresso (Free masa itu memang enjoy). Di Malaysia kita ada kenal jenama 'Ipoh white coffee' yang berasal dari Bandar Ipoh. Biji kopi dipanggang (roasted) dengan bahan majerin khas dari minyak kelapa sawit sehingga warnanya tidak terlalu hitam. Kemudian biji kopi yang dikisar menjadi sebur akan disajikan dengan susu kental manis yang menyebabkan warna kopi dalam cawan tidak hitam lagi. Dalam membincangkan terminologi kopi putih ini saya percata masih ada anggapan salah bahwa terdapat biji kopi khas Malaysia yang disebut 'white coffee bean'. Sebenarnya apa yang mungkin dimaksudkan adalah biji kopi robusta atau biji kopi arabika yang diimpot dari negara jiran yang digoreng tanpa minyak sehingga berwarna cerah. beralih kepada definisi 'Kopi Hitam' ia menggambarkan setiap jenis kopi yang sudah dipanggang dan hasilnya memiliki warna gelap pada kopinya, sementara itu kopi putih sangat berbeda dengan kopi hitam terlebih bicara soal prosesnya, kopi putih menghasilkan rasa lebih ringan. Kopi putih berasal dari Ipoh atau Kopitiam Kluang memang diparcayau mempunyai kandungan kafein asli yang rendah pada kopi.

Sejarah yang dikutip daripada lamanweb yang saya baca mendapati kpoi putih telah mula diusahakan oleh pemilik rumah kopi Thong Lian mengembangkan kopi putih di Ipoh pada abad ke-20. Mereka ingin memberikan kopi kepada pelanggan agar terkesan akan keunikannya sehingga bisnes akan terus maju. Mereka banyak kali membuat percubaan dan ujirasa dengan meneliti apakah cara yang berbeza atau ada 'kelainan' untuk minum kopi jenis baru. Akhirnya mereka mendapati resepi 'kopi putih' yang mulai diterima dan diminati pelanggan di sekitar Ipoh. Perlahan-lahan maka kopi putih telah semakin popular di negara-negara seperti Australia, UK dan USA dengan sejarah yang berbeza. sebenarnya kisaran biji kopi untuk membuat kopi putih dan kopi hitam menggunakan jenis biji kopi yang sama. Proses menggoreng kopi putih dibezakan dari jenis lain dari kopi. Kopi putih biasanya dimulai menggoreng sebagai Robusta atau biji kopi Arabika sama seperti kopi hitam cuma  masa gorengan yang berlainan. Ada yang telah mecampurkan dengan margarin dan gula semasa menggoreng untuk mendapatkan citarasa unik. Kopi putih yang digoreng akan dicampur dengan marjerin untuk memberikan rasa pada biji kopi agar lebih berperisa. Faktor menggoreng singkat menyebabkan kopi putih memiliki lebih banyak kandungan kafein daripada jenis biji kopi hitam. Akhir sekali mengenai artikel kali ini adah tentang Warna dan Rasa. Lazimnya kopi putih sebenarnya tidak putih walau pun setelah dibancuh ke dalam cawan kopi. Penulis mendapati kopi putih memiliki warna menyerupai kopi yang jauh lebih ringan dari jenis kopi lainnya, warnanya cokelat lebih terang. Kopi putih rasanya seperti pengganti kopi hitam dengan kelainan rasa yang memang membuatkan peminat kopi akan sentiasa ketagih untuk minumnya,. Wasallam!.
KOPI HITAM...KOPI PUTIH...
CAMPUR SUSU..TAK JERNIH...
DIGORENG KHAS...BERSIH...
NAMA HEBAT..DAN KETAGIH...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Membeli Belah Alamanda,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(30 Ramadan 1435H)

Sunday, July 27, 2014

MRL - APA DIA?

