Support My Blog

Sunday, September 18, 2016

BUAH POPULAR DI MALAYSIA (Part 6)

out
INDUSTRI BUAH-BUAHAN MALAYSIA merupakan satu sektor tanaman bagi menghasilkan buah-buahan yang di majukan untuk bekalan domestik dan ekspot. Dalam NKEA diujudkan saru program meningkatkan pengeluaran buah-buahan dalam EPP7 sebagai satu usaha membangunkan sektor ini. Beberapa projek seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Dusun Nukleus, SGBB,DJBM, AIDS dan sebagainya diujudkan untuk membangunkan sektor buah-buahan sejak lama duku sehingga sekarang. Terdapat seluas lebih dari 270,000 hektar tanaman buah-buahan yang telah diusahakan pada tahun 2015 dengan anggaran kuantiti pengeluaran sebanyak 1.742 juta metrik tan. Tanaman buah Durian (Durio zibethinus) merupakan jenis buah paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar. Kawasan utama didalam pengeluaran buah-buahan di Malaysia adalah di Pahang (Daerah Raub dan Bentong), Perak (Batu Kurau) dan Johor (Muar dan Tangkak) serta beberapa negeri lain. Buah-buahan yang luas ditanam ini diikuti Pisang (Musa spp) merupakan jenis buah yang kedua luas diusahakan di Malaysia dengan keluasan 28,640 hektar dan pengeluaran sebanyak 283,220 metrik tan. Pisang merupakan tanaman buah tidak bermusim yang ditanam untuk makan segar dan digoreng atau dibuat kuih. Daaripada rekod yang penulis dapat perolehi daripada Jabatan Pertanian menunjukkan tanaman Rambutan (Nephelium lappaceum) berada pada tempat ketiga dengan ditanam seluas 24,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan pada tahun 2015. Rambutan Anak Sekolah (R191) kini mencapai tahap eksport ke negara USA sebagai satu usaha mengujudkan luang pasaran baru. Tempat keempat ialah Buah Nenas (Ananas comosus) dengan keluasan 16,210 hektar dan pengeluaran sebanyak 400,070 metrik tan. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 23 jenis buah-buahan tropika yang popuar di Malaysia. Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan kepada Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015, aktiviti pemerhatian, analisa persendirian dan pengalaman penulis sendiri didalam sektor pertanian selama 36 tahun.


15. DURIAN BELANDA
Durian Belanda (Annona muricata) adalah buah-buahan yang tidak banyak ditanam secara monokrop dengan komersil satu masa dulu. Bagaimana pun kini buah yang berkhasiat ini semakin diminati ramai dan diusahakan secara komersil di Pahang, Johor dan Perak. Tanaman durian belanda atau 'Sirsak' dalam bahasa Indonesia atau 'Soursop' dalam bahasa Inggeris dimakan segar dan juga di jadikan air minuman. Buah Durian Belanda kini ditanam menggunakan varieti tempatan dan belum ada yang varieti didaftarkan sebagai varieti popular. Dahulu sehingga kini tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman ini. Penulis menganggarkan keluasan tanaman durian belanda sekitar 200 -300 hektar di Malaysia pada tahun 2015. Durian belanda dipasarkan untuk pasaran segar. Durian Belanda didakwa mempunyai khasiat yang baik bagi mereka yang mengadapi masaalah Gout dan Kanser dan mempunyai harga pasaran yang baik. Tinjauan penulis di ladang Durian Belanda di Maran, Phang seluas 10 hektar mendapati harga ladang durian belanda Gred A sekitar RM8.00 sekilogram dan Gred B sekitar RM6.00 sekilogram. Harga runcit durian belanda diantara RM18.00 - RM20.00 sekilogram. Daun durian belanda juga boleh diproses untuk dijadikan daun teh yang mempunyai khasiat kesihatan. Anda boleh baca beberapa artikel saya mengenai teknologi penanaman durian belanda.

Article: Durian Belanda (Klik disini)
Article: Khasiat Durian Belanda (Klik disini) 
Article: Khasiat Durian Belanda (Klik disini)
Article: Khasiat Durian Belanda (Klik Disini)
Article: Khasiat Durian Belanda (Klik disini)
Article: Khasiat Durian Belanda (Klik disini)



