Support My Blog

Sunday, July 17, 2016

DURIAN BELANDA - CARA PETIK

DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Annonaceae sama seperti buah Nona Seri Kaya, Nona Kapri, Atemoya, Cherimoya dan beberapa jenis lagi. Tanaman ini dipercayai natif daripada kawasan di Amerika Tengah dan tidak banyak yang ditanam secara komersil di Malaysia seperti buah-buahan lain (Sila klik disini - untuk artikel berkaitan durian belanda). Durian belanda memerlukan kawasan tanah yang subur dengan kadar kecerunan antara 0 - 15 darjah, mempunyai sistem saliran baik(ia tidak tahan air banyak) dan pH tanah diantara pH5.0 - 5.5 dengan kedalaman tanah melebihi 1 meter. Dari segi hujan pula saya dapati tahap keperluannya adalah SEDERHANA sepanjang tahun dan hujan berlebihan akan menganggu proses pendebungaan. Pokok durian belanda juga akan terjejas hasilnya jika kurang air atau kemarau agak panjang. Di Malaysia terdapat 3 varieti durian belanda yang telah lama didaftarkan iaitu DB1, DB2 dan DB3. Kesemua varieti ini akan mengeluarkan hasil selepas 3 tahun penanaman pada pokok yang dijaga dengan baik dikebun. Antara isu penting dalam tanaman durian belanda adalah masaalah pendebungaan yang sering menjadi masaalah kepada ramai petani tempatan. Artikel malam ini saya berbangga dapat menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan agronomi bagi tanaman buah durian belanda dimana ia berasaskan kepada beberapa kali pemerhatian yang dibuat dikebun durian belanda untuk bahan bacaan dan rujukan. Artikel ini bagaimana pun lebih tumpukan kepada cara menuai atau petik buah durian belanda sebagai satu teknologi.

Buah sirsak dapat dituai setelah berumur lebih dari tiga tahun. Musim berbunga pohon durian belanda paling banyak terjadi dalam bulan Oktober sampai November dan musim berbuah banyak jatuh pada bulan Januari serta Februari. Dari satu pokok durian belanda selalu dapat dituai sekitar 2- 30 biji buah dengan berat buah kira-kira 200 - 1,200 gram. Namun penghasilan buah durian belanda akan mengalami penurunan setelah usia pokok mencapai 8 -10 tahun sehingga diperlukan amalan agronomi dinamakan Peremajaan (Rejuvenation). Buah durian belanda yang paling baik dipetik setelah benar-benar matang tetapi masih keras (Sila lihat foto disebelah). Ciri-ciri buah durian belanda yang matang antara lain memiliki jarak duri yang telah merenggang pada kulit buah, bentuk melebar dan selalunya dibahagian hujungnya tumpul dan tangkai buah telah berwarna kekuningan. Dilihat warna kulit buah yang matang asalnya hijau mengilat telah berubah menjadi hijau kusam atau hijau kekuning-kuningan. Jika ditepuk-tepuk dengan tangan seakan terdengar bunyi seperti berongga. Jika dicium akan berbau khas isi aroma buah durian belanda. Buah durian belanda yang matang memiliki isi daging buah yang lembik, berwarna putih dan berserat. Berdasarkan pada umut umurnya sebaiknya buah dipetik kurang lebih setelah berumur 2.5 bulan sejak keluarnya bunga (anthesis). Apabila buah belum cukup masak atau dipetik belum cukup matang maka ianta boleh dipercepat proses kematangannya dengan cara mencuci buah sirsak dengan air bersih kemudian ianya diletakkan di tempat yang lembap selama 3-5 hari hingga buah benar-benar matang. Buah ini selalunya boleh dituai sepanjang tahun dikawasan kebun yang mempunyai iklim sesuai, amalan agronomi diberikan terbaik dan tidak mengenal musim. 

Selalunya buah durian belanda akan dituai sebanyak 1-3 kali semasa ia berbuah dengan waktu puncak pada musim utama. Buah tersebut perlu dipetik dengan berhati-hati dan mesti selektif dimana kerja memotong tangkai dilakukan menggunakan pisau yang benar-benar tajam atau gunting. Setelah itu buah mesti disimpan dalam bekas bakul plastik yang telah dialaskan dengan bahan yang empuk seperti kertas atau lain bahan. Buah durian belanda adalah jenis buah yang mudah rosak dan tidak tahan terhadap proses penyimpanan untuk jangka masa yang lama. Meski buah ini diperam selalunya hasil dari proses memeram ini tidak akan sama dengan buah yang matang dipokok. Selalunya dari segi mutu, rasa dan aroma buah dari hasil memeram buah durian belanda kurang memenuhi syarat untuk dijual di pasaran. Buah durian belanda selalunya tidak dapat di tuai sekaligus disebabkan ia memiliki tahap atau peringkat kematangan yang berbeza-beza. Perkara ini berlaku dan memerlukan cara memetik secara terpilih dari setiap pokok. Masa memetik buah perlu berhati-hati agar tidak menimbulkan kerosakan pada buah lain. Buah yang telah dipetik mesti diletakkan secara betul agar memudahkan proses pengangkutan. Semasa penulis lawat ladang komersil di Maran, petani menyatakan pokok yang ditanam dari biji mulai berbuah setelah umur 4-5 tahun sejak tanam (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun pokok yang ditanam dari bentih cantuman berbuah pada umur 2-3 tahun sahaja.

Dari penelitian dikebun komersil ini penulis dapati selalunya bilangan biji buah sepokok yang subur mencapai 20 - 30 buah. Musim berbunga yang paling banyak adalah sekitar bulan Oktober - November dan berbuah pada bulan Januari - Februari tetapi diladang ini sepanjang tahun tanpa henti. Tanaman pokok durian belanda yang telah berumur 8-10 tahun hasilnya makin menurun dimana ia pelukan cantasan peremajaan. Dari segi fisiologi buah durian belanda yang matang dikenali apabila jarak duri pada permukaan kulit buah telah merenggang, melebar, hujungnya tumpul, tangkai buah telah menguning, wama buah suram, bila ditepuk-tepuk seperti berongga dan tercium bau buah durian belanda masak. Selalunya jangkamasa matang lebih kurang 2.5 bulan sejak keluarnya bunga. Penuaian dilakukan dengan cara memetik tangkai buah secara hati-hati. Pokok tinggi cara memetik buah menggunakan alat bantuan khas seperti galah yang dihujungnya dipasang kantung kain atau keranjang untuk menahan supaya buah tidak jatuh kebawah. Bagi tujuan mempercepatkan proses kematangan, buah yang telah dipetik dicuci dengan air bersih kemudian diletakkan di tempat lembap selama 3-5 hari sampai buah betul-betul matang. Berat buah selalu berkisar 200 - 1,200 gram walau pun di kebun ini ada banyak buah mencecah 4-5 kg.  sebiji. Pastikan buah dipetik disusun baik dengan dialas bahan lembut dan ada pengudaraan. Selalunya ia dijual segar. Buah ini biasanya akan dihantar kepada pemborong dalam keadaan matang 75 % dan digunakan sebagai bahan asas membuat jus, minuman segar dan membuat pes buah durian belanda. Semuga tulisan ini dapat memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
DURIAN BELANDA... DITUAI DIA...
2.5 BULAN...SELEPAS DIDEBUNGA...
GUNA PISAU TAJAM... GALAH JUGA...
HARGA MAHAL... HEBAT KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Tanaman Durian Belanda,
Sg Jerik, Maran,
Pahang, Malaysia.
(13 Syawal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...