Support My Blog

Saturday, March 19, 2016

POKOK BUAH TARAP

POKOK BUAH TARAP (Artocarpus odoratissimus) ini adalah pokok dimana asalnya sejenis tumbuhan liar (wild plants) yang kini diusahakan untuk menghasilkan buah tarap. Pokok buah tarap ini juga dipanggil sebagai Pokok Terap di Semenanjung dan agak popular diusahakan Borneo seperti Sabah dan Sarawak sebagai buah nadir. Buah ini juga ada yang menggelarnya sebagai Buah Marang dan Buah Pingan. Dari pengalaman penulis semasa bertugas diNegeri Sarawak daripada tahun 1995 - 1997 mendapati buah ini memang disukai oleh masyarakat tempatan untuk dimakan. Kali pertama saya makan buah ini semasa lawatan saya kekawasan pendalaman di Long Semado, Miri untuk menjadi pengadil dalam pertandingan belia pertanian. Saya telah dihidangkan dengan banyak jenis makan dan makan isi buah tersebut dengan 'enjoy' diperingkat awal. Bagaimana pun rupanya ada 'getah' menyebabkan tekak gatal dan kemudian suara saya hilang beberapa jam selepas makan. Dari segi rupabentuk, buah tarap ini mempunyai saiz seperti buah sukun dengan isinya berwarna putih krim serta kulit berduri berceracak tersusun rapi sama seakan buah nangka (Sila lihat foto diatas). Buah tarap mempunyai keluarga sama dengan buah nangka, tempunik, cempedak, sukun, kulur dan beberapa jenis buah iaitu keluarga Moraceae. Dipasar tamu dan pasar besar semasa banyak buah dihasilkan ia juga ada dijual dengan harga runcit diantara RM4.00 - RM5.00 sebiji bergantung kepada kualiti, jenis dan saiz. Purata  berat sebiji buah tarap sekitar 1.5 kg sebiji. Kepada orang luar yang ingin makan buah tarap ini boleh meminta penjual membuka kulit buah tersebut dan membungkus isinya dalam plastik untuk dimakan dihotel atau dirumah. Ini kerana cara membuka kulit buah tarap mungkin tidak sukar tetapi ia memang perlukan kemahiran kerana ia 'bergetah'. Selain daripada buah tarap enak dimakan segar (buah yang cukup masak) ia juga boleh digoreng sama seperti menggoreng isi buah cempedak. Buah tarap muda juga sesuai untuk dijadikan bahan sayuran gulai sama seperti buah nangka muda. Buah tarap berbeza dengan Buah Tempunik (Artocarpus rigidus) kerana isi buah tempunik lazimnya berwarna oren sedangkan isi buah tarap keputihan. Terdapat juga laporan mengenai spesis Buah Tarap Bulu (Artocarpus sericicarpus) dimana ia mempunyai duri atau bulu tebal dan isinya adalah nipis berbanding dengan buah tarap. Artikel subuh ini saya menulis sedikit info dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah Tarap sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. 


Genus Pokok Tarap, Nangka, Sukun (Artocarpus spp) terdiri daripada 60 spesis pokok tropika jenis malar hijau daripada keluarga Moraceae (ia sama juga dengan keluarga kertau atau keluarga pokok ara). Ia sesuai tumbuh dan hidup di Asia Tenggara dan kepulauan Lautan Pasifik. Beberapa info menyatakan buah tarap ini berkait rapat dengan Buah Ficus (Pokok Ara) dari segi marfologi. Pokok yang banyak dibiakkan ialah Pokok Cempedak (Artocarpus chempeden), Nangka (Artocarpus heterophyllus) dan Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus) serta pokok Sukun (Artocarpus atilis). Teknologi pembiakan tanaman ini dilakukan dengan pelbagai cara sama ada melalui semaian biji, cantuman atau melalui kaedah lain. Benih nangka merupakan paling banyak dikomersilkan terutama varieti nangka yang disyorkan seperti Nangka Tekam Yellow (J33) yang kini dipromosikan jualannya sebagai nangka madu dibeberapa lokasi. Pembiakan pokok tarap tidak sehebat pokok nangka dan chempedak malahan untuk mendapatkan anakbenih pokok tarap dinurseri tempatan juga agak sukar. Pada masa ini belum ada permintaan terhadap pokok buah tarap untuk ditanam secara monokrop. Kaedah yang paling baik untuk pembiakan dan juga cara menyebarkan tumbuhan ini adalah dengan biji benihnya. Biji benih yang segar akan bercambah dengan baik dan bertunas dalam jangkamasa seminggu. Lazimnya biji benih akan menjadi buruk selepas disimpan selama tiga minggu. Sebaiknya biji benih tarap perlu ditanam di tanah berpasir dengan sistem saliran baik selepas ianya dituai. 


Pokok Tarap ditanam agak meluas untuk tujuan pasaran tempatan di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan Filipina. Spesis ini tidak berapa popular di luar negara yang dinyatakan diatas. Dalam keadaan semulajadi, pokok tarap akan hidup dikawasan tanah berpasir di dalam hutan pada tahap ketinggian sekitar 1,000m di atas aras laut. Pokok ini akan membesar sehingga ketinggian 25 meter dimana daunnya adalah besar dan lebar iaitu diantara 16-50 cm panjang dan 11-28 cm lebar. Pokok ini istimewa kerana ia ia adalah bersifat mono dan perlukan proses kacukan pendebungaan dimana lazimnya jika ada satu pokok pun ia sudah cukup untuk pengeluaran buah sebagai hasilnya. Buah tarap muda lazimnya berwarna hijau yang berbentuk bujur berukuran sekitar 16cm panjang dan 13 cm lebar dengan purata berat sekitar 1kg setiap satu (Sila lihat foto disebelah). Buah tarap ini akan dimakan secara mentah atau dimasak sebagai makanan sayuran (yang masih muda). Walau bagaimanapun adalah diingatkan dimana biji benih buah tarap perlu dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan. Sebenarnya buah tarap memang tidak tahan untuk disimpan dalam suhu beku.  Sebaiknya suhu minima tidak boleh tutun di bawah 7 °C kerana ia akan merosakkan kualiti buah tarap. Kepada pembaca yang belum pernah makan buah tarap atau terap atau buah marang boleh mencubanya jika berpeluang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!..
BUAH TARAP... MARANG ITU SAMA...
SABAH SARAWAK... BANYAK ADA...
BUAH MASAK... MANIS RASANYA...
BACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 821, Hotel Chia Gin,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1437H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...