Support My Blog

Tuesday, May 10, 2016

RB Lure - FEROMON KUMBANG TANDUK

RB-LureTM merupakan satu produk feromon untuk diguna bagi memerangkap Kumbang Tanduk (Rhinoceros Beetle) atau nama saintifiknya Oryctes rhinoceros. Kumbang Tanduk merupakan sejenis poerosak tanaman palma terutama pokok Kelapa (Cocos nucifera)Perosak utama kelapa di Malaysia salah satunya adalah Kumbang Tanduk yang berwarna kehitaman dan mudah dikenali kerana mempunyai tanduk atau dikampung dipanggil 'sumbu'. Kumbang dewasa akan mengorek bahagian pucuk serta makan bahagian lembut atau umbut kelapa dipucuknya. Akibatnya pelepah akan yang keluar membentuk seakan kipas dan akan berlaku takungan air serta menyebabkan pucuk reput atau busuk yeng akan mengundang kumbang jalur merah (RPW) pula. Masaalah ini saya jumpa di beberapa kawasan penanaman kelapa dimana ada sesetengah lokasi paras serangan kumbang tanduk adalah merbahaya jika tidak dikawal. Kumbang dewasa bertelur dalam batang kelapa yang reput, batang organik dan sampah sarap dikebun. Larva berwarna putih akan hidup ditempat tersebut sehingga menjadi Pupa. Salah satu kaedah bagi mengenalpasti kehadiran kumbang ini adalah dengan memasang perangkap menggunakan bahan feromon. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai salah satu produk feromon yang boleh digunakan bagi tujuan memerangkap kumbang tanduk.


Produk RB-Lure ini mudah digunakan untuk tujuan memerangkap kumbang tanduk kerana ia menarik kumbang dewasa betina yang masih muda berbanding dengan kumbang jantan. Bubuh RB-Lure dalam perangkap sama ada menggunakan perangkap dibuat sendiri atau pun yang sedia ada dijual dipasaran. Bagaimana pun perangkap Coco-Trap yang mempunyai lubang akan memerangkap kumbang tanduk ini dengan lebih cekap. Masukkan bungkusan RB-Lure dalam perangkap yang dipasang dengan kemas (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai lubang yang mana membolehkan ia digantung dalam kontena perangkap. Sebaiknya kontena ini diisikan dengan air seminggu sekali untuk membolehkan kumbang tanduk dewasa ini lemas dalam perangkap. Digalakkan agar air ditukar dua minggu sekali. Satu perangkap RB-Lure ini boleh digunakan untuk keluasan 1 ekar (0.4 hektar) tanaman kelapa dan tanaman palma yang lain. 

Tanda serangan kumbang tanduk apabila dilihat daun terputus (Sila anda lihat foto disebelah). Produk ini dinamakan sebagai 'Phermone lure of Orycytes rhinoceros'. Ia hanya mensasarkan satu jenis serangga sasaran khusus iaitu hanya satu jenis saja iaitu Kumbang Tanduk dan tidak menarik sama serangga yang lain. Ditulis sebagai dispenser sebagai PVC Bial ia dibungkus dengan bahan aktif kadar sebanyak 1.2 gram sebungkus. Baunya adalah seperti bau buah-buahan manis (Fruity) yang jelas. Bahan ini dikenali dengan nama kimia sebagai kombinasi daripada Ethyl-4-Methyl Octanoate. Penulis dimaklumkan oleh syarikat tersebut dalam risalah iaitu tulisan kimia bahan adalah C11H22O2 yang dibungkus dalam trilaminated aluminium untuk mengekalkan kualiti dan juga jangkamasa penyimpanannya. Produk ini juga perlu disimpan dalam tempat sejuk yang gelap (cool dark place) seperti didalam peti ais untuk jangkamasa simpanan lebih lama. Ia didakwa boleh bertahan sehingga 4 bulan (field viability) seperti dilaporkan dari negara asal yang mengeluarkan bahan ini iaitu India.



Produk ini dijual dengan harga satu paket ikut lokasi jarak, jumlah dibeli, kaedah pembelian tunai atau sebagainya oleh pembekal Sekilas Karisma. Syarikat Sekilas Karisma juga merupakan salah satu sebuah syarikat yang mengedarkan bahan RB-Lure ini beralamat di11-2, Jalan Meranti SD 14/4, Bandar Damansara, 52200, Kuala Lumpur. Hubungi dengan menalipon 03-62721678 atau Fax: 03-62729526. Pengurus Syarikat pula Hj Hairun Harman boleh dihubungi dengan HP: 0193551432 atau email pada khairun@sekilaskarisma.com. Serangan RPW kini telah diistiharkan merbahaya dan menjadi ancaman kepada industri tanaman palma terutama tanaman kelapa dan  berkemungkinan kelapa sawit. Produk RPW-Lure ini boleh dijadikan salah satu daripada produk untuk menentukan kehadiran RPW di kebun anda dan sebagai satu kaedah kawalan oleh RPW. Semuga anda mendapat info berguna!. Wasallam!.
RB-LureTM ... SATU FEROMON SAJA...
SYARIKAT TEMPATAN..PENGEDARNYA...
MUDAH DIBELI... SENANG DIGUNA..
SIAPA HENDAK... HUBUNGI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Baru Kuala Abang,
Dungun, Terengganu,
Malaysia.
(7 Mei 2016) 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...