MRL (Minimum Residual Level) sering diperkatakan dalam kita menilai tahap keselamatan makanan terutamanya produk tanaman seperti sayuran dan buah-buahan yang diukur dengan kaedah khusus. MRL atau dalam bahasa kita sebagai Residu Racun Makhluk Perosak adalah merupakan ukuran untuk sebarang lebihan daripada kuantiti atau kadar atau kekuatan atau kepekatan yang ditentukan bagi sesuatu racun makhluk perosak dalam makanan. Penggunaan racun perosak pada tanaman merupakan satu topik yang sering diutarakan dalam isu keselamatan makanan dimana ia sering diperkatakan samada oleh pihak pengguna mahupun pihak berkuasa. Secara teorinya, terdapat kemungkinan sisabaki racun perosak akan kekal pada tanaman yang disembur dengan racun perosak. Penggunaan bahan kimia adalah penting untuk mengawal serangan musuh dan penyakit yang menjejaskan hasil dan kualiti serta kuantiti tanaman. Walau pun tahap kesedaran penggunaan racun kimia dan baja kimia dikalangan petani kita di Malaysia agak tinggi tetapi kadang-kadang berlaku pengamalan yang tidak mengikuti arahan pada label. Ini mungkin disebabkan aplikasi yang dilakukan oleh pihak pekerja ladang terutamanya buruh asing yang tidak mengetahui akan amalan pertanian baik. Ditangan merekalah yang nerkemungkinan membuat semburan racun kimia yang tidak mengikut peraturan. Kesannya menyebabkan hasil yang dipetik tidak melepasi tahap tuai (Post harvest interval) seperti yang diluluskan oleh pihak pengeluar racun. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu tajuk yang perlu diketahui oleh kita sebagai pengguna mengenai MRL sebagai satu artikel untuk tambah kesedaran.


Makanan yang diasaskan kepada tumbuh-tumbuhan sama ada sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibeli di pasar ditanam oleh petani. Petani memang memerlukan kualiti produk dari kebun yang baik untuk mempastikan pengguna akan membelinya. Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM atau MyGAP) merupakan satu sistem amalan pertanian baik untuk menjadikan produk dari kebun mempunyai kualiti yang baik, berkualiti dan SELAMAT DIMAKAN. Sayur goreng kangkong (sila lihat foto diatas) belum pasti selamat dimakan jika kita tidak menjalankan analisa MRL oleh pihak berwajib. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, pihak berkuasa telah menetapkan paras maksimum residu racun perosak yang boleh didapati dalam sesuatu tanaman segar ataupun yang telah diproses. Dua peringkat dilakukan analisa MRL ini adalah diperingkat ladang sebelum dihantar kepada pusat jualan dan juga di premis jualan produk sayuran dan makanan lain.


Pemeriksaan MRL (terutamanya sayur-sayuran daun atau sayuran buah) akan dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian Malaysia secara berkala. Jika ada aduan kesan MRL yang tinggi (oleh pihak AVA Singapura atau Kementerian Kesihatan Malaysia) maka maklumat ini akan disalurkan kepada Pejabat Pertanian Daerah dimana sayur tersebut dikeluarkan (Konsep tracebility pada kad/tag pada bakul sayuran). Pegawai Pertanian akan mencari petani dilokasi penanaman sayuran dan memeriksa jenis racun digunakan serta khidmat nasehat mengenai cara-cara yang tepat penggunaan racun yang betul. Setelah nasehat diberikan mereka akan mengisi Borang RF-2 sebagai bukti bahawa tugas memberikan nasehat telah dilaksanakan. Dalam kes lain, lazimnya jadual berkala dilakukan untuk mengambil sampel dari sayuran yang hendak dijual diambil daripada bakul dengan kuantiti perlu untuk dihantar ke Makmal Analisa Residu dan dibuat laporan (Sila lihat foto diatas). Maklumat kandungan bahan kimia sisabaki akan direkod.


Kementerian Kesihatan Malaysia pula mempunyai kuasa untuk mengambil sampel sayuran atau buah-buahan atau makanan lain daripada premis jualan. Inspektor kesihatan akan mengambil sampel daripada Pasar Basah, Pasaraya, Pasar Tani dan kedai runcit dan membawanya kemakmal untuk dianalisa (Sila lihat foto disebelah). Jika ada kes MRL berlebihan maka premis atau mereka yang terlibat boleh didakwa di mahkamah atau di kompoun. Adalah penting tagging sayuran diperiksa untuk menentukan siapa petani atau pemborong sayuran yang melebihi MRL. Analisis residu racun perosak ini melibatkan proses penyediaan sampel bagi menghasilkan ektrak yang kemudiannya dianalisis ditentukan menggunakan kromatografi gas (GC). Makmal residu racun perosak di SEKSYEN MAKANAN dilengkapi dengan pelbagai jenis kromatografi gas iaitu GC-MS, GC-NPD, GC-ECD, GC-XCD dan GC-FPD. Seksyen Makanan lazimnya menyediakan analisis meliputi sampel-sampel buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta yang telah diproses. Antara jenis residu kimia yang diperiksa adalah seperti Organofosforus (OP), Piretroid sintetik (SP), Organochlorine (OC) dan Karbamat. Semuga artikel tulisan saya ini memberi info kepada anda. Wasallam!.
APA ITU MRL... KENA BACANYA...
DALAM SAYURAN...DIPERIKSA...
DIKEBUN PETANI...BUAT JUGA...
DIPREMIS ...SAMPEL DIANALISA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Pagoh,
PBU Pagoh, Muar,
Johor, Malaysia.
(26 Ramadan 1435H)

