Support My Blog

Sunday, May 31, 2015

LIMAU - PRODUK HASILAN LIMAU (Part 2)

BUAH LIMAU (Citrus spp) memang kaya dengan vitamin C dan merupakan sejenis buah-buahan yang ditanam dimana ia dipasarkan diseluruh dunia. Buah Limau mempunyai pelbagai jenis, varieti dan jenama merupakan antara 5 jenis buah utama didagangkan didunia. Penggunaan buah limau dan pada kebiasaanya boleh dimakan segar bila ia telah masak. Malaysia bukan negara pengeluar limau utama tetapi Jabatan Pertanian merekodkan seluas sekitar 1,900 hektar tanaman limau pelbagai jenis. Buah Limau juga dengan cara menggunakan teknologi prosesan makanan boleh diproses untuk dijadikan pelbagai produk untuk kegunaan harian. Pada masa ini pemprosesan merupakan aktiviti terakhir sesuatu produk sebelum dijual kepada pengguna. Untuk mendapatkan mutu produk yang baik, kawalan mutu hendaklah dijalankan diperingkat penuaian lagi, diikuti dengan kawalan mutu diperingkat pengendalian pasca tuai dan semasa pemprosesan. Buah limau yang diproses memang dikhususkan untuk tujuan pemprosesan atau ada yang diproses hasil sebagai lebihan daripada pengeluaran segar. Buah-buahan yang diterima dari ladang pelru dipilih, buah yang busuk dan rosak hendaklah diasingkan supaya tidak menjejaskan hasil yang diproses nanti. Jika terdapat bekalan yang berlebihan, buah limau perlu disimpan dingin pada suhu 10 Celcius dan pada suhu ini buah tersebut boleh bertahan sehingga 3 minggu. Limau boleh diproses kepada beberapa produk yang boleh dijalankan secara kormersil, di antaranya, minuman jus, kordial, pekatan, marmalade, jeli, jeruk, halwa dan acar. Lapisan kulit luar yang dipanggil flavedo mengandungi pundi-pundi (sac) minyak pati meruap yang boleh diekstrak dan digunakan sebagai perisa masakan, manakala lapisan kulit dalam yang dipanggil albedo pula kaya dengan bahan pektin yang banyak digunakan sebagai gellling agent dalam perusahaan makanan. Antara produk-produk hasilan limau yang dapat dihasilkan dengan teknologi makanan yang mudah dan tidak memerlukan pelaburan yang tinggi adalah seperti produk minuman, jeruk, chutney, pekatan, jus, marmalade, jem, dan sebagainya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk-produk hasilan limau sekadar dijadikan bahan rujukkan anda.


Hasil Produk Minuman daripada buah limau merupakan produk utama yang penulis selalu fikirkan mengenai buah limau. Apabila ingin membeli perasa minuman pastinya kita akan mencari jus atau kordial daripada limau atau paling banyak dipasaran jadi limau oren. Terdapat banyak jenama produk minuman oren dipasaran seperti 'Sunkist', FnN, Marigold dan banyak lagi. Jus oren juga memang hidangan tetap dihotel untuk menu sarapan pagi diseluruh dunia. Sebenarnya limau mempunyai rasa yang agak manis dan sesuai untuk dijadikan minuman jus. Pemprosesan awalan untuk menghasilkan produk minuman daripada limau adalah sangat mudah dan boleh dibuat sendiri dirumah. Buah Limau yang telah dicuci dengan air dikupas kulitnya. Serat bertali yang melekat pada isi diasingkan dan isu buah dilalukan melalui alat fruit pulper untuk pengumpulan jusnya. Rollers mesin ini perlu diselaraskan untuk tujuan mengelakkan persepihan biji yang boleh mengeluarkan komponen pahit daripada biji ke dalam jus. Jus ini perlu ditapis untuk mengasingkan sel-sel yang pecah, pulpa kasar dan bahan-bahan pektik. Jus yang dihasilkan dipasteurkan (rawatan haba) serta merta, untuk mengurangkan kejadian pencemaran mikroorganisma dan menyahaktifkan enzim pectinesterase. Penyahaktifkan enzim ini perlu supaya jus yang disimpan tidak menjadi terlalu jernih. Suhu dan masa pempasteuran yang sesuai penting untuk mendapatkan mutu jus yang diperlukan. Untuk limau suhu 80C - 82C selama 2 minit adalah diperlukan. Jus yang dihasilkan kemudiannya disejukkan dan ia sedia untuk pemprosesan selanjutnya.


