Support My Blog

Wednesday, January 21, 2015

PADI - DASAR PENENTUAN HARGA

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman penting di negara kita kerana ia membekalkan beras sebanyak 70% kepada penduduk dan merupakan tanaman ke 3 terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Keluasan penanaman padi di Malaysia pada tahun 2010 adalah seluas 673,745 hektar dimana keluasan pasel sawah padi adalah 428,780 hektar dengan melibatkan seramai 172,000 pesawah. Hasil pengeluaran padi adalah sebanyak 2.458 juta metrik tan dengan nilai pengeluaran RM 2.165 billion (Laporan Statistik Agromakanan , Kementerian Pertanian Malaysia Tahun 2011). Laporan tersebut juga menyatakan purata penghasilan padi sebanyak 3,782 kg sehektar dengan penghasilan paling tinggi mencecah sebanyak 10 metrik tan sehektar seperti di sekitar sawah di Sekinchan, Selangor. Jika padie tersebut diproses kepada beras, hasilnya sebanyak 1.265 juta tan metrik beras dihasilkan untuk kegunaan rakyat Malaysia. Ini mencukupi untuk bekalan sebanyak 70% kadar kecupan makanan (SSL - self sufficiency level) dalam negara dimanasebanyak 570,000 metrik tan lagi perlu diimpot dari luar negara. Tanaman padi merupakan tanaman keselamatan yang perlu di jaga untuk mempastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi untuk rakyat Malaysia. Artikel alam Sabtu ini sambil saya menonton perlawanan bola pada TV Astro, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa dasar penentuan harga padi berdasarkan tinjauan penulis dan rujukan dibeberapa sumber serta laporan akhbar.


Kerajaan telah menetapkan harga belian padi yang seragam dimana ia telah diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada Febuari 2014 di Semenanjung Malaysia. Harga belian padi telah ditetapkan pada harga RM1,200.00 satu tan dengan subsidi harga diberikan sebanyak RM248.10 satu tan walau pun harga sebenar adalah mengikut permutuan hasil padi yang dijalankan dipintu kilang berdaftar. Ini bermakna bayaran sebenar yng diterima oleh petani atau pesawah adalah bergantung kepada mutu dan kualiti padi yang dihasilkan untuk jualan. Semakin tinggi kandungan padi muda, batang padi, jerami, hampa, batu dan lain-lain akan mengurangkan lagi bayaran bersih bagi padi tersebut. Oleh itu amat penting perkara ini dan pemahaman ini diterapkan kepada semua pesawah seluluh negara bagi mengelakan sebanarng konflik yang mungkin berlaku. Pernah terjadi kes-kes dimana pesawah dan pembeli berselisih faham mengenai kadar pemotongan padi yang melibatkan ketidakpuasan hati sehingga dibawa kepada peringkat atasan. Penjelasan melalui pelbagai kursus dan latihan selain daripada penerangan berterusan telah membolehkan isu ini telah dapat diatasi dengan baik.


Semebarnya dalam pemjualan padi kepada pembeli (atau pengilang berlesen) terdapat beberapa pemotongan padi dilakukan untuk mendapatkan bayaran sebenar padi. Pemotongan hasil padi yang dilakukan ada 4 jenis iaitu Potongan kerana padi rosak, Pemotongan kerana kekotoran, Pemotongan kerana padi muda atau padi yang tidak cukup masak dan Pemotongan Wap Basah. Pertama sekali adalah pemotongan kerana padi rosak dimana takrif 'padi rosak' adalah padi yang telah bertukar warna dari warna biasa kepada warna hitam atau merah kehitam-hitaman, telah berkulat atau mulai reput. Padi yang berpenyakit dan telah mula bercambah juga dikira sebagai padi yang telah rosak. Potongan keatas padi rosak ini dibuat kerana harga belian padi yang ditawarkan adalah untuk hasil padi baik dan berkualiti. Padi rosak apabila dikeringkan dikilang akan tidak dapat menghasilkan beras baik. Lazimnya apa yang penulis periksa, beras dari padi yang rosak adalah berwarna kuning atau kuning kemerahan dan banyak mengandungi beras hancur. Ini merupakan jenis beras yang paling rendah mutunya dan harganya. Perlu dilakukan pemotongan harga kerana padi rosak akan menjejaskan keseluruhan kualiti beras dengan kadar khas. Kadar potongan untuk padi rosak adalah setiap 1 kg bagi setiap 1% pertama dan 2 kg bagi tiap-tiap 1% berikutnya yang ada dalam 100 kg padi.  


