Support My Blog

Sunday, December 18, 2016

LANDAK RAYA - BOLEH TERNAK

HAIWAN LANDAK merupakan sejenis haiwan yang jarang dibincangkan sebagai sesuai untuk diternak. Penulis dulu sering dapat melihat kepada rupa bentuk haiwan ini kerana arwah bapa merupakan seorang pemburu 45 tahun dahulu. Barangkali tidak ramai yang kenal haiwan ini kalau tidak berkunjung ke zoo atau belum ramai yang berminat untuk memelihara sebagai hobi mahupun menternaknya untuk tujuan komersial. Namun bagi seprang ahli perniagaan dan ADUN Jeneri, Sik, Kedah, Mahadzir Abdul Hamid dimana beliau telah menternak haiwan berkenaan daripada spesies Landak Raya (Hystrix brachyura) seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan baru-baru ini. Menurut Mahadzir minat beliau untuk memelihara haiwan eksotik tersebut timbul sejak enam bulan lalu. Beliau telah pun menganggap landak raya mempunyai keistimewaan dan sekali gus dapat memupuk semangat untuk mengusahakan aktiviti ternakan landak di rumahnya di Kampung Tala, Jeneri, Kedah (Sila lihat foto diatas). Hobi ini muncul sejak enam bulan yang lalu apabila beliau membeli seekor landak raya induk daripada seorang penternak. Dia mendapati landak raya ini mempunyai keistimewaannya dan sejak itu dia menanamkan minat untuk terus menternak landak raya. Jika anda suka untuk tujuan ‘bersahabat’ dengan haiwan bukan sesuatu yang merugikan tetapi ianya sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa letih dan penat setelah seharian bekerja. Oleh itu sesibuk mana pun dengan tugas harian mereka akan berikan luang masa untuk menjalankan terapi minda iaitu memberi makan haiwan kesayangan mereka itu termasuk aktiviti bagi membersihkan kandangnya. Memang bukan mudah menternak haiwan berkenaan kerana mereka perlu mematuhi pelbagai peraturan termasuk kelulusan dan lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Sebenrnya haiwan ini dilindungi sepenuhnya oleh Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Akta berkenaan diwujudkan bagi melindungi hidupan liar tempatan dan hidupan liar yang tersenarai dalam Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Flora dan Fauna Mengenai Spesies Terancam (CITES). Segala aktiviti yang membabitkan hidupan yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya tanpa lesen atau permit khas adalah menjadi satu kesalahan serta boleh dikenakan denda dan dipenjara. Beliau mempunyai lesen Perhilitan untuk memburu 10 landak raya liar bagi tujuan pembiakan dan kini sedang berusaha untuk memperoleh lesen bagi pembiakan lebih 50 landak raya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai haiwan Landak Raya untuk pontensi dijadikan haiwan ternakan komersil berdasarkan beberapa testimoni dalam akhbar tempatan.

Lazimnya mereka yang ingin menternak landak raya perlukan baka induk yang sesuai. baka induk atau “benih landak raya' ini boleh dibeli secara berperingkat-peringkat daripada penternak individu dan direkod oleh perhilitan. Induk landak boleh didapati dari beberapa negeri seperti di sekitar Kedah, Perlis dan Perak. Landak raya juga mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk pasaran tempatan dan luar negara. Namun kini populasi landak di negara ini semakin terancam dan berkurangan disebabkan pemburuan haram dan juga pembangunan. Oleh kerana itu landak raya diiktiraf sebagai spesies hidupan liar yang dilindungi dalam senarai Jadual Dua Bahagian II - Binatang Perburuan. Dalam kes ini akhbar melaporkan Mahadzir dan landak peliharaannya diletakkan di dalam sangkar yang dibina khas bagi menjamin keselamatan landak raya miliknya dan juga orang ramai yang datang melihatnya (Sila lihat foto disebelah). Landak ini dikurung dalam sangkar yang berpagar tinggi bagi tujuan mengelakkan kecurian dan mengelakkan kanak-kanak bermain dengan landak berkenaan. Landak raya ini boleh melepaskan durinya yang bisa sehingga jarak 0.6 meter dan ia mungkin boleh mencederakan atau mengancam nyawa manusia. Dari segi pemakanan lazimnya landak raya peliharaan Mahadzir itu mempunyai makanan kegemarannya yang sendiri iaitu labu. Selain itu, betik serta daunnya, ubi dan buah-buahan tempatan seperti rambutan turut menjadi pilihan ternakan itu. Makanannya itu disusuli dengan dedak, vitamin dan garam mineral yang disarankan oleh Perhilitan bagi membekalkan nutrien yang mencukupi untuk cepat proses tumbesaran landak. Landak raya mudah dipelihara kerana ia kurang dijangkiti sebarang penyakit jika sentiasa kebersihannya dijaga rapi.

