Support My Blog

Wednesday, July 20, 2016

SANTAN KELAPA - CECAH RM12.00 SEKILO?

HARGA SANTAN RM12 sekilogram?. Itu satu fenomena yang amat mengejutkan ramai surirumah yang sering mendapatkan bekalan santan segar dibeberapa negeri. Ini berikutan dengan kenaikan mendadak yang mana harga santan segar sekitar RM5.00 - RM7.00 sekilogram pada waktu biasa. Kejadian ini telah berlaku terutama dikawasan pendalaman yang jauh daripada kawasan penanaman kelapa seperti di Jerantut, Raub, Kuala Lipis dan bandar sekitarnya seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan baru-baru ini. Kejadian seperti ini bukan selalu berlaku tetapi ianya berulang pada waktu tertentu. Salah seorang peniaga yang ditulis dalam akhbar tersebut adalah Encik Mohd. Affendi dimana beliau ada menunjukkan 300 biji kelapa yang telah dibekalkan masih tidak mencukupi untuk jualan dalam sehari di bandar Jerantut. Akhbar tersebut juga menyatakan para penduduk dan pengusaha kedai makan di bandar ini telah pun mengeluh ekoran kenaikan harga santan segar secara mendadak sejak kebelakangan ini kerana peniaga sukar memperolehi bekalan kelapa terutama semasa perayaan Hari Raya Aidiladha dan dan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun. Tinjauan pemberita akhbar tersebut yang berkunjung di Pasar Besar Jerantut baru-baru ini mendapati santan kelapa segar dijual pada harga RM12 sekilogram, kelapa parut RM8 sekilogram, kerisik RM14, kelapa tua biji RM2.50 sebiji dan kelapa parut siap dimesin RM2.80 sebiji. Ini juga merupakan isu asas iaitu diantara bekalan dan permintaan oleh pengguna (supply and demand). Keadaan seperti ini bukan kali pertama berlaku sejak 10 tahun lalu tetapi ianya berulang terhadap penjualan santan kelapa dan dikhuatiri akan berterusan lebih lama. Penjual tidak ada pilihan lain melainkan menaikkan harga santan apabila kelapa semakin sukar diperoleh dan pernah terputus bekalan. Kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman ke  terpenting di Malaysia dengan keluasan sebanyak 85,400 hektar pada tahun 2015 (Sumber: Laporan Jabatan Pertanian Malaysia, 2015). Kawasan utama penanaman kelapa seperti di Bagan Datoh (Perak), Sabak Bernam (Selangor) dan Batu Pahat (Johor) yang dijadikan kluster tanaman kelapa masih menghasilkan buah kepada segar untuk negara. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" isu kenaikan harga santan segar yang berlaku dibeberapa lokasi sempena perayaan di Malaysia.

Pada penulis harga santan segar yang dijual dengan harga jualan runcit iaitu RM12.00 sekilogram adalah mahal malahan lebih tinggi daripada harga santan kotak yang diimport. ‘‘Kadang-kadang tidak munasabah kita menjual santan segar dengan harga RM12.00 sekilogram berbanding RM6.00 yang selalunya dijual sebelum ini. Peniaga terpaksa menaikkan harga berikutan harga pemborong juga tinggi akibat daripada kesukaran bekalan kelapa segar termasuk kos juga kos pengangkutan. Peniaga di Jerantut menyatakan dia cuma memperolehi bekalan 1,500 biji kelapa untuk tempoh selama seminggu berbanding 3,000 biji sebelum ini yang dibekalkan oleh pemborong dari Selangor, Kelantan dan Thailand. Oleh itu beberapa peniaga bukan sengaja menaikkan harga bukan kerana sesuka hati atau manipulasi keuntungan tetapi ia adalah berpunca kekurangan kelapa dari luar. Kata Affendi beliau memerlukan 300 biji kelapa segar setiap hari untuk memenuhi permintaan pembeli santan segar dengan jualan RM12.00 sekilogram yang ditetapkan serta dipantau oleh penguatkuasa Pejabat Pengguna Dalam Negeri dan Koperasi cawangan Jerantut. Dalam tinjauan lain menurut seorang pekebun dan pemborong kelapa dari Selangor, Tan Beng Sing 53 tahun juga berkata dimana bekalan yang dihantar kepada peniaga kelapa dan santan di Gombak, Kuala Lumpur, Jerantut, Benta, Raub dan tempat lain masih belum mencukupi. Dia mengurangkan penghantaran keluar kerana masalah mendapatkan bekalan kelapa dari pekebun di sekitar Selangor akibat musim melawas dan kekurangan buah untuk memetik buah pada bulan puasa. Ini kerana pekerja ladang sudah meninggalkan kebun untuk balikk negara asalnya.

