KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, December 11, 2016

CENDOL

CENDOL merupakan makanan yang dikategorikan sebagai minuman dengan mempunyai isi cendol yang sangat unik. Ramai orang Malaysia yang suka makan atau minum cendol tradisional atau pun cendol yang telah diubahsuai mengikut kehebatan penjual cendol. apa yang saya buat penelitian, lazimnya ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada yang tradisional daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam dan jagung bergantung kepada selera penjamunya. Pada masa ini banyak nama-nama yang pelik mengenai cendol di Malaysia seperti 'Mr Cendol', 'Cendol Bakar', 'Cendol Pulut Istimewa', 'Cendol 7 Keturunan','Cendol Pak Akob', 'Cendol Melaka', ' Cendol Penang' dan banyak lagi. Pada asasnya jenama cendol ini direka oleh pengusaha bergantung kepada keistimewaan cendol tersebut dan lokaliti dimana ia dijual. Keseronokan makan cendol adalah apabila ia dihidangkan ketika sangat kita haus dan pada waktu tengahari atau punn lewat petang. Cendol tradisional adalah lazimnya dihidangkan dalam mangkuk kecil (mangkuk plastik atau mangkuk zink) dengan diberikan sudu kecil untuk mengambil isi cendol jeli hijau. Bagaimana kini pun bekas cawan plastik atau bungkusan plastik ada juga digunakan untuk cendol yang ingin dibungkus untuk dibawa pulang. Kalau dahulu cendol hanya dijual oleh gerai-gerai tepi jalan atau dalam premis yang ringkas sahaja tetapi kini telah banyak premis atau restoren yang menjual cendol bersama dengan hidangan resepi makanan lain, Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis makanan tradisional yang dipanggil 'cendol' untuk bacaan anda. Penulis memang suka minum cendol sejak zaman remaja sehingga masuk umur menghampiri 6 siri.


Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada kesan mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran adunan tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan turun. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dimana ia keluar seperti mee yang buat memanjang dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Cendol tradisional lazimnya berwarna hijau walau pun kini ada juga yang cuba mewarnakan dengan warna merah dan kuning. Cara penyediaan tradisi jeli cendol ini biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Keenakkan cendol apabila ia dihidangkan bersama ais, air gula melaka dan santan kelapa. Air gula melaka atau gula kabong akan menambah keenakkan cendol berbanding dengan jika menggunakan air gula Melaka sahaja. Bagaimana pun penulis dapati ada produk cendol yang ditambahkan pula dengan pulut, isi durian, agar-agar, jelly dan susu isian manis. Penulis blog juga dapati cendol enak juga dimakan dengan buah-buahan. Saya suka makan cendol yang ada kacang merah dengan gula melaka dan santan pekat serta dimasukkan beberapa biji ketulan ais didalamnya.


Agaknya berapa harga bagi semangkuk cendol yang dijual dalam gerai cendol?. Harga jualan cendol diantara semurah RM0.50 satu mangkuk sehingga ia berharga RM 2.50 semangkuk jika dijual pada gerai tepi jalan (Lihat foto sebelah). Bagaimana pun harga jualan di restoran atau di hotel mencecah melebihi RM5.00 satu bekas (Sama ada dalam mangkuk, cawan plastik atau cawan khas). Harga cendol juga tertakluk kepada kualiti dan kuantiti isi cendol tambahan sama ada ia pulut, kacang merah, jagung dan kadang-kadang buah-buahan campuran atau isi durian. Di Seremban terdapat seorang penjual cendol yang terkenal dimana dahulu hanya membuka gerai tepi jalan dan penjualnya sangat peramah (Bekas tentera) tetapi kini telah membuka restoran menjual cendol di tempat yang berhampiran. Dahulu semasa penulis pernah bertugas di Daerah Segamat, penjual akan kata 'Minum satu... percuma tambah sendiri" sebelum berkata "jarak dari sini ke Segamat sejauh 250 km lagi... selamat jalan".  Kejayaan usahawan cendol ini mendapat liputan daripada TV3 dalam program Majallah 3 dan berpuloh laporan akhbar sehingga ia adalah satu ikon dikawasan selatan Bandar Seremban. Penulis dapati pelanggan cendol di tempat ini terdiri daripada lapisan umur, melibatkan semua kaum dan masyarakat tempatan.


Di Selangor pula amat popular dengan 'Cendol Bakar' yang boleh dijumpai dibanyak lokasi. Kini Cendol Bakar juga dikatakan unik kerana namanya iaitu 'Bakar' memang kurang sesuai penggunaannya. bagaimana pun ia juga merupakan sejenis cendol dimana cara penyediaan gulanya melalui proses pembakaran yang mana ia mampu untuk menghasilkan rasa cendol yang sangat enak (Sila lihat foto sebelah). Semasa penulis kali pertama dapat mengunjungi gerai cendol bakar di Sungai Buloh dan Ijok, di dapati memang ramai pelanggan yang makan cendol bakar dimana pelanggan perlu berbaris panjang untuk membelinya. Bagi mengatasi masaalah kesesakan dikaunter maka pemilik kedai cendol bakar juga telah menyediakan kaunter 'Drive Through' bagi cendol bakar. Kalau dahulu cendol hanya dinikmati oleh orang kampong sahaja dan dijual oleh mamak, kini cendol telah menjadi satu 'icon' di Malaysia yang telah maju sehingga mampu menjana pendapatan lumayan. Cendol adalah sejenis makanan atau minuman sihat kerana ia mengandungi nutrisi dan berkhasiat. Lebih hebat lagi apabila beberapa syarikat pengeluar air minuman telah mencipta cendol yang telah dipek dalam kotak atau bekas plastik sedia untuk diminum. Kenapa anda tidak menjadii usahawan menjual cendol?. Wasallam!...

NAMANYA CENDOL... ENAK SEKALI...
ADA SANTAN... DICAMPUR JELI...
GULA MELAKA... AIS DAH MESTI...
PELBAGAI JENAMA... PELIK KINI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sungai Buloh, 
Selangor,
Malaysia.
(27 Zulkaedah 1434H)    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...