Landak selalunya akan melahirkan seekor anak sebanyak dua kali setahun dan ia akan mengambil masa yang panjang untuk mengembangkannya. Proses penternakan landak secara komersial boleh dikembangkan sebagai satu alternatif untuk tujuan dalam menggantikan daging lembu ataupun kambing. Bagaimana pun En Mahadir hanya lebih suka untuk menjadi pembiak dan membekalkan baka landak raya kepada pengusaha yang berminat walapun daging landak raya boleh mencecah sehingga RM70 sekilogram dan ada yang menjualnya RM120 sekilogram. Manakala seekor landak raya hidup boleh dijual dengan harga RM1,000 seekor dan sepasang pula dengan harga RM3,500 bergantung kepada saiz dan umur. Mahadzir kini bercadang memperbesarkan lagi bidang penternakan landak raya ini dengan bantuan daripada beberapa orang pekerjanya. Jika tidak diambil inisiatif sebegini takut suatu hari nanti haiwan landak akan pupus kerana pemburuan haram untuk mendapatkan daging eksotik ini. Beliau juga amat menggalakkan orang ramai menceburi bidang penternakan landak ini, selain ia sebagai terapi minda, landak raya juga boleh dikomersialkan dan dijadikan satu punca pendapatan yang lumayan kepada penternaknya. Sementara itu berdasarkan laman sesawang Perhilitan, sehingga kini landak raya telah mula dibiak di bawah program pembiakan komersial. Pada tahun 2006, Perhilitan telah mengadakan satu program kerjasama dengan pihak swasta ke atas spesies landak raya. Dua projek telah dimulakan bersama orang awam. Projek ini telah dimulakan pada awal tahun 2005 di Negeri Sembilan dan sehingga kini terdapat 20 ekor landak jantan dan 30 ekor landak betina. Pada tahun 2006 satu lagi projek pembiakan Landak raya dijalankan di Banting, Selangor. Sebanyak 32 ekor landak yang dipelihara. Projek ini diteruskan dan sehingga kini, lebih daripada 10 projek Pembiakan Komersial Landak Raya telah dijalankan. Kesemua landak ini telah dipasang dengan mikrocip bagi tujuan pengesanan.

Dalam testimoni lain, seorang usahawan En Ali nekad keluar wang simpanan RM20,000 untuk menternak landak (Sila lihat foto disebelah)Minat terhadap haiwan mendorong seorang pe­kebun di Kampung Tenang, Labis, Segamat, Johor. Modal yang dihabiskan daripada wang simpanan sebanyak RM20,000 bagi memulakan usa­ha menternak landak raya atau spesisnya Breeders Porcupine secara ko­mersial sejak enam bulan lalu. Ali Daud yang berumur 65 yahun juga berkata, minatnya untuk menternak landak raya mula timbul sejak lebih 30 tahun lalu selepas sering terse­rempak dengan binatang tersebut semasa menoreh pada awal pagi. Namun kekurangan modal serta kesukaran mendapatkan lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuatnya me­nyimpan sahaja hasratnya itu. Beliau nekad dengan memohon lesen menternak landak raya daripada Perhilitan dan bernasib baik permohonan itu diluluskan awal tahun ini selepas lebih setahun menunggu.  Dia bernasib baik kerana usaha ini mendapat kerjasama baik daripada semua pihak ter­utamanya Perhilitan Segamat yang banyak membantu seperti mendapatkan induk landak raya daripada Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungai Dusun, Sela­ngor dengan harga antara RM800 hingga RM1,000 seekor. Setakat ini dia tidak mene­rima sebarang bantuan modal daripada mana-mana pihak dan berharap permohonannya untuk bekalan elektrik di kawasan kandangnya diluluskan segera kerana setakat ini hanya terdapat air paip yang disambung sendiri dari rumah­nya yang terletak kira-kira 300 meter. Menurutnya, kesemua induk yang dibelinya berusia antara empat bulan dengan berat tiga kilogram dan kini sudah mencecah belasan kilogram serta kebanyakannya sudah bunting dan akan beranak tidak lama lagi. Dia berharap bilangan landak­nya dapat ditingkatkan menjadi 50 ekor dan boleh memasarkan dagingnya dalam tempoh 12 bulan lagi.

Bagi En Ali melakukan ternakan landak raya bukan sahaja boleh memberi pulangan lumayan berikutan harga pasaran dan permintaan yang tinggi, malah sebagai terapi minda apabila melihat keletah haiwan tersebut yang ‘manja’. Sebenarnya beliau kini tidak bersendirian kerana mendapat so­kongan keluarga apabila salah seorang anak turut berminat membantu melakukan kerja-kerja rutin seperti membersihkan kandang dan memberi makanan kepada ternakan tersebut setiap hari. Anaknya, Mohd Zaidi, me­ngaku kerja-kerja menjaga dan membiakkan landak tidak sukar berbanding beberapa haiwan ternakan lain kerana tidak mudah dijangkiti penyakit serta jinak. Usaha menternak landak menjanjikan pulangan lumayan, harga pasaran ketika ini boleh mencecah sehingga RM80 seki­logram dan tidak memerlukan tempoh lama untuk matang, iaitu kira-kira setahun sahaja. Berat seekor landak raya akan mencecah sehingga 20 kilogram dalam tempoh setahun. Induk landak boleh beranak dua kali setahun, iaitu akan melahirkan seekor atau dua ekor setiap kali beranak. Selain kacang soya dan dedak, saya memberi sayur-sayuran dan keledek. Dia juga memberi makan buah-buahan termasuk buah kelubi serta bachang kerana haiwan ini tidak suka makan makanan yang sama setiap hari. Testimoni menternak landak kini telah ada yang manu untuk mengusahakannya. Artikel seperti tulisan dalam blog Anim Agro Technology ini diharap akan mencetuskan idea pembaca untuk menternak landak sebagai satu bidangusaha dimasa akan datang. Wasallam!!..
MENTERNAL LANDAK...LANDAK RAYA...
KERJANYA MUDAH...KECUALI BELI BAKA...
DALAM SANGKAR... IANYA DIPELIHARA...
DAGING MAHAL... UNTUNG JADINYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Tanaman Pisang Komersil,
Chenor, Maran,
Pahang, Malaysia.
(28 Muharam 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...