Saturday, July 26, 2014

RUMPAI - RUMPUT ISRAEL

RUMPUT ISRAEL (Asystasia gigantica L) merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai dari keluarga Acanthaceae dan kingdom Plantae yang banyak tumbuh di negara kita. Rumput Israel mendapat nama 'Israel' di Malaysia berdasarkan kepada kemampuannya membiak dengan cepat di kawasan kebun dan tepi jalan serta berperangai macam orang Israel yang agaknya suka merampas kawasan negara orang lain seperti negara Palestin. Rumpai ini merupakan musuh utama kepada petani-petani di Malaysia kerana ianya cepat membiak dan di dapati menggunakan banyak ruang dan menggunakan banyak baja dalam tanah. Nama-nama lain bagi tumbuhan ini ialah Chinese Violet, Coromandel, Creeping Foxglove dan Asystasia (English). Saya memang sangat kenal akan rumput ini kerana memang banyak tumbuh diseseliling rumah saya di kampong iaitu di Johor iaitu dibawah pokok kelapa sawit. Apa yang pasti adalah rumput ini tidak ujud semasa dulu (sekitar tahun 1980'an) dan saya fikir ia berkemmungkinan ia datang dari tempat lain. Banyak kawasan kebun kelapa sawit, kebun getah, kebun pisang sama ada di tanah gambut atau tanam mineral ditumbuhi dengan rumput israel. Ia akan kelihatan lebih cepat membiak ketika musim hujan dan panas silih berganti. Rimbunan rumput israel ini yang mampu memanjang eumpai lain membolehkan ia memenuhi ruang. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai maklumat mengenai rumput Israel berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman bertugas dalam bidang pertanian selama 34 tahun. Beberapa artikel mengenai rumput israel juga saya tulis (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).


Rumput Israel tumbuh diseluruh dunia terutama dikawasan tropika dan sub-tropika dimana ia mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Tidak dapat di pastikan asal-usul rumput Israel ini tetapi di percayai jenis Asystasia gigantica adalah dari Benua Asia (mungkin Asia Tenggara) dan jenis Asystasia micranta pula dipercayai dari benua Afrika. Terdapat 14 lagi spesis rumput israel dimana nama-nama rumput Israel diseluruh dunia iaitu A. parvula, A. querimbensis, A. pubesens, A. subhastata, A. quartena , A. scabrida, A. floribunda, A. coromandeliana, Justicia gagentica, A. acuminata, A. micrantha, A. multiflora, A. anselliondes dan A. podostarchy. Rumput ini mudah didapati di Amerika dan Hawai serta kawasan Australia Utara dan Barat. Rumpai ini memang mudah tumbuh dipelbagai jenis tanah dan dalam pelbagai jenis keadaan cuaca. Ia tahan lasak kerana mempunyai sistem pengakaran yang kuat dan boleh 'supress' rumpai lain yang tumbuh disekelilingnya.


Rumput Israel adalah sejenis tumbuhan RUMPAI yang tumbuh renek (herbs) dengan ketinggian 60 cm dan jika mendapat sokongan atau merambat mampu hidup setinggi 1 meter dari paras tanah. Batangnya berwarna hijau gelap dan mampu menjalar atau memanjat sokongan melalui cara lilitan. Batangnya mempunyai ruas-ruas dimana dari ruas ini mudah akarnya keluar dari setiap ruas (nodes) yang mencecah tanah. Ini satu ciri kehebatan rumput israel dimana ada bahagian pokok yang boleh diambil makanan seperti di celah-celah batang pokok kelapa sawit. Asalkan ada makanan tumbuhan ini seakan pokok menumpang pada batang kelapa sawit. Apa yang saya perhatikan daunya berbentuk mudah dengan mempunyai cara susunan bertentangan (opposite). Daun yang berwarna hijau gelap atau hijau muda ini berukuran 3-5 cm panjang dengan bentuk hujung meruncing dan tangkai daun yang pendek. Akarnya merupakan jenis akar serabut yang mudah tumbuh apabila mencecah tanah dan lain-lain lokasi sesuai. Pada tanah gambut, tumbuhan ini mudah dicabut dengan tangan tetapi tidak pada jenis tanah mnineral. Tumbuhan ini agak tahan dengan keadaan lembab dan kering yang agak panjang. Ia merupakan satu ciri rumput israel yang mampu menyimpan air dalam batang dan tahan walau pun kemarau berpanjangan.


