Support My Blog

Friday, April 1, 2016

KESAN RACUN PADA LEBAH

KESAN RACUN KIMIA pada aktiviti penternakan lebah madu agak kurang diperkatakan oleh penternak lebah dan kelulut. Sebenarnya penggunaan racun serangga dan racun rumpai amat membahayakan industri penternakan lebah madu dan kelulut dalam negara jika tidak ada kesedaran oleh petani dan penternak lebah madu. Lebah Madu (Apis spp) dan Kelulut (Trigona spp) akan terus mengunjungi tumbuh-tumbuhan yang mempunyai debunga dan manisan nektar sebagai sumber makanan. Terdapat banyak jenis tumbuhan yang mempunyai bunga-bungaan yang sering mengeluarkan manisan nektar dimana sebahagian besar adalah merupakan jenis rumput (weeds) yang bersaing dengan tanaman. Di Malaysia 3 jenis lebah madu yang sering diternak atau diburu madunya adalah Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) dan Lebah Tualang (Apis dorsata). Sementara itu jenis Kelulut yang paling popular ditenak masa kini adalah Trigona itama dan Trigona thoracica. Bagi pekebun kecil kelapa sawit dan juga getah, Rumput Israel (Asystasia gigantica) yang selalu tumbuh dikawasan kebun akan dimusnahkan dengan cara menyembur racun kimia. Bunga Rumput ini memang amat digemari oleh lebah madu dan kelulut kerana ia memang menghasilkan nektar yang baik dan banyak. Bagaimana pun ia merupakan sejenis rumpai yang bersaing dengan tanaman dan sering diracun. Walau pun begitu bunga yang telah disembur racun sering dikunjungi lebah dan kelulut selepas racun kering dimana ini akan menjadi toksik kepda lebah dan koloninya. Dalam beberapa pemerhatian yang saya lakukan, bahan kimia iaitu racun rumpai dan racun serangga serta racun kulat mampu membunuh larva lebah madu di dalam koloni sarangnya. Kini terdapat empat (4) jenis racun perosak yang biasa digunakan pada tanaman dinegara kita mengikut aplikasi. Ia disembur untuk membunuh serangga, rumpai dan kulat dimana kesannya juga membunuh larva lebah madu di dalam sarang mereka. Saintis juga mendapati bahawa racun jenis N-methyl-2-pyrrolidone (NMP) merupakan sejenis bahan kimia lengai yang sering digunakan dimana ia adalah jenis yang tidak aktif dimana ia biasa digunakan sebagai bahan tambahan kepada racun perosak dimana lain tetapi didapati ianya adalah sangat toksik kepada larva lebah madu. Artikel kali ini saya mengupas dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu kesan racun terhadap koloni dan kesihatan lebah dan kelulut berdasarkan kepada pemerhatian penulis dan beberapa laporan kajian daripada universiti dan sebagainya.

Dalam beberapa laporan yang saya rujuk dan baca, terdapat empat bahan lengai racun kimia yang paling biasa ditemui dalam racun yang menjadi ancaman kepada industri lebah. Ianya akan  mampu membunuh larva lebah dalam sarang atau haif. Lporan kajian juga mendapati bahawa kesan negatif racun perosak ini kadang-kadang lebih besar apabila kombinasi racun perosak terjadi akumulasi di dalam sarang. Keselamatan racun perosak dinilai hampir sepenuhnya kepada sensitiviti lebah dewasa terhadap racun perosak tunggal dan tidak mengambilkira kesan campuran racun perosak terhadap lebah. Kajian yang dilakukan saintis sebelum ini menunjukkan bahawa lebah pekerja membawa balik ke sarang purata enam racun perosak yang berbeza daripada nektar dan manisan yang mereka kumpul. "Lebah jururawat" menggunakan debunga dan nektar ini untuk membuat "beebread" yang kemudian diberinya makan kepada larva lebah madu didalam kom. Jenis racun yang dikenalpasti sring dijumpai adalah fluvalinate, coumaphos, chlorothalonil dan chlorpyrifos.  Dalam laporan kajian yang dijalankan didalam makmal mereka menggunakan racun perosak tunggal dan kombinasi racun perosak untuk "beebread" bagi menentukan sama ada racun serangga. Adakah racun kulat bertindak secara bersendirian atau bersama untuk mewujudkan persekitaran yang toksik di dalam pertumbuhan dan perkembangan lebah telah diteliti. Seterusnya saintis ini juga mengkaji kesan N-methyl-2-pyrrolidone (NMP) pada larva lebah madu dengan cara menambah tujuh kepekatan kimia untuk debunga diperolehi, termasuk diet Royal Jelly. NMP telah digunakan untuk melarutkan racun perosak ke dalam formulasi yang mana kemudian membenarkan bahan-bahan aktif tersebut untuk menyebarkan dan menembusi permukaan tumbuhan atau haiwan sasaran. Pasukan itu memberi makan diet yang dirawat yang mengandungi pelbagai jenis dan kepekatan bahan kimia berbeza-beza kepada larva lebah yang diternak di dalam makmal. Didapati bahawa campuran racun perosak boleh membawa kesan yang lebih besar bagi ketoksikan larva daripada racun perosak individu.

