KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, December 16, 2016

PERKASAKAN HASIL MAKANAN NEGARA

PERKASAKAN HASIL MAKANAN  NEGARA merupakan satu strategi yang telah diistiharkan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini juga berkait dengan kedaulatan negara dimana kecukupan makanan berkualiti, selamat dimakan dan kesediaan bahan makanan merupakan asas kepada kemakmuran dan juga kemajuan sesebuah negara. Dalam pada itu peruntukan Bajet 2017 untuk sektor pertanian jelas me­nunjukkan ujud komitmen serius kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada import makanan bagi keperluan rakyat Malaysia khususnya untuk keperluan ternakan melalui pelaburan strategik dalam sistem rantaian makanan. Pada masa ini penekanan juga diberikan kepada usaha meningkatkan keupayaan keusahawanan tani negara memandangkan peranan golongan itu penting dalam usaha memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan, sekali gus sebagai satu usaha bagi menambah kekayaan baharu untuk rakyat khususnya golongan petani dan usahawan tani. Malaysia dilaporkan mengimport makanan bernilai RM45.4 bi­lion. Pada masa ini dilaporkan bahawa pengeluaran beras hanya sekadar 72 peratus, daging lembu 28 peratus, daging kambing 28 peratus, sayur-sayuran 33 peratus dan susu cair 67 peratus. daripada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, selain ilmu tentang bidang pertanian dan ternakan, golongan tani juga perlu dididik dengan kemahiran keusahawanan supaya mereka lebih memahami perkara berkaitan pasaran semasa. Seterusnya beliau berkata, usaha itu juga dapat membantu meningkatkan keupayaan negara dalam menghasilkan bekalan sendiri melalui peningkatan kapasiti pengeluaran pelbagai produk pertanian dan hasil penternakan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai usaha untuk memperkasakan hasil makanan negara yang disarankan oleh pihak kerajaan seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui beberapa Jabatan dan Agensi terus giat berusaha melahirkan agropreneur muda yang progresif, berdaya saing, kreatif, inovatif dan berpendapatan tinggi di dalam sektor pertanian selain berperanan dalam menggalakkan penyertaan belia dalam bidang keusahawanan tani. Jelasnya, peruntukan sebanyak RM100 juta turut diberikan bagi melahirkan 3,000 orang Usahawan Agropreneur Muda bagi menjamin kesinambu­ngan pengeluaran makanan pada masa depan. Katanya, setakat ini sebanyak 6,677 Agropreneur Muda berjaya dilahirkan sejak ia mula diperkenalkan pada 2014. Antara beberapa cabaran adalah untuk mereka menjadi lebih kreatif dan efisien dalam menggunakan peruntukan yang diberi untuk memastikan keperluan negara kita tidak terjejas. Dalam pada itu mereka juga perlu bijak mencari ruang-ruang baharu bagi meningkatkan ke­upayaan negara terutamanya dalam menghasilkan makanan, sekali gus me­ningkatkan pendapatan rakyat. Kini sebanyak RM300 juta juga telah diperuntukkan kepada TEKUN bagi membantu golongan usahawan kecil memajukan perniagaan mereka. Usaha itu dilihat mampu memberi pendapatan dan keupayaan kepada negara untuk menghasilkan produk-produk baharu bagi pasaran di dalam dan luar negara, sekali gus dijangka akan dapat memperkasakan ia di masa akan datang. Terdapat satu skim baharu iaitu TemanNita diwujudkan khusus untuk menggalakkan penglibatan golongan wanita dalam bidang perniagaan.