Bunga rumput Israel berbentuk corong atau macam-macam bentuk lain dan lazimnya berwarna putih, putih-ungu atau ungu. Bunga rumput Israel yang berwarna garang seperti putih, ungu atau kebiruan sebenarnya mengandungi nektar manis atau gula yang sangat disukai oleh lebah, semut, kumbang dan berbagai serangga yang memakan nektar (Sila lihat foto disebelah). Pemerhatian saya mendapati bunga rumput Israel adalah sumber nektar dan debunga yang sangat digemari oleh Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Impot (Apis mellifera) dan juga Lebah Kelulut (Trigona spp). Lebah ini amat suka mengunjungi bunga rumput israel berulang dan banyak kali sehari kerana ia dipercayai mampu mengeluarkan nektar untuk diambil oleh lebah madu. Apabila bunga telah menjalani proses pendebungaan maka ia akan terjadi buah. Buah rumput Israel berwarna hijau ketika muda dan kecoklatan apabila matang. Kemudian buah ini akan 'MELETUP' dan mencampakkan bijinya sejauh 1 meter atau lebih. Biasanya benih tersebut akan mudah hidup untuk proses pembiakan seterusnya dengan cepat. Proses pertumbuhan anakbenih kepada tumbuhan dewasa sangat cepat iaitu dalam masa beberapa minggu sahaja untuk terus berbunga dan berbuah dan meletupkan bijinya.


Pemerhatian saya di Kampong Parit Bengkok Gersik, Muar, Johor dimana disekeliling rumah adalah tanaman kelapa sawit ditanah gambut, banyak rumput Israel tumbuh terutama di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari dan kawasan tepi parit utama. Kajian lain juga didapati kawasan tanaman getah juga mudah rumput israel tumbuh dimana keadaan ini menyusahkan petani dan rumpai memang amat perlu di musnahkan. Rumput ini segar di waktu pagi dan agak layu sedikit sewaktu tengahari terutama musim panas. Keadaan hujan dan panas silih berganti dengan tiupan angin kuat lazimnya akan mempercepatkan proses pembungaan dan pembiakan rumput Israel. Dalam pada itu saya ada letak 2 haif lebah madu yang mengandungi lebah keran dan dapat juga madu 5 botol pada tahun 2002 dulu. Kualiti madu lebah daripada rumput israel dan beberapa tanaman lain berkualiti setanding dengan madu lain. Tapi apa yang hendak buat apabila semua lebah telah mati kerana jiran saya telah menyembur racun rumpai Basta pada rumput Israel. Ini menyebabkan apabila lebah berkunjung dalam kebunnya yang diracun menyebabkan lebah yang makan nektar semuanya mati, itu datang ilham tulis lagu "Madu dan Racun". Oleh itu perlu kita tutup pintu haif lebah semasa berlaku orang meracun dan berikan makanan tambahan kedalam haif lebah untuk satu tempoh yang sesuai.


Rumput Israel adalah masalah kepada petani kerana rumput ini sangat kuat makan baja dan air serta mengambil ruang atau menutupi ruang tanah. Pemerhatian saya mendapati jika rumput ini tidak dikawal dari peringkat awal maka ia akan memenuhi keseluruhan ruang tanah dalam kebun sayur, ladang kelapa sawit dan ladang getah sehingga didakwa kesannya mampu mengurangkan hasil sehingga 25%. Kaedah kawalan lazimya menggunakan racun rumpai jenis Racun Sentuh (Contact Weedicide) untuk keadaan belum serius infestasinya. Digalakan jiga kadang-kadang jika terlalu tebal perlu digunakan racun rumpai jenis Racun Sistemik (Systemic weedicide). Kaedah manual kawalan rumput israel adalah dengan menebas atau mencabut (mudah dijalankan di tanah gambut) kerana akar yang cetek dan batang yang ampuh. Walau pun cara manual ini amat berkesan tetapi ia juga efektif apalagi kalau rumput israel yang dikumpulkan dibakar setelah ia kering. Kita juga kena fikir sebenarnya apakah dia kegunaan rumput Israel. Beberapa perenggan selepas ini akan membincangkannya.

