Support My Blog

Thursday, May 12, 2016

KEMPEN RPW - LAPORAN AKHBAR 2016

Kempen Peringkat Nasional mengenai aktivit pengawalan, pembendungan dan penghapusan Kumbang Jalur Merah atau Red Palm Weevil (Rhynchophorus ferungineus) telah diadakan pada 7 Mei 2016 di Kg Baru Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Manjlis kempen ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya ancaman RPW terhadap industri tanaman kelapa, palma hiasan dan kemungkinan industri tanaman kelapa sawit. Serangan ini boleh berlaku dan boleh memunsahkan industri kelapa membawa kerugian sebanyak RM500 juta dan pada industri tanaman kelapa sawit yang bernilai RM63 billion. Kempen ini amat sesuai diadakan di kampong ini kerana telah berlaku serangan serius dan beberapa aktiviti pengawalan sistematik sedang dijalankan oleh Jabatan Pertanian bersama petani tempatan. Berikut penulis siarkan semula beberapa buah laporan akhbar mengenai aktiviti kempen tersbeut untuk dijadikan bahan rujukkan dalam "Anim Agro Technology" bertapa perkara ini memang penting untuk diketahui umum dan bagaimana status berkaitan ancaman RPW ini. 


(1) LAPORAN BERNAMA:
Ancaman Kumbang, Jabatan Pertanian Perketat Penguatkuasaan Kemasukan Pokok Palma
(Hiasan foto oleh penulis blog sendiri)



DUNGUN, 7 Mei (Bernama) - 
Kemasukan serangga perosak kumbang merah palma atau nama saintifiknya Rhynchophorus Ferrygineus (RPW) ke negara ini dikenal pasti berpunca dari pengimportan pokok-pokok palma yang tidak sah dari negara jiran. Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan), Datuk Jabar Shaik Mohideen berkata RPW yang mula menyerang tanaman palma seperti kelapa dan kurma di negara ini sekitar tahun 2010 semakin menunjukkan ancaman serius dan berbahaya sejak tahun lalu. "Sehubungan itu, Jabatan Pertanian sedang mengambil langkah yang lebih ketat dengan menguatkuasakan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 untuk menghalang kemasukan pokok palma yang tidak sah ke negara ini. "Aktiviti-aktiviti menghalang kemasukan pokok palma ke dalam negara dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan dan Kuarantin Malaysia (MAQIS), kastam dan Unit Pencegahan Penyeludupan di pintu-pintu masuk di seluruh negara. Selain itu, Jabatan Pertanian juga sedang memperbanyakkan lagi jumlah perangkap RPW supaya populasi serangga perosak itu akan berkurangan dan dapat dikawal, malah kempen kesedaran yang dijalankan mengenai ancaman RPW ini diharap mampu menyelesaikan masalah itu secepat mungkin," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pelancaran Kempen Pengawalan, Pembendungan dan Penghapusan RPW di Kampung Baru Kuala Abang yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud di sini Sabtu. Pelancaran kempen itu bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan petani dan pengusaha tanaman mengenai bahaya perosak RPW terhadap kelapa sawit, kelapa, palma hiasan dan tanaman palma yang lain. Jabatan Pertanian juga telah menjalankan aktiviti gotong royong pada 21 hingga 24 Mac lalu di Kampung Baru Kuala Abang yang paling teruk menerima serangan serangga perosak itu membabitkan pegawai pertanian dari beberapa negeri yang membuat rawatan kimia pada pokok yang diserang RPW. Justeru beliau berharap petani dan orang ramai akan tampil segera membuat laporan sekiranya menyedari terdapat serangan RPW kepada pejabat pertanian berdekatan bagi mengelak kerugian lebih besar berlaku terhadap industri tanaman palma di negara ini. "Sehingga kini, Jabatan Pertanian juga tidak pernah mengeluarkan sebarang permit import kepada mana-mana pengimport atau orang persendirian untuk membawa masuk pokok kurma atau apa-apa tanaman palma sama ada untuk dijadikan tanaman landskap atau secara komersil ke negara ini," katanya. Sumber: BERNAMA


(2) LAPORAN SINAR HARIAN:
Tajuk Laporan Akhbar: 
Jabatan Pertanian perketat kemasukan pokok palma
Tarikh : 7 Mei 2016
Gambar hiasan



