Support My Blog

Sunday, March 22, 2015

TERUNG SUSU KAMBING

TERUNG SUSU KAMBING (Solanum mammosum) agak unik merupakan sejenis tumbuhan daripaka kumpulan terung iaitu daripada famili Solanaceae. Buah terung susu kambung juga dikenali dengan nama 'nipple fruit', 'tilty fruit'. 'cows udder' dan beberapa lagi kerana bentuknya seakan-akan sama dengan apa yang dimaksudkan. Tumbuhan yang dikatakan beracun ini dipercayai natif dikawasan Amerika Selatan, Carribean dan Asia. Mungkin tidak ramai pernah melihat sendiri pokok ini yang jarang-jarang ditanam tetapi apabila diadakan pameran pertanian kadang-kadang ada di pamerkan. Bentuk buahnya yang unik dan menarik ini mampu menarik ramai pengunjung pameran yang hadir. Diteliti daripada bentuk buahnya, ramai pasti setuju ia seakan sama dengan bentuk tetek haiwan seperti lembu, kambing dan sebagainya dengan putingnya. Kebanyakan tumbuhan ini adalah untuk dijadikan tanaman hiasan atau ornamental dikawasan keliling rumah atau taman bunga.  Warna daun dan bentuk buah yang unik mampu untuk memberikan kepasaan kepada pemiliknya. Artikel subuh kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan dinamakan terung susu kambing untuk makluman dan bacaan anda. 


Pokok terung susu kambing adalah serupa dengan pokok terung biasa dari segi bentuk, ketinggian, kanopi dan cara struktur atau pertumbuhannya. Daripada pemerhatian didapati ia mepunyai ketinggian sehingga 1.5 meter dengan banyak cabang dan merimbun. Dahannya atau cabangnya mempunyai duri-duri tajam bagi kebanyakan spesis terung ini. Bentuk daunnya membulat dengan lekukkan dan sedikit berbulu atau permukaan kasar (Sila lihat foto sebelah). Bentuk bunganya sama dengan terung biasa iaitu berwarna ungu atau putih mengikut jenis. Paling unik adalah bentuk buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning terang apabila masak. Buah berbentuk lonjong ini mempunyai bonjolan seakan puting tetek haiwan dengan bilangan antara 2 - 4 puting. Saiz buah sekitar 3 - 5 inci panjang dengan panjang puting sekitar 1-2 cm. Didalamnya terdapat beberapa biji benih yang mana isinya adalah didapati beracun. Lazimya penanaman pokok terung susu kambing membiak melalui biji benih atau keratan batang atau melalui akarnya.


Daripada beberapa rujukkan dan temubual dilaporkan bahawa buah terung susu kambing boleh dicelur dan dimakan sebagai ulam. Bagaimana pun lazinya ia diambil daripada buah yang masih muda. Dilaporkan juga bahawa air rebusan buah terung susu kambing yang diminum boleh merawat pessakit yang ada masaalah darah tinggi, kencing manis, buasir, selesema, asma, gout dan barah payu dara walau pun tidak banyak testimoni yang boleh kita buat rujukkan. Caranya adalah dengan mengambil buahnya yang dikisar dan dijadikan jus. Kemudian ia ditapis dahulu dan diminum berperingkat-peringka dimana ia didakwa memang boleh merawat sakit jantung. Banyak diperkatakan bahawa bijinya boleh digunakan untuk merawat masaalah selesema. Bunga terung susu kambing yang direbus dipercayai dapat meredakan batuk kokol. Daunnya yang direbus dan diminum boleh melegakan masalah ginjal dan pundi kencing. Buah terung susu kambing yang dijadikan serbuk digunakan untuk membunuh serangga perosak seperti lipas. Banyak lagi kajian perlu dijalankan mengenai tumbuhan ini agar ia akan menjadi satu komoditi penting yang ada nilai ekonomi pada masa akan datang. Wasallam!.

TERUNG UNIK...PADA BENTUKNYA... 
WARNA HIJAU...KETIKA MUDA...
KUNING TERANG...ADA BIJINYA...
JADI HIASAN...UNIK CANTIKNYA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Pertanian Putrajaya,
Precint 16, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(13 Jamadilawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...