Laporan menunjukkan di antara empat racun perosak itu, larva lebah madu paling sensitif kepada racun jenis Chlorothalonil. Laporan kajian juga melibatkan racun campuran chlorothalonil dengan fluvalinate. Kesannya adalah dimana larva turut sensitif terhadap gabungan chlorothalonil dengan coumaphos miticide. Sebaliknya jika ada penambahan coumaphos ia akan mengurangkan ketoksikan campuran fluvalinate dan chlorothalonil itu. Racun perosak ini boleh secara langsung meracuni larva lebah madu atau boleh secara tidak langsung membunuh mereka dengan cara mengganggu kulat bermanfaat yang penting untuk "lebah jururawat" gunakan bagi memproses debunga dan nektar menjadi "beebread." Ada juga laporan temuan yang mana pendedahan kronik kepada racun perosak pada peringkat awal kehidupan lebah madu boleh menyumbang kepada pemakanan yang tidak mencukupi atau keracunan secara langsung dengan impak buruk kepada kelangsungan hidup dan pembangunan keseluruhan induk lebah. Kini para penyelidik mengambil perhatian bahawa fluvalinate dan coumaphos ini lazimnya digunakan oleh penternak lebah madu pada tanaman untuk mengawal Hama Varroa dan didapati sisa bakinya kekal dalam sarang lebah selama kira-kira lima tahun. Chlorothalonil adalah racun kulat pertanian spektrum luas yang sering digunakan untuk tanaman berbunga kerana ia kini dianggap selamat untuk lebah yang hadir untuk pendebungaan. Chlorpyrifos pula adalah jenis organofosfat yang digunakan secara meluas dalam pengurusan tanaman.

Antara laporan temuan lain adalah dimana ia menunjukkan bahawa racun perosak chlorothalonil, fluvalinate, coumaphos dan chloropyrifos sama ada diguna secara individu atau dalam campuran ia memang mempunyai impak yang ketara secara statistik kepada kemandirian larva lebah. Kajian pertama ini telah melaporkan kesan toksik yang serius kepada perkembangan larva lebah madu terhadap diet racun perosak pada kepekatan yang kini berlaku dalam sarangnya. Saintis juga mendapati bahawa peningkatan jumlah NMP membawa kepada peningkatan kadar kematian larva, walaupun pada kepekatan yang paling rendah yang diuji. Banyak juga aktiviti penyelidikan yang telah melaporkan pelbagai kesan buruk bahan-bahan aktif racun perosak terhadap kesihatan manusia. Ini termasuk meningkatkan keracunan racun perosak di seluruh saraf, kardiovaskular, pernafasan dan sistem hormon. Sebahagian besar bahan kimia organik sintetik yang digunakan dan dilepaskan ke dalam persekitaran AS adalah bahan-bahan perumusan atau tambahan seperti NMP dimana secara amnya ia diiktiraf sebagai selamat. Mereka tidak mempunyai had mandat penggunaannya dan sisa baki bahan ini tidak diawasi. Kini diantara formulasi ini adalah surfaktan dan pelarut yang mempunyai ketoksikan tinggi kepada ikan, amfibia, madu lebah dan lain-lain organisma bukan sasaran. Walaupun kami telah mendapati bahawa NMP menyumbang kepada kematian larva lebah, kesan keseluruhan bahan-bahan tidak aktif kepada penurunan kadar pendebungaan masih belum lagi diketahui. Walau pun tulisan ini mungkin agak jarang difahami, ianya penuls fikir akan memberikan cetusan kefahaman kedapa semua penternak lebah dan kelulut di Malaysia. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada pembaca blog ini. Wasallam!.
MENTERAK LEBAH... ADA RISIKONYA...
SEMBURAN RACUN... IA MERBAHAYA...
KOLONI LEBAH TERJEJAS.. MACAMANA....
PERLU DIKAWAL... CARA SEMBURANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah Madu,
Kg Bukit Katil,
Melaka, Malaysia.
(19 safar 1437H)
Kemaskini tulisan pada 1 April 2016

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...