Support My Blog

Thursday, December 3, 2015

KACANG PUTIH - APA DIA

KACANG PUTIH (Cicer arietinum) merupakan satu snek makanan ringan yang amat popular di Malaysia. Ia lebih sesuai juga dipanggil sebagai Kacang Kuda dan di Indonesia ia dipanggil sebagai Kacang Arab. Ia juga dipanggil sebagai Chickpea dikalangan pengeluar utama kacang ini. Saya buat posting ini semasa berada di faisalabad, Pakistan dan melihat tanaman ini ditanam di Ayub Agriculture Research Center, Faisalabad, Pakistan. Tumbuhan daripada keluarga Fabaceae ini mudah ditanam semenjak zaman dahulu sekitar 7,500 tahun dahulu yang amat kaya dengan zat protin. Kita di Malaysia tidak menanam kacang kuda atau kacang putih ini sebaliknya hanya mengimport sahaja. Kacang Putih kini di jual dalam bentuk bijirin atau ada yang telah dikisar menjadi serbuk untuk kegunaan jenis masakan. Selain itu kacang ini diproses untuk menjadi gam bagi melekatkan papan plywood dan yang tidak gunakan bahan air. Tumbuhan chickpea ini sesuai ditanam dinegara beriklim sejuk kering dengan banyak cahaya matahari diatas tanah yang mempunyai saliran baik. Kesesuaian tanah sekitar pH5.5 - 8.9 dan jika berlaku turun salji maka tanaman akan musnah. Kajian dinegara penanam kacang kuda atau kacang putih ini menunjukkan tanaman masih bertahan pada suhu sejuk -9.5 Celcius bagi varieti tertentu. Laporan  juga menunjukkan tanaman ini singkat masa dengan risiko kerosakan jika berlaku perubahan cuaca dan tanaman ditenggelami air. Tanaman ini dikomersilkan di India dan beberapa negara untuk pasaran domestik dan eksport. India menghasilkan sebanyak 5.97 juta mt kacang kuda setahun yang merupakan 80% daripada pengeluaran dunia iaitu sekitar 9.0 juta mt setahun (Sumber: FAO Statistic). Negara pengeluar lain kacang kuda ini adalah Pakisatan (842,000 mt), Turki (523,000 mt (313,000 mt), Australia (310,000 mt) dan Iran (225,000 mt). Ini diikuti dengan Myanmar, Ethiopia, Mexico, Iraq dan USA. Tumbuhan yang berasal dari tenggara Turki ini disekitar Laluan Sutera terus dijadikan tanaman utamma di India. Malaysia mengimport kacang kuda ini kebanyakannya dari India. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kacang putih atau kacang kuda atau chickpea atau kacang arab untuk penambahan ilmu pembaca semua.

Tanaman kekacang ini walau pun hasilnya rendah tetapi ia mampu untuk menambah kesuburan dengan menghasilkan Nitrojan (N) pada tanah. Tumbuhan yang tumbuh menegak lazimnya mencecah 100 cm tinggi dan mempunyai banyak cabang (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai akar panjang dengan ada bintil yang mengikat nitrojan dalam tanah. Daunnya agak berbulu dengan warna hijau dengan sebanyak 5-7 helai daun setangkai. panjang daun sekitar 16 cm dengan lebar daun sekitar 14 cm dengan bahagian tepi daun agak bergelombang. Bunganya berwarna keputihan sehingga violet dengan ukuran sekitar 12 mm panjang dan unik. Buah kacang kuda ini dalam lengai (pod) yang berukuran 3 cm panjang dan 1.5 cm lebar yang berbulu dan mengandungi 1-2 biji didalamnya. Biji kacang kuda ini berbentuk seakan-akan bulat (spherical shape) dengan ukuran sekitar 14 mm garispusat dan lazimnya bila kering ia berwarna putih krim. Secara umumnya terdapat dua jenis kacang chickpea ini yang popular ditanam iaitu Jenis Desi yang berbiji kecil, bersegi sedikit, kulit luar kasar berwarna kekuningan, banyak ditanam di Ethiopia, Iran serta Mexico. Jenis kedua ialah Kabuli dengan saiz biji yang besar, agak licin dan kulit selaputnya berwarna putih krim yang banyak ditanam di India, Afrika Utara sehingga ke Asia Barat.

Kacang Kuda yang dibeli dari kedai perlu direndan dahulu sekitar 5-10 jam sebelum ia kembang dan boleh direbus dalam masa 20 - 30 minit (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya bubuh sedikit garam dan daun kari untuk menambah perisanya. Penulis memang minat makan kacang kuda yang direbus kerana ia lemak dan enak dimakan. Selain dari mengenyangkan, kacang kuda rebus ini memberikan tenaga yang banyak dan tidak mahu berhenti ketika memakannya. Ia tahan lama jika disimpan dalam peti ais dan dipanaskan semula dengan mengukusnya. Jenis Kacang Kuda yang digoreng tanpa minyak atau Kacang Putih lebih popular dijuak dan dimakan. Beberapa pengusaha menjual kacang putih dalam bungkusan pek plastik kedap udara. Ia mudah dibeli di Stesyen Minyak, Kedai Runcit, Pasaraya malahan oleh penjual kacang putih yang berada dikawasan taman bunga dan tempat orang berkumpul di taman rekreasi. Makanan snek ini dimakan oleh semua gulongan masyarakat dan kaum tanpa mengira umur kerana ia mudah dan berkhasiat. Melawat AARC baru dapat banyak maklumat mengenai tanaman kacang putih ini. Mereka memang handal dalam pengeluaran bahan makanan cereal termasuk chicpea atau kacang kuda ini. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.  



KACANG PUTIH...KACANG KUDA...
ENAK DIMAKAN...SETIAP MASA...
KAYA PROTIN... MURAH HARGA...
DIHIDANGKAN...SEMUA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Food Crop Research Plot,
Ayub Agriculture Research Center AARC),
Faisalabad, 
Pakistan.
(5 Safar 1437H)
Posted from:
Workshop on Climate Change, risilience to agriculture Syatem, 
Faisalabad Agriculture University,
Faisalabad, Pakistan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...