Kekotoran Padi juga menyebabkan pemotongan kerana keotoran tersebut mennyebabkan ia perlu dibuang dan menjejaskan berat serta kualiti padi. Potongan ini dilakukan jika jualan padi mengandungi kekotoran seperti jerami padi, daun-daun padi, sampah-sampah, tanah lumpur dan juga hampa.  Potongan ini dibuat keranam bendaasing ini mesti dibuang semasa 'milling' dan harga dibayar untuk padi bersih sahaja. Kadar potongan dilakukan adalah dipotong sebanyak 1 kg setiap 1% kekotoran yang adadalam tiap-tiao 100 kg padi.  Seterusnya adalah potongan kerana padi muda atau pun apa yang dikatakan padi yang tidak cukup masak. Ini sering berlaku jika jentuai masuk awal tidak mengikut jadual atau akibat cuaca hujan berterusan. Potongan akan dibuat keatas padi yang mengandungi biji-biji padi muda atau tiak cukup masak. Ini kerana padi ini apabila dikeringkan akan menjadi hampa atau menghasilkan beras hancur yang berkapor (berwarna putih) yang akhirnya menjatuhkan mutu untuk keseluruhan beras. Kadar potongan ialah 1 kg bagi tiap-tiap satu (1%) padi muda atau padi tidak cukup masak didapati dalam tiap-tiap 100 kg padi dijual dipremis berlesen.


Potongan yang paling rumit dan sering dipertikaikan adalah potongan wap basah. Potongan ini adalah potongan yang dikenakan keatas padi yang mengandungi wap basah melebihi 14%. Padi yang wap basah kurang dari 14% adalah dikira padi kering. Wap Basah adalah ukuran yang selalu digunakan untuk mengukur banyaknya air dalam biji padi dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil sebagai 'Moisture Meter'. Selalunya semakin besar angka bacaan (%) maka semakin banyaklah air dalam biji padi. Pada kebiasaannya penulis dapati padi yang dijual oleh petani dan pembeli berlesen padi mempunyai berat basah itu adalah bercampur berat air yang terdapat dalam biji padi. Oleh itu pemotongan berat keatas padi mengikut kadar wap basah seperti jadual dikeluarkan oleh kerajaan. Jika % kandungan wap basah kurang 14% tiada potongan dibuat tetapi jika 14-15% (1 kg), 15-16% (2 kg), 16-17% (3 kg), 17 - 18% (4 kg) seterusnya sehingga lebih dari 29-30% potongan sebanyak 19 kg dilakukan. Petani akan mendapat harga sebenar jualan padi mereka jiak kesemua pemotongan itu dilakukan bergatung kepada kualiti padi yang dihantar untuk jualan. Jika jumlah pemotongan banyak maka pendapatan petani akan berkurangan dan sebaliknya. Amat penting petani menjalankan alaman MyGAP terhadap sawah merekan dan mengikuti amalan Rice-Check bagi menentukan hasil dan pendapatan tinggi. Wasallam!.



POTONGAN PADI... AMALAN KUALITI...
PADI ROSAK ... POTONGAN PASTI...
PADI KOTOR... KENALAH DI PERHATI....
PADI BASAH ... LAGILAH PETANI RUGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kilang Bernas Sekinchan,
Sekinchan, Selangor,

Malaysia.
(21 RabiulAwal 1436H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...