DUNGUN - Kemasukan serangga perosak kumbang merah palma atau nama saintifiknya Rhynchophorus ferrugineus (RPW) ke negara ini dikenal pasti berpunca daripada aktiviti pengimportan pokok-pokok palma yang tidak sah dari negara jiran. Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan), Datuk Jabar Shaik Mohideen berkata RPW yang mula menyerang tanaman palma seperti kelapa dan kurma di negara ini sekitar tahun 2010 semakin menunjukkan ancaman serius dan berbahaya sejak tahun lalu. "Sehubungan itu, Jabatan Pertanian sedang mengambil langkah yang lebih ketat dengan menguatkuasakan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 untuk menghalang kemasukan pokok palma yang tidak sah ke negara ini. "Aktiviti-aktiviti menghalang kemasukan pokok palma ke dalam negara dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan dan Kuarantin Malaysia (MAQIS), kastam dan Unit Pencegahan dan Penyeludupan di pintu-pintu masuk di seluruh negara. Selain itu, Jabatan Pertanian juga sedang memperbanyakkan lagi jumlah perangkap RPW supaya populasi serangga perosak itu akan berkurangan dan dapat dikawal, malah kempen kesedaran yang dijalankan mengenai ancaman RPW ini diharap mampu menyelesaikan masalah itu secepat mungkin," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pelancaran Kempen Pengawalan, Pembendungan dan Penghapusan RPW di Kampung Baru Kuala Abang yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, YB Encik Roslee Daud di sini hari ini. Pelancaran kempen itu bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan petani dan pengusaha tanaman mengenai bahaya perosak RPW terhadap kelapa sawit, kelapa, palma hiasan dan tanaman palma yang lain. Jabatan Pertanian juga telah menjalankan aktiviti gotong royong pada 21 hingga 24 Mac lalu di Kampung Baru Kuala Abang yang paling teruk menerima serangan serangga perosak itu membabitkan pegawai pertanian dari beberapa negeri yang membuat rawatan kimia pada pokok yang diserang RPW. Justeru beliau berharap petani dan orang ramai akan tampil segera membuat laporan sekiranya menyedari terdapat serangan RPW kepada pejabat pertanian berdekatan bagi mengelak kerugian lebih besar berlaku terhadap industri tanaman palma di negara ini. "Sehingga kini, Jabatan Pertanian juga tidak pernah mengeluarkan sebarang permit import kepada mana-mana pengimport atau orang persendirian untuk membawa masuk pokok kurma atau apa-apa tanaman palma sama ada untuk dijadikan tanaman landskap atau secara komersil ke negara ini," katanya. - Bernama

(3) LAPORAN AKHBAR KOSMO:
Kumbang merah ancam kelapa sawit



KUMBANG MERAH PALMA

DUNGUN – Industri kelapa sawit negara yang me­nyumbang perolehan RM63.5 bilion setahun boleh terjejas akibat ancaman kumbang merah palma atau red palm weevil (RPW) atau nama saintifiknya Rhynchophorus ferrugineus. Ia adalah sejenis kumbang daripada keluarga curculionidae (coleoptera), merupakan perosak utama bagi tanaman palma seperti kelapa, kelapa sawit dan kurma. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, serangga itu pernah memusnahkan berpuluh ribu hektar ladang kurma di rantau Asia Barat hampir 10 tahun lalu dan kini dikesan telah mula menyerang pokok kelapa sawit di Indonesia. “Sejak kumbang merah palma memasuki negara ini menerusi pohon kurma yang diseludup dari Thailand pada tahun 2010, serangga itu telah memusnahkan 498 hektar pokok kelapa, 335 pokok kurma dan berpuluh-puluh pokok hiasan jenis palma. “Ancaman serangga itu kini sudah me­rebak di seluruh negara de­ngan Terengganu dan Kelantan paling teruk terjejas. Di kawasan Kuala Abang di sini, dianggarkan 90 peratus daripada 20 hektar pokok kelapa sawit yang ditanam telah dirosakkan oleh RPW,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Pengawalan, Pembendungan dan Penghapusan Kumbang Merah Palma di Kampung Baru, Kuala Abang di sini semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu, Roslee Daud.

Demikian 3 artikel yang dilaporkan oleh akhbar tenmopatan mengenai kempen peringkat nasional pengawalan, pembendungan dan penghapusan kumbang jalur merah (RPW) di Kg Baru Kuala Abang, Dungun Terengganu. Semuga anda mendapat info berguna. Wasallam!.
KEMPEN RPW... DI DUNGUN JUA...
MENTERI UCAP... TERANGKAN APA...
RAMAI HADIR... AKHBAR PUN ADA...
DAPAT MAKLUMAT...BACA ISINYA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Balai Raya Kg BAru Rantau Abang,
Dungun, Terengganu,
Malaysia.
(8 Mei 2016)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...