Dalam kenyataan Bajet 2017 juga telah menekankan kepada pengeluaran bahan makanan ternakan seperti jagung yang selama ini diimport untuk memenuhi keperluan negara. Pada masa ini dengan adanya projek pe­rintis jagung, keupayaan negara dalam menghasilkan makanan ternakan itu dapat dikembangkan bagi mengurangkan kebergantu­ngan terhadap import. Matlamat untuk usaha dalam mengeluarkan jagung bijirin secara besar besaran di negara ini merupakan proses panjang yang melibatkan pelbagai peringkat percubaan, dan projek di Kampung Dadong, Kemaman, Terengganu merupakan langkah pertama yang memberi pengalaman berharga. Jagung merupakan bahan mentah untuk menghasilkan makanan haiwan seperti ayam dan lembu. Masyarakat juga perlu melihat potensi penanaman ja­gung ini sebagai satu peluang baharu dalam sektor pertanian. Projek perintis di Terengganu dan Kedah bagi melihat kesesuaian jagung jenis tersebut untuk diperluaskan lagi di kawasan lain khususnya di Sabah dan Sarawak. Terdapat juga tanah-tanah kawasan padi di luar jelapang yang hanya digunakan setahun sekali untuk menanam padi dijadikan tempat menanam jagung bagi mewujudkan satu kekayaan baharu kepada pesawah. Sama seperti tanaman padi, penanaman jagung bijirin memerlukan benih berkualiti daripada beberapa syarikat yang mampu untuk menghasilkan jagung yang memberikan keuntungan kepada petani. Benih padi kini telah dikawal oleh kerajaan dari segi pengeluran, pengedaran dan penggunaannya dan ia sebaiknya berlaku untuk tanaman jagung bijirin (Sila lihat foto benih padi sah disebelah). Hanya dengan biji benih jagung bijirin yang berkualiti boleh mempastikan industri ini berkembang baik.

Dalam membuat projek perintis tanaman jagung bijirin di Terengganu adalah disasarkan dapat mencapai hasil sebanyak lapan tan metrik sehektar  dimana jika pada harga jualan RM900 untuk satu tan metrik kelak melalui beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan pada musim penanaman akan datang. Seterusnya semansa mengulas mengenai pemba­ngunan industri pengeluaran madu kelulut, menteri berkata bahawa negara berupaya memajukannya sebagai porduk negara untuk dieksport ke negara lain. Madu Kelulut dikatakan adalah produk negara yang bermutu ke­rana diketahui mempunyai kan­dungan antioksida 10 kali ganda lebih tinggi daripada madu biasa, Kawasan hutan akasia yang terdapat dipersisir pantai dan kawasan terbuka yang lain mampu digunakan untuk menternak kelulut secara komersil kerana pokok Akasia (Acacia mangium) merupakan tumbuhan yang banyak hasilkan nektar dan debunga (Sila anda lihat foto disebelah). Menurutnya diantara peluang baharu lain yang diberi penekanan adalah keupayaan negara menghasilkan sendiri susu segar dalam usaha memastikan rakyat di negara ini mendapat makanan berkualiti dan mengenyangkan di masa depan. Setakat ini Malaysia mempunyai ternakan tenusu di Muadzam Shah, Pahang. Namun jumlah susu yang diperah terpaksa dihantar ke kilang di Johor untuk diproses. Usaha akan dilakukan bagi membantu untuk membina lebih banyak pusat-pusat memproses susu yang berdekatan dengan ladang tenusu bagi memastikan susu yang lebih segar dapat dihasilkan untuk ke-perluan masyarakat. Kini kebanyakan projek yang diusahakan memerlukan masa agak terancang untuk dibangunkan, namun harapannya di masa hadapan Malaysia tidak akan lagi bergantung kepada import makanan sebalik­nya mampu menghasilkan sendiri produk makanan yang berkualiti tinggi. Semuga tulisan dalam Anim Agro Technology subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!!!.
SEMUA MANUSIA.. PERLU MAKANAN...
PENDUDUK TAMBAH...KENA FIKIRKAN...
MAKANAN IMPORT...SATU CABARAN...
USAHA KERAJAAN... KENA JALANKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 211, Hotel Bistari,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(9 RabiulAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...