Support My Blog

Sunday, May 22, 2016

DURIAN CREPE - CARA MEMBUATNYA


DURIAN CREPE merupakan satu produk yang disediakan berasaskan buah durian yang semakin popular di Malaysia. Pada penulis untuk mengenali 'Durian Crepe' ini boleh disamakan dengan 'Pancake Durian' iaitu sejenis makanan ringan berupa puree atau isi buah durian yang disalut dengan kulit (lempeng) tepung (Sila lihat foto ditas). Ia amat menarik kerana pembalutnya adalah kulit crepes atau dadar dibuat dari tepung yang di gulung dengan warna kuning atau hijau atau pelbagai warna kesukaan pembuatnya. Tidak d iketahui semenjak bila dan siapa yang sebenarnya mencipta resepi durian crepe kerana penulis sudah makan durian crepe sekitar 10 tahun dahulu. Memang amat enak dan suka akan produk durian crepe yang dihidangkan. Durian crepe kini amat popular dikalangan negara Asean yang mempunyai banyak hasil durian seperti di Thailand, Indonesia, Malaysia, Thailand dan sebagainya. Di Singapura juga jika anda pergi kepasaraya pastinya boleh mendapatkan produk durian crepe. Kalau dahulu ia hanya menggunakan isi durian sahaja tetapi kini durian crepe telah diubahsuai dengan pelbagai cara dan campuran perasa rain. Diantara perasa yang digunakan seperti perasa strawberi, coklat, keju dan lain-lain. Artikel melam ini sementara menonton TV perlawanan Piasa Malaysia diantara JDT dengan Felda United saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana menyediakan atau membuat durian crepe sekadar untuk dibaca dan dibuat rujukkan.

DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang sangat popular di Asia khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Buah durian ini hanya dikenali oleh orang-orang barat semenjak zaman kolonial Belanda sekitar tahun 1912 dimana, walau pun ada diantara mereka yang mengatakan bau durian itu busuk (Skunk of the orchard) tetapi durian mempunyai rasa sangat sedap (Morstesen and Bullard , 1964). Sehingga kini pun, buah durian dihalang untuk dibawa masuk kedalam bilik hotel kerana baunya yang kuat akan menganggu penghuni hotel yang lain akibat edaran udara di dalam sistem berhawa dingin. Saya dapati kebanyakan hotel di Malaysia, Indonesia dan Thailand membuat peraturan dan papantanda menghalang buah durian dan Manggis untuk dibawa masuk kedalam bilik penginapan. Durian akan menyebabkan ada bau durian yang kuat dalam hotel sementara getah manggis boleh sebabkan warna hitam yang merosakan cadar tilam atau langsir dalam hotel. Durian merupakan tumbuhan natif dari kawasan di Malaysia dan juga Thailand tetapi kini telah disebarkan ke kawasan lain seperti di Sri Lanka, Selatan India, Myanmar, Vietnam, Filipina, New Guinea dan kini telahb banyak di tanam di Australia Utara. Di Malaysia sahaja terdapat seluas 104,655 hektar tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2011 dengan penghasilan sebanyak 300.47 juta metrik tan yang bernilai RM 1.40 billion.

Membuat durian crepe amat mudah jika kita mempunyai bahan sesuai dan imlu untuk membuatnya. Penulis terangkan cara membuat Durian Crepe dengan hidangan untuk 30 biji sekadar dijadikan panduan sahaja. Bahan-bahan 'A' untuk membuat lempeng crepe atau kulit nya perlu disediakan agar lembut, menarik dan enak. Sebaiknya menggunakan sebanyak 250gm tepung gandum, sebanyak 500 ml santan kelapa, 2 biji telur ayam dan juga 1 sudu kecil esen vanilla (optional). Bahan lain yang diperlukan untuk membuat kulit durian crepe adalah 1/2 sudu kecil garam serta bahan pewarna (warna yang dipilih adalah ikut suka tetapi yang disyorkan adalah warna Kuning Telur atau Egg Yellow colour). Kebanyakkan durian crepe komersil yang dijual dipasaran adalah berwarna kuning. Sementara itu bahan-bahan 'B' adalah untuk membuat inti (filling) adalah satu (1) cawan Whipping Cream (yang dipukul sehingga kental) dan paling utama adalah isi durian yang telah dilenyek. Isi durian ini sebaiknya daripada durian terpilih yang baik kualiti isinya.


Cara penyediaan atau membuat durian crepe dimulakan dengan mencampurkan semua bahan-bahan 'A' dimana ia kemudian dikisar dengan blender. Setelah itu ia dikeluarkan dan ditapis adunan tersebut supaya tidak berketul-ketul. Adunan untuk membuat lempeng atau kulit kemudian dipanaskan diatas kuali yang tidak melekat (non-stick pan) dengan api yang kecil. Sebaiknya tuang satu senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe (lempeng) yang nipis (Sila lihat foto diatas). Adunan lempeng biasanya dimasak sebelah saja dimana apabila bahagian atas sduah kering maka di angkat dari kuali dan biarkan sejuk. Kemudian lempeng ini dibentangkan dimana sekeping crepe akan diletakkan 'whipping cream' di tengah-tengahnya. Letakkan isi durian atas whipping cream dan tutup semula dengan whipping cream tersebut dengan baik. Akhir sekali lipat crepe untuk membentuk bantal dengan ukuran yang sesuai. Akhirnya crepe durian ini dimasukkan kedalam peti ais untuk disimpan sebelum dihidangkan. Apabila siap maka ia  dikeluarkan untuk dimakan ia boleh dibuka isinya dan terus dmasukkan kedalam mulut (Sila lihat foto disebelah). Makanan berkhasiat ini sesuai dimakan pada bila-bila masa. Jika anda tidak mahu membuatnya sendiri anda boleh membelinya di pasaraya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.
CREPE DURIAN ... MUDAH MEMBUATNYA...
BAHAN ASAS... DURIAN SEGAR ISINYA...
BUAT SENDIRI... RESEPI ADA TERSEDIA..
ENAK DIMAKAN... BERSAMA KELUARGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 325, Ming Star Hotel,
Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.
(14 Syaaban 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...