Support My Blog

Sunday, December 25, 2016

IKAN SARDIN - HEBATNYA DIA!

IKAN SARDIN (Sardine Fish) merupakan sejenis ikan laut yang terdiri dari beberapa spesies dari famili Clupeidae. Ikan ini mampu bertahan dalam laut sehingga kedalaman lebih dari 1.000 meter. Ikan ini amat sesuai untuk digunakan sebagai makanan kegemaran ramai seluruh dunia dimana ia dihidangkan dengan sos tomato atau sos pedas bercili (Sila lihat foto diatas). Penulis kenal akan ikan sardin semenjak kecil lagi dimana ia sering menjadi penduduk luar bandar kerana keenakannya dan sesuai dijadikan menjadi lauk makan nasi. Ada beberapa jenis ikan sardin termasuk ikan mackerel yang lebih besar seperti mackerel sirip biru (bluefin mackerel) yang ditinkan sebagai ikan sardin. Ikan sardin lazimnya hidup berkumpulan dalam laut dan ditangkap menggunakan beberapa peralatan menangkap ikan yang sesuai. Ikan sardin dalam tin kini dipasarkan dengan harga satu tin diantara RM 2.50 sehingga RM9.00 bergantung kepada saiz, jenama, jenis ikan, buatan domestik atau import dan sebagainya. Antara beberapa jenama ikan sardin dalam tin yang popular di Malaysia seperti BOTAN, CAP AYAM, KING CUP, MARINA, CINTA dan sebagainya. Pengguna di Malaysia bertuah kerana amat mudah untuk membeli ikan sardin dalam tin di kedai runcit, pasar malam, pasaraya dan sebagainya. Sementara itu ikan sardin segar juga menjadi pilihan ramai pengguna dengan membelinya dipasar basah dan ia antara jenis ikan yang murah dan enak digoreng untuk dijadikan lauk makan tengahari. Artikel pada malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan sardin sebagai sejenis makanan berasaskan protin yang amat popular diseluruh dunia dari dahulu hingga sekarang.

Dalam wikipedia ada dilaporkan dimana ada terdapat banyak jenis atau species. Antara jenis ikan sardin dari genus Dussumeria
Rainbow Sardine
(Dussumieria acuta) yang banyak digunakan dan ditinkan (Sila lihat foto disebelah). dan juga dari jenis Slender Rainbow Sardine (Dussumieria elopsoides) Ikan Sardin dari genus Escualosa pula adalah terdiri dari jenis Slender White Sardine (Escualosa elongata) dan jenis White Sardine (Escualosa thoracata) yang juga popular untuk ditinkan. Ikan sardin dari jenis ketiga adalah dari genus Sardina terdiri dari European Pilchard (ia adalah 'true sardine') iaitu dikenali dengan nama saintifik sebagai Sardina pilchardus. Ke 4 adalah ikan sardin dari genus Sardinella terdiri daripada jenis Round Sardinella (gilt sardine, Spanish sardine) dimana ia dikenali dengan nama saintifik sebagai Sardinella aurita, Sardinella longiceps dan juga Sardinella gibbosa (Indian sardines). Selain itu terdapat genus ikan sardin dari genus Sardinops iaitu jenis South American Pilchard (Pacific sardine, California sardine, Chilean sardine, South African sardine) yang dikenali dengan nama saintifik Sardinops sagax. Di Malaysia terdapat juga spesis ikan sardin yang ditangkap oleh nelayan tempatan. Ikan sardin dimakan segar atau di tinkan dalam sos untuk simpanan dalam masa yang lama. Sardin adalah makanan yang kaya dengan zat protin dan mineral. Satu tin ikan sardin yang dihidangkan mampu membekal 13% Vitamin B2, 1/4 bahan Niacin, 150% keperluan diet vitamin B12 dan sebagainya. Kandungan mineral seperti Kalsium, Posforan serta mineral lain seperti Selenium (Se) dan zat besi (Fe) amat membantu dalam menjaga kesihatan jantung. Ia juga mengandungi bahan asli dari laut Asid Lemak Omega-3 yang elakkan masaalah Penyakit Alzheimer's. Ia juga rendah kandunagn Raksa (Mercury) sebagaimana jenis ikan lain yang dimakan manusia.

IKAN Sardin adalah jenis ikan yang paling lazim dimakan manusia dimana ia adalah jenis ikan berminyak berukuran relatif kecil. Istilah nama 'Sardin' diambil dari nama dari sebuah pulau di Mediteranian iaitu Pulau Sardinia di mana ikan sardin pernah didapati dalam jumlah besar. FAO dan WHO menetapkan 21 jenis spesies ikan yang dapat disebut sardin untuk memudahkan pemeriksaan dan kuarantin berkaitan dengan produk ikan sardin terutama untuk sarden yang ditinkan. Memang ikan sardin amat kaya vitamin dan mineral. Diseluruh dunia ikan sardin diproses dan dijual dalam tin yang menarik. Dalam memproses ikan sardin dalam tin, ikan segar yang ditangkap nelayan akan di bersihkan dan dibuang bahagian kepala, ekor dan isi perutnya. Ia kemudian dimasak dengan minyak panas atau pun dipanaskan di dalam ting dengan wap panas. Kemudian ikan tersebut dalam tin akan direndam dalam campuran minyak yang mengandungi ramuan khusus seperti sos tomato, garam dan sebagainya. Ikan Sardin dalam tin yang dikatakan berkualitai tidak memiliki kepala dan insang. Ikan sardin yang besar bagaimana pun dipotong-potong mengikut kesesuaian. 

Selain daripada dimakan sebagai lauk dengan nasi, ikan sardin dalam tin juga dijadikan Roti Inti Sardin, Roti Canai Sardin dan juga Inti Karipap Sardin. Banyak resepi lain yang menggunakan ikan sardin untuk hidangan keluarga seperti kari ikan sardin yang sesuai dimakan dengan roti canai atau lempeng kabol. Penulis paling minat makan roti canai sardin kerana ia amat enak dan mengenyangkan. Sekeping roti canai sardin dijual dengan darga RM2.50 - RM5.00 sekeping bergantung kepada saiznya, lokasi jualan dan ketebalannya (Sila lihat foto disebelah). Antara bahan yang digunakan untuk membuat roti canai sardin adalah kulit tepung, ikan sardin, bawang besar dihiris, telur ayam dan cili dipotong-potong. Ramuan ini dicampurkan dalam mangkuk dan dikacau sehingga sebati. Ia akan diletakkan dalan lapisan kulit tepung yang dicanai dan digoreng sehingga masak. Jika ia tebal makan jangkamasa menggoreng agak lama berbanding dengan roti kosong. Nasi lemak yang dimakan dengan lauk ikan sardin juga menjadi pilihan ramai dikalangan rakyat negara ini. Begitulah hebatnya penangan ikan sardin yang merupakan satu pilihan paling polular rakyat negara ini untuk mendapatkan sumber protin yang mudah, murah dan berkualiti. Wasallam!!!..

IKAN SARDIN... DITINKAN BERJENAMA...
DALAM SOS TOMATO... MUDAH DIBUKA...
DIJADIKAN MAKANAN...PELBAGAI CARA...
ARTIKEL DITULIS... ANDA MEMBACANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoren RZ, Jalan Abdullah,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(22 RabiulAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...