KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, December 28, 2016

BURUNG GAGAK

Burung Gagak (Corvus spp) adalah burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' sejak lama dulu kerana banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut.  Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu berwarna hitam ini mampu terbang dan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam? Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya.   Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai gagak dan laporan akhbar tempatan berkaitan gagak.


LAPORAN TESTIMONI 1 :
Tangani pembiakan burung gagak di kawasan bandar

JOHOR BAHRU 1 Jan. - Jabatan Perkhidmatan Haiwan diminta menangani segera masalah pembiakan burung gagak yang semakin bertambah di kebanyakan kawasan bandar. Ahli ADUN Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berharap jabatan berkenaan perlu mengambil langkah proaktif termasuk memasang perangkap di kawasan yang sering menjadi sarang kumpulan unggas berkenaan. "Selain itu, kita juga berharap masyarakat khususnya golongan peniaga restoran, kedai makan dan gerai supaya sentiasa menjaga kebersihan dengan tidak membuang sisa makanan di merata-rata tempat. "Burung gagak ini gemar mencari sisa makanan yang dibuang atau ditinggal dan kemudian membuat sarang di pokok-pokok berhampiran. Kita dapat lihat semakin banyak burung gagak di kawasan bandar sekarang," katanya selepas menyertai operasi menembak gagak di kawasan Taman Pelangi Indah, dekat sini kelmarin. Dalam operasi anjuran pihaknya bersama Jawatankuasa Penduduk Zon Tiram Timur dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan kerja sama pasukan polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Southern Waste Management Environment Sdn. Bhd. (SWM) yang bermula pukul 4.30 petang hingga 7 malam itu berjaya menembak 463 gagak. Abdul Halim berharap, Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan memikirkan langkah drastik yang berkesan bagi menangani masalah itu kerana jika populasi burung tersebut terus bertambah, ia akan menyebabkan kawasan taman dan perumahan lebih kotor. "Walaupun ada pihak yang menjalankan operasi seperti ini, namun kita jangan mengharapkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja, tetapi Jabatan Perkhidmatan Haiwan patut bertindak sama menanganinya," katanya. Beliau berkata, operasi itu akan diteruskan pada masa akan datang di kawasan yang dikenal pasti mempunyai bilangan burung gagak yang banyak sebagai langkah membendung pembiakannya.

LAPORAN TESTIMONI  2 :
6,264 burung gagak 'tumpas' di Pandamaran


KLANG 21 Nov. - Sebanyak 6,264 ekor gagak berjaya ditembak dalam operasi menembak gagak anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Stadium Hoki Pandamaran, Klang di sini, semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Zulkifli Abbas berkata, operasi itu disertai oleh 52 kumpulan mewakili 137 peserta daripada Persatuan Penembak Selangor. Pada 2009, sebanyak 8,836 ekor gagak berjaya ditembak, tahun lepas pula sebanyak 7,799 ekor gagak berjaya ditembak manakala pada tahun ini pihak berkuasa tempatan (PBT) Klang mensasarkan 8,000 ekor gagak. "Bagaimanapun, hasil maklum balas daripada peserta, kita dapati tumpuan menembak terganggu sedikit akibat hujan yang turun mulai pukul 3 petang hingga lewat petang," katanya. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, memandangkan penyertaan peserta konsisten setiap tahun iaitu antara 120 hingga 140 penembak, pihaknya bercadang untuk memasukkan acara menembak gagak sebagai program tahunan sempena perayaan Hari Kebangsaan tahun depan."Bayaran seekor gagak ditetapkan RM3 seekor manakala yuran pendaftaran RM5 setiap seorang memandangkan peserta mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli peluru. "Sehingga kini, populasi burung gagak di Klang berjaya dikurangkan dan antara lokasi yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan gagak ialah di Kapar, Taman Sri Sentosa dan Taman Sri Andalas di sini," katanya.

LAPORAN TESTIMONI  3 :
TTDI mahu 'perangi' gagak
Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


