KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, December 8, 2016

BASIKAL BANJIR - IDEA KREATIF

BASIKAL (Bicycle) merupakan satu kemudahan yang dicipta oleh manusia untuk bergerak dengan lebih laju diatas jalan dimana ia lebih cekap daripada berjalan kaki. Bagaimana pun baru-baru ini terdapat satu foto basikal yang direkacipta untuk digunakan diatas air terutama didalam mengatasi masa musim banjir. Foto ini diviralkan dalam banyak grup whatapps dimana ramai yang suka dan gelak sinis melihat foto tersebut. Penulis kurang pasti dari mana foto ini diambil tetapi mungkin juga di negara kita kerana ia merupakan inovasi mudah yang praktikal. Basikal biasa dengan 2 rim telah diubahsuai dengan mudah dimana bahagian tayar hadapan dipasang dengan pelampong daripada tong plastik atau juga boleh gunakan pelampong jenis lain (Sila lihat foto diatas). Dibahagian belakang pula dipasang 2 buah lagi pelampong sama yang diikat dengan kemas menggunakan tali plastik dan palang kayu untuk mengukuhkan kedudukan basikal agar berdiri tegak. Apa yang unik adalah rim tayar belakang dipadang 'paddle-wheel' yang disambung dengan pedal pengayuh untuk tujuan mengerakan basikal tersebut kehadapan. Penunggang basikal ini sebaiknya orang yang bersaiz kecil atau ringan untuk menstabilkan graviti agar basikal tersebut tidak tenggelam jika bebanan penunggang terlalu berat. Basikal kreatif ini sesuai digunakan dikawasan banjir yang tidak terlalu berarus kerana agak sukar jika melalui kawasan berarus kerana ianya akan hanyut. Mereka yang ingin menaiki basikal kreatif ini juga mampu untuk mengawal handle bagi tujuan membelok dan laluann tegak. Penulis belum pasti berapa banyak basikal ini telah dibuat di negara kita tetapi ia bukan satu perkara asing dinegara jiran seperti Thailand dan Bangladesh. Artikel petang Ahad ini saya meulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai basikal banjir sempena musim monsoon Disember ini yang berkemungkinan akan memberikan idea kepada pembaca blog untuk membuatnya. 


Satu legi jenis basikal untuk kawasan yang sering dilanda banjir adalah jenis Basikal Tinggi (Sila lihat foto disebelah). Basikal ini dicipta sama seperti basikal biasa cuma tayarnya berada dibawah dan pedal serta rantainya berada ditempat yang lebih tinggi. Basikal setinggi lebih 2 meter ini diperbuat daripada besi yang mempunyai 2 tingkat rangka dimana ia sesuai dikayuh walau pun bahagian bawah tenggelam dalam air. Pengalaman penulis yang pernah menaiki basikal dalam banjir di Mersing pada tahun 1999 mendapati mengayuh basikal dalam air memang agak sukar kerana perlukan tenaga banyak untuk mengayuh. Basikal tinggi ini bagaimana pun perlu diguna dengan tahap kemahiran khusus kerana jika tidak pandai mengendalikan akan menyebabkan kecederaan jika ia tumbang diatas daratan. Penulis kurang pasti bagaimana untuk memulakan naik basikal tinggi ini jika tidak mempunyai imbangan yang baik. Basikal tinggi ini jika digunakan dalam kawasan banjir bagaimana pun perlu berhati-hati dikawasan banjir berarus dan perlukan mengelak lubang atau parit yang tidak dapat dilihat dalam air.


Merujuk kepada basikal kreatif banjir yang digunakan dinegara jiran, ia juga hampir menyamai dengan foto yang diviralkan diatas. Basikal ini menggunakan tong plastik yang jernih diikat 4 biji iaitu 2 dibahagian hadapan dan 2 lagi dibahagian belakang untuk tujuan mengapongkannya (Sila lihat foto disebelah). Semasa melihat ujicuba yang dibuat diatas tasek didapati basikal ini mudah dikendalikan walau pun oleh perempuan. Apa yang penting adalah penunggang pandai membuat imbangan dan kayuhan yang sistematik. Masaalah yang dihadapi basikal kreatif ini adalah semasa hendak cuba membelok dimana ia perlu berhati-hati kerana jika terlalu laju atau ambil susut salah menyebabkan basikal ini boleh tumbang. Bagaimana pun perkara ini boleh diatasi dengan menjarakkan lagi pelampong tersebut dan memasang alat pengimbang lain. Basikal ini sesuai juga dijadikan kenderaan untuk tujuan rekreasi dan sukan seperti pertandingan hari sukaneka dan hari keluarga. Walau pun ia merupakan satu rekabentuk yang mudah tetapi basikal ini juga boleh dibuat dimusim banjir sebagai alat tunggangan.


Basikal Banjir kreatif ini boleh dijadikan alatan tunggangan untuk rekreasi semasa musim banjir yang melanda kawasan bandar dan perumahan (Sila lihat foto sebelah). Ia jenis basikal tinggi yang boleh dinaiki 2-3 orang semasa digunakan untuk mengelilingi kota. Foto yang dirakam di Bangkok, Thailand ini beberapa tahun lepas menjadi viral kerana keunikannya. Penunggang merasa selesa menunggang basikal tinggi dikawasan banjir dengan mudah dan melalui air berkedalaman 30 cm dengan mudah. Basikal 3 roda ini mempunyai kemudahan pedal yang tinggi memudahkan kayuhan dan tayar depan dan belakang yang kecil sahaja untuk memudahkan pergerakan dalam air dan elakkan masuk lubang. Rantai basikal yang disambung antara pedal dengan tayar belakang disesuaikan agar ia mudah dikendalikannya. Artikel ini mempaparkan beberapa basikal banjir yang kreatif sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua. Apa pun bila berlaku kejadian banjir langkah-langkah bagi meyelamatkan nyawa didahulukan diikuti dengan menyelamatkan hartabenda dan perkara lain. Basikal seperti ini tidak menjamin anda selamat tetapi menaiki bot BOMBA dan JPAM akan membawa anda ketempat perpindahan yang selamat. Awas dengan kejadian banjir dan segera berpindah apabila diarahkab. Wasallam!!!.

BASIKAL BANJIR... KREATIF DICIPTA...
PELBAGAI MODEL...GUNAKAN IDEA...
BASIKAL TERAPONG...BERJAGA-JAGA...
BERLAKU BANJIR... BERGUNA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1404, Hotel Holliday Inn Melaka,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(19 Safar 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...