Terdapat beberapa negara yang telah juga menggunakan rumput Israel sebagai sayuran seperti di Afrika (Jenis agak berlainan dengan yang ada di Malaysia iaitu (Asystasia micrantha). Saya tidak pasti rasanya jika dibuat sayur tetapi mungkin enak juga daripada makan rumput lalang!. Selain itu tumbuhan ini juga di percayai dapat mengubati penyakit Lelah, Semput atau Asthma. Rumput ini juga sesuai dijadikan bahan makanan untuk ternakan Lembu, Kambing dan yang terkini Arnab. Rumput ini boleh di potong dan di bawa kekandang lembu atau kambing untuk dijadikan bahan makanan. Kandungan bahan selulos dan protin yang tinggi didalamnya membuatkan ianya sesuai untuk maknan ternakan ruminan. Ternakan Arnab merupakan ternakan paling suka makan rumput Israel dan sesuai sebagai makanan tambahan selain daripada makanan 'pellet' yang di beli dari kilang. Sebaiknya ambil rumput israel yang segar dan dipotong dan dihantar kekandang arnab dengan kadar sesuai. Arnab akan makan dan mengunyah daun rumput israel bersama batangnya. Elakkan daripada memberi rumput israel yang tercemar dengan racun.

Ramai penternak arnab bertanya kepada saya bagaimana hendak menanam rumput Israel ini untuk makanan arnab. Rumput Israel juga digunakan sebagai pokok hiasan atau ornamental oleh pengemar-pengemar landskap dan taman-taman. Bunganya yang putih atau ungu jika di gabung dan disusun akan menghasilkan permandangan yang cantik. Rumput Israel juga sesuai untuk dijadikan sebagai penahan hakisan terutama di kawasan tepi parit, sungai atau lebuhraya yang sesuai. Walau pun ianya tidak dikategorikan sebaik rumput penahan hakisan khusus tetapi fungsinya untuk menghalang hakisan adalah signifikan. Saya juga mendapati ada sesetangah ladang sawit menggunakan rumput Israel sebagai tanaman penutup bumi secara semulajadi (Lihat foto diatas). Kawasan keliling Pokok Sawit atau Getah di bersihkan dan diantara barisan dibiarkan rumput Israel hidup sebagai penutup bumi.


Rumput Israel mudah di tanam dan jika ada pihak yang hendak menanam atau membiakan rumput Israel bagi tujuan makanan arnab contohnya boleh menanam rumpai tersebut. Pastikan kawasan yang hendak di tanam dengan rumput Israel berdekatan dengan kandang ternakan arnab. Tanah tersebut sama ada tanah mineral atau gambut sepatutnya mendapat caha matahari atau pun jika ada sedikit lindungan 40-60% memadai. Bersihkan kawasan dari sebaraang tumbuhan lain dan sebaikan tanah digemburkan. Berikan baja organan di atas tanah dan ambil pokok sedia ada bersama-sama tanahnya untuk ditanam. Penggunaan biji benih rumput Israel yang matang boleh digunakan dengan mengutip dan menabur diatas tanah. Menanam musim hujan mempercepatkan pertumbuhannya. Buang rumput2 lain dan biarkan Asystasia sahaja yang tumbuh dan sentiasa potong batang atau daunnya untuk di beri sebagai makanan arnab. Untuk ratoon bubuh baja organan dengan kadar 4-6 mt/ha dan Urea.


Kebanyak petani menganggap rumput Israel sebagai musuh mereka dan perlu dihapuskan. Kini terdapat golongan yang mula memenafaatkan rumput Israel iaitu bagi golongan Penternak Lebah Madu dan juga Penternak Arnab. Dalam pada itu rumput israel juga berperanan sebagaii tumbuhan yang mampu untuk mengawal hakisan tanah. Ia amat jelas dikawasan yang bercerun atau kawasan teres diladang yang juga seakan sebagai tumbuhan penutup bumi. Beberapa projek pembinaan juga lazimnya akan membiarkan tumbuhan rumput ini sebagai pengawal hakisan dan larian permukaan tanah. Kajian dan penelitian terhadap rumput Israel ini perlu diteruskan untuk mempastikan ianya tidak mengancam industri pertanian negara dan memberikan alternatif untuk pengunaan tumbuhan ini. Mungkin satu hari nanti rumput ini akan dijadikan sebagi salah satu daripada makanan kesihatan dalam bentul kapsul atau teh jika banyak kajian dijalankan. InsyaAllah.


RUMPUT ASYSTASIA... ISRAEL NAMANYA...
CEPAT MEMBIAK...BIJI MELETUP JAUHNYA...
KURANGKAN HASIL...ITULAH AKIBATNYA...
ARNAB MAKAN....CARA MENGATASINYA...