IA digelar si hitam pengotor, pembawa penyakit dan macam-macam lagi. Jika burung-burung lain sering dipuja atau sekadar menjadi belaan para peminatnya, burung berwarna hitam pekat itu akan menerima nasib yang berbeza. Gagak diburu kerana dianggap pencemar imej ibu negara. Semuanya kerana sifat survival burung itu yang bergantung kepada sisa buangan, bangkai dan sampah sarap. Tumbuhan dan buah-buahan juga, walaupun ia sudah busuk atau mereput, turut menjadi pilihan gagak. Tabiat itu menyebabkannya Gagak menyelongkar kawasan pembuangan sampah, tong sampah atau karung sampah yang tidak diikat dengan kemas untuk memenuhi keperluan pemakanannya. Paling utama adalah kewujudannya yang tidak dialu-alukan itu turut menimbulkan rungutan kepada orang ramai, khususnya dalam kalangan penduduk sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur di sini. Kesan pencemaran yang dilakukan kumpulan gagak itu boleh dilihat di mana-mana, bermula dari kawasan perumahan sehinggalah ke kawasan komersial termasuk di belakang lorong-lorong premis perniagaan. Menyedari perkara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan operasi menembak gagak di sekitar kawasan TTDI baru-baru ini dengan tujuan mengurangkan populasi gagak dan masalah lain yang berpunca daripada haiwan itu. Ia merupakan operasi pertama tahun ini, selepas beberapa siri operasi yang sama dilakukan di sekitar Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lalu.


Banyak aduan, Ketua Operasi, Abdullah Said berkata, operasi itu merupakan satu langkah DBKL bagi mengurangkan bilangan gagak di kawasan berkenaan. Menurutnya, walaupun langkah itu tidak dapat dapat menghapuskan populasi gagak secara total tetapi ia merupakan satu cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan bilangan gagak. “Kami menerima banyak aduan mengenai bilangan gagak yang banyak sekali gus ia membawa masalah kerana spesies burung ini membuat kotor dan meninggalkan najis di merata-rata tempat. “Pada masa yang sama, bunyi bising kumpulan burung itu juga sering mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya. Dalam operasi selama tiga jam bermula dari pukul 5 petang sehingga 8 malam itu, kira-kira 100 ekor gagak berjaya ditembak oleh sembilan kakitangan dari Jabatan Kesihatan dan Penguatkuasaan DBKL.

OPERASI menghapuskan gagak oleh pihak DBKL turut memerlukan kerjasama orang ramai untuk menjaga aspek pengurusan sampah. Abdullah berkata, sebelum ini pelbagai cara lain telah digunakan dalam usaha untuk menghapuskan gagak seperti menggunakan jaring elektrik tetapi menembak merupakan satu cara yang paling berkesan. “Sebelum operasi ini dijalankan kami telah melakukan pemantauan selama beberapa hari dan mengenal pasti beberapa lokasi yang menjadi sarang pembiakan dan laluan burung itu. “Keselamatan orang ramai sentiasa menjadi keutamaan kami, kita berterima kasih kepada orang ramai kerana memberikan kerjasama sekali gus memastikan operasi berjalan lancar,” ujarnya yang memberitahu kesemua gagak yang ditembak itu akan dilupuskan serta-merta. Seorang penduduk, Mohd. Syahril Sallih, 28 berkata, dia rimas dengan kehadiran gagak yang jelas mencemarkan imej TTDI. “Selain jumlahnya yang agak banyak, kadang-kadang ia turut menyelerakkan tong sampah sehingga menyebabkan sampah sarap bertaburan di atas jalan raya. “Saya harap, DBKL dapat membuat operasi dengan lebih kerap untuk mengurangkan populasi gagak bagi mengatasi masalah ini,” ujarnya. Bagi seorang peniaga, Low See Weng, 35, kawasan di TTDI sering menjadi tempat burung gagak mencari makanan, kerana kepadatan penduduk di sekitarnya. “Di sini banyak kawasan perumahan dan premis perniagaan. Pada masa yang sama, ia diburukkan lagi dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan soal kebersihan dengan membuang sampah merata-rata. “Bagi saya, kedua-dua pihak, DBKL dan masyarakat, perlu memainkan peranan mereka. Jika bandar raya kita sentiasa bersih, saya pasti masalah burung gagak tidak akan timbul,” ujarnya.


LAPORAN 4 :
Ratusan gagak petanda ajal menjemput pelancong
HOTEL yang menjadi tempat penginapan 35 pelancong Thailand sebelum
25 daripada mereka terkorban dalam kemalangan.
IPOH – Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan dan mengapa 25 daripada 35 pelancong dari Hatyai, Thailand itu menjadi korban, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri. Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising. Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu. “Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut. “Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,” ceritanya kepada Kosmo! semalam. Semuga semua laporan ini memberi pembaca blog Anim Agro Technology ,emgenai burung gagak. Wasallam!!!..

BURU8NG GAGAK.. HITAM WARNA...
MAKAN BANGKAI.. AMAT BAHAYA...
PERLU DIKAWAL... SENTIASA JUA...
ARTIKEL DIKUPAS...LAPOR MEDIA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3002, Hotel Legend,
Kuala Lumpur , Malayasi.
(23 Safar 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...