Limau juga boleh diproses dijadikan Jeli Limau. Ini kerana Jeli Limau juga adalah sejenis produk seakan-akan marmalade tetapi ia tidak mengandungi hirisan kulit. Kaedah pemprosesannya juga hampir sama, tanpa melibatkan penyediaan hirisan kulit. Mengikut Peraturan Makan 1985 (Perkara 247), penyediaan jeli ini mestilah mengandungi tidak kurang dairpda 35% ekstrak jus. Hanya jeli limau yang ada piawaian boleh memasukki pasaran setelah mendapat kelulusan.  Seterusnya memang tidak dapat dipisahkan untuk buah limau diproses menjadi Jeruk Limau. Kulit limau boleh dijadikan jeruk masin kering yang biasanya dimakan sebagai makanan ringan atau snek. Malaysia merupakan negara pengimport buah limau pada kuantiti yang agak tinggi. Buah limau merupakan buah-buahan yang dimakan segar dimana ia banyak diimport daripada negara China, USA, EU dan Thailand. Pengeluaran tempatan buah limau amat sedikit dimana ia tidak dapat untuk mengurangkan import dengan signifikan. Peraturan Makanan 1985 (perkara 231) ada menyatakan buah limau yang di jeruk kering adalah produk bergaram tanpa atau garam dengan penambahan gula dan dikeringkan secara semulajadi atau dengan jentera pengering. Cara-cara untuk membuatnya dengan mengambil kulit limau dan kemudian ia dipotong kecil dan dididihkan selama 15 minit. Kulit limau ini kemudiannya diperam di dalam larutan garam (Kepekatan pada kadar 10 -15%) selama 8 -12 minggu. Kulit limau ini kemudiannya ditoskan dan dicuci untuk mengeluarkan garam berlebihan. Ia kemudian dikeringkan dan boleh dibungkus sebelum diedarkan untuk jualan. Produk limau yang diproses separa kering ini kemudiannya disalut dengan serbuk kamcho (liquorice) dan dikeringkan semula sebelum siap dibungkus untuk edaran.


Halwa Kulit Limau merupakan sejenis makanan yang popular. Proses penyediaan halwa kulit limau pada peringkat awalnya adalah sama seperti pemprosesan kulit limau masin. Setelah diperam dan dicuci, kulit limau diremdam dalam larutan bergula yang secara berperingkat ditambah kepekatan gulanya sebanyak 50 brix sehari. Produk kemudian dikeringkan. Dalam Peraturan Makanan 1985 (perkara 232) menyatakan halwa kulit buah disediakan dengan merendam kulit buah dalam sama ada larutan gula atau gliserol atau sorbitol. Produk ini boleh mengandungi bahan awet yang dibenarkan. Halwa jeruk kulit limau ini amat digemari oleh golongan kanak-kanak, murid sekolah malahan dikalangan orang dewasa. Selain daripada dimakan terus begitu sahaja lazimnya ia ssuai digunakan dalam membuat kuih, kek malahan dalam air minuman. Jenruk ini dijual dalam pek bungkusan kecil dan dijual dengan harga berpatutan. Produk jeruk kulit limau yang dijual di negara kita banyak yang diimport dari luarnegara.


Buah limau juga sering diproses untuk dijadikan Acar atau Chutney. Walau pun di Malaysia mempunyai Chutney  tetapi ia juga dikenali sebagai acar biasanya dibuat daripada limau nipis. Kajian perlu dibuat untuk menjadikan dengan menggunakan limau muda yang dibuang semasa proses thinning boleh menjadi produk lain yang mendatangkan pendapatn. Lazimnya apa yang saya tahu terdapat dua jenis acar atau chutney iaitu jenis manis dan masam. Dalam penyediaan acar atau chutney manis buah-buahan lain dimasukkan seperti mempelam, plum, buah pala, kismis dan lain-lain, manakala dalam penyediaan chutney masam, buah limau direndam di dalam air garam selama 4 minggu sebelum digunakan dalam proses penyediaan chutney masam. Lazimnya cara pembotolan dan pembungkusan produk ini lazimnya didalam botol kaca yang kedap udara (Sila lihat foto disebelah). Ia dijual dipasaraya dalam pelbagai bentuk, saiz, jenama, dan rasa bergantung kepada kehendak pasaran.  Memang banyak produk yang dihasilkan daripada buah limau dipasaran. Sila baca artikel sebelum ini Produk Hasilan Limau Part 1. Wasallam!.


BUAH LIMAU... PELBAGAI GUNA...
DIMAKAN SEGAR... RAYA CINA...
PROSES... CHUTNEY DAN HALWA...
MUDAH DAPAT...BELI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3205, Marco Polo Ortigas Hotel,
Pasig City, Manila,
Philipines..
(7 Syaaban 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...