By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Cendana Air Keroh,
Melaka,
 Malaysia
(14 Syaaban 1434H)

Friday, July 25, 2014

RUMPUT SIKU-SIKU

RUMPUT SIKU-SIKU (Oldenlandia corymbosa) merupakan sejenis tumbuhan jenis rumpai daripada keluarga Rubiaceae yang sering didapati disekeliling kita. Rumput jenis ini juga dipanggil sebagai 'rumput mutiara', 'suku dengan', 'pokok telur belangkas', 'daun mutiara', 'lidah ular' atau 'katepan'. Rumput ini mudah tumbuh subur dikawasan tanah yang lembap atau dikawasan kebun kosong yang sedikit berair serta disekitar halaman rumah, tepi jalanraya dan atas ban sawah. Rumput ini terkenal sebagai tanaman jenis ubatan yang telah digunakan oleh masyarakat China, India dan masyarakat lain sekitar Asia Tenggara untuk menjadi bahan penawar perubatan berbagai jenis penyakit. Kita dikalangan pembaca internet kadang-kadang dikelirukan jenis rumput ini yang disamakan dengan rumput kerbau atau rumput yang dikatakan sama rupanya. Bagaimana pun artikel ini saya rujuk dan memetik dari beberapa buku dan menyemak dengan laman web untuk mengenali rumput siku-siku bagi dijadikan bahan bacaan atau rujukan dalam "Anim Agro Technology". Rumput ini merupakan sejenis rumpai yang menjadi masaalah kepada pekebun kerana ia mudah tumbuh dalam banyak keadaan dan bersaing dengan tanaman dari segi ruang, makanan, cahaya matahari malahan mungkin menjadi perumah kepada sesetengah serangga perosak dan penyakit. Daripada buku laporan statistik Jabatan Pertanian, saya dapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tumbuhan rumput siku-siku ini ditanam dan keluasannya.


Dari segi morfologi rumput ini lazimnya akan tumbuh menegak atau condong sedikit atau rebah mengikut keadaan setempat ia tumbuh. Pertumbuhannya adalah dimana ia akan mula bercabang mulai dari pangkal batangnya dengan tinggi 50 - 60 cm (Sila lihat foto sebelah). Saya lihat ia mempunyai jenis batang bersegi empat, gondol atau macam ada sisik sangat pendek. Batang rumput (stems) bercabang dengan tebal 1 mm dan berwarna hijau pekat sampai hijau kelabu jika ia cukup dewasa. Daunnya relatif kecil dengan panjang daun sekitar 2-5 cm panjang dimana dibahagian hujungnya adalah meruncing dengan ada satu struktur tulang daun di tengah. Bentuk hujung dan pangkal daunnya memang tirus meruncing yang kelihatan berwarna hijau pucat dengan sisik sisik kecil disepanjang tepi daun. Lazimnya ia mempunyai tangkai daun sangat pendek dan memiliki rambut pendek pada ujungnya. Bahagian akar tanaman herba ini merupakan akar tunjang dan juga akar rambut dengan garis tengah berukuran sekitar 1 mm berbentuk benang.


Tumbuhan rumpai ini merupakan jeins tumbuhan semusim. Ia mempunyai saiz batang yang kecil, bentuk bersegi dan memang selalunya lemah. Ia juga mudah merebah ditanah dimana ianya dilihat bercabang dan dihujung batang adalah tegak (Sila lihat foto sebelah). Mempunyai warna kulit batang hijau dimana pada keadaan biasa maka panjang batang 15-50 cm. Dalam pemerhatian dikawasn rumah di Putrajaya, saya lihat daunnya bertangkai pendek dengan aturan daun bersilang berhadapan, hujung daun meruncing dan juga kelihatan berbulu. Ia juga seperti laporan diatas mempunyai tulang daun hanya satu ditengah helaian daun, panjang daun 2-5 cm. Ia mempunyai jenis bunga majmuk yang berwarna putih dan mempunyai tangkai keras dimana panjang tangkai sekitar 5-10 mm. Lazimnya bunga rumput siku-siku akan keluar dari ketiak daun dengan ada sejumlah 2-5 unit yang berbentuk seperti payung dan berwarna putih. Buah ini berbentuk bulat dengan bahgaian hujung buah pecah yang mengandungi beberapa biji kecil. Tumbuhan ini lazimnya membiak melalui bijibenih. Rumput ini tumbuh liar pada kawasan seperti di pinggir jalan. Kajian makmal juga mendapati ia mengandungi unsur seperti Hentriacontan, Stigmasterol, Asid ursolate, Asid oleonate, B-sitosterol, P-Asid Kumarate, Flavonoid, Tannin dan Kumarin. Bahan kimia ini yang dipercayai bahawa rumput siku-siku merupakan jenis herba yang menjadi penawar kepada beberapa masaalah kesihatan manusia.