16. DOKONG 

Tanaman Dokong (Lansium domesticum Jack) merupakan jenis tanaman saka yang telah dikomersilkan untuk peasaran domestik dan sedikit untuk eksport. Walau pun buah dokong menyerupai buah duku dan langsat, buah dokong lebih diterima kerana rasanya lebih enak. Kini terdapat seluas 16,130 hektar CHE direkodkan oleh Jabatan Pertanian yang ditanam di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 32,420 metrik tan pada tahun 2015. Kawasan utama tanaman dokong di Malaysia di Daerah Gua Musang Kelantan (2,040 ha) diikuti dengan Daerah Kuala Krai Kelantan (1,950 ha) dan Daerah Jeli Kelantan (1,748 ha). Belum ada kepastian mengenai klon tanaman dokong tetapi yang popular ditanam ialah Varieti Dokong Kering. Bagaimana pun agak sukar untuk membezakan anakbenih dokong kering berbanding dengan Varieti Dokong Biji atau   Varieti Dokong Basah. Buah dokong dipasarkan untuk kegunaan segar dengan harga purata lingkungan RM 4.00 - RM 8.00 sekilogram. Bagaimana pun penanaman dokong di negara ini ada masaalah penghasilan 'Biennial' atau berbuah lebat dua tahun sekali yang kadang kala menyebabkan lambakkan sehingga harga jualan hanya RM0.50 sekilogram. Penanaman buah dokong banyak saya tulis dalam blog anim Agro Technology.

Article : Dokong - Part 1, Part 2, Part 3 (Klik disini)
Article : Dokong - Mengawal Keruping (Klik disini)
Article : Dokong Chantaburi, Thailand (Klik disini)
Article : Dokong Anak (Klik disini)

Penulis di Ladang Dokong, Chantaburi, Thailand.

17. DUKU
DUKU (Lansium domesticum) adalah sejenis buah-buahan tempatan dari keluarga Meliaceae yang agak popular juga di negara kita. Rekod Jabatan Pertanian menunjukkan terdapat seluas 16,320 hektar tanaman jenis Duku, Duku Johor, Duku Langsat, Langsat dan Dokong serta Rambai dilaporkan pada tahun 2015 dengan anggaran hasil sebanyak 32,420 metrik tan. Pokok Duku kini boleh dibahagikan kepada 3 yang utama iaitu DUKU JOHOR, DUKU DEWAN dan juga DUKU TERENGGANU. Hanya Duku Johor yang dominan dalam kategori duku ini sedangkan Duku Dewan yang berasal di Kelantan dan Duku Terengganu di Terengganu pada penulis hanya menyerupai Langsat dan hanya sebutannya sahaja yang menggunakan 'Duku'. Duku Johor mempunyai kulit yang tebal berbanding denga dua jenis duku tersebut. Buah duku selalunya akan bertukar daripada warna hijau ke warna kuning apabila buah mencapai peringkat masak. Walau bagaimanapun, corak kemasakan buah duku Johor berlaku tidak serentak dalam satu tangkai. Pada masa kebanyakan buah telah bertukar warna menjadi kuning masih terdapat buah-buah yang lain yang masih hijau. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah dalam penuaian. Pemerhatian penulis mendapati peringkat kemasakan duku Johor di Muar didapati boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat mengikut perubahan warna buah iaitu (1) hijau kekuningan; (2) kuning kehijauan; (3) kuning; (4) kuning cerah dan (5) kuning keperangan. Kemanisan buah meningkat dan kemasaman buah menurun apabila buah semakin kuning. Buah duku sudah boleh dipetik apabila kebanyakan buah pada sesuatu tangkai sudah berwarna kuning atau kuning cerah dan kuning keperangan iaitu 15-16 minggu dan tarikh bunga berkembang. Pada ketika itu, buah mengandungi jumlah pepejal terlarut antara 15-18% dan kandungan asid antara 0.2-0.4%. Artikel kali ini saya kongsi maklumat mengenai teknologi tanaman duku daripada pengalaman dan rujukan risalah teknikal.

Article : Duku (Sila klik disini)
Article : Cara Petik Duku (Sila Klik Disini)
Article : Varieti Duku, Langsat dan Dokong (Sila klik disini)

Penanaman buah-buahan di Malaysia merupakan satu usaha yang mempunyai masa hadapan yang baik. Antara jenis buah-buahan yang terus diberikan tumpuan seperti Tanaman Durian, Mesta, Betik, Nenas, Pisang, Tembikai, Melon dan beberapa lagi. Penanaman melon secara fertigasi kini menjadi satu kesukaan kepada henerasi muda dengan kos yang awalnya agak tinggi tetapi menjamin pendapatan baik. Artikel 8 sisi ini mempaparkan 23 jenis buah-buahan terpilih yang penulis paparkan sekadar memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
WARNA HIJAU...DURIAN BELANDA...
ADA YANG MANIS...ADA MASAMNYA...
BUAH DOKONG... MANIS RASANYA...
BANYAK DITANAM...IKUT MUSIMNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 101, Dynasty INN,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia
(2 JamadilAkhir 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...