Dalam kes lain dikatakan dalam akhbar bahawa En Beng Sing yang hampir 30 tahun bergiat dalam perniagaan itu berkata dimana sebelum ini dia menghantar 7,000 biji kelapa tiga hari sekali kepada peniaga di bandar pendalaman Pahang ini tetapi kini beliau terpaksa mengagihkannya secara adil kepada setiap peniaga berikutan masalah kekurangan bekalan kelapa tersebut. Menurutnya, berikutan krisis berkenaan dia dan beberapa pemborong lain terpaksa memperoleh bekalan kelapa dari Thailand dan Indonesia namun masih tidak mencukupi untuk pasaran domestik. Dalam tinjauan lain dilaporkan seorang peniaga kedai makan En Abdullah Hashim berkata lazimnya setiap hari dia memerlukan lima kilogram santan segar untuk menyediakan pelbagai jenis masakan di kedainya, namun masalah kenaikan harga santan kini turut menjejaskan perniagaannya. Kini selain berbelanja lebih membeli santan segar peniaga ini terpaksa mengambil alternatif lain iaitu menggunakan santan segera jika bekalan terputus sehingga mencacatkan kualiti dan keenakan makanan yang dijual. Ini menjejaskan kedatangan pelanggan dikedainya yang sememangnya popular dengan makanan berasaskan santan kelapa segar.

Satu langkah jangkapanjang mempastikan bekalan kelapa dikawasan ini tidak terputus adalah dengan aktiviti menggalakkan penduduk tempatan menjalankan penanaman kelapa. Kawasan pendalam ini lebih banyak menanam kelapa sawit dan getah tetapi tidak banyak kawasan penanaman kelapa. Adalah baik program penanaman kelapa ini dibuat untuk mengurangkan risiko kekurangan bekalan kelapa untuk musim tertentu. Keluasan tanaman kelapa perlu ditambah dikawasan pendalaman dengan Kelapa Matag, Kelapa Tinggi Malayan Tall, Kelapa Renek (MYD/MRD) dan sebagainya. Galakkan penanaman kelapa ini perlu dibuat kerana ia memerlukan komitment petani disebabkan kelapa lambat mengeluarkan hasil dan harga kelapa tua diladang adalah rendah jika dibanding dengan hasil daripada tanaman kelapa sawit dan getah. Bagaimana pun langkah-langkah menyediakan rantaian pembekalan biji kelapa tua segar perlu diperbaiki demi untuk menentukan bekalan kelapa berterusan. Malaysia sekarang mengimport sekitar 100 juta biji kelapa tua dari Indonesia setiap tahun untuk kegunaan kilang memproses kelapa. Mereka perlu mendapatkan Import Permit (AP) untuk membawa masuk kelapa dari luar negara yang diuruskan oleh Jabatan Pertanian dan Kementerian Pertanian Malaysia. Bekalan kelapa segar ini mungkin juga berkait dengan kejadian El-Nino dan kemarau panjang selama 4.5 bulan yang berlaku. Semuga isu harga santan mencecah RM12.00 sekilogram tidak akan menjadi isu dimasa akan datang. Wasallam!..

HARGA SANTAN... RM12.00 MAHALNYA...
KEKURANGAN BEKALAN... PUNCANYA...
PERLU DIPANTAU... ANTARA CARANYA...
ADAKAN PROGRAM...MENANAM KELAPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hotel Jelai, Raub,
Pahang, Malaysia.
(15 Syawal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...