Dari segi perubatan didapati rumput sesiku banyak digunakan untuk merawat beberapa penyakit. Kegunaan rumput mutiara antaranya berkhasiat untuk dijadikan ubat akibat digigit ular, tersiram air panas, tulang patah, kanser, usus buntu, terkehel, sakit buah zakar dan saluran seperma lelaki tersumbat. Daripada beberapa lamanweb saya mendapati rumput ini digunakan bagi merawat kanser dan radang usus. Caranya perlu diambil sebanyak 60 g rumput siku-siku (yang bebas dari pencemaran) direbus dengan 3 gelas air sampai mendidih. Air rebusan disejukkan dan amalkan untuk 3 kali minum selama 6-8 hari. Bagi kegunaan kaum lelaki yang ada msaalah sakit buah zakar dan saluran seperma tersumbat boleh diambil rumput siku-siku (rumput mutiara) segar 30 g kemudian direbus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Setelah air rebusan sejuk boleh diminum 3 kali sehari selama 3-4 minggu. Seterusnya adalah kehebatan rumput ini merawat gigitan ular atau tersiram air panas. Caranya dengan ambil daun rumput ini dan dilumatkan kemudian ditampalkan pada bahagian yang sakit sehingga sembuh. Jika ada yang tersiram air panas boleh dirawat dengan mengambil seluruh bahagian rumput siku-siku secukupnya direbus dalam air selama beberapa minit dimana air rebusan tadi digunakan untuk mencuci bahagian yang tersiram air panas sehingga sembuh dan kurang sakit. Apa-apa pun saya fikir adalah dinasihatkan berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Wasallam!.


RUMPUT SIKU-SIKU...IA MUTIARA...
TUMBUH LIAR... MERATA-MERATA..
CIRI MARFOLOGI... AMAT KETARA...
WALAU RUMPUT...BANYAK GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
W.P., Putrajaya,
Malaysia.
(22 Ramadan 1435H)

Thursday, July 24, 2014

BAWANG BESAR - PENGENALAN

BAWANG BESAR (Onions) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga bawang dengan nama saintifiknya sebagai Alium cepa. Penanaman bawang besar secara komersil banyak dilakukan dibeberapa negara utama seperti China (Pengeluaran sebanyak 10.5 juta mt), India (13.4 juta mt), USA (3.3 juta mt), Mesir (2.2 juta mt), Iran (1.9 juta mt) serta beberapa negara lain dengan jumlah pengeluaran tahunan sebanyak 74.25 juta metrik tan setahun. Dalam amalan teknologi penanaman, sayur ini adalah antara jenis tanaman yang paling mudah ditanam dan diselenggara. Anda boleh tanam dari bebawang (bulb) atau dari biji. Jika ditanam dari biji, masa yang diambil untuk matang agak lama tetapi kos perbelanjaan benih adalah lebih murah. Bawang besar tidak memerlukan penjagaan yang rapi terutama jika ditanam sendiri dalam bekas kotak tanaman kecil disekeliling rumah. Bagaimana pun tanaman bawang besar perlu merumput selalu untuk mempastikan rumpai tidak mencuri baja dari tanah kerana ia sensitif terhadap tanaman bawang. Keadaan tanah untuk bawang besar juga tidak perlu terlalu basah dan ada saliran baik kerana bawang mudah busuk jika terendam. Aktiviti menyiram tidak perlu dilakukan dengan kerap seperti tanaman sayuran sawi dan cili. Tanah yang subur dan kaya dengan kompos sangat sesuai untuk tanaman bawang besar. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman bawang merah untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Teknik atau cara menanam Bawang Besar dengan biji dimulakan dengan menyemai benih sedalam 2 cm (3/4 inci) dalam barisan. Jarakkan kira-kira 30cm (12 inci). Anda boleh jarakkan dengan mencabut pokok yang terlalu rapat sama ada dalam kotak kayu  atau yang ditanam dikebun luas. Bagaimana pun teknik menanam dengan Bebawang (Bulbs) dengan kita mengupas kulit luar yang kering untuk aktifkan bawang. Kulit ini adalah nipis seperti kertas. Jika bawang tiada bertunas maka perlu dipotong sedikit bahagian atas. Kemudian perlu ditoreh sedikit di bahagian akar (bahagian bawah bebawang). Pada permukaan tanah kemudian dibuat jalur penanaman menggunakan Alat sesuai (rake) dan juga untuk gemburkan tanah. Lazimnya dengan ibu jari maka tolak bebawang dengan berhati-hati sehingga bebawang tenggelam di dalam tanah (Sila lihat foto sebelah) . Jika keadaan agak tanah keras maka sebaiknya kita korek lubang menggunakan pengorek untuk mengelakkan dari mencederakan bahagian bawah bebawang. Pastikan bahagian akar berada di bahagian bawah. Dalam banyak keadaan jarak tanaman bawang besar dengan jarak 10 cm (4 inci). Menyiram dengan air tetapi jangan terlalu banyak kerana tanah yang terlalu basah akan menyebabkan bebawang menjadi rosak dan busuk.


Tanaman Bawang Besar seperti juga bawang merah perlukan penjagaan dimana aktiviti merumput dilakukan awal dimana kerja membuang rumpai secara manual menentukan tahap kesuburan bawang. Bawang akan kalah dengan kebanyakan rumput dan ia perlu dibasmi (Sila lihat foto sebelah)  Siram dengan air tetapi jangan sampai tanah menjadi terlalu basah. Pembajaan bawang dilakukan beberapa peringkat iaitu peringkat vegetatif dan juga peringkat mengeluarkan bebawang. Baja NPK 15:15:15 boleh digunakan bersama baja organik dan baja NPK 12:12:17 digunakan apabila bebawang mula terbentuk. Unsur Nitrojen (N) yang tinggi adak membesarkan bebawang dalam tanah. Pembajaan sebaiknya dilakukan kerap setiap 2 minggu. Hentikan pembajaan apabila bebawang membesar dan ia akan menolak tanah keluar (Bulbing process started). Jangan cuba menimbus bebawang yang keluar dari permukaan tanah. Bawang besar yang bebawangnya telah keluar dipermukaan tanah tidak perlu disiram jika sungkupan telah digunakan dipermukaan atas tanah seperti jerami padi dan rumput kering. Jika cuaca kering bagaimana pun bawang besar perlu disiram sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bagi mendapatkan rasa bawang besar yang manis memang perlukan air.


Kawalan perosak dan juga penyakit bawang besar dilakukan apabila berlaku serangan pada tanaman. Serangan oleh hama Thrips merupakan sering berlaku dimana kita ambil beberapa helai daun dan ketuk diatas kertas dimana thrips akan jatuh diatasnya. Jika kadar populasi signifikan maka jalankan semburan dengan racun serangga bersabun (insectidal soap) dengan kekerapan setiap 3 hari. Bagaimana pun kadar semburan mengikut arahan pada label racun tersebut. Tanaman bawang besar juga diserang Ulat Bebawang (Onion maggots) yang sering tinggal dalam baja organik yang diberikan dikebun (Sila lihat foto sebelah). Ulat ini akan bertelur pada perdu tanaman bawang terutama pada musim hujan. Cara kawalan adalah dengan memasang jaring halus dipermukaan atas tanaman bawang yang baru ditanam dan serangan ini jarang berlaku pada musim panas. Tanaman bawang merah akan menuai apabila cukup umurnya. Langkah awal dengan memotong daun bawang selepas dua minggu. Daun bawang memang enak dibuat salad atau dimasak misalnya dibuat cucur bawang. Selain dari daun, bunga, tangkai bunga dan bebawang boleh dimakan. Bebawang sedah sedia untuk dituai apabila daun mula menjadi layu, kuning atau bawang mula berbunga. Keadaan tanah peroi membantu menuai bawang dari kecederaan semasa menuai. Biarkan bebawang kering selama seminggu diladang sebelum diambil untuk dimasukkan kedalam guni berjaring. Sebaiknya apabila bawang besar telah cukup kering baru dimasukan dalam setor penyimpanan dan dipasarkan kemudiannya. Wasallam !.
BAWANG BESAR... TANAM DIMANA...
PENGELUAR HEBAT..NEGARA CHINA...
RASANYA MANIS.. KITA IMPOT SAHAJA...
TULIS ARTIKEL... DIRUJUK ADANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Chinese Academy of Agricultural Sciences, 
Haidian District, Beijing, 
Republic Rakyat China.
(Lawatan